Aniq Bukhary Channel: 07_13


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, July 28, 2013

Gempak! Azan orang gila menggemparkan penduduk

Seorang penduduk dikatakan gila, tetiba pergi ke surau pada pukul sepuluh pagi, lalu melaungkan azan.

Penduduk kampung mendengar azan itu rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk siasat. Selepas melihat orang gila itu azan, ketua kampung menjerit:

"Hoi, pukul 10 pagi ni azan solat apa?"

Orang gila menjawab:

"Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung plak datang?"

Siapa gila???

Gambar hiasan
Aku pengembara: Sebenarnya saya suka cerita nie walaupun dah ramai yang baca dalam Facebook. Terfikir juga, ada benarnya apa yang dikatakan oleh 'orang gila' itu. Siapa yang gila? Hah, yang nie kena tanya dan bisik ke telinga sndiri. Teringat pula dengan satu kenyataan seorang tokoh Yahudi mengenai umat Islam yang mungkin anda pun pernah dengar.

Dia mengatakan bahawa mereka tidak gentar dengan umat Islam kecuali pada satu hal, apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat. See? Hari ini di mana kita ketika tok bilal melaungkan azan subuh? Mungkin sebab itulah musuh kita Yahudi sedikit pun tidak rasa gentar dengan umat Islam sekarang. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan (untuk lelaki).

-Selamat berpuasa-


Saturday, July 27, 2013

Nuffnang: Apakah View & Unique Visitor

Assalamualaikum para pembaca blog Aku pengembara yang disayangi :) Ok, hujung minggu ini saya nak explain sedikit berkaitan dengan nuffnang yang selalu kita lihat dalam kebanyakan blog-blog. Saya pasti masih ramai pengguna-pengguna nuffnang di luar sana masih tak faham apakah itu view dan unique visitor yang tertera dalam analytics yang disediakan oleh Nuffnang kan?

Ok, di sini saya cuba jelaskan setelah merujuk beberapa sumber yang boleh dipercayai. Untuk mudah faham, saya sertakan gambar rajah di bawah ini.

Blog Aku pengembara setakat pukul 12.48 pm tadi

Views: Berapa kali orang masuk blog kita. Kira macam hit la.
Uniques: Berapa orang yang masuk blog kita menggunakan IP address yang baru.

Tak faham lagi? Ok, lihat contoh di bawah:

12 malam : Wawa Zainal, Nora Danish dan Neelofa masuk blog kita. (maknanya ada 3 View dan 3 Uniques)

1 pagi : Zizan, Johan, dan Nabil masuk blog kita pula (Ada 3 views dan 3 uniques + dengan kat atas tu = 6 views dan 6 uniques)

2 pagi : Wawa Zainal dan Johan datang balik blog kita (So.. ada 2 views tapi uniques tak dikira sebab dorang dah datang tadikan. jadi 6 views + 2 views = 8 views dan 6 uniques)

3 pagi : Nabil, Rozita Che Wan dan Najwa Latif datang pula. (So.. Nabil dah datang tadi, tak kira uniques, kira views je. maknanya ada 3 views dan 2 uniques. jadi, 8 views + 3 Views dan  6 uniques + 2 uniques = 11 views dan 8 Uniques)

Begitulah untuk jam-jam berikutnya. Faham tak? Saya gunakan nama-nama artis di atas supaya melekat di kepala serta mudah difahami. Saya nie bukanlah pakar dalam bab-bab nuffnang nie. Iklan nuffnang dalam blog nie pun member saya Abdul Hafiz tu yang pasang. Apa yang saya tahu dulu, saya buat blog nie untuk tonjolkan hasil-hasil karya saya biar satu dunia tahu apa yang saya tulis macam tulisan saya Arwah Along tu (telah di re-post lebih 20 blog-blog seluruh Malaysia).

pulangan melalui blog nie bukanlah target utama saya. Walaupun tak sehebat blog shakiddo.com, tapi beberapa tahun bersama nuffnang sudah cukup menyeronokan bagi saya. Begitulah serba sedikit perkongsian yang saya dapat kongsikan kepada anda. Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan seperti biasa TEGUR BILA AKU SALAH. HULURKAN TANGAN BILA AKU LEMAH!

Friday, July 26, 2013

Kalau Allah tu betul-betul penyayang, kenapa cipta neraka?

Seorang gadis Melayu beragama Islam yang jahil bertanya pada seorang Ustaz :

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Ustaz itu terkedu.

