Komen Najib Ali kenapa Jozan juara Maharajalawak Mega | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, January 22, 2013

Komen Najib Ali kenapa Jozan juara Maharajalawak Mega

Semua sedia maklum hari jumaat yang lalu kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan telah pun dinobatkan sebagai juara Maharaja lawak mega 2012. Kemenangan tersebut nyata menggembirakan semua khususnya peminat setia mereka termasuklah Aku pengembara sendiri. Tak sia-sia pakai gambar profil facebook Zizan versi Ustaz Azhar hari tu. Hehe.. (Gambar yang dimaksudkan). Tahniah diucapkan buat Jozan!

Namun disebalik kejayaan itu, ada juga yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kemenangan tersebut. Mereka mengatakan Jambulah yang sepatutnya layak dinobatkan selaku juara seperti komen-komen yang Aku pengembara terbaca dalam beberapa laman sosial. Macam-macam komen.

Mengenai hal ini, Aku pengembara mempunyai pandangan tersendiri. Jika diambil kira persembahan dari minggu pertama, secara jujurnya Aku pengembara lebih memilih Jambu sebagai juara walaupun Aku pengembara peminat setia Jozan. Hal ini disebabkan minggu demi minggu, Jambu telah mempamerkan satu persembahan mantap dan konsisten sepanjang sepuluh minggu pertandingan. Ia tidak dapat disangkal.

Namun demikian, setelah diteliti dan dinilai dari pelbagai aspek, nyata pemilihan Jozan sebagai juara memang tidak boleh dipertikaikan. Pertama jika dilihat dari aspek undian penonton, mereka ternyata jauh meninggaalkan peserta-peserta lain dengan jumlah fans yang begitu ramai. Jadi persoalan yang timbul sekarang, apa sebenarnya yang ada pada Jozan sehinggakan mereka berjaya memikat hati pengundi?

Ok, sedarkah atau tidak sebelum kemunculan Jozan, industri lawak tanah air telah melalui zaman kejatuhan yang merisaukan peminat komedi Malaysia. Setelah penurunan secara perlahan-lahan kumpulan senario (pelawak terbaik Malaysia ketika itu), kita seakan-akan hilang bakat untuk menggantikan kumpulan pelawak tersebut.

Tidak lama selepas itu muncullah satu kumpulan lawak yang mengelarkan diri mereka sebagai Jozan. Kumpulan ini telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia lawak dengan idea-idea baru dan kreatif mereka ketengahkan. Malah, tidak keterlaluan rasanya jika Aku pengembara mengatakan Setelah kemunculan Jozan, industri lawak tanah air kembali bersinar.

Ok, persoalan kedua. Apa sebenarnya yang ada pada mereka ini sehinggakan mereka berjaya menghidupkan kembali dunia komedi tanah air?. Untuk menjawab persoalan ini, komen daripada Najib Ali di bawah ini mungkin dapat menjelaskan siapa Jozan dan mengapa mereka layak diberi gelaran pelawak nombor satu Malaysia ketika ini..

 

Setelah melihat video yang Aku pengembara sediakan, Apa pendapat anda? Komen bernas dari Najib Ali itu sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam sekaligus menyatakan di mana sebenarnya label Jozan dalam industri komedi Malaysia. Mereka berada dikelas yang tersendiri sehinggakan beliau mengeluarkan statement sebegitu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika pasangan Johan dan Zizan dinobatkan sebagai juara Maharaja lawak mega 2012. Identiti pelawak yang mereka miliki membuatkan sesiapa sahaja yang melihat mereka pasti terhibur dan secara automatik segala masalah terus hilang dan itulah fungsi pelawak sebenarnya..

Aku pengembara : Ini hanya sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada juga ada yang kurang bersetuju dengannya. Terpulanglah pada penilaian anda kerana setiap orang ada pendapat masing-masing. Apa yang penting seperti biasa jangan segan "TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGAN BILA AKU LEMAH". Akhir kata Assalamualaikum..

# Off topic: Support this blog ---> Layan video



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

7 comments:

  1. Kalau ambil kira persembahan semata, memang nak Jambu menang. Sebab rasanya untuk pertandingan ni, diorang lagi bersungguh dan lagi menghiburkan kot. Tapi memang of course tak boleh lawan peminat Jozan yang sangat ramai termasuk saya sendiri. Dah guna undi semata, memang keputusan yang dah dijangkakan dah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju dengan pendapat anda.. JAMBU telah bertungkus lumus menghiburkan kita semua dengan lawak2 luar jangkaan.. Tapi apa boleh buat, tiada rezeki kali ini.. Apa-apa pun, Jozan dan Jambu memang terbaik!

      Delete
  2. jozan memang berhak juara..kerana kelebihan yang mereka ada

    ReplyDelete
  3. hehehehe , CP minat jambu ngan jozan , hehehehe ~

    ReplyDelete
  4. Boboi sepatut nya juara. Lawak jozan kosong begitu juga jambu.

    ReplyDelete
  5. betul2 !! industri lawak mula naik setelah kewujudan rancangan raja lawak 1--> yus dapat nomo 1, zizan nomo 2 dan johan nomo 3 .. kmudian dtruskan raja lawak 2 , 3 dan strusnya.. jozan djadikan pengacara , rating raja lawak setiap session naik kerana pengacaranya jozan. majoriti penonton menonton raja lawak kerana pengacaranya, bukan pesertanya . walaupun cuma mendapat tempat ke-2 dan ke-3, legasi "kepopularan" berterusan sehingga ke hari ini. dtambah pula dengan kejujuran persahabatan yg dtonjolkan sebagai bonus :)

    ReplyDelete