Aniq Bukhary Channel: Tips blogging


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Tips blogging. Show all posts
Showing posts with label Tips blogging. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Bagaimana blog boleh menghasilkan wang?

Menghasilkan wang melalui blog

Beberapa hari lepas ketika saya naik bas pergi ke kampus, baru sahaja hendak duduk tiba-tiba ada seorang member tanya, "Eh! macam mana kau dapat duit dari blog hah?". Saya tersenyum mendengar soalan itu dan secara spontan hati berkata, "ini mesti terbaca artikel tulisan sebelum ini, cek Nuffnang sampai rumah.

Baiklah, untuk menjawab soalan itu dengan lebih detail lagi di lembaran ini saya kongsikan bagaimana sesebuah blog yang dibina itu menghasilkan wang dan memberikan pulangan kepada pemilik blog tersebut. Ada beberapa cara untuk menghasilkan wang melalui blog antaranya:

1) Menjual produk sendiri
Seorang yang mempunyai blog bebas untuk meletakkan apa jenis iklan dalam blog miliknya. Ini merupakan salah satu cara menghasilkan wang melalui medium blog. Tidak kira bagaimana cara anda mempromosikan produk tersebut tetapi apa yang pasti kaedah ini semakin mendapat tempat dalam kalangan blogger itu sendiri. Pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan produk mahu pun perkhidmatan yang ditawarkan. Seperti saya, saya menggunakan blog saya ini untuk memperkenalkan produk t-shirt printing saya selain perkhidmatan fotografi bagi mereka yang memerlukan.

2) Menjadi agen jualan mempromosikan produk orang lain (affiliate)
Melalui blog juga, seseorang itu boleh menjadi agen jualan dengan mempromosikan produk orang lain di blog mereka. Seperti yang diterangkan oleh blogger Syuhada Baharuddin dalam laman blognya, kerja agen jualan atau pun affiliate ini simple sahaja. Caranya anda pilih satu produk untuk dipasarkan dan anda promosikan produk tersebut. Pemilik blog blog tersebut akan menerima komisyen daripada promosi yang dilakukan. Kebiasaannya produk yang dipromosikan melalui kaedah affiliate ini ialah produk ebook.

3) Memasang ruang iklan di blog
Apabila sesuatu blog itu sudah semakin dikenali, kebiasaannya blogger akan mencuba nasib untuk memasang ruang iklan di dalam blog masing-masing. Saiz ruang iklan yang kebiasaannya ditawarkan ialah 125x125 dan 728x90. Harga setiap ruang iklan itu bergantung pada pemilik blog namun harus diingat, harga ruang iklan hendaklah seiring dengan tafik blog tersebut. Jika blog tersebut mampu mencecah 1000 view sehari, harga rm10 berpatutan untuk ruang iklan 728x90 dan rm5 untuk ruang iklan 125x125. Bagi yang mendapat view kurang daripada 1000 view pun boleh tetapi amat sukar untuk anda menerima penyewa melainkan blogger tersebut mempunyai teknik-teknik tertentu yang luar biasa untuk menarik penyewa.

4) Meletakkan syarikat pengiklanan
Cara ini merupakan cara yang paling mendapat tumpuan blogger untuk mendapatkan wang. Kaedah ini sangat mudah kerana blogger hanya pasang iklan dan tunggu sahaja komisyen daripada syarikat-syarikat terbabit. Antara syarikat pengiklanan yang memberikan perkhidmatan ini temasuklah Nuffnang, Komli, Adverlets, Innity, H12, Genee dan banyak lagi. Blogger hanya pilih sahaja syarikat-syarikat tersebut bersesuaian dengan status dan kelayakan blog mereka.

4) Review produk atau perkhidmatan
Kaedah ini kebiasaannya dilakukan oleh blogger-blogger yang sudah berpengalaman. Hal ini kerana untuk review sesuatu produk atau pun perkhidmatan itu bukanlah satu kerja mudah. Kena ada cara-cara tertentu. Melalui kaedah review ini, blogger akan mempromosikan sesuatu produk/perkhidmatan dengan satu review menarik melalui entri tulisan mereka. Kebiasaannya blogger akan dibayar mahal untuk promosi melalui kaedah ini.

*****

Rasanya cukup setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini untuk yang tertanya-tanya bagaimana menghasilkan wang melalui blog. Bagi otai-otai blogger pula, jika ada ebarang penambahan untuk artikel kali ini, amatlah dialu-alukan. Saya budak baru belajar. :)

Tuesday, April 8, 2014

Waktu yang paling sesuai ping blog

Waktu yang paling sesuai ping blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Teratak Aniq Bukhary yang dirindui dan disayangi. Pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu berkaitan waktu yang sesuai dan yang tak sesuai untuk ping entri blog. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat kita.

Sebelum itu diingatkan, perkongsian ini dibuat mengikut pandangan dan pengalaman peribadi. Pendapat blogger lain mungkin berbeza-beza namun saya tetap juga kongsikan kepada semua apa yang saya tahu dan faham mengenai ping blog.

Baiklah, di bawah ini gambaran statistik nuffnang blog ini yang saya ambil pada pukul 11.41 malam semalam mengikut jam:

Bahagian yang berada dalam kotak merah itu merupakan waktu kemuncak.

Apa yang anda faham melalui statistik di atas? Pengunjung mempunyai kecenderungan pada waktu-waktu tertentu. Membuat entri mungkin boleh pada bila-bila masa tetapi waktu yang sesuai untuk ping entri anda itu yang perlu diberi perhatian agar apa yang anda kongsikan itu dapat menarik seberapa banyak trafik masuk ke blog anda. Lihat waktu-wakti di bawah:

1.00am - 8.00am (sangat tak sesuai)
Waktu ini memang tak sesuai untuk post entri kerana traffik pada waktu ini bergerak sangat-sangat perlahan. kebanyakan pengguna alam maya pada waktu ini sedang lena dibuai mimpi indah di atas katil yang empuk. Apabila matahari menunjukkan sinar dalam pukul 7.00 mereka akan breakfast, hantar anak sekolah, pergi ke tempat-tempat kerja atau pun ke kuliah. So, cuba elakkan untuk update entri pada waktu ini.

10.00am-3.00pm (sangat sesuai)
Waktu yang saya istilahkan sebagai waktu emas. Waktu kemuncak dimana menerusi pengamatan saya, waktu ini memang ramai pengguna internet yang sedang online. Bagi yang dekat office, sambil-sambil buat kerja, sambil buka blog cari maklumat-maklumat berkaitan. Oleh itu, gunakan peluang pada waktu emas ini untuk melonjakkan jumlah traffik pada masa ini. Rajin-rajinkanlah diri untuk ping entry di laman sosial seperti facebook dan tempat-tempat ping yang lain.

4.00pm - 8.00pm (tak sesuai)
Waktu petang memasuki malam ini merupakan waktu yang sangat tak sesuai. Pada waktu inilah ramai yang pergi mandi, ada yang pergi surau dan waktu ini jugalah  ada yang keluar makan. So, elakkan update pada waktu ini bagi mengelakkan entri anda orang tak perasan.

9.00pm -12.00am (Sangat sesuai)
Waktu yang sesuai bagi pengguna laman sosial. Pada masa inilah pengguna-pengguna internet akan meluangkan masa dihadapan laptop masing-masing. Oleh itu, pilihlah waktu-waktu yang sesuai untuk mengetengahkan hasil tulisan-tulisan anda.

Sekian terima kasih dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..

