Perbezaan universiti dan sekolah | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, March 20, 2012

Perbezaan universiti dan sekolah

Sedar atau tidak, hari ini hampir sebulan Aku Pengembara meneruskan pengajian untuk semester baru nie. seriously AP happy sangat coz dpt study subjek baru dan mencabar.. Hari tu dapat info dari fakulti, AP akan study lebih banyak subjek fotografi drpd sem lalu.. Ada subjek photojournalism, lighting techniques dan ada beberapa lagi subjek berkaitan foto.. Memang inilah impian AP dari dulu ingin menjadi Professional photografer di dunia.. hehe.. Itu cerita kerjaya.. Tapi apa yang AP nak kongsi di sini ialah perbandingan antara Universiti dan sekolah.. Baru-baru nie AP dapat berita kawan-kawan seperjuangan ada yang baru menjejakkan kaki ke menara gading.. Alhamdulillah.. Gembira ada, sedih pun ada dengar berita nie.. AP pun malas nak ulas panjang cerita nie, apa-apa pun jom kita lihat beza U dan sekolah untuk panduan dan maklumat untuk semua. (Berdasarkan pengalaman AP)

Di sekolah dulu study beberapa tahun baru final exam. Mengambil masa yang agak lama serta memeningkan kepala. Cuba bayangkan, SPM kita kena study dari form 4 sampai form 5 (2 tahun) dan pelajaran dua tahun itulah yang akan keluar exam. Memang stress gilerrr. Kekadang yang tak study pun boleh masuk dalam exam. Apa boleh buat, nasib badan..

DI universiti pula, study satu sem pas tu final exam ataupun final projek. Selepas itu study pula pelajaran baru di semester yang baru. Tak la membebankan sangat. Tutup dan lock terus sem satu punya buku pun tak menjadi masalah. Tapi bagi AP satu kerugian besar kalau benda yang dah belajar pas tu lupa plak.. (pesanan untuk diri)

Dari aspek pemakaian, sekolah telah menetapkan semua student mesti memakai seragam putih bersih dan tiada pilihan lain (tu yang boring). Kalau berangan sangat nak pakai colour lain, jadilah pengawas macam kak Sahudah ataupun macam Abg Ahmad Fahmi tu. hahaha. Tu cerita zaman sekolah. Lagi satu, kena pakai kasut p sekolah. Nak pakai selipar, p cangkul parit sana.. tu la kata cikgu AP sekolah rendah dulu.

Beza study kat u, bebas nak pakai baju apa pun. Tak pakai baju pun no hal. Masing-masing jaga hal masing-masing (teruk kan?). Begitulah realiti kehidupan pelajar u. Kasut pula, pakai la apa jenis kasut dan jenama pun. Jazz star, converse, nike, adidas, kasut Pau Chu Kang pun boleh. ADA KU KESAH. Tiada siapa yang marah..
*Beza pakaian antara Universiti n Sekolah. Nampak??

Kat sekolah dulu jadual begitu padat seperti padatnya ikan sardin. haha.. Rest pun hanya masa rehat dan itupun hanya 20 minit diberikan. Lambat masok kelas, terpaksa la tunggu kat luar kelas ditemani dengan senyuman-senyuman "bikin panas" student yang lalu lalang. Apa boleh buat, bak kata seorang member, BERANI BUAT BARANI TANGGUNG LA..

Beza kat u, begitu banyak masa rehat dan sangat fleksible. Kekadang  pagi ada kelas petang pula tiada kelas. Lagi best kalau satu hari tu tiada kelas.. Kebiasaannya pelajar u akan memanfaatkan waktu ini untuk bersama dengan bantal busuk dari pagi sampai ke petang (nie bukan cerita kosong). Tidak kurang juga yang menghabiskan masa di pusat membeli belah bersama rakan-rakan..

Kat sekolah AP dulu, 6.30 semua student mesti berada di kawasan sekolah. Lambat satu minit, terpaksa la redha menjalani hukuman jogging di awal pagi mengelilingi tapak perhimpunan. Memang kreatif la hukuman nie dengan diperhatikan oleh lebih kurang seribu student lain.. first kena memang malu tak terkata tapi semakin kerap menjalani hukuman, rasa macam nothing la hukuman nie (tu kata rakan seperjoggingan AP dulu). hehe..

Kat u pula, paling awal kelas pun pukul sembilan pagi. Kekadang ada sesetengah kelas tu, pukul sebelas baru start belajar. Itupun masih ada juga student yang datang lambat. Macam biasa kalau dah lambat, masuk kelas  tu buat selambe je macam kebiasaan budak u buat (tidak termasuk AP :-)) Hehe. Ok la datang dari tak datang langsung.

