Nilai disebalik sebuah gambar | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, March 25, 2014

Nilai disebalik sebuah gambar

KOTA BHARU- Hanya kerana sekeping gambar, namanya kini sebaris juru foto antarabangsa lain selepas dinobatkan sebagai pemenang ketiga Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan (HIPA), Dubai baru-baru ini.

Muhamad Saleh Dollah, 40, tidak pernah menyangka percubaan pertamanya menghantar gambar untuk menyertai pertandingan itu tahun lalu berhasil apabila idea dan kreativiti yang diaplikasikan berjaya menyaingi peserta dari seluruh pelosok dunia.

Nilai disebalik sebuah gambar

“Mungkin ini rezeki saya, tidak ada persiapan dilakukan, hanya hantar gambar sedia ada yang diambil dua tahun lalu, dengan ambil kira tema ditetapkan, iaitu ‘mencipta masa depan’. Malah, proses penghantaran gambar dibuat melalui laman web anugerah itu juga dilakukan saat akhir, kira-kira enam jam sebelum penyertaan ditutup,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhamad Saleh yang lebih dikenali sebagai Abe Less Classictouch Full berkata, beliau merupakan peserta pertama dari Malaysia yang menyertai anugerah itu sejak diperkenalkan pada 2011.

Mempertaruhkan gambar warga emas sedang mencari cucunya yang hilang di Pantai Mek Mas, PCB, dengan bertemankan pelita, Muhamad Saleh tidak menyangka ia mampu menarik perhatian juri sehingga melayakkan beliau menangi sebuah trofi dan wang tunai USD6,000 (RM20,000).

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

24 comments:

  1. gambar banyak makna :)
    http://eykabaha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. rezeki dari langit...siapa sangka...hanya sebuah photo...dpt rm20k tu...

    ReplyDelete
  3. Picture speaks a thousand words..

    ReplyDelete
  4. perghhh... memang hebat gambar tu... tak pasal-pasal dapat RM20K... :D

    ReplyDelete
  5. Siapa sangka kan RM20,000 jadi milik dia. Inilah dinamakan rezeki dari Allah.

    ReplyDelete
  6. tahniah buat beliau, memang cantik dan penuh makna gambar tu.

    ReplyDelete
  7. salam. wahh..tuah badan..alhamdulillah rezeki dari Allah..

    btw, isi tabung nissan , singapore airlines & digi :)

    ReplyDelete
  8. itulah yang dinamakan rezeki..tanpa persiapan dan penyertaan di saat akhir pun dapat menjadi salah seorang pemenang :)

    ReplyDelete
  9. gambar yang penuh bermakna..

    ReplyDelete
  10. Gambar yg terserit beribu makna.. mmg mampu menyentuh setiap jiwa yg melihatnya...

    ReplyDelete
  11. Sekeping gambar menceritakan sebuah cerita dan beberapa rahsia. Gambar di atas mmng terbaik.

    ReplyDelete
  12. uik bro..lama tak jenguk sini...isi tabung tuk u...tak tipu..betul2 ne..heee....

    ReplyDelete
  13. rahsia sekeping gambar...

    ReplyDelete
  14. suka gambar dari membac hee tapi kekadnag gambar ada juga letak sebagai hiasan.btw wajib baca baru kekadang faham apa yang orang itu sampaikan melalui penulisan

    ReplyDelete
  15. Gambar tu memang hidup. Cukup menarik! bertuah Muhamad Saleh tu ya!

    ReplyDelete
  16. Tuah betul, imejnya sangat menarik

    ReplyDelete
  17. Memang patut menang. Subjek org tua, lampu klasik tu dan sunset adalah 3 elemen bernilai dlm mana2 foto termasuk gambar ni.Kalau rule of 3rd die kemas mgkn dpt no 1 atau 2
    PS: die pakai HDR ker?

    ReplyDelete
  18. Salam.
    Kalau gambar sehebat ini dapat nombor tiga. Macam mana agaknya gamabr yang menang tempat pertama dan kedua? hehe

    ReplyDelete
  19. hanya orang seni yang memahami erti gamba tu, CN serius tak fhm sangat maksud seni disebalik gambo2 ni..hehe

    ReplyDelete
  20. Saya tengok gambar ni, cantik je..tapi bila pakar yang tengok, bukan sekadar cantik aje..malah nampak apa yang cuba disampaikan oleh pelukis tersebut...

    ReplyDelete
  21. Great pic..memang layak menang..

    ReplyDelete