Untuk mewujudkan sifat taat, cinta merupakan asbab terbaik. Sesungguhnya seseorang kekasih mentaati orang yg dikasihinya. Apabila perasaan cinta dan sayang yg mendalam wujud terhadap seseorang maka ketaatan kepadanya adalah satu perkara yg semula jadi dan tabii. Tidak mematuhi kekasih adalah begitu berat bagi seseorang sebagaimana berat baginya mematuhi orang yg tidak dikasihi kerana ini bertentangan dengan tabii. Cara untuk membentuk cinta kepada seseorang itu ialah dengan memerhatikan kecantikannya dan kebagusannya. Pemerhatian ini sama ada melalui pancaindera zahir ataupun dibayangkan melalui pancaindera batin. Sekiranya dengan melihat akan kecantikan wajah sahaja boleh melahirkan cinta yg serta merta maka dengan suara merdu juga akan menambatkan hati dan akan menghasilkan kesan umpama besi berani.
Seorang penyair Farsi bermadah,
Tidak semestinya dengan memandang wajah sahaja cinta terbentuk.
Kadangkala khazanah cinta ini terbentuk dengan asbab perkataan.
Kadangkala suara yg manis merdulah yg menarik perhatian dan kadangkala kecantikan dan kebijaksanaan ungkapan yg menyebabkan seseorang itu jatuh cinta. Orang yg berpengalaman telah menyarankan supaya seseorang yg ingin membentuk perasaan cinta haruslah membayangkan sifat-sifat dan kelakuan yg baik yg terdapat pada orang yg dicintai dan janganlah pula sesuatu selain yg dicintai itu diberi tempat dihati. Dalam masalah cinta ini, jika terpandang wajah yg cantik atau tangan kekasih maka seseorang akan berusaha untuk melihat bahagian-bahagian anggota badan yg lain kepunyaan kekasihnya itu supaya cinta bertambah dan kerinduan hati akan hilang…
Sekiranya telah menanam benih di ladang, seseorang itu tidak mengambil peduli untuk mengairi ladangnya maka tanamannya tidak akan mendatangkan hasil. Begitulah juga, setelah jatuh cinta, jikalau seseorang itu tidak berusaha memberikan perhatian kepada orang yg dicintai, cinta itu akan lenyap ditelan masa. Namun, apabila seseorang itu menyiram benih cinta dihatinya dengan membayangkan rupa paras, bentuk, gerak geri, cara berjalan dan cara bercakap kekasihnya itu maka cintanya akan terus bertambah pada setiap masa.
Seorang pujangga Urdu bermadah:
Didapati begitu aneh keadaan sekolah cinta,
Seseorang yang memasuki sekolah ini
Tidak lagi akan mendapat cuti.
Sekiranya pelajaran cinta itu dilupai, pada ketika itu juga kamu akan terlepas daripada cinta itu. Sebanyak mana kamu mengingati pelajaran cinta itu, sebanyak itulah kamu akan terperangkap dalam cinta.
Aku pengembara: Dipetik dan di ubah suai drpd kitab fadhail amal karangan Maulana Zakariyya. Jika anda teliti mengenai ayat-ayat yang digunakan, ia sebenarnya menyentuh aspek cinta terhadap ayat-ayat Allah iaitu Al-Quran. Kitab ini dibaca di seluruh dunia dan telah pun diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa termasuklah Bahasa Melayu. Ditempat tinggal AP sendiri (Felda Umas) kitab ini dibaca di Masjid Al-Muhajirin selepas selesai solat maghrib. Ia bertujuan untuk menimbulkan keghairahan dalam beramal kepada pembaca dan para pendengar yang hadir..
No comments:
Post a Comment