Berita pemergian dua orang petugas UNIT 69 KOMANDO benar-benar menggemparkan seluruh tanah air.
Aku pengembara terkejut dengan laporan oleh BERNAMA yang diterbitkan di laman www.malaysiakini.com pada pukul 2.49 pm yang mengatakan ada pertumpahan darah di Lahad Datu.
Untuk mendapatkan kepastian,
Aku pengembara tidak menunggu lama dan terus mendapatkan respon daripada member-member yang berada di Lahad Datu. Di bawah merupakan antara respon yang
Aku pengembara dapat daripada seorang rakan yang sudi berkongsi detik-detik menakutkan di Lahad Datu.
# Pekerja tidak dibenarkan pergi office.
Tidak
berpuas hati dengan gambaran itu,
Aku pengembara pun mencapai handphone dan
membuat satu panggilan terus kepada Kak Mariana (sepupu) yang berada di
Lahad Datu.
Apabila sahaja telefon diangkat,
Aku pengembara tersentak mendengar suara kak Mariana yang begitu cemas menjawab panggilan.
Aku pengembara turut panik.
Selepas keadaan menjadi tenang,
Aku pengembara tidak menunggu lama dan terus bertanyakan kepada mereka apa sebenarnya yang berlaku di sana. Menurut Kak Mariana, keadaan di sana semakin genting. Tidak seseorang pun yang dibenarkan keluar daripada rumah bermula daripada pagi tadi. Keadaan cukup membimbangkan katanya.
Aku pengembara hanya mampu terdiam mendengar luahan Kak Mariana yang penuh emosi itu.
Aku pengembara sempat juga bertanyakan mengenai dua orang komando polis yang telah terkorban dalam kejadian petang tadi. Kak Mariana mengatakan petang tadi dia melihat dua buah ambulans diiringi trak polis lalu depan rumah dengan keadaan yang begitu mencemaskan. Dia tidak menolak kemungkinan bahawa itu adalah dua orang anggota polis yang menjadi mangsa serangan mortar seperti yang dikhabarkan.
Kak Mariana meneruskan cerita lagi. Pada ketika ini kehidupan kami tidak ubah seperti di zaman peperangan. Rumah sentiasa bertutup tidak kira siang mahupun malam. Kedai-kedai pun tutup katanya. Ada sahaja bunyi tembakan kedengaran sehinggakan akak dan anak-anak tidak tidur sejak kebelakangan ini. Sebenarnya keadaan ini sudah lama berlaku dan hari ini (semalam) merupakan hari yang paling sedih dan menakutkan katanya. Sekali lagi
Aku pengembara kelu mendengar cerita Kak Mariana.
Belum sempat bercerita panjang, kedengaran plak suara tangisan anak kak Mariana.
"Kau cakaplah dulu dengan si Fiza, nangis si Boboy nie. Tiba-tiba kak Mariana berkata.
"Ok".
Aku pengembara tiada pilihan lain. Tapi ok juga idea kak Mariana suruh
Aku pengembara berbual dengan anak buah yang selalu cari pasal nie ^^..
"Oi Pakcik! kau nie kacau daun la. Aku mesej bah dengan kawan ku sekarang nie". Katanya.
"Mesej la.. siapa larang.." Jawabku.
"Lain kali la kau call".
"Ok". Jawabku sepatah. (Dalam hati, ganas juga anak buah ku nie) ^^..
"Oh ya, jangan lupa doakan sekolah kami nie cepat buka ya.." Sambungnya.
"Buat apa doa supaya sekolah buka. Doa untuk keselamatan anak buah kan lagi ok". Balasku.
"Emmm, minggu depan ada ujian". jawabnya dengan nada yang berjaya menarik simpatiku.
Mendengar jawapan itu, otak ini terfikir sejenak.. Rupa-rupanya keamanan yang dikecapi selama ini merupakan satu nikmat yang tidak ternilai harganya. Sepanjang persekolahan
Aku pengembara tidak pernah merasai ketakutan untuk pergi ke sekolah.
Aku pengembara dapat bayangkan betapa peritnya mereka mengharungi kehidupan dalam situasi yang menakutkan sebegini.
Wahai Allah!
Selamatkanlah saudara-saudara kami disana.
Berilah kemenangan di pihak kami
dan lindungilah negara kami yang tercinta ini. Amin!
P/s: Artikel ini merupakan maklumat yang diprolehi dari mulut ke mulut dengan individu-individu tertentu yang mengalami sendiri situasi yang berlaku di Lahad Datu. Kesahihan maklumat tidak dapat di pastikan seratus peratus dan anda bolehlah merujuk laman-laman rasmi yang berkaitan untuk mendapatkan kepastian.