AKU PENGEMBARA: 01_13


Thursday, January 31, 2013

Drama sahara terbitan astro menghina islam

Sebelum ini, banyak juga pengarah yang mengetengahkan unsur-unsur islamik dalam drama dan ternyata mendapat tempat dihati penonton. Lihat sahaja drama bersiri nur kasih yang mempunyai peminat tersendiri sehingga membawa kepada pembikinan filem nur kasih the movie. Namun, berbeza pula keadaanya dengan drama sahara terbitan astro yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati majoriti rakyat Malaysia.

Pada awalnya Aku pengembara berasa pelik, kenapa drama islamik ini mendapat kecaman yang begitu hebat. Namun setelah membuat sedikit research, barulah Aku pengembara temui jawapan disebalik semua ini. Berdasarkan sumber, drama ini ada menyelitkan babak bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang sepatutnya tidak berlaku dalam mana-mana drama/filem berunsur islamik. Keadaan ini lebih parah apabila watak wanita yang dibawa dalam drama ini menampilkan imej islam dengan lengkap berpurdah dan ini sesuatu yang amat dikesali. Ramai yang melontarkan pendapat bahawa ianya merupakan satu penghinaan kepada islam itu sendiri dan Aku pengembara bersetuju dengan pendapat ini. Lihat gambar di bawah..


Apa presepsi anda setelah melihat gambar ini? Ia menggambarkan seolah-olah islam itu tiada batasan dalam pergaulan dan jelas ianya memberi imej buruk kepada agama. Pada pendapat Aku pengembara, drama berunsurkan islamik ni amatlah digalakkan tetapi haruslah merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang lebih pakar sebelum mengambil keputusan untuk menayangkannya kepada umum. Aku pengembara bersetuju dengan pendapat bahawa drama ini harus dihentikan dengan serta merta bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar.

Kekadang terfikir juga, crew penerbitan drama ini tak tahukah benda nie salah dan mencemarkan imej islam?. Apabila melihat kembali video promo drama ini Aku pengembara begitu sedih seolah-olah crew yang terlibat 'buta' mengenai aspek ini. Maaf kerana Aku pengembara terpaksa menggunakan perkataan ini kerana ianya sudah berada di tahap yang jelas mengecewakan banyak pihak. Satu lagi persoalan yang bermain difikiran, peliknya kenapa pihak astro tidak perasan mengenainya dan ianya terus menjadi tanda tanya.

Menyedari akan hal ini, wanita yang memegang watak utama dalam drama ini telah pun mengeluarkan kenyataan maaf dalam sebuah laman sosial.


Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau dan kita semua agar terhindar daripada perkara yang mencemarkan imej agama.

Walaupun Aku pengembara nie tak baik mana, ilmu agama pun tak tinggi mana, tapi terus terang di sini, Aku pengembara sendiri berasa sedih dan inilah yang membuatkan Aku pengembara rasa terpanggil untuk menulis mengenai isu ini. Sampai bilakah lagi kita terus menghina agama kita sendiri dengan drama-drama sebegini. Siapa lagi yang kita harap membela agama jika kita sendiri tidak ada respect pada agama yang kita junjung. Mohon agar isu ini dapatlah diselesaikan dengan secepat mungkin. Minta maaf jika ada yang tersinggung dengan hasil penulisan pelik kali ini. Bukan emosi tetapi keadaan begitu mendesak.

Ok, di sini Aku pengembara selitkan satu video youtube. Walaupun singkat namun sarat dengan mesej yang berguna buat renungan bersama..


Sebagai seorang blogger, ini salah satu tanda bantahan Aku pengembara terhadap penyiaran drama Sahara. Semoga pengorbanan yang sedikit nie Allah pandang dan menjadi bukti kecintaan terhadap agama yang suci ini. Wassalam.

---> Video promo drama sahara

Wednesday, January 30, 2013

Menangis boyfriend tak ajak tengok wayang


Mesej...

Perempuan : Awak.. Kenape awak tak penah ajak saya tengok wayang macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awak malu nak kuar ngan saya?

Lelaki : Mana ada..

Perempuan : Sampai hati awak kan? Kenape ye kawan saya panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Ermm..

Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca mesej kekasihnya.. Beberapa minit kemudian satu lagi mesej diterima..

