Drama sahara terbitan astro menghina islam | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, January 31, 2013

Drama sahara terbitan astro menghina islam

Sebelum ini, banyak juga pengarah yang mengetengahkan unsur-unsur islamik dalam drama dan ternyata mendapat tempat dihati penonton. Lihat sahaja drama bersiri nur kasih yang mempunyai peminat tersendiri sehingga membawa kepada pembikinan filem nur kasih the movie. Namun, berbeza pula keadaanya dengan drama sahara terbitan astro yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati majoriti rakyat Malaysia.

Pada awalnya Aku pengembara berasa pelik, kenapa drama islamik ini mendapat kecaman yang begitu hebat. Namun setelah membuat sedikit research, barulah Aku pengembara temui jawapan disebalik semua ini. Berdasarkan sumber, drama ini ada menyelitkan babak bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang sepatutnya tidak berlaku dalam mana-mana drama/filem berunsur islamik. Keadaan ini lebih parah apabila watak wanita yang dibawa dalam drama ini menampilkan imej islam dengan lengkap berpurdah dan ini sesuatu yang amat dikesali. Ramai yang melontarkan pendapat bahawa ianya merupakan satu penghinaan kepada islam itu sendiri dan Aku pengembara bersetuju dengan pendapat ini. Lihat gambar di bawah..


Apa presepsi anda setelah melihat gambar ini? Ia menggambarkan seolah-olah islam itu tiada batasan dalam pergaulan dan jelas ianya memberi imej buruk kepada agama. Pada pendapat Aku pengembara, drama berunsurkan islamik ni amatlah digalakkan tetapi haruslah merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang lebih pakar sebelum mengambil keputusan untuk menayangkannya kepada umum. Aku pengembara bersetuju dengan pendapat bahawa drama ini harus dihentikan dengan serta merta bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar.

Kekadang terfikir juga, crew penerbitan drama ini tak tahukah benda nie salah dan mencemarkan imej islam?. Apabila melihat kembali video promo drama ini Aku pengembara begitu sedih seolah-olah crew yang terlibat 'buta' mengenai aspek ini. Maaf kerana Aku pengembara terpaksa menggunakan perkataan ini kerana ianya sudah berada di tahap yang jelas mengecewakan banyak pihak. Satu lagi persoalan yang bermain difikiran, peliknya kenapa pihak astro tidak perasan mengenainya dan ianya terus menjadi tanda tanya.

Menyedari akan hal ini, wanita yang memegang watak utama dalam drama ini telah pun mengeluarkan kenyataan maaf dalam sebuah laman sosial.


Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau dan kita semua agar terhindar daripada perkara yang mencemarkan imej agama.

Walaupun Aku pengembara nie tak baik mana, ilmu agama pun tak tinggi mana, tapi terus terang di sini, Aku pengembara sendiri berasa sedih dan inilah yang membuatkan Aku pengembara rasa terpanggil untuk menulis mengenai isu ini. Sampai bilakah lagi kita terus menghina agama kita sendiri dengan drama-drama sebegini. Siapa lagi yang kita harap membela agama jika kita sendiri tidak ada respect pada agama yang kita junjung. Mohon agar isu ini dapatlah diselesaikan dengan secepat mungkin. Minta maaf jika ada yang tersinggung dengan hasil penulisan pelik kali ini. Bukan emosi tetapi keadaan begitu mendesak.

Ok, di sini Aku pengembara selitkan satu video youtube. Walaupun singkat namun sarat dengan mesej yang berguna buat renungan bersama..


Sebagai seorang blogger, ini salah satu tanda bantahan Aku pengembara terhadap penyiaran drama Sahara. Semoga pengorbanan yang sedikit nie Allah pandang dan menjadi bukti kecintaan terhadap agama yang suci ini. Wassalam.

---> Video promo drama sahara


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

6 comments:

  1. CP tgk iklan macam bes , tak perasan lak promo gini ... tapi CP memg tak berapa minat la drama islamik nih .. bukan tak suke pengajaran yang dye bawak , sebab , islamik macam mana pown , pelakon tuh tetap bersentuhan tanpa sebarang ikatan ...

    ReplyDelete
  2. semoga mereka mendapat hidayah ALLAH

    ReplyDelete
  3. cerita dalam tv skarang ni.. macam2... hmmmmm

    ReplyDelete
  4. macam2 cerita melayu sekarang nie bro...
    dah la nak jadi ustaz, pakai songkok...
    sekurang2nya pakai la kopiah, ikut sunnah nabi...
    orang ikut sunnah nabi nie tandanya sayang pada nabi...
    songkok nie pakai masa majlis rasmi dah la...

    lepas 2 tudung 2, pakai yg tutup muka....
    2 semua bukan ajaran ISLAM.......
    itu hanya adat orang arab, nie la orang melayu...
    tertukar adat dan ISLAM....
    songkok dan tudung tutup muka itu adat...


    nak buat cerita biar la orang dapat pengajaran...
    dari segi rohani dan luaran...
    nie cara pakaian memnunjukan jahil agama...
    pegang2 tangan, lepas pegang tangan pegang apa plak?
    masyallah cerita sekarang nie...

    ReplyDelete
  5. tak tau nak ckp pe... blm tgk habis lagi... rasanya tak pernah tonton lagi

    ReplyDelete
  6. macam-macam cerita dalam tv ni. Yang paling penting pengarah dalam mana-mana cerita perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakonkan.

    ReplyDelete