Apa kata Najwa Latif mengenai cinta | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, December 25, 2012

Apa kata Najwa Latif mengenai cinta


Macam-macam pendapat mengenai cinta. Daripada golongan terpelajar sehingga golongan bawahan masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa sebenarnya cinta. Cinta mempunyai banyak maksud mengikut pendapat sesetengah orang termasuklah artis-artis seluruh dunia yang mempunyai pendapat masing-masing. Malas nak cakap banyak, jom kita tengok apa kata mereka..


✿ Kata Najwa →❤ cinta muka buku
❀ Kata Rangga →❤ ada apa dengan cinta
✿ Kata Radja →❤ benci bilang cinta
❀ Kata Agnes Monica →❤ cinta tak ada logika
✿ Kata Polis →❤ cinta itu sukar ditangkap

❀ Kata Ustaz →❤ cinta itu adalah anugerah
✿ Kata Doktor → ❤ cinta sukar untuk diubati
❀ Kata Cikgu →❤ cinta payah untuk di pelajari
✿ Kata Hakim →❤ cinta tak boleh di hukum
❀ Kata Orang →❤ cinta itu sesuatu yang indah
Kata Ulamak →❤ cinta Allah kekal abadi


Aku pengembara: Itu kata mereka, kata saya plak, "CINTA ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN". Tanpa pengorbanan cinta tak akan mekar dan bercambah. Pengorbananlah titik bermulanya bibit-bibit cinta dalam diri seseorang. Semakin banyak kita korbankan, semakin bercambahlah perasaan cinta dan sayang itu. Mengapa seorang ibu sangat mencintai dan menyayangi anaknya? Jawapannya mudah, sebab ibu telah mengorbankan seluruh jiwa dan raga dalam membesarkan seorang anak. Sejak anak dalam perut, kemudian bergadai nyawa pula melahirkan anak bukanlah satu pengorbanan yang kecil. Sebab itulah cinta dan kasih seorang ibu melebihi cinta pencinta-pencinta wanita di luar sana. 

Kenapa pula sepasang kekasih saling mencintai antara satu sama lain? Jawapannya tetap sama. Mereka telah mengorbankan banyak benda sepanjang tempoh percintaan. Korban top up tiap-tiap hari, tiket wayang cerita sedih, beli hadiah hari jadi, belanja makan tengah hari, dating di bawah panas mentari, minyak motor/kereta tiap pagi. Semua ini memerlukan pengorbanan yang banyak. Sebab itulah apabila kehilangan yang dikasihi kita akan rasa sedih disebabkan pengorbanan kudus kononya telah kita lakukan. 

Begitu juga dalam hal-hal agama. Apabila kita banyak berkorban untuk agama, kecintaan kita kepada agama pun semakin dalam. Sebagai mana seorang ibu sanggup berjaga malam menjaga anaknya, Sebagai mana sepasang kekasih tidak rela melihat kekasihnya dalam keadaan derita, begitu jugalah cinta kita kepada agama. Kita akan tersentak apabila agama dipermain-mainkan dan hati memberontak apabila agama dihina. Semakin banyak kita korban, automatik semakin menebal rasa cinta dalam diri. Kesimpulannya, pokok pangkal pada semua ini adalah PENGORBANAN... Renung-renungkanlah. Akhir kata daripada saya, tegur bila aku salah, hulurkan tanganmu bila aku lemah. Assalamualaikum..

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

2 comments:

  1. bro nak inform ni..
    -mencari entry terbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jemput join..simple,takde syarat..
    pemenang akan direview
    http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html

    ReplyDelete
  2. saya menyokong apa en aku pengembara ulaskan disini :)

    ReplyDelete