20 sebab seronoknya menjadi seorang lelaki | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Wednesday, January 16, 2013

20 sebab seronoknya menjadi seorang lelaki

  1. Teman tidur anda adalah seorang wanita yang halus dan gebu kulitnya.
  2. Anda tidak perlu bercukur dari leher sampai ke bawah. 
  3. Nama anda kekal dalam kad pengenalan anak.
  4. Coklat tidak menjadi masalah besar bagi anda.
  5. Dapat membuka semua penutup botol dan balang.
  6. Tiga pasang kasut sudah lebih daripada mencukupi.
  7. Percutian seminggu memerlukan hanya satu beg bimbit.
  8. Jika usia anda 34 tahun dan masih solo, tiada siapa akan perasan.
  9. Tidak perlu mengemaskan bilik hotel sebelum meninggalkannya.
  10. Perbualan telefon biasanya mengambil masa tidak lebih 30 saat.
  11. Kawan-kawan tidak ambil peduli sama ada berat badan anda bertambah atau tidak.
  12. Tidak perlu berhenti setiap kali terlihat adegan orang menangis ketika mencari siaran TV.
  13. Tidak perlu membawa benda-benda pelik dalam beg ke mana sahaja hendak pergi.
  14. Mendapat penghargaan dengan hanya sedikit usaha seperti mengemas rumah.
  15. MANDI DAN SIAP BERPAKAIAN SERTA BERSIKAT DALAM MASA 10 MINIT.
  16. Tidak ada seseorang pun rakan sekerja mahupun bos boleh membuat anda menangis.
  17. Untuk tiga helai seluar dalam, anda hanya perlu membayar kurang RM 10.
  18. Khusyuk menonton Discovery Channel, terutamanya mengenai pembiakan haiwan.
  19. Anda tidak perlu mencium seseorang yang bermisai KECUALI anda gay.
  20. Anda boleh gelak besar tanpa bimbang diperhati atau diperkata orang.
# Gambar hiasan. Kalau ada perempuan gelak macam nie, agak-agak apa orang akan cakap? ^^

Aku pengembara : Amacam, Seronok tak menjadi lelaki? ^^ Walaupun dari satu aspek kita melihat lelaki mempunyai banyak kelebihan serta kebebasan, tetapi ada beberapa perkara yang lelaki kalah dengan kaum yang dianggap lemah ini. Disebalik kekangan dan keterbatasan kaum wanita, mereka sebenarnya mempunyai kelebihan yang mengatasi kaum lelaki iaitu doa-doa mereka lebih makbul berbanding doa kaum lelaki. Kenapa? Hal ini kerana mereka memiliki sifat penyayang yang lebih kuat berbanding lelaki seperti yang pernah saya terbaca sebelum ini ---> Sini. Maha adilnya Allah swt dan segala apa yang diciptakan tidaklah sia-sia dan mempunyai kelebihan yang kita sendiri tidak ketahui. Apa yang penting di sini, bersyukurlah menjadi apa pun kerana setiap anda mempunyai kelebihan masing-masing.

Yang pasti lelaki perlukan wanita kerana seorang lelaki tak boleh hidup tanpa seorang wanita di sisi. ^^

Sumber dicedok dan diadaptasi hasil perkongsian seorang rakan blogger.



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

6 comments: