Maaf jika perkongsian kali ini agak panjang dan meluc@hkan. Admin
mengambil inisiatif untuk berkongsikan luahan ini setelah admin
merasakan ianya begitu penting dan perlu disebarkan untuk pengetahuan umum yang
mungkin mengambil remeh perkara ini. Buka minda, buka hati dan ikuti luahan hati yang bertajuk "Seksanya lelaki melihat buah dada wanita" ini.
Bismillahirrahmanirrahim..
Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Gambar hisan |
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.
Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.
You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.
Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.
SEKIAN...
Aku pengembara: Perkongsian ini diambil daripada laman facebook seorang kaum adam. Admin berusaha untuk mencari siapa penulis asal artikel ini namun akhirnya menemui jalan buntu. Apa-apa pun terima kasih kepada laman Sukan Tak Staq yang telah mendedahkan kisah ini dalam page mereka. Semoga ianya dapat memberi pengajaran kepada kita semua dan ambil iktibar daripada perkongsian ini. Wassalam
harap budaya berhijab ni janganlah dijadikan sekadar berfesyen jer...
ReplyDeleteSinggah ziarah sini...selamat bersahur... (^_^)
Beetul tu. Admin setuju :)
Deletedgn perkongsian ini kaum wanita boleh nampak dari sudut pandangan lelaki..terima kasih diatas perkongsian ini..:)
ReplyDeleteSama-sama.. ingat memperingati :)
DeleteBagus perkongsian ni Aniq..
ReplyDeletemoga dijadikan pengajaran pd semua kaum wanita..
Akak pun kekdang pelik.. hijab dh jd trend skrg, bukan kewajipan utk menutup aurat pd sesetengah org.. gaya bertudung pun dah pelik2..huhu.
Tu la pasal kak. fashion boleh asalkan x melanggar hukum Allah..
Deleteit is true..tq for this sharing..
ReplyDeleteaniq, posting peringatan yang bagus. akak juga nak ingatkan pada yg bertudung tapi pakai baju lengan pendek.. tolonglah tutup lengan kita juga ya..
ReplyDeleteyer betul..selalu diingatkan oleh enhubby..huhu..
ReplyDeletetutup aurat dgn sempurna kpda wanita utk mgelakkan perkara y xdiingini berlaku..ahaks!.... =)
ReplyDeletetutuplah dengan sempurna.. itu yang paling penting.. bukan sekadar berfesyen sahaja..
ReplyDeletetertutupkan lebih indah
ReplyDeleteMy recent post : Khasiat Halia - Infografik
betul jugak tu..
ReplyDeletePernah baca ni kat fb. Huhu~ Perempuan2 semua, please take note!
ReplyDeleteehehe setuju sbb tu ayat utk perempuan tu lbh panjang drpd ayat utk lelaki sbb perempuan mmg mudah buat lelaki utk tergoda, alih2 lelaki jugak yg terkena :) ehe
ReplyDeleteitu yg bertudung....kalau yang tak bertudung....camne lak plak gayanya lelaki memandang. Allah...moga kita terpelihara daripada gangguan syaitan dan iblis.
ReplyDeletesinggah ziarah. ~~
sekilass.com
Wanita itu tdk bukan di wajibkan bertudung.. tapi di wajibkan menutup aurat. Menutup aurat trmasuklah juga melabuhkan pakaian.. :)
ReplyDeletenice sharing, macam ni la pandangan lelaki kan bila melihat wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna..but, I agreed, mmg bukan salah lelaki pun kalau mereka terlihat..nauzubillah..
ReplyDeletemalu je perempuan macam gini dengan Felixia Yeap. Felixia bukan islam tapi JAUH lebih elok berpakaian hijab seperti seorang muslimah.
ReplyDeleteewww,, hahaha lepas ni kena perhatikan betul2 pemakaian tudung sebelum keluar..jgan terselak sana sini
ReplyDeleteNICE SHARING
ReplyDeleteentry yg sangat bagus :)
ReplyDelete