Apabila lelaki bercerita pasal cinta | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, April 3, 2012

Apabila lelaki bercerita pasal cinta

    Langkah mereka terhenti. Sudir menarik tangan Herman ke satu sudut. Ada bangku untuk mereka berdua duduk. Terdiam seketika. “Begini Man, semalam aku bertemu dengan kawan-kawan bekas satu sekolah dahulu. Memang seronok. Tapi ada perkara yang menyentap diriku. 

    “mereka semua gelakkan aku apabila aku akui tidak terlibat dalam couple. Sedangkan mereka dah ada teman wanita. Siap bawak sekali semalam. Tapi aku hanya diamkan diri sahaja,” jujur cerita Sudir. Temannya itu hanya mengangguk. Kemudian bertanya. “Apa yang ada dalam hati kau sekarang ni?” ringkas pertanyaan Herman.

    Aku takut Man. Aku takut dengan semua ni. “Masih aku teringat pesan ustaz Jaafar minggu lepas. Engkau pun dengar sama kan?” balas Sudir. Minggu lalu, ketika mengisi slot aktiviti persatuan, ustaz Jaafar Ali telah menasihati. Sebagai bekalan anak muda sepertinya agar tidak terjerat dalam ujian dunia.

“Ingat, ujian lelaki adalah wanita. Takutilah kamu akan fitnah wanita. Andai engkau tidak kuat, pasti kamu akan hanyut dan dihanyutkan,” pesan ustaz Jaafar.

 “Takutilah kamu sebagai lelaki. Boleh jadi kamu rasakan diri kamu kuat kerana mampu mengangkat bebanan. Namun untuk menjauhi bicara manis wanita, belum tentu.

“Mungkin kamu melihat diri kuat kerana punya tenaga yang hebat. Namun untuk menahan diri daripada melihat aurat wanita ajnabi, belum tentu kamu mampu.

“Barangkali kamu berasa diri dirimu kuat kerana sememangnya kamu dilahirkan begitu. Namun untuk membataskan pergaulan dengan wanita yang masih haram bagimu, belum tentu kamu berjaya,” ustaz Jaafar menutup kuliahnya dengan sebegitu rupa.

BUKAN TIDAK BOLEH BERCINTA, tapi tiada nas di dalam Al-Quran dan hadis yang membenarkan. Maka ketika masih belum berpunya inilah dijadikan peluang untuk mencari ilmu bagi membekalkan diri setelah mendirikan rumah tangga kelak.

    Segala macam contoh telah dipertontonkan. Cerita-cerita teladan sejak zaman berzaman tidak pernah lekang diingatan. Berapa ramai lelaki hanyut hanya kerana lemahnya iman. Ujian mereka benar-benar kaum wanita.


*Walaupun artikel ini begitu singkat namun sudah cukup untuk memberi peringatan kepada diri Aku pengembara seterusnya para pembaca sekalian. Semoga kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah. AMIN..


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

2 comments:

  1. Dua dua kena kuat ! Kuat lawan Nafsu :)

    ReplyDelete
  2. betul tu.. jgnlah kita mnghampiri benda y mmbawa kemurkaanNya :))

    ReplyDelete