Kat sekolah dulu, homework yang cikgu bagi begitu banyak. Tak sah kalau sehari tu tanpa homework. Kekadang sampai tiga, empat homework sehari mengikut subjek pada hari itu. apa nak buat. sabar laa (masa depan punya pasal).

Kat u pula perkataan homework memang tidak wujud tapi perkataan assignment selalu disebut. Homework dan assignment tu sama la. Cuma nama yang berbeza. hehe.. Assignment pun tak la membebankan sangat. Tiada alasan la tak siap assignment. Apa yang penting jangan buat kerja last minit. Semua kerja pun kalau buat last minit memang jarang la yang perfect.

Kat sekolah kita kena bawa banyak buku mengikut jadual yang ditetapkan. Kekadang tu sampai bekilo-kilo beratnya kita kena bawa p sekolah. Macam anak buah AP. Badan kecil, beg bukan main besar. kesian.. kesian..

Tapi yang best kat u, just bawa pen sebatang dan sehelai kertas pun sudah memadai. (nie untuk mereka yang terlebih rajin macam AP :)). haha. Tak payah la nak bawa sampai tiga atau empat buah buku teks sampai tiga puluh kilo berat. Lagi cun ada yang tak bawa langsung. Harap pinjam ngn member je (betul kan?) Yang nie jangan ikut ya. Satu kali boleh la kalau berkali-kali, tu rindu makan penumbuk la tu..

Kat sekolah duit belanja sehari tu dalam dua ringgit sudah mencukupi. Beli susu kacang satu tin dan nasi lemak 2.0 (macam tajuk filem plak) sahaja. Itu la menu yang menanti di waktu rehat. Mengidam nak makan burger terpaksa tunggu habis sekolah baru boleh beli kat luar..

Kalau kat u pula, tak kisah la nak makan apa. Itu yang best. Hari nie nak makan ayam esok nak makan lembu its up to u. janji ada duit laa. Jgn nak mengada-ngada nak makan sedap kalau xda duit. Hehe.. maksudnya sini, soal makan ikut citarasa anda..
 
*Lihat perbezaan.. Makan jangan tak makan

Kat sekolah, handphone adalah barang larangan. Memang tak boleh la bawa handphone. Arahan kementrian (itu kata cikgu AP). Tapi kat sekolah dulu, tiap hari jg AP bawa handphone. Bukan saja nak lawan cakap cikgu, tapi nak contact ngn adik, minta dijemput balek sekolah macam YB. Tapi kena pandai cover line la (yang nie jgn ikut).

Kalau kat u pula, nak bawa handphone tiada siapa yang marah. Kekadang tu time lecturer cakap depan, macam-macam ringtone boleh dengar. Siap "helo-helo" lagi dalam kelas. Tidak kurang juga yang sibuk dengar lagu je pakai earphone sepanjang kelas tu. Memang santai gila laa.. happy je study kat u nie. Tapi walaubagaimana pun, kita kena ingat yang kita nie student dan lecturer tetap lecturer. Adab ngn guru kena la jaga (pesanan untuk diri).

Kat sekolah peraturan sangat ketat. Diri seperti di kongkong. Siksa dan menderita. satu peraturan yang AP tak boleh ikut dulu rambut kena size satu. Jadi suzuran boy beb!  satu lagi baju kena masuk dalam. Ok la nampak kemas. Tapi rimas laa. AP nie jenis simple dan selekeh. orang utara kata 'serabai' sikit. Main masuk-masuk nie, tak minat laa.

Beza kat u peraturan sangat longgar. Ya la kan semua sudah besar. takkan la mau di kongkong lagi. kena pandai-pandai la jga diri. Kat u tiada siapa yang mau nasihat kita, jaga kita dan tunjuk ajar kita. Yang paling penting kena pandai la cari kawan. cari la kawan yang membantu dan membawa kita dekat dengan Allah. Kalau kawan ok, insyaAllah kita pun jadi baik. Zaman universiti nie penuh dengan cabaran dan dugaan. Kalau boleh jadilah seperti ikan di lautan, walaupun berada di lautan yang masin, namun ikan tetap dengan keadaan asal langsung tidak terkesan dengan masinnya air laut...

AP : - sorry ayat terabur.. :-)
        - Kepada member2 yang ambil result SPM esok, good luck for u all ok. CUDIPT..


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

1 comment:

  1. Haha, teringat zaman kt u dulu, ada tu bangun lambat, g kelas x mndi kot..opps, kantoi dah

    ReplyDelete