"Saya tak penah ajak awk kuar tngk wayang sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi satu kenangan yang terindah dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh jadi kan? Sy nie x boleh kawal perasaan bila junpa dgn awak. Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri.."

Setelah membaca mesej itu, cecair jernih mula mengalir dari kedua kelopak mata perempuan itu tanpa disedari.
" Terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintai dan menyayangimu setulus hatiku.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah.. cinta sampai ke syurga".

~SEKIAN~


Tuesday, January 29, 2013

Ruang iklan untuk disewa

Aku pengembara menyediakan servis pengiklanan bagi sesiapa yang berminat untuk meletakkan iklan mereka di blog ini. Servis pengiklanan ini dibuat bagi memberi peluang mana-mana agensi atau orang perseorangan memperkenalkan apa-apa produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Di bawah ini saya berikan sedikit penerangan ringkas mengenai perkhidmatan ini.

Detail iklan
*Terbuka untuk semua blog / website biasa.
*Iklan berbaur lucah, penipuan dan yang melanggar syariat Islam tidak akan terima.
*Digalakkan guna banner sendiri dengan saiz 125 x 125 (jika ada). Banner yang cantik amatlah ditekankan bagi menarik minat pengunjung untuk klik iklan anda.
*Pihak kami turut menyediakan khidmat membuat banner dengan caj berlainan (bagi yang tiada banner).
*Iklan akan diletakkan selama sebulan di ruangan sebelah kanan (side bar) blog Aku pengembara ini.
*Tiada hidden charge dikenakan.

Bagaimana hubungi saya?
Sekiranya berminat, anda boleh maklumkan kepada saya melalui tiga medium tersebut:

i. Facebook Aniq Bukhary
ii. Twitter Aniq Bukhary
iii. Emel aniqbukhary@gmail.com / aniq_bukhary@yahoo.com

Harga dan pembayaran
Saya meletakkan harga yang bersesuaian seperti kebanyakkan blogger lain iaitu RM5/Bulan.
Bayaran boleh dibuat ke Akaun Maybank (155108839391) atas nama RIZAN BIN ABDUL ALI.

ATAU

Cara mudah, anda boleh topup rm5 DIGI/CELCOM ke nombor telefon yang akan diberitahu kelak. Tidak kisah dengan cara beri nombor pin ataupun masukkan terus, apa yang penting segala urusan berjalan lancar.

Simple bukan? Kalau masih ada kemusykilan bolehlah berhubung terus dengan saya melalui 3 medium di atas. TQ

# Sedikit tambahan, anda digalakkan untuk like page Bloggermate ini bagi mendapatkan maklumat lebih mengenai perjalanan blog ini (Tiada paksaan). ^^

Lampiran
Iklan anda akan dilihat oleh purata 40, 000 pengunjung setiap bulan .

Last update: 12 oct.

Monday, January 28, 2013

Kod rahsia dalam handphone yang mesti anda ketahui


Terdapat satu mesej rahsia dalam handphone anda yang selama ini mungkin anda tak tahu dan tak pernah ambil tahu mengenainya. Mesej rahsia ini hanya boleh digunakan dan dihantar kepada insan tersayang pada waktu pagi sahaja. Waktu-waktu lain tidaklah digalakkan bagi mengelakkan orang yang anda sayangi menganggap anda gila! Seperti biasa sekali lagi diingatkan hanya mereka yang cukup umur sahaja dibenarkan untuk mencuba mesej rahsia ini..

Ok malas nak cakap banyak, jom ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1) Ambil handphone anda

2) pergi ke "write message"

3) tukar 'abc' kpd "abc yg bergaris" atau aktifkan dictionary/kamus english.

4) tutup skrin handphone guna tangan anda.

5) tekan nombor rahsia di bawah ini dengan betul:

466306676464069079338432780

6) sekarang buka tangan dan baca..

Dapat jawapan? tahniah diucapkan bagi mereka yang dapat jawapan dengan tepat. So, apa tunggu lagi hantarkan mesej tersebut kepada insan tersayang sebelum mereka terjaga daripada tidur yang lena. Bagi mereka yang masih belum menemui jawapannya, sila cuba sekali lagi dengan teliti dan pastikan nombor yang anda taip adalah betul. SELAMAT MENCUBA!