Thursday, March 6, 2014

Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang kontest ilmu blogspot

"Perjalanan hidup bergelar seorang blogger tidak semudah yang kita fikirkan. Disebalik keseronokan dalam menulis dan berkongsi, ramai yang tidak tahu betapa dalam blogging ini kita bersahabat baik dengan onak dan duri". Begitulah pendahuluan yang saya tulis dalam entri yang telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 kontest ilmu blogspot blogger Malaysia anjuran Hasrul Hassan.

Alhamdulillah. Terpilih juga sebagai pemenang kontest ilmu blogspot walaupun terasa kecik apabila melihat peserta-peserta yang turut menyertai kontest tersebut. Semuanya hebat-hebat dan berpengalaman luas dalam dunia blog malah ada dalam kalangan mereka merupakan tempat rujukan saya apabila berhadapan dengan masalah blog.


Sebelum saya menulis entri ilmu blogspot tersebut bulan lepas, saya sempat meninjau hasil tulisan peserta-peserta lain. Seriously saya cukup kagum dan terkesima melihat olahan ayat serta idea yang mereka keluarkan. Begitu bernas sekali sehinggakan hati ini berkata, "memang tiada harapan laa nak menang".

Walaubagaimanapun saya sahut juga cabaran atas dasar berkongsi ilmu pengetahuan. Kalau tak menang pun at least, bermanfaat jugalah hasil penulisan saya itu dan tak sangka pula tuah menyebelahi aniqbukhary.blogspot.com. Alhamdulillah.

Sebenarnya dari petang tadi sampai sekarang saya tak habis fikir lagi pasal benda nie 'betulkah blog saya menang?'. Terkejut dengan mesej yang diterima daripada Hasrul Hassan petang tadi dekat IOI Puchong. "Serious macam mimpi dowh!". Mungkin juga sebab saya jarang menang kontest besar, jadi rasa gembira tu lain macam sikit.

Kemenangan merupakan satu penghargaan buat blog setahun jagung ini. Terima kasih :)

Pemilihan saya sebagai pemenang ini akan saya jadikan pembakar semangat untuk terus menyumbangkan idea-idea dalam dunia blog. Apa yang pasti, penghargaan ini bakal saya ingat sampai bila-bila dan akan terpahat dalam lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang blogger.

Saya berkongsi dengan seikhlas hati menerusi pengalaman dan ilmu sekadar apa yang saya tahu. Banyak benda lagi sebenarnya yang patut saya belajar dalam dunia blog ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak penganjur, sponsor-sponsor, rakan-rakan blogger seterusnya mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kontest yang sangat bermanfaat ini. I LOVE U ALL. Assalamualaikum.

Tulisan yang membawa tuah ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA

Wednesday, March 5, 2014

Muslim Niaga "Platform Dropship Produk Islamik No. 1 Malaysia"

Apa itu muslim niaga

Muslim Niaga merupakan satu platform yang menyediakan perkhidmatan sistem kedai online yang berkonsepkan dropship. Apa yang menarik dan unik mengenai Muslim Niaga ini, ia hanya menawarkan produk-produk bercirikan 100% islamik dan tidak terdapat dalam mana-mana perkhidmatan dropship yang lain.

http://www.terbaek.net/2014/02/12/contest-seo-muslim-niaga/
Contest Muslim Niaga

Bermula dengan hanya produk Al-Quran digital pada awal kemunculannya, Muslim Niaga mengorak langkah demi langkah dan berkembang maju sehinggalah ke tahap sekarang ini dengan pelbagai jenis barangan islamik ditawarkan.

Untuk pengetahuan, sekarang ini Muslim Niaga telah pun mencapai angka hampir 500 ejen selepas penubuhannya. Ini merupakan satu pencapaian yang bolehlah dibanggakan kerana untuk mencapai angka tersebut memakan banyak masa tetapi Muslim Niaga hanya memerlukan beberapa tahun sahaja.

Angka 500 itu sudah cukup membuktikan betapa Muslim Niaga ini bukan calang-calang perkhidmatan. Bukan mudah sebenarnya untuk mencapai tahap ini dengan mendapat kepercayaan daripada pihak luar tetapi Muslim Niaga dapat melakukannya. Sesuatu yang menakjubkan.

