Renungan: Monolog keinsafan diri | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Friday, July 12, 2013

Renungan: Monolog keinsafan diri

Bismillahirahmanirahim…

Ku coretkan kisah duniawi yang penuh tipu daya di atas kertas putih yang tiada nilainya.. Ku cuba mendalami Islam sepenuhnya agar bertambahlah kasih dan cinta ku kepada agama Allah.. Di saat dan ketika ini.. di sudut kebingitan dan kesibukan itu.. aku tersandar diam membisu. Bermonolog dengan diri sendiri dan aku tahu Allah maha mengerti.
   
Ketika hati-hati manusia telah mati tanpa limpahan rahmat dari Allah.. Ketika kejernihan hati diresapi noda-noda dosa.. Ketika ajaran tauhid tidak menjadi pegangan manusia.. lalu aku tanyakan kepada diri sendiri.. Ini semua salah siapa?

Mana pejuang agama.. mana pahlawan yang gagah.. mengapa sanggup melihat kemungkaran bermaharajalela? mengapa sanggup membiarkan perjuangan Rasulullah S.A.W dan para khalifah terhenti begitu saja. Ah... aku marah kepada mereka.. tapi kepada siapa.. kepada pejuang agama? Lalu aku siapa?  Bukankah setiap insan Muslim bergelar pejuang agama? ya aku juga bertanggungjawab. Aku terdiam dan membisu.. Betapa ombak kebejatan moral itu kian meneggelamkan mangsa-mangsanya yang kini lemas di lautan hidonisme.

Gambar hiasan
Lalu aku bermuhasabah. Ya Allah, mungkinkah aku penyumbang kepada kemaslahatan yang terjadi di muka bumi ini? Lalu terngiang-ngiang di telinga ku tentang sabda Rasulullah S.A.W, Abu bakar berkata: Dan aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya ketika masyarakat melihat orang yang zalim dan mereka tidak menghentikannya, maka Allah SWT akan menimpakan azab kepada mereka semua." Ya Allah, aku tunduk memandang bumi betapa aku sering memandang langit.. mengukapkan puji-pujian kepada mu dan bercita-cita menjadi penghuni syurgamu.

Sedang masih ramai saudara-saudara ku yang jahil tentang agama mu, terumbang-ambing di pukul arus kemodenan dan dilemaskan keseronokan keduniaan.. Siapa yang akan membantu mereka? aku malu pada mu ya Allah dan bagaimana pula aku ingin menemui Rasulullah sedang tiada apa kejayaan yang aku bawa untuk mengembirakan hatinya. Tiada bantuan yang aku hulurkan untuk menyelamatkan umatnya.


Tapi bagaimana? Aku tidak terdidik untuk berdakwah. Aku tidak tahu cara nya. Lalu aku kuatkan semangat aku bulatkan tekad. Bait-bait sabda Rasulullah S.A.W aku jadi kan pegangan, “sebaik-baik manusia itu ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia”.. Aku mempersiap-siapkan diri ku dengan menimba ilmu semoga dengan bertambahnya ilmu akan membakar semangat perjuangan.

Wahai sahabat-sahabat yang diredhai Allah.. Aku menulis bukan inginkan penghargaan. Aku menulis bukan ingin mengada-adakan. Hidayah itu milik Allah. Aku pernah merasakan hidup dalam kejahilan agama dan aku pernah tersesat di jalan yang nyata. Beruntung kalian jika belum pernah merasa kehilangan tujuan kerana payahnya untuk kembali andai tiada dorongan...

Semoga penulisan ini dapat disebarkan. Waulahuallam..

SEKIAN..

Aku pengembara: Coretan ini merupakan hasil perkongsian seorang sahabat seperjuangan, Siti Rahayu Abdurahman yang dihantar kapada admin. Semoga hasil penulisan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan penuh onak dan ranjau ini.. Jangan lihat siapa yang menulis tetapi lihatlah apa yang ingin disampaikan. Assalamualaikum..


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

12 comments:

  1. penulisan yang amat menyentuh hati..
    muhasabah diri sendiri..
    terima kasih aniq kerana mengingatkan..

    semoga lebih ramai yang mendapat hidayah Allah..moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diberkatiNya..ameenn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama saling memperingati.. Amin :)

      Delete
  2. TQ sharing...
    sngt menyentuh hati..
    Salam ramadhan Aniq & team:)

    ReplyDelete
  3. Setiap insan memang bakal dipertanggung jawabkan terhadap setiap amal perbuatannya di muka bumi ini. Mudah-mudahan artikel yang Aniq keluarkan ini dapat menjadi peringatan kepada kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa Aniq.

    ReplyDelete
  4. nice...penulisan yang kreatif..ada bakat untuk digilap ni..insyaAllah..selamat berjaya..

    ReplyDelete
  5. Anonymous16 July, 2013

    nice sharing..

    ReplyDelete
  6. kalau xmmpu memberi kebaikkan kepada org lain... jgn beri keburukan kepada org lain =')

    ReplyDelete
  7. nice sharing =) renungan bt kita semua

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang baik..

    ReplyDelete
  9. Tetiba rasa sebak pulak hati ni. Hmm..

    ReplyDelete