Ustaz itu menjawab : "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang. Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Tuhan tu baik."

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Gambar hiasan

Jelas ustaz itu lagi : "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa adil ke?"

Gadis itu terdiam.

Ustaz : "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang dan Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah. Ingatlah, semua yang ada pada kita bukan hak kita. Semuanya adalah pinjaman dari Allah Taala. SEKIAN

~MUHASABAH DIRI~

Tuesday, July 23, 2013

Photoshoot bersama si kecik (9 gambar)

Assalamualaikum semua.. :)

Lokasi pilihan: Di halaman rumah

Talent: Nurzana Zalina Zainal

Talent: Nursyafiqah Rajan

Abang-abang poyo merangkap pembantu peribadi :)

Gelagat sebelum photoshoot

Crew-crew di sebalik tabir (anak-anak buah).. Keh3

Behind the scene. Huh! penat

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan. Bye semua. Ada masa jumpa lagi. Mmmwahhhh!

Aku pengembara: Gambar di atas merupakan photoshoot saja-saja saya bersama anak-anak buah pada hujung minggu lepas. Inilah aktiviti yang dilakukan sementara menunggu waktu berbuka. Di harap pembaca semua enjoy dengan gambar yang dihasilkan oleh photographer yang tak berdaftar nie ok. Hehe. Seperti biasa anda diberi kebebasan untuk komen gambar-gambar di atas mengikut kejujuran hati anda. Wassalam :)

Friday, July 19, 2013

Maaf jika perkongsian kali ini agak meluc@hkan

Maaf jika perkongsian kali ini agak panjang dan meluc@hkan. Admin mengambil inisiatif untuk berkongsikan luahan ini setelah admin merasakan ianya begitu penting dan perlu disebarkan untuk pengetahuan umum yang mungkin mengambil remeh perkara ini. Buka minda, buka hati dan ikuti luahan hati yang bertajuk "Seksanya lelaki melihat buah dada wanita" ini.

Bismillahirrahmanirrahim..

    Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

    Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Gambar hisan

    Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

    Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

    "Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

    Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

    Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

    You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

    Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

    Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

    You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

    Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

SEKIAN...

Aku pengembara: Perkongsian ini diambil daripada laman facebook seorang kaum adam. Admin berusaha untuk mencari siapa penulis asal artikel ini namun akhirnya menemui jalan buntu. Apa-apa pun terima kasih kepada laman Sukan Tak Staq yang telah mendedahkan kisah ini dalam page mereka. Semoga ianya dapat memberi pengajaran kepada kita semua dan ambil iktibar daripada perkongsian ini. Wassalam


Tuesday, July 16, 2013

Air mata putus cinta inikah yang paling mahal harganya?

Gaduh ngn BF→ Off Phone → Tertidur → On Phone → "You have 1 message" → Baca mesej → You have 99 Missed Call → Nangis :'(

Gaduh → rindu sangat → nak call takut → tengok pic dia → senyum → tertidur → Bangun → Tetiba ada mesej "Sayang I minta maaf" → Nangis :'(

Rindu dia → Baca text yang lama → Tengok gambar → Teringat kenangan dulu → Masuk bilik → Kunci pintu → Baring → pelok bantal → Nangis :'(

Bangun tidur → rindu dia → nak text → ingat balik → semalam baru break → Menangis :'(

Wanita dan air mata tidak dapat dipisahkan

Nangis. Nangis. Nangis. Dunia wanita merupakan dunia yang dipenuhi dengan tangisan dan air mata. Saya tak salahkan kaum wanita, kerana memang fitrah golongan ini dilahirkan sebegitu (Tak kesah). Apa yang menjadi masalah di sini, jika ada mana-mana lelaki yang menangis teresak-esak lepas tu kunci pintu bilik, then tutup muka dengan telapak tangan nak bagi comel. Hah! ini masalah besar. Buat golongan ini saya ada nasihat, silalah berjumpa doktor pakar dengan kadar segera kerana dikhuatiri tindakan anda itu akan mengundang kemarahan wanita-wanita di luar sana. Keh3 ^^

Ok cukup dengan gurauan petang-petang, kita masuk pula bab serius. Sekarang saya nak membawa anda untuk menghayati sebuah tangisan awesome di bawah ini untuk renungan bersama. Jom! 