Aku pengembara: Mesej rahsia ini merupakan kesinambungan daripada mesej rahsia sebelum ini. Bagi mereka yang terlepas kod sebelum ini, anda bolehlah cuba sendiri di sini ---> Mesej rahsia paling sweet.
Kita akan cuba kod seterusnya di lain hari dan suka saya ingatkan, permainan ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata. Ok, jumpa saya dilembaran yang akan datang. JANGAN SEGAN TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGAN BILA AKU LEMAH. Assalamualaikum. ^^


Saturday, January 26, 2013

Video lagu beserta lirik (terbaru)

Video: Luka - Ainan Tasneem (With lyrics)

Setia hujung nyawa - Fiq & Gjie (With lyrics) 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

# Untuk makluman, post ini belum siap sepenuhnya. In sha Allah ia akan di'update' dari masa ke semasa mengikut kesediaan crew editing Aku pengembara.

 

 

Thursday, January 24, 2013

Love: Stesen KTM menjadi saksi pertemuan

Blog Aku pengembara dalam proses untuk mengumpulkan cerpen-cerpen jiwang yang penuh dengan pengajaran selari dengan permintaan pembaca yang semakin meningkat. Sebelum ini Aku pengembara pernah publish satu karya menyentuh jiwa sentuhan Tuah Mohd Bakheet yang nyata mendapat paparan view di luar jangkaan (Kisah tersebut di SINI). Ok, untuk tidak menghampakan, ada satu lagi kisah menarik dan penuh pengajaran yang ingin dikongsikan untuk tatapan buat kalian. Jom layan....^^

Isnin (BERKENALAN di Stesen KTM)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)


Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pak cik & Mak cik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : Waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (Dalam hati : Ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait and see minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…

Mamat : Terima kasih pak cik mak cik..


Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : So what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (Sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)


Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

>Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (Dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

>Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..

Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)


Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..


Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)


Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (Cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)



Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..


Jumaat (HARI PERNIKAHAN)


Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)


(MALAM PERTAMA)


Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AAMINNNNNNN..

~TAMAT~

Ada satu lagi blog yang memaparkan kisah yang lebih kurang sama tetapi kali nie lebih santai. Anda boleh terjah SINI.. ^^

Kredit to Siti Khadijah Halil

 

Tuesday, January 22, 2013

Komen Najib Ali kenapa Jozan juara Maharajalawak Mega

Semua sedia maklum hari jumaat yang lalu kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan telah pun dinobatkan sebagai juara Maharaja lawak mega 2012. Kemenangan tersebut nyata menggembirakan semua khususnya peminat setia mereka termasuklah Aku pengembara sendiri. Tak sia-sia pakai gambar profil facebook Zizan versi Ustaz Azhar hari tu. Hehe.. (Gambar yang dimaksudkan). Tahniah diucapkan buat Jozan!

Namun disebalik kejayaan itu, ada juga yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kemenangan tersebut. Mereka mengatakan Jambulah yang sepatutnya layak dinobatkan selaku juara seperti komen-komen yang Aku pengembara terbaca dalam beberapa laman sosial. Macam-macam komen.

Mengenai hal ini, Aku pengembara mempunyai pandangan tersendiri. Jika diambil kira persembahan dari minggu pertama, secara jujurnya Aku pengembara lebih memilih Jambu sebagai juara walaupun Aku pengembara peminat setia Jozan. Hal ini disebabkan minggu demi minggu, Jambu telah mempamerkan satu persembahan mantap dan konsisten sepanjang sepuluh minggu pertandingan. Ia tidak dapat disangkal.

Namun demikian, setelah diteliti dan dinilai dari pelbagai aspek, nyata pemilihan Jozan sebagai juara memang tidak boleh dipertikaikan. Pertama jika dilihat dari aspek undian penonton, mereka ternyata jauh meninggaalkan peserta-peserta lain dengan jumlah fans yang begitu ramai. Jadi persoalan yang timbul sekarang, apa sebenarnya yang ada pada Jozan sehinggakan mereka berjaya memikat hati pengundi?

Ok, sedarkah atau tidak sebelum kemunculan Jozan, industri lawak tanah air telah melalui zaman kejatuhan yang merisaukan peminat komedi Malaysia. Setelah penurunan secara perlahan-lahan kumpulan senario (pelawak terbaik Malaysia ketika itu), kita seakan-akan hilang bakat untuk menggantikan kumpulan pelawak tersebut.

