Babak menyentuh hati Jozan disebalik lawak ke der 2 | AKU PENGEMBARA

Monday, March 18, 2013

Babak menyentuh hati Jozan disebalik lawak ke der 2

Pelakon-pelakon Lawak ke der 2

Bagi sesiapa yang telah menyaksikan Lawak ke der 2 di pawagam, pastinya tidak dapat melupakan detik-detik menyentuh perasaan di penghujung persembahan Johan dan Zizan. Sahabat selamanya seperti yang kita tahu dan Aku pengembara pernah menulis kisah mereka sebelum ini [Rujuk sini]. Dalam akhir babak tersebut pasangan yang terkenal dengan keakraban mereka itu sedikit sebanyak membuat dada ini sebak. Babak-babak sedih itu hampir membuatkan air mata ini mengalir tetapi sedaya upaya aku halang (cover dahh, member ada kat sebelah). Aku pengembara sendiri tak tahu kenapa hati ini boleh plak touching dan merasai kesedihan setelah lebih sejam dihiburkan dengan lawak-lawak mereka.

Dalam hidup ini, selain daripada mak, ayah, dan family, life ini diisi oleh kawan-kawan sahaja. 25 jam kehidupan bersama mereka.. Tengok wayang pun lebih selesa bersama rakan (not couple). Bukan menolak realiti remaja ingin disayangi dan menyayangi tetapi biarlah perempuan pertama yang Aku ajak tengok wayang adalah isteriku yang tersayang yang tidak diketahui siapakah gerangan. Hahaha (Statement berani mati nie..).. Oppsss.. Mohon abaikan^^

..........................................................................................................................

Sabtu lalu Aku pengembara berpeluang  melihat sendiri lawak ke der 2 di pawagam dengan seorang member di panggung wayang KLCC. Ternyata harga tiket RM14 ringgit yang dibelanjakan sangat berbaloi apabila penonton disajikan dengan lawak-lawak yang begitu segar yang jarang sekali ditonjolkan oleh barisan pelakon. Seperti biasa, Nabil yang ditugaskan sebagai pengacara tidak menghampakan dengan lawak terkini seperti gangnam style dan beberapa lagi lawak yang begitu kena dihati.

Selepas itu muncul pula pelawak otai tanah air, Adflin Shauki dan pasangannya Harun Salim Bachik yang lebih mesra dengan panggilan Boboy. Pasangan ini juga tidak menghampakan apabila sering sahaja mencuit hati dengan lawak yang begitu kena dengan masyarakat. Ternyata kehadiran mereka dalam lawak ke der berjaya membuat penonton kecut perut terutama lawak redho airlines yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini. Wajib tengok!^^

Tidak dilupakan juga kehadiran pelawak yang terkenal dengan stand up komedi, Harith Iskandar. Tidak banyak kejutan yang dilakukan oleh beliau namun apa yang menarik kali ini, beliau menonjolkan lawak terkini facebook dan lawak pasangan couple dan itulah yang membuatkan persembahan beliau lebih menarik. Bagi sesiapa yang telah melihat lawak ke der 2, pasti ingat dengan lawak berbezaan lelaki dengan perempuan yang beliau tonjolkan. Serius lawak.. Secara jujur Aku pengembara berpendapat bahawa Harith merupakan seorang pelawak yang kreatif dengan lawak beliau yang Aku pengembara katogerikan sebagai lawak 'intelligent'. Respect! 

Bahan bukti with Fazzmal Huzairie.. kenangan terindah 16 mac.. (jangan jelous) Hehe^^



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

8 comments:

  1. belum dapat peluang nak tgk lgi. Tapi teringin sangat tgkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sempat lg.. hehe. rugi x tgk.. :D

      Delete
  2. Saya berpeluang tgk live masa kat IB tahun lepas, mmg tidak menghampakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! tengok dekat pawagam dah rasa best apatah lagi tengok live kan?? serious jelous..

      Delete
  3. teringin nak tengok huhu. shbt sejati kekal hingga ke syurga ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu ngn friendship dorang..

      Delete
  4. Ninaa pon dah tgk , wuu touching sangat dengan diaorang :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahabat selamanya.. 2 la org salu cakap, hubungan sbg sahabat nie biasanya akan lebih bertahan lama drpd hubungan couple,, :)

      Delete