Mesej mengharukan dari menara kawalan Beijing untuk MH370 (Video) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Monday, March 10, 2014

Mesej mengharukan dari menara kawalan Beijing untuk MH370 (Video)


Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing masih belum lagi ditemui. Kehilangan pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terus menjadi tanda tanya dan mengundang kerisauan seluruh rakyat Malaysia. Hari demi hari kita terus menanti dengan penuh pengharapan semoga ada perkhabaran baik yang kita terima beberapa hari ini.

Di bawah ini merupakan mesej yang di hantar oleh menara kawalan di Beijing kepada Pilot Captain Zaharie Shah yang membawa MH370. Saksikan video yang cukup menyentuh ini.


They love you, We love you. MH370 pulanglah.

Terjemahan.

"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.

Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

Secara peribadi saya mengatakan hati saya tersentuh apabila mendengar setiap bait kata yang disampaikan. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat memastikan keaslian rakaman suara dalam video ini 100%. Sila rujuk laman-laman rasmi yang boleh dipercayai berkaitan perkembangan MH370. Video ini saya temui dalam laman sosial atas perkongsian rakan-rakan.

Sedikit puisi buat MH370

Menanti Kamu MH370
Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkanlah petanda,
Andai terguris tunjukkanlah di mana,
Andai ada tunjukkanlah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.

Jika ada di laut Kau timbulkanlah
Jika di langit Kau kau turunkanlah
Jika ada di darat kau tunjukkanlah..

Amin.. :'(

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

16 comments:

  1. sangat mendalam maksud bait-bait kata

    ReplyDelete
  2. Semoga misteri ini akan terungkai..aminnnn...

    ReplyDelete
  3. Sangat bermakna kata kata di atas. Soo touched.
    Semoga pencarian ini dapat dirungkai dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  4. ...MAAF tak sempat nak terjah semua entry..rindu nak blogwalking..
    jom singgah blog syira ..doakan untuk MH370 :)
    # Puisi- MH370 Pulanglah ! #

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala usaha penyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan singgah sini...tersentuh hati menbaca ayat2 kat atas tu...semoga semuanya terselamat dan semoga usaha mencari dipermudahkan olehNya...sama2lah kita berdoa untuk mereka semua..

    ReplyDelete
  7. kemana la MH ni pergi kan....

    ReplyDelete
  8. dunia meratapi kehilanganmu...

    ReplyDelete
  9. Wahhh lama bro menyepikan diri dari menulis blog..saya harap bro baik2 selalu..hehe

    ReplyDelete
  10. salam singgah. agak sedu video ni. dok tengok waris/keluarga yang dok nangis kat KLIA pun dah bergenang air mata :(

    ReplyDelete
  11. semoga dipermudahkan pencarian kita semua..insyaAllah...teruskan berdoa!

    ReplyDelete
  12. KITA TAK PERNAH MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN SEBELUM INI MALAHAN JARANG TERFIKIR PUN. TETAPI SEKARANG SEJAK 8 MAC 2014, HATI SELALU TERINGAT DAN BERASA SEDIH. AKU SELALU BERDOA SEMOGA KAU SELAMAT KEMBALI...... MH 370.

    ReplyDelete
  13. terharu rasa..pape pn teruskn berdoa!

    ReplyDelete