Tidak lama selepas itu muncullah satu kumpulan lawak yang mengelarkan diri mereka sebagai Jozan. Kumpulan ini telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia lawak dengan idea-idea baru dan kreatif mereka ketengahkan. Malah, tidak keterlaluan rasanya jika Aku pengembara mengatakan Setelah kemunculan Jozan, industri lawak tanah air kembali bersinar.

Ok, persoalan kedua. Apa sebenarnya yang ada pada mereka ini sehinggakan mereka berjaya menghidupkan kembali dunia komedi tanah air?. Untuk menjawab persoalan ini, komen daripada Najib Ali di bawah ini mungkin dapat menjelaskan siapa Jozan dan mengapa mereka layak diberi gelaran pelawak nombor satu Malaysia ketika ini..

 

Setelah melihat video yang Aku pengembara sediakan, Apa pendapat anda? Komen bernas dari Najib Ali itu sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam sekaligus menyatakan di mana sebenarnya label Jozan dalam industri komedi Malaysia. Mereka berada dikelas yang tersendiri sehinggakan beliau mengeluarkan statement sebegitu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika pasangan Johan dan Zizan dinobatkan sebagai juara Maharaja lawak mega 2012. Identiti pelawak yang mereka miliki membuatkan sesiapa sahaja yang melihat mereka pasti terhibur dan secara automatik segala masalah terus hilang dan itulah fungsi pelawak sebenarnya..

Aku pengembara : Ini hanya sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada juga ada yang kurang bersetuju dengannya. Terpulanglah pada penilaian anda kerana setiap orang ada pendapat masing-masing. Apa yang penting seperti biasa jangan segan "TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGAN BILA AKU LEMAH". Akhir kata Assalamualaikum..

# Off topic: Support this blog ---> Layan video


Wednesday, January 16, 2013

20 sebab seronoknya menjadi seorang lelaki

  1. Teman tidur anda adalah seorang wanita yang halus dan gebu kulitnya.
  2. Anda tidak perlu bercukur dari leher sampai ke bawah. 
  3. Nama anda kekal dalam kad pengenalan anak.
  4. Coklat tidak menjadi masalah besar bagi anda.
  5. Dapat membuka semua penutup botol dan balang.
  6. Tiga pasang kasut sudah lebih daripada mencukupi.
  7. Percutian seminggu memerlukan hanya satu beg bimbit.
  8. Jika usia anda 34 tahun dan masih solo, tiada siapa akan perasan.
  9. Tidak perlu mengemaskan bilik hotel sebelum meninggalkannya.
  10. Perbualan telefon biasanya mengambil masa tidak lebih 30 saat.
  11. Kawan-kawan tidak ambil peduli sama ada berat badan anda bertambah atau tidak.
  12. Tidak perlu berhenti setiap kali terlihat adegan orang menangis ketika mencari siaran TV.
  13. Tidak perlu membawa benda-benda pelik dalam beg ke mana sahaja hendak pergi.
  14. Mendapat penghargaan dengan hanya sedikit usaha seperti mengemas rumah.
  15. MANDI DAN SIAP BERPAKAIAN SERTA BERSIKAT DALAM MASA 10 MINIT.
  16. Tidak ada seseorang pun rakan sekerja mahupun bos boleh membuat anda menangis.
  17. Untuk tiga helai seluar dalam, anda hanya perlu membayar kurang RM 10.
  18. Khusyuk menonton Discovery Channel, terutamanya mengenai pembiakan haiwan.
  19. Anda tidak perlu mencium seseorang yang bermisai KECUALI anda gay.
  20. Anda boleh gelak besar tanpa bimbang diperhati atau diperkata orang.
# Gambar hiasan. Kalau ada perempuan gelak macam nie, agak-agak apa orang akan cakap? ^^

Aku pengembara : Amacam, Seronok tak menjadi lelaki? ^^ Walaupun dari satu aspek kita melihat lelaki mempunyai banyak kelebihan serta kebebasan, tetapi ada beberapa perkara yang lelaki kalah dengan kaum yang dianggap lemah ini. Disebalik kekangan dan keterbatasan kaum wanita, mereka sebenarnya mempunyai kelebihan yang mengatasi kaum lelaki iaitu doa-doa mereka lebih makbul berbanding doa kaum lelaki. Kenapa? Hal ini kerana mereka memiliki sifat penyayang yang lebih kuat berbanding lelaki seperti yang pernah saya terbaca sebelum ini ---> Sini. Maha adilnya Allah swt dan segala apa yang diciptakan tidaklah sia-sia dan mempunyai kelebihan yang kita sendiri tidak ketahui. Apa yang penting di sini, bersyukurlah menjadi apa pun kerana setiap anda mempunyai kelebihan masing-masing.