Rindu DIA → Baca al-Quran → Teringat dosa-dosa lama → Solat Taubat & Hajat → Berdoa → Mengalir air mata :'(

Ini barulah terbaek! Air mata inilah yang saya istilahkan sebagai air mata yang paling mahal dan bernilai mengatasi air mata pasangan kekasih yang sedang putus cinta. Wahai remaja! jangan bazirkan air matamu untuk sesuatu yang sia-sia sebaliknya menangislah kerana takut kepada Allah. Air mata yang mentitis kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat akan mendapat rahmat Allah dihari akhirat yang mana ketika itu ramai mata-mata yang menangis penuh penyesalan..

~MUHASABAH DIRI~

Friday, July 12, 2013

Renungan: Monolog keinsafan diri

Bismillahirahmanirahim…

Ku coretkan kisah duniawi yang penuh tipu daya di atas kertas putih yang tiada nilainya.. Ku cuba mendalami Islam sepenuhnya agar bertambahlah kasih dan cinta ku kepada agama Allah.. Di saat dan ketika ini.. di sudut kebingitan dan kesibukan itu.. aku tersandar diam membisu. Bermonolog dengan diri sendiri dan aku tahu Allah maha mengerti.
   
Ketika hati-hati manusia telah mati tanpa limpahan rahmat dari Allah.. Ketika kejernihan hati diresapi noda-noda dosa.. Ketika ajaran tauhid tidak menjadi pegangan manusia.. lalu aku tanyakan kepada diri sendiri.. Ini semua salah siapa?

Mana pejuang agama.. mana pahlawan yang gagah.. mengapa sanggup melihat kemungkaran bermaharajalela? mengapa sanggup membiarkan perjuangan Rasulullah S.A.W dan para khalifah terhenti begitu saja. Ah... aku marah kepada mereka.. tapi kepada siapa.. kepada pejuang agama? Lalu aku siapa?  Bukankah setiap insan Muslim bergelar pejuang agama? ya aku juga bertanggungjawab. Aku terdiam dan membisu.. Betapa ombak kebejatan moral itu kian meneggelamkan mangsa-mangsanya yang kini lemas di lautan hidonisme.

Gambar hiasan
Lalu aku bermuhasabah. Ya Allah, mungkinkah aku penyumbang kepada kemaslahatan yang terjadi di muka bumi ini? Lalu terngiang-ngiang di telinga ku tentang sabda Rasulullah S.A.W, Abu bakar berkata: Dan aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya ketika masyarakat melihat orang yang zalim dan mereka tidak menghentikannya, maka Allah SWT akan menimpakan azab kepada mereka semua." Ya Allah, aku tunduk memandang bumi betapa aku sering memandang langit.. mengukapkan puji-pujian kepada mu dan bercita-cita menjadi penghuni syurgamu.

Sedang masih ramai saudara-saudara ku yang jahil tentang agama mu, terumbang-ambing di pukul arus kemodenan dan dilemaskan keseronokan keduniaan.. Siapa yang akan membantu mereka? aku malu pada mu ya Allah dan bagaimana pula aku ingin menemui Rasulullah sedang tiada apa kejayaan yang aku bawa untuk mengembirakan hatinya. Tiada bantuan yang aku hulurkan untuk menyelamatkan umatnya.


Tapi bagaimana? Aku tidak terdidik untuk berdakwah. Aku tidak tahu cara nya. Lalu aku kuatkan semangat aku bulatkan tekad. Bait-bait sabda Rasulullah S.A.W aku jadi kan pegangan, “sebaik-baik manusia itu ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia”.. Aku mempersiap-siapkan diri ku dengan menimba ilmu semoga dengan bertambahnya ilmu akan membakar semangat perjuangan.

Wahai sahabat-sahabat yang diredhai Allah.. Aku menulis bukan inginkan penghargaan. Aku menulis bukan ingin mengada-adakan. Hidayah itu milik Allah. Aku pernah merasakan hidup dalam kejahilan agama dan aku pernah tersesat di jalan yang nyata. Beruntung kalian jika belum pernah merasa kehilangan tujuan kerana payahnya untuk kembali andai tiada dorongan...

Semoga penulisan ini dapat disebarkan. Waulahuallam..

SEKIAN..

Aku pengembara: Coretan ini merupakan hasil perkongsian seorang sahabat seperjuangan, Siti Rahayu Abdurahman yang dihantar kapada admin. Semoga hasil penulisan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan penuh onak dan ranjau ini.. Jangan lihat siapa yang menulis tetapi lihatlah apa yang ingin disampaikan. Assalamualaikum..

Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2014

Badhri Radzi (Piya)

JOHOR DARUL TAKZIM
Pablo Aimar (Bekas pemain kebangsaan Argentina) Signed
Luciano figueroa (Bekas pemain Boca Joniors) Signed
Hariss Harun (Singapura) Signed
Baihakki Khaizan (Singapura) Signed
Nazrin Nawi (N.Sembilan) Signed
Amri Yahya (Selangor) Signed
Norazlan Razali (Selangor) Signed
Asrarudin Putra Omar (Selangor) Signed
Mahalli Jasuli (Selangor) Signed
Izham Tarmizi (HMA) Signed
Irfan Fazail (HMA) Signed
Fadhli Shas (HMA) Signed 
Amirulhadi Zainal (Pahang) Signed
Azizi Matt Rose (Kelantan) Signed
Shakir Shaari (Kelantan) Signed
Daudsu Jamaluddin (Kelantan) Signed
S. Subramaniam (Kelantan) Signed

SELANGOR
Paulo Rangel (Bekas import Perak) Signed
Junior Aparecido (Import Brazil) Signed
Steve Pantelidis (Import Australia) Signed
Andik Virmansyah (Indonesia) Signed
Abdul Hadi Yahya (Perak) Signed
Farizal Marlias (Perak) Signed
Shahrom Kalam (Perak) Signed
Rizal Fahmi Rosid (Kelantan) Signed
Hazwan Bakri (HMA) Signed
A. Thamil Arasu (HMA) Signed
Azmi Muslim (FELDA) Signed
Hamsani Ahmad (N.Sembilan) Signed

KELANTAN
Mohamad Shawky (Bekas pemain kebangsaan Mesir) Signed
Forkey Doe (Bekas import Selangor) Signed
Mohamed Ghaddar (Import Lubnan) Signed
Brendan Gan (Sydney FC) Signed
Wan Zaharul Nizam (HMA) Signed
Shakir Ali (N.Sembilan) Signed
Amar Rohidan (FELDA) Signed
Nazri Ahmad (JDT) Signed
Tengku Hasbullah Hassan (Kedah) Signed
Tuan Faim Zainal Abidin Signed
Famirul Asyraf Sayuti Signed
Faizul Nazlin Sayuti Signed
Faiz Suhaimi Signed

PERAK
Martin Kafando (Pemain kebangsaan Burkina Faso) Signed
Kyaw Zayar Win (Kapten bawah 23 Myanmar) Signed 
Eliel Da Guardino (Import Brazil) Signed
Zelimir Terkes (Import Bosnia) Signed
Tuah Iskandar (JDT) Signed 
Shahrizal Saad (FELDA) Signed
Mohd Hardi Jaafar (Penang) Signed
Mohd Fazli Zulkifli (FELDA) Signed
Azmeer Yusof (N.Sembilan) Signed
Razi Effendi Suhit (PKNS) Signed
Mohd Nor Haziq Aris (UiTM) Signed
Mohd Norhizwan Hassan (UiTM) Signed
Mohd Hidayat Amaruddin (UiTM) Signed

PAHANG
Dickson Nwakeme (Bekas import Kelantan) Signed
Zesh Rehman (Bekas pemain Fulham) Signed

SARAWAK

Milorad Janjus (Import Serbia)
Signed
Gabor Gyepes (Import Hungary) Signed
Alireza Abbasfard Rahim (Import Iran) Signed
Akhmal Rizal Rakhli (Perak) Signed
Fazley Abdul Rahim (KL Pos) Signed
Mohamad Rashid Aya (Johor FA) Signed
Mohd Lot Abu Hassan (PKNS) Signed
Reeshafiq Alwi (PKNS) Signed
S. Chanturu (Perak) Signed

TERANGGANU
Mamadou Hady Bary (Import) Signed
Marcio Souza (Import Brazil) Signed
Mario Karlovic (Import Australia) Signed
Izzaq Faris Ramlan (HMA) Signed
Sharbinee Alawee (Selangor) Signed
Faiz Subri (Kelantan) Signed
Zairo Anuar Zalani (Kelantan) Signed
Norfarhan Muhammad (Kelantan) Signed
Mazlizam Mohammad (T.Team) Signed
Norhakim Hassan (PKNS) Signed
Azlan Zainal (PKNS) Signed

