2 februari majlis perkahwinan Liyana Jasmay | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Wednesday, January 9, 2013

2 februari majlis perkahwinan Liyana Jasmay

Liyana akan bernikah dengan tunangannya, Fathudin Mazlan pada 2 Februari depan di sebelah pagi sebelum bersanding di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sebelah malamnya.
Kira-kira 2,000 tetamu dijemput meraikan majlis persandingan pelakon filem Papadom dan Castello ini.
Menurut ibunya, Habsah Simpon, segala persiapan sudah dipersiapkan dimana kedua-dua mereka kini hanya menunggu hari bahagia untuk disatukan.
“Syukur Alhamdulillah, segala persiapan berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Tambah Habsah, selepas selesai majlis persandingan pihak lelaki nanti, Liyana bakal terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem yang bertempat di New York, Amerika Syarikat.

SUMBER

Aku pengembara: Semoga berbahagia hingga ke akhirnya untuk Liyana Jasmay :)



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

3 comments: