Peninggalan arwah Din Beramboi | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Saturday, June 22, 2013

Peninggalan arwah Din Beramboi

Dalam kenangan
Hari ini saya ingin menulis mengenai seorang pelawak yang telah meninggalkan kita tiga tahun lepas iaitu arwah Mior Ahmad B. Badri ataupun Din Beramboi. Untuk pengetahuan hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah dan disebabkan itu jugalah hari ini saya menulis berkaitan pelawak yang serba boleh ini.

Tulisan ini sebenarnya lebih kepada memperingati dan rindu saya kepada arwah yang pernah menghiburkan saya ketika zaman SPM dulu. Kebiasaannya, sebaik sahaja selesai menjawab soalan latih tubi, saya dan rakan-rakan akan berhibur dengan mendengar dialog perbualan radio karya arwah Din di bawah ini. Layan video dibawah:



(Dialog di bawah start minit 2.00)
Hello!
Hello, siapa tu?
Nie saya Encik Khairul.
Dari mana Encik Khairul?
Saya dari Pandan Indah.
Oh, Pandan Indah. Jadi apa masalah Encik Khairul?
Begini, saya baru pindah rumah baru.. nie masalah dia,
depan rumah saya nie jalan dah berlubang..
Encik Khairul, nie jalan tar ke jalan kereta api nie?
Jalan tar. Masalah dia bila jalan dah berlubang,
bila hujan turun bertakung la air. Yang menjadi masalah,
jiran sebelah rumah saya dia dah ternak ikan dalam tu.
Oh, depan rumah Encik khairul ka nie?
Depan betul-betul saya nak keluar rumah..
kalau saya tak berhati-hati, saya akan masuk dalam lubang tu tadi.
Terpijak ikan la nie?
Ya! so, saya da warning kat dia, yang kolam tu saya punya..
tapi dia cakap dia punya sebab ikan tu dia yang bela dalam tu.
Jadi sekarang lubang nie Encik Khairul punya ke sapa punya nie?
Saya yang punya.. saya dah tiga kali bertumbuk dengan dia..
saya dengan dia sama-sama la masuk ICU.
Oh, sama cedera parah la nie?
Cedera parah teruk! tapi saya lagi teruk la kena.
Jadi Encik Khairul nak buat macam mana nie?
Pasal kalau saya gaduh dengan dia pun saya kalah..
jadi saya harap pihak bandaraya dapat la menyelesaikan masalah nie.
Saya tak boleh tahan lagi la nie.. sebab dia hari-hari jual ikan.
Nie Encik Khairul di mana alamat nie?
Di Pandan Indah tu dekat.. ada corner tu.. masuk dalam sikit..
Nie dekat tangki air ke?
Ahh.. belah belakang tu.. sebelah loji tu.. tahu ke?
Tahu. saya biasa pergi loji tu.. saya selalu mandi sana.
Ya. dekat situ la..
Encik Khairul, kita akan cuba dapatkan jawapan daripada pihak bandaraya..
jadi Encik Khairul jangan bersusah hati la.
Nie dekat depan rumah, jiran saya tengok ikan dia nie.
Ok. Encik Khairul perhatikan saja. jangan kacau dia.
Saya dah tak boleh tahan dah nie..
Jangan kacau nanti berlaku pertengkaran tak baik.. buruk akibatnya..

Ok. Terima kasih.

Walaupun gambar ini tiada kena mengena dengan arwah, namun gambar ini jugalah yang telah mengingatkan saya dengan satu babak ternak ikan yang terdapat dalam perbualan video di atas.

# Mior Ahmad B. Badri semoga roh mu tenang di sana. Al-fatihah! :(


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

8 comments:

  1. al-fatihah untuk beliau.. semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. :(

    ReplyDelete
  2. Anonymous22 June, 2013

    al fatihah...memang kelakar lawak2 dia..aznil hanya mampu ketawa je..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah untuk arwah..arwah mmg seorg yg sgt berbakat,tak ramai yg dpt melawak mcm dia..moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, aamiinn..

    ReplyDelete
  4. semoga rohnya dicucuri rahmat disana insyaallah.sama2 kita berdoa :)

    ReplyDelete
  5. al fatihah buat arwah.. :') nnti nck cuba dgr lawak arwah y lain

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah buat arwah..
    hilang nya pelawak berbakat negara:(

    ReplyDelete
  7. al fatihah..teringat lawak dia pagi2 kat radio Era.. :(
    bila dia dah takde, rasa macam tak ceria sekejap..

    ReplyDelete