T. TEAM
Nelsen San Martin (Bekas import Kedah) Signed
Ivan Parlov (Import Croatia) Signed
Fabio Flor (Import Brazil) Signed
Patrich Wanggai (Indonesia) Signed
Faizal Muhammad (Terangganu) Signed
Hazwan Rahman (HMA) Signed
Ramzul Zahini (Selangor) Signed
Azlan Ismail (Perak) Signed
Nizad Ayub (PKNS) Signed
Alto Linus (Sabah) Signed

PKNS
Karlo Promorac (Bekas import Sime Darby) Signed
Kim Dong Chan (Import Korea Selatan) Signed
Hamka Hamzah (Indonesia) Signed
Zamir Selamat (JDT) Signed

ATM
Juan Manuel Arustegui (Import Argentina) Signed
Speasi Dilevski (Import Australia) Signed
Syed Adney (Terangganu) Signed
Iqbal Suhaimi (T.Team) Signed
Fauzi Shaari (FELDA) Signed
Rudie Ramli (FELDA) Signed
Riduan Maon (ATM) Signed

FELDA UNITED

Yaroslav Krushelnitsky (Pemain kebangsaan Uzbekistan) Signed
Edward Wilson Junior (Semen Padang) Signed
Zah Rahan Krangkar (Persipura) Signed
Haris Safwan Kamal (Kelantan) Signed
Indra Putra Mahyuddin (Kelantan) Signed
Shahruain Abu Samah (N.Sembilan) Signed
K. Soley (Selangor) Signed
Nasriq Baharom (Selangor) Signed
Solihin Kanasian (Selangor) Signed
Adib Aizuddin Ab Latif (Selangor) Signed
Shahrulnizam Mustafa (Perak)
Signed
Farizal Harun (ATM) Signed
Shukor Adan (ATM) Signed
K. Thanaraj (JDT) Signed

SABAH
Marwan Sayadeh (Imprt Syria) Signed
Mitrovic Srecko (Import Serbia) Signed
Pucoca Predeg (Import Croatia) Signed
Rozaimi Abdul Rahman (HMA) Signed
Ezaidy Mohd Khadar (JDT) Signed
Redzuan Nawi (JDT) Signed
Farid Ideris (JDT) Signed
A. Varathan (ATM) Signed
Mohd Fazli Paat (JFA) Signed

JOHOR FA
Braulio Rodriguez (Bekas pemain Atletico Madrid) Signed
Jose Manuel Correa (Import Sepanyol)
Signed
Nicolas Del Monte (Import Arjantina) Signed 
Shahril Ishak (Singapura) Signed
Zulfadhli Mohamed (JDT) Signed
Zaquan Adha Abdul Razak (JDT) Signed

NEGERI SEMBILAN
Kim Jin Ryong (Bekas pemain kebangsaan Korea Selatan) Signed

Effa Owona (Bekas import Terangganu) Signed
Jean Marc Alexandre (Import Haiti) Signed
Jozef Kaplan (Geylang United) Signed
Sivakumar A/L Munusamy (Perak) Signed
K. Nanthakumar (Kelantan) Signed
Sumardi hanjalan (Sabah) Signed

PDRM 

Rafael De Souza (Bekas import perak) Signed
Ali Ashfaq (Pemain kebangsaan Maldives) Signed
Charles Chad (Import Brazil) Signed
Bobby Gonzales (Sarawak) Signed
Azizon Kadir (Kuala Lumpur) Signed
Sabre Mat Abu (Kedah) Signed
Azi Shahril (FELDA) Signed
Ezrie Shafizie (JDT) Signed
Muslim Ahmad (JDT) Signed
V. Thirumurugan (Perak) Signed

SIME DARBY

William Mensah (Import) Signed
Dilshod Sharofetdinof (Import) Signed
Mahmoud Amnah (Import) Signed
Wisdom Agblexo (Import) Signed
Farid Ramli (JDT) Signed
Failee Ghazali (Perak) Signed
Faderin Kadir (Terangganu) Signed
Izuan Salahuddin (Kelantan) Signed

KEDAH 
Billy Mehmet (Import Ireland) Signed
Adam Griffith (Bekas import Selangor) Signed
Franco Gomez (Import Sepanyol) Signed
Adriano Pellegrano (Import Australia) Signed
Saiful Amar Sudar (Sarawak) Signed
Helmi Eliza Elias (FELDA) Signed
Shafizan Hashim (FELDA) Signed
Azmizi Azmi (FELDA) Signed

