Air yang biasa dihamburkan dikedinginan malam sunyi ketika ramai orang sedang dibuai mimpi. Siapa yang pernah buat dan selalu buat, dia akan tahu betapa nikmat dan sedapnya air ini. Air mata yang dititiskan dihadapan Allah tidak dapat menandingi mana-mana air yang terdapat di dunia ini. Bersesuaian dengan itu, Aku pengembara membawakan satu kisah yang boleh dijadikan renungan dan harap semua enjoy dan mengambil pengajaran daripada kisah yang menarik ini.
Semenjak nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, baginda menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlalu malu kepada Allah SWT. Baginda sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi adam itu, Allah SWT tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda. Burung itu berkata, “sedap sungguh air ini.” Nabi adam terdengar kata-kata burung tersebut. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah SWT. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah SWT telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
Aku pengembara: Air mata taubat.. menangis di malam hari merupakan antara petua untuk sentiasa cergas sepanjang hari. Nantikan artikel seterusnya..
nice sharing.. terima kasih kerana mengingatkan..
ReplyDelete