Yang pasti lelaki perlukan wanita kerana seorang lelaki tak boleh hidup tanpa seorang wanita di sisi. ^^

Sumber dicedok dan diadaptasi hasil perkongsian seorang rakan blogger.


Monday, January 14, 2013

Pembunuhan Along Spoon akhirnya terjawab semalam

Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi'ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.

Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara "Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?". Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku. Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.

Sebelum pemergian arwah, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon - Spoon (1998), Spoon - Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter'best' dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Namun pada 25 Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..


Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya'cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Untuk lebih jelas lagi lihat pada link yang telah saya berikan. Ada beberapa komen yang begitu menyentuh yang sempat saya baca mengenai pemergian arwah Along. (SINI)

Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.

Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri. Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!

Saya tinggaalkan anda dengan kenangan arwah Along Spoon

# Off topic. Support blog All about video ini ---> http://taganggak.blogspot.com/

Wednesday, January 9, 2013

Lawak: Kereta bercerminkan plastik sampah

Apa pandangan anda mengenai cermin kereta ini? cantikkan? Hehe. Inilah pertama kali Aku pengembara melihat cermin kereta seindah ini. Agak-agaknya, adakah pegawai traffik yang sampai hati saman pemilik kereta seperti ini? Tapi apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada pemilik kereta ini yang telah berjaya membuat Aku pengembara tersenyum disaat emosi tidak tenteram malam ini. Terbaeekkkk!! Hehe..


Aku pengembara : Dunia semakin maju otak pun semakin kreatif..^^


2 februari majlis perkahwinan Liyana Jasmay

Liyana akan bernikah dengan tunangannya, Fathudin Mazlan pada 2 Februari depan di sebelah pagi sebelum bersanding di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sebelah malamnya.
Kira-kira 2,000 tetamu dijemput meraikan majlis persandingan pelakon filem Papadom dan Castello ini.
Menurut ibunya, Habsah Simpon, segala persiapan sudah dipersiapkan dimana kedua-dua mereka kini hanya menunggu hari bahagia untuk disatukan.
“Syukur Alhamdulillah, segala persiapan berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Tambah Habsah, selepas selesai majlis persandingan pihak lelaki nanti, Liyana bakal terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem yang bertempat di New York, Amerika Syarikat.

SUMBER

Aku pengembara: Semoga berbahagia hingga ke akhirnya untuk Liyana Jasmay :)


Saturday, January 5, 2013

Mesej rahsia yang paling romantik

 
Terdapat satu mesej rahsia dalam handphone anda yang selama ini mungkin anda tak tahu dan tak pernah ambil tahu mengenainya. Mesej rahsia ini hanya boleh diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja dan mereka-mereka yang belum cukup umur tidaklah digalakkan untuk mencuba mesej rahsia ini.. Ok, jika anda insan-insan yang mengaku telah cukup umur, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1) Ambil handphone anda

2) pergi ke "write message"

3) tukar 'abc' kpd "abc yg bergaris" atau aktifkan dictionary/kamus english.

4) tutup skrin handphone guna tangan anda.

5) tekan nombor rahsia di bawah ini:

4156831968 263 4164771968

6) sekarang buka tangan dan baca..

Dapat jawapan? Kalau dapat, apa tunggu lagi, hantarkan mesej anda kepada orang yang paling anda sayang dan tunggu apakah jawapan yang akan anda terima. Kalau tak tahu nak hantar pada siapa, hantar sahaja kepada Aku pengembara pun tidak menjadi masalah. Hehe ^^

Selamat mencuba! ^^

Aku pengembara: akan cuba research kod seterusnya dan nantikannya di post yang akan datang.

