Siapa diri anda sebenarnya | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, March 13, 2012

Siapa diri anda sebenarnya

    Dalam ilmu psikologi, terdapat pelbagai kaedah yg digunakan utk mengenal diri seseorang. Misalnya, dari cara tidur saja, ahli psikologi boleh mengetahui sama ada org itu bersifat pemarah, mudah runsing, berfikiran singkat, ceria atau berani menyahut cabaran. Begitu juga dgn warna. Dari pemerhatian para psikologis, mereka boleh mengesan sifat seseorang berdasarkan warna kegemaran individu terlibat. Begitu juga dgn cara berjalan, horoskop, tahi lalat, garisan di tapak tangan dan cara senyum. Semuanya menyembunyikan karakter tertentu.
    Hari ini, Aku pengembara memberi peluang kpd pembaca sekalian utk mengenal diri anda sendiri. Kaedahnya mudah sahaja iaitu melalui buah-buahan yg menjadi pilihan anda. Caranya begini, andaikan anda duduk di sebuah meja dan dihadapan anda terdapat lima jenis buah-buahan iaitu…
  • Epal
  • Ciku
  • Oren
  • Pisang
  • Rambutan
Di antara lima jenis buah tersebut, yg mana satukah pilihan anda? Ingat, hanya sebiji buah sahaja untuk dipilih. Jangan tergopoh-gapah, fikir dgn cermat dan berhati-hati kerana pilihan anda itu akan mendedahkan siapa diri anda sebenarnya. Percayalah, hasilnya sangat menakjubkan dan 100% tepat!

Sudah pilih? Kalau sudah, lihat jawapan di bawah..

Epal     : maknanya anda seorang yg suka makan epal.

Ciku    : anda seorang yg suka makan ciku.

Oren    : anda seorang yg suka makan oren.

Rambutan    : anda seorang yg suka makan rambutan.

Pisang    : anda seorang yg suka makan pisang ( macam monyet) hehe..

Hebat, kan??


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

1 comment:

  1. hehe.. akak suka makan pisang.. dah terkena la..

    ReplyDelete