Jack Millis dan Millie
Siapa sebenarnya Jack Mills dan millie ini? Ok bagi yang tidak tahu, pasangan ini sebenarnya merupakan antara pasangan yang paling romantik di dunia.
Bayangkan saja, suami warga negara Inggeris yang berusia 89 tahun, Jack Millis sering menghadiahkan isterinya yang tercinta, Millie dengan berbagai macam jenis bunga. Apa yang lebih mengkagumkan adalah, bunga tersebut bukan hanya sekali atau puluhan kali diterima oleh isterinya, namun sudah mencecah ribuan kali.
Jack Mills telah memberikan hadiah bunga kepada istri tercintanya selama 70 tahun dan bunga tersebut dikirimkan setiap minggu. Romantik bukan?
Veteran Perang Dunia II ini telah jatuh cinta kepada Millie sejak usianya 18 tahun lagi dan sejak itulah, dia selalu menyimpan separuh wangnya untuk membelikan Millie bunga.
Jack Millis juga mengungkapkan rahasia dibalik pernikahan mereka. Menurutnya, rahsia perkawinan adalah saling berbagi dan peduli antara satu sama lain.
Isterinya juga tidak ketinggalan mengungkapkan tips perkawinan bahagia mereka. Menurut Millie,
"rahasianya terletak pada saling menerima dan memberi.."
So sweet kan? bagi mereka yang inginkan rumah tangga bahagia, bolehlah jadikan tips Jack Millis dan Millie ini untuk mengekalkan hubungan anda.
Di sini saya selitkan juga sedikit tips mengekalkan hubungan rumah tangga daripada baginda Nabi saw untuk kita jadikan amalan. Lihat di bawah:
Menyembur wangian pada bahagian aurat
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila mewangikan badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan nurah (sejenis pewangi), dan isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh baginda”. (Hadis riwayat Ibn Majah)
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Aku biasa mandi bersama Nabi SAW dalam satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut”. (Hadis riwayat Abdurrazzaq & Ibn Abu Syaibah)
Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya. (Hadis riwayat Abdurrazzaq & Said b Mansur)
Mencium isteri walaupun sebelum solat
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Nabi SAW biasa mencium isterinya setelah mengambil wudhu’, kemudian baginda bersolat dan tidak mengulangi wudunya”. (Hadis riwayat Abdurrazzaq)
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah RA dengan panggilan yang disukai seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima)
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi SAW biasa memicit hidung Aisyah RA jika dia marah dan baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa ‘wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah aku dari dosa fitnah yang menyesatkan’ “. (Hadis riwayat Ibn Sunni)
SEMOGA BERMANFAAT
Aku pengembara: Thankz kepada Denaihati.com kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sedikit tips rumah tangga ini. Memandangkan saya masih single (Tiada pengalaman mengenai rumah tangga) so saya memilih tips kebahagiaan rumah tangga yang dikongsikan oleh Jack Millis dan Millie dan rahsia kebahagiaan rumah tangga Rasulullah saw untuk di jadikan amalan. Sekian
best tips2 ni..semoga bahagia selalu..
ReplyDeletewww.jmr23.com
wow tips yang hebat !! Rasullulah adalah contoh yang terbaik
ReplyDeletesangat menarik..tq aniq..
ReplyDeleteMenarik! Mohon share ya awak ;)
ReplyDeleteSilakan.. Ilmu itu hak milik kita bersama :)
Deleteika pernah baca tips mengekalkan hubungan rumahtangga dari Nabi saw tu dalam satu buku ni, tapi tak ingat tajuk buku...
ReplyDeletetips yang berguna ni aniq :)
sweet sangat Jack Millis walaupun dah berusia..
contoh pasangan yang romantik.. sangat bermanfaat tips ini aniq.. :D
ReplyDeletePetua Rasulullah picit hidung tu sangat menarik untuk diamalkan… Indahnya kehidupan berkeluarga Nabi kita.
ReplyDeletewahhh..bagus ny a..menarik info ni..boleh diamal2 ka bagi kami2 yg dah berkhawin ni aniq...aniq tunggu dah khawin ya baru amalkan..hehehe
ReplyDeletecahayacinta suka ikut petua Baginda Rasulullah di dalam buku ada petikan hadis cerita.rasa bahagia ikut sunah baginda
ReplyDeleteMemang benarlah Rasulullah sebaik contoh. Memang romantik dan superb! Nak ikut sunnah Nabi dgn lebih komited.
ReplyDeletethanks berkongsi
tak sabar pulak nak kahwin . indahnyaa :D
ReplyDeleteapatah lagi kalau dh khwin kan ? hm
Thanks atas perkongsian.. memang menarik untuk di baca, bagi yang berdarah manis macam aku ni,, hahahaha
ReplyDeleteLepas kawin memang seronok mandi bersama..tapi dan lama tu susah la kot..hahaha
ReplyDelete