# Sumber diperolehi hasil daripada perkongsian seorang rakan blogger.


Zizan sedih tanpa Johan di Maharaja Lawak Mega 2012


           Tahukah anda disebalik persembahan Zizan yang mendapat pujian ramai semalam, sebenarnya terselit kesedihan dan air mata ketiadaan Johan. Semua sedia maklum bahawa Zizan terpaksa membuat persembahan pada minggu ini berseorangan setelah Johan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ligamen (SINI). Memang di akui Zizan agak kekok tanpa Johan seperti yang diakui oleh Zizan sendiri. “Buat masa ini.. saya tak terfikir untuk mencari pengganti Johan.. kerana bagi saya Jozan wujud kerana ‘kami’ (Johan dan Zizan).. sebenarnya kalau Johan tak ada saya boleh mati kutu,” kata Zizan yang dipetik dari Murai.com.

Menurut sumber selepas sahaja Zizan membuat persembahan pertama, Johan yang berada di hospital menelefon dan memberikan kata-kata semangat kepada Zizan sekaligus membuatkan artis kelahiran Terangganu itu menangis. 

# Lepas show yang dimaksudkan ialah selepas show pertama ketika persembahan Zizan meniru gaya Ustaz Azhar Idrus.

# Nie salah satu komen youtube yang Aku pengembara cedok daripada wwwguatvdotcom2012.

           Menarik bukan? Persahabatan yang telah mereka tonjolkan membuatkan Aku pengembara sendiri berasa terharu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Jozan, keakraban hubungan mereka ini memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak moment yang menunjukkan keakraban mereka dan yang paling menyentuh bagi Aku pengembara ketika final super spontan yang lalu. Serius terharu.. Bagi mereka yang belum menyaksikan dan ingin merasai keakraban pasangan ini bolehlah klik sini ---> Tiada siapa yang dapat pisahkan Jozan. Sedih plak tengok Zizan keseorangan.

Aku pengembaraWalaupun tidak mengenali Zizan secara dekat, hanya sekadar melihat Zizan mengacarakan rancangan Melodi di lokasi-lokasi jom heboh sebelum ini, namun dari perilaku anak muda ini Aku pengembara dapat merasakan Zizan sebenarnya merupakan seorang yang rendah diri. Satu lagi yang membuatkan Aku pengembara respect pada anak muda ini menerusi satu soalan yang diajukannya kepada Ustaz Azhar Idrus yang begitu mengharukan ---> Ustaz Azhar bercerita pasal Zizan. Ada banyak kisah lagi mengenai siapa Zizan sebenarnya namun memadailah satu video ini dahulu agar kita tahu betapa kita ini sebenarnya tidak layak untuk menghukum.

"Jangan segan tegur bila aku salah dan hulurkan tanganmu bila aku lemah"

Wassalam...


Thursday, January 3, 2013

Senarai blog terbaik tahun 2012

Sedar atau tidak, hari ini merupakan hari ke-3 kita menjalani hidup di tahun baru 2013. Cepatnya masa berlalu. Begitu juga dengan Aku pengembara, tahun nie masuk tahun ke-3 Aku pengembara bergelar Blogger yang tak bertauliah (^_^) dan dalam tempoh itulah banyak benda yang Aku pengembara pelajari.

Di sini Aku pengembara sertakan senarai blog yang bagi Aku pengembara harus dicontohi kerana dengan komen-komen dan dorongan merekalah membuatkan Aku pengembara masih berada di sini. Bloggers sporting inilah yang selalu memberi semangat kepada Aku pengembara dengan komen-komen membina. Untuk pengetahuan, senarai dibawah merupakan senarai blog pilihan terbaik 2012 dalam blog Aku pengembara mengikut jumlah komen yang ditinggalkan dalam blog ini.. Thankz pada semua..

1) boni kacak
2) anamizu kaito
3) fierul
4) Hans
5) amyra
6) ZWAN SABRI
7) ~AmyLiana86~
8) Fendy
9) Ku Azhar
10) Zul Fattah
11) nurul syuhada
12) NadNod
13) wawawawa
14) msredcheesecake
15) nuyui a.k.a miss YUI
16) Aditia Novit
17) nik ros
18) Atiqah Wadiah
19) hazirah kasimon
20) nabila biela
21) Muhammad Saiazuan Norhalik
22) EmpayarUtama
23) Mohamadazhan.com
24) muhammad asyraf
25) yuyu
26) KY
27) faiq
28) Suara Hati
29) sitifarhana
30) cweet pinky
31) Poi Blogger 

# Aku pengembara amat menghargai anda semua.. :)