Al-Quran digital produk pertama Muslim Niaga

Kelebihan utama perkhidmatan Muslim Niaga

Tak perlu fikir tentang stok
Anda tak perlu memikirkan tentang stok tak laku, tempat simpan stok, tidak perlu menguruskan pembungkusan dan penghantaran kerana semua pihak Muslim Niaga yang akan uruskan. Apa yang anda perlu buat hanya mempromosikan kedai online anda sahaja. 

Kaedah dropship membolehkan anda untuk tidak perlu menyimpan stok tetapi masih boleh beli pada harga borong. Di sinilah anda akan menjana keuntungan. Maklumat keuntungan setiap produk (Harga ajen & Harga jual) akan dipaparkan di dalam sistem kedai online anda.

Domain & Hosting
Anda tidak perlu fikir tentang keselamatan kedai online anda. Tidak perlu memeningkan kepala bagaimana nak 'maintain' server hosting dan domain kerana ianya semua dikendalikan oleh pakar-pakar di Muslim Niaga itu sendiri.

Bantuan & Sokongan
Menariknya mengenai perkhidmatan ini, anda tidak akan dibiarkan berseorangan kerana bantuan dan sokongan tetap diberikan. Muslim Niaga telah menyediakan group support di Facebook khas untuk anda berinteraksi dengan Muslim Niaga dan ajen-ajen yang sudah berjaya membuat jualan secara online dan offline melalui sistem kedai online yang diterapkan oleh Muslim Niaga.

Menyediakan Website Kedai
Setiap RANIA (Rakan Niaga) kami dilengkapkan dengan satu website kedai online mereka sendiri. Ianya sudah dilengkapi dengan 300+ produk serta borang tempahan, sistem bayaran dan juga blog.

Sistem Invoice & Tempahan
Memudahkan pengedar dan pembekal menguruskan tempahan terkini. Email notifikasi dihantar kepada pembeli, pengedar dan pembekal untuk memberitahu status invoice. Pembekal juga dapat mengemaskini tracking no. dan maklumat ini akan dihantar terus ke e-mail pembeli dan pengedar.

Data Pengguna & Rekod Tempahan
Sebagai usahawan, data pelanggan sangat penting. Di sini kami benarkan anda akses ke maklumat pelanggan anda supaya anda dapat hubungi mereka. Mudah untuk anda buat 'follow-up' di masa hadapan.

Untuk mengetahui dengan lebaih lanjut lagi, ikuti temubual bersama founder Khairul Fadhli Abdul Rahim ini.


Temubual yang pernah disiarkan dalam rancangan bisnes alternatif astro Awani

Islam menggalakkan penganutnya untuk melakukan atau menceburkan diri di dalam dunia perniagaan kerana 90 peratus punca rezeki manusia adalah daripada hasil perniagaan. Kini dilihat ramai manusia mengecapi nikmat kekayaan dan kesenangan yang terhasil daripada perniagaan yang dijalankan.

Hal ini bersesuaian dengan matlamat Muslim Niaga untuk membantu usahawan dropship memiliki laman web kedai online sendiri. Inilah masanya untuk ekonomi muslim bangkit. Jadi apa tunggu lagi, jom berniaga bersama Muslim Niaga. Macam mana nak daftar?

Anda boleh klik melalui link ini --> Borang pendaftaran rakan niaga

Website Muslim Niaga
No.tel 011-14260161
Fanpage Muslim Niaga
Twitter :@mndropship
Service Muslim Niaga :
→ Kedai Online
→ Design
→ Pembekal
→ Training Online
→ Seminar Mentor Dropship
→ Train usahawan
→ Trading

Alamat Pejabat:
No.32-3B
Sunwaymas Commercial Center
Jln PJU 1/3B
47301, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

No.Pejabat:
011-14260161

