Kapten Zaharie Ahmad Shah dari kaca mata sahabat baik beliau | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, March 16, 2014

Kapten Zaharie Ahmad Shah dari kaca mata sahabat baik beliau

Kapten Zaharie Ahmad Shah

Sedar atau tidak, hari ini sudah pun masuk hari ke-9 misteri kehilangan pesawat MH370 dan orang yang menjadi bualan ketika ini sudah pastinya juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Ramai yang bercerita mengenai beliau sejak kehilangan MH370 8 mac lepas.

Siapa sebenarnya Kapten Zaharie ini masih ada lagi yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan juruterbang yang cukup disegani dalam kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS), berdasarkan kemahiran, kepakaran dan serta pengalaman luas yang beliau dimiliki.

Juruterbang yang telah mencatatkan 18,365 jam penerbangan itu juga mempunyai sebuah sistem simulator penerbangan Boeing 777 di kediaman beliau. Sistem simulator penerbangan itu dipasang oleh beliau sendiri dan siap pada November 2012 menggunakan perkakasan FSX dan FS9 pada enam skrin monitor.

Sistem simulasi itu turut dilengkapi dua kad grafik terkini jenis Asus 7970 serta beberapa perkakasan canggih yang lain. Minat anak kelahiran Pulau Pinang yang juga bekas pelajar Penang Free School itu turut mencakupi pesawat kawalan jauh dan beliau memiliki model Bell 222 dan jenis Cataline PBY.

Menyertai MAS pada 1981, Zaharie juga merupakan pemeriksa bertauliah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Selain Boeing 777, beliau pernah menerbangkan pesawat Fokker 50, Boeing 737 dan Airbus 300.

Disifatkan sebagai seorang yang mesra, peramah, ceria, gemar bergurau serta aktif dalam komuniti kejiranan, Zaharie juga mempunyai kebolehan memasak. Antaranya kari ikan, cendawan brokoli dan sambal tauhu malah beliau seringkali menghantar sendiri masakan seperti spaghetti dan bihun goreng untuk kenduri di kawasan perumahannya. [Sumber]

Juruterbang Zaharie Ahmad Shah dari kaca mata sahabat baik beliau, Kapten Norudin Abd Majid. Saksikan video dibawah:


Daripada penjelasan ringkas ini, dapatlah kita tahu betapa kapten Zaharie bukannya calang-calang orang dalam dunia penerbangan. Pengalaman yang begitu luas dan kemahiran yang begitu tinggi. Apa-apa pun, semoga beliau berada dalam keadaan selamat begitu juga dengan para kru dan penumpang MH370.

#Let'sPrayForMH370

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

19 comments:

  1. sedih sgt baca kisah pesawat MH370 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Apapun, kita doakan semoga semua selamat dan kembali kepangkuan kita.. #Let"sPrayForMH370

      Delete
  2. Memang hebat Kapten Zaharie Ahmad Shah. Mudahan beliau, krew dan semua penumpang selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen...itu yg kita semua harapkan...

      Delete
  3. jangan tuduh siapa2 dahulu sebelum ada bukti kuat

    ReplyDelete
  4. moga2 asbab pengalaman beliau, mh370 selamat mendarat di mana2 tempat...ameen

    ReplyDelete
  5. Aamiin... semoga selamat semuanya ya Allah... aamiin..

    ReplyDelete
  6. tabik spring kat dia bruhh. i dunno why some of ppl keep tuduh him yang bukan bukan. haihh. keep praying for Kapten and the others in mh370 =D

    ReplyDelete
  7. moga semua fitnah yg dilemparkan adalah tak benar..sy yakin!

    ReplyDelete
  8. doakan semoga semuanya dalam keadaan yang selamat..

    ReplyDelete
  9. moga kebenaran tersingkap... #prayforMH370

    ReplyDelete
  10. siap ada simulator kat rumah tu.. hebat!

    ReplyDelete
  11. semoga mh370 segera pulang :(

    ReplyDelete
  12. hope the aircraft will be found soon =(

    ReplyDelete
  13. Beliau memng hebat..semoga beliau dn penumpang yg lain selamat semuanya..

    ReplyDelete
  14. amin! pray for MH370..smpai skg tiada lg berita sahih!

    ReplyDelete
  15. Kiranya kapten ni aset terbsar negara la ni kan..hehe

    ReplyDelete