PULAU PINANG 
Hilton Moreira (Import Brazil) Signed
Lee Gil Hoon (Import Korea) Signed
Lee Kwang Hyeon (Import Korea) Signed
Titi Buengo (Import Anggola) Signed
G. Mahathevan (T.Team) Signed
Rafiuddin Roddin (Perak) Signed
Khairul Amri (Perak) Signed
Yong Kuong Yong (Perak) Signed
Zamri Chin (Sime Darby) Signed
Azizan Baba (Sarawak) Signed
G. Jeevananthan (ATM) Signed

MELAKA UNITED

Rashid Mahmud (N.Sembilan) Signed

K. Rajan Signed
K. Shatiyaa Signed

Aku pengembara: Segala isi kandungan yang terdapat dalam entry ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa sehinggalah tarikh tutup perpindahan pemain diumumkan. Untuk pengetahuan, tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru. Apa-apa pun, terima kasih atas sokongan anda, crew kami akan cuba sehabis baik buat yang terbaik untuk anda.

Artikel berkaitan: Senarai penuh perpindahan setiap pasukan

Wednesday, July 10, 2013

Gambar pasangan suami isteri yang cukup mengharukan


SUBHANNALLAH.. Tersentak saya bila melihat gambar pasangan suami isteri yang pada saya cukup unik ini. Saya kongsikan gambar yang mengharukan ini untuk tatapan semua agar kita tahu betapa hebatnya perancangan yang maha Esa.

Jika asas perkahwinan kerana HARTA,
pasangan bakal bercerai jika EKONOMI goyah..

Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN,
pasangan akan mencari alasan untuk pergi
jika rambut dah beruban dan muka dah berkedut..

Jika asas perkahwinan kerana PERIBADI,
pasangan akan lari jika berubah tingkah laku..

Jika asas perkahwinan kerana NAFSU,
pasangan akan bertengkar
jika kehendak tidak memuaskan..

Namun,

Jika asas perkahwinan kerana Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan
maha pemberi kepada setiap makhlukNya...

Pautan

Friday, July 5, 2013

Kenapa kita perlu sebut "Alhamdulillah" selepas bersin?


Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam. Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda.

Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa maut.

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung semuanya terhenti.

Dengan kuasa dan perlindungan daripada Allah, kita selamat selepas bersin, Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa-apa yang telah berlaku.

Jadi kita patut bersyukur dan memuji Allah, mengucapkan terima kasih (Alhamdulillah) kepada Allah kerana telah memelihara dan menyelamatkan kita.

Pautan

Tuesday, July 2, 2013

Koleksi dialog lawak yang mencuit hati



Pagi ini saya kongsikan dialog-dialog mencuit hati ini sementara menunggu flight terbang ke Sabah sekejap sahaja lagi. Nie pun update dalam balai pelepasan yang bila-bila masa sahaja akan berlepas ^^. Mesti fans blog Aku pengembara tu menangis sambil hentak-hentak kaki di atas pemergian admin blog nie kan? Huhu (Bajet hot jap). Ok lupakan kejap pasal balik Sabah, jom kita layan dialog mencuit hati di bawah ini.. Keep smile :)


Situasi 1 (Cinta ke tak?)
Makwe : Awak sayang saya ?
Pakwe : Tak.
Makwe : Ok fine ! kita break !
Pakwe : Awak tanya sayang ke tak, tapi tak tanya cinta ke tak.
Makwe : Jadi awak cinta saya ?
Pakwe : Tak.
Makwe : ???


Situasi 2 (Neraka di bawah telapak kaki ayah)
Seorang anak melihat dan memeriksa tapak kaki ayahnya.

Ayah : Eh apa kamu buat ni?
Anak : Cikgu cakap, syurga di bawah telapak kaki ibu.
Ayah : Habis tu?
Anak : Neraka mesti di bawah telapak kaki ayah kan?
Ayah : Sebelum kaki neraka ni hinggap kat muka kau, baik kau blah!


Situasi 3 (Ustazah hebat)
Ustazah : Saya tidak pernah menolak hukum poligami.
Jamaah : Wah, hebat ustazah!
Ustazah : Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi.
Jamaah : Wah, benar-benar kelas ustazah.
Ustazah : Yang penting.....
Jamaah : Yang penting... adil ye ustazah?
Ustazah : Bukan... yang penting, bukan suami saya..
Jamaah : =.=


HOPE ENJOY!



Nak lagi kata-kata? terjah sini ---> Koleksi kata-kata