Anda bukan gagal, cuma kejayaan tertangguh | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Friday, March 21, 2014

Anda bukan gagal, cuma kejayaan tertangguh

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan. Pelbagai macam ragam pelajar-pelajar menyambut keputusan SPM. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang baik, sudah tentu perasaan gembira terpancar diwajah tetapi sebaliknya pula yang dialami bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang baik. Jangan kecewa. Rezeki Allah diluar sana masih luas.

Aku sebenarnya lebih suka bercerita mengenai pelajar-pelajar mendapat keputusan yang kurang baik disebabkan aku pun berada dalam kalangan mereka suatu ketika dulu. Malah aku tidak malu untuk mengatakan bahawa aku bukanlah pelajar cemerlang yang disayangi cikgu macam pelajar-pelajar lain. Dalam bahasa kasarnya aku merupakan 'pelajar yang lembab'.

Aku jika dibandingkan dengan result adik Elfira Loy yang dapat 7A ini,
amat jauh sekali..

Keputusan SPM aku tidaklah gempak macam member-member aku yang lain. Hanya mendapat keputusan 2A yang lainnya memang menyakitkan mata untuk dipandang. Terus terang aku kecewa. Namun berkat dorongan dan semangat yang diberikan oleh keluarga, aku gagahi juga hidup ini walaupun hati kecil berkata, 'aku benci tengok result aku ini'. Keluarga aku terus menerus support aku terutamanya mak.

Pernah sekali mak berkata, "mak sanggup berhutang untuk hantar kau belajar, yang penting kau berjaya". Sentap mendengar kata-kata mak itu sehingga sampai tahap air mata ini nak menitik rasanya namun sedaya upaya aku tahan. Aku berjanji pada diriku bahawa aku akan buktikan pada mak betapa anak lelakinya ini mampu membuatnya gembira suatu hari nanti.

Keesokan paginya, aku pergi pejabat FELDA yang jaraknya lebih kurang dua puluh minit dengan berjalan kaki. Tanya mana-mana universiti yang menawarkan kursus yang sesuai dengan kelulusan aku yang cukup-cukup makan itu. Kali ini aku pergi tak bagi tahu mak.

Aku bincang dengan kerani bertugas di situ dengan pelbagai proses soal jawab yang aku lalui. Boleh tahan lama jugalah kerani itu soal siasat aku. Conclusionnya aku dicadangkan supaya mencuba nasib di Universiti Limkokwing berdasarkan minat aku yang lebih kepada multimedia. Aku mencuba dan mencuba isi mana-mana borang yang patut malah borang yang tidak menerima result seperti aku pun aku isi juga. Lantak lah!

Beberapa hari selepas itu, pihak Limkokwing menghubungi aku dan mengatakan aku diterima meneruskan pengajian di Universiti. Ya Allah! aku terkejut. Syukur pada mu Ya Allah. Aku tak sangka pun aku diterima. Alhamdulillah, mungkin rezki aku sudah tertulis di Universiti Limkokwing. Buat adik-adik lepasan STPM dan SPM,

Bagi yang cemerlang, tahniah...

Bagi yang tidak, usahlah goyah...

Anda bukan gagal, cuma kejayaan tertangguh.

Yakinlah..

Kejayaan dalam sukan bola sepak yang boleh kita ambil
iktibar.
Bill Gates yang kaya raya pun pernah merasai kegagalan

Bagi yang kurang berjaya tu, usahalah sesungguhnya, gagal bukanlah penamat kepada perjuangan. Peluang masih terbuka dan banyak lagi rezeki diluar sana. Dengar pesanan ikhlas daripada Tuan +Denaihati Ilhamku ini:

Keputusan SPM bagus itu sangat bagus, ditambah akhlak bagus lagilah sangat bagus dan paling terbagus apabila ada skill untuk hidup dalam dunia yang semakin mencabar sekarang sebab tu jangan kecewa kepada yang tak dapat keputusan SPM yang bagus kerana kalau akhlak bagus dan ada skill kehidupan pasti anda boleh jadi manusia yang lebih berjaya. Sebenarnya Lebih senang didik anak berjaya dalam SPM cemerlang tetapi sangat mencabar didik anak berakhlak baik.

Sekian terima kasih. Salam sayang buat anda semua dan semoga kejayaan datang kepada kita dengan usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa... :)

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

13 comments:

  1. abe kie sedikit terkilan krna cuma 2 pelajar je dpt A utk kertas BI. Rasanya abe kie dah mengajar sehabis baik. Tapi mungkin belum masanya utk abe kie mengecap kejayaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejayaan yang tertangguh Abe Kie. Mungkin bukan hari ini tapi yang akan datang.. :)

      Delete
  2. betul tu.. SPM bukanlah penentu segala2nya.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...Apa pun semuanya bergantung kepada REZEKI ! :)
    Rezeki manusia berbeza, ada dapat sekarang..ada dapat nanti..
    sabar sebab Allah adil, Dia bagi semua..SEMUA :)

    ReplyDelete
  4. Tak cemerlang jangan bersedih, Ada lagi masa untuk memperbaiki pada masa akan datang. Pada masa itulah, jangan diabaikan peluang yang ada.

    ReplyDelete
  5. masa didepan masih jauh...banyak kejayaan lagi yang boleh diciptakan..yang penting jangan berputus asa kan :)

    ReplyDelete
  6. Tahniak buat yg berjaya & teruskan usaha kpd yg gagal.. kegagalan bukanlah pengakhiran buat segala2nya... :)

    ReplyDelete
  7. gagal skali tak bermakna gagal selamnya:)

    ReplyDelete
  8. Kolonel Sanders pengasas KFC telah berusaha sebanyak 1000 kali sebelum mendapat resepi rempah yang menjadi kegilaan seleuruh penduduk dunia.

    ReplyDelete
  9. spm bukan pnentu kejayaan,, muja percaya itu :D

    ReplyDelete
  10. Emm betul tu bro..tak yah nak salahkan kegagalan..kita dah cuba yang terdaya..tapi kita dapat tak macam yang kita usaha..itu normal lah..ujian dan dugaan hidup..memang kena lalui menda macam ni..terima kasih..ada point2 yang leh jadikan panduan dalam hidup ni..

    ReplyDelete
  11. betul tu Aniq.. yang penting jangan putus asa.. terus berusaha untuk menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
  12. Kejayaan hari ini tidak bermakna esok pun kita terus berjaya. Yg namanya hidup ada bnyk dugaan dan halangan. Mungkin SPM tak berapa cemerlang tapi exam yg lain siapa tahu ? Yg penting usaha kena diteruskan. Salam khamis Aniq.

    ReplyDelete