Zizan sedih tanpa Johan di Maharaja Lawak Mega 2012 | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Saturday, January 5, 2013

Zizan sedih tanpa Johan di Maharaja Lawak Mega 2012


           Tahukah anda disebalik persembahan Zizan yang mendapat pujian ramai semalam, sebenarnya terselit kesedihan dan air mata ketiadaan Johan. Semua sedia maklum bahawa Zizan terpaksa membuat persembahan pada minggu ini berseorangan setelah Johan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ligamen (SINI). Memang di akui Zizan agak kekok tanpa Johan seperti yang diakui oleh Zizan sendiri. “Buat masa ini.. saya tak terfikir untuk mencari pengganti Johan.. kerana bagi saya Jozan wujud kerana ‘kami’ (Johan dan Zizan).. sebenarnya kalau Johan tak ada saya boleh mati kutu,” kata Zizan yang dipetik dari Murai.com.

Menurut sumber selepas sahaja Zizan membuat persembahan pertama, Johan yang berada di hospital menelefon dan memberikan kata-kata semangat kepada Zizan sekaligus membuatkan artis kelahiran Terangganu itu menangis. 

# Lepas show yang dimaksudkan ialah selepas show pertama ketika persembahan Zizan meniru gaya Ustaz Azhar Idrus.

# Nie salah satu komen youtube yang Aku pengembara cedok daripada wwwguatvdotcom2012.

           Menarik bukan? Persahabatan yang telah mereka tonjolkan membuatkan Aku pengembara sendiri berasa terharu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Jozan, keakraban hubungan mereka ini memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak moment yang menunjukkan keakraban mereka dan yang paling menyentuh bagi Aku pengembara ketika final super spontan yang lalu. Serius terharu.. Bagi mereka yang belum menyaksikan dan ingin merasai keakraban pasangan ini bolehlah klik sini ---> Tiada siapa yang dapat pisahkan Jozan. Sedih plak tengok Zizan keseorangan.

Aku pengembaraWalaupun tidak mengenali Zizan secara dekat, hanya sekadar melihat Zizan mengacarakan rancangan Melodi di lokasi-lokasi jom heboh sebelum ini, namun dari perilaku anak muda ini Aku pengembara dapat merasakan Zizan sebenarnya merupakan seorang yang rendah diri. Satu lagi yang membuatkan Aku pengembara respect pada anak muda ini menerusi satu soalan yang diajukannya kepada Ustaz Azhar Idrus yang begitu mengharukan ---> Ustaz Azhar bercerita pasal Zizan. Ada banyak kisah lagi mengenai siapa Zizan sebenarnya namun memadailah satu video ini dahulu agar kita tahu betapa kita ini sebenarnya tidak layak untuk menghukum.

"Jangan segan tegur bila aku salah dan hulurkan tanganmu bila aku lemah"

Wassalam...



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

6 comments:

  1. tq aniq bukhary @ pengembara untuk backlink tu :). kawan mudah dicari, namun sahabat susah dicari. semoga zizan dan johan akan bersahabat sampai bila2

    ReplyDelete
  2. ni lah namanya persahabatan :') terasa kehilangan even skejap pun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu dengan friendship JOZAN nie kan..? Tp dengar cite kehilangan Johan bukan sekejap. Johan akan berehat lama dan mungkin Zizan akan membuat persembahan seorang diri ataupun Zizan akan buat kejutan untuk setiap show nanti. Apepon, kita tunggu dan lihat...

      Delete
  3. terharu dan sedih lihat zizan keseorangan . jozan sering bersama dalam hadapi segalanya. persahabatan jozan adalah contoh terbaik untuk dicontohi. love it :)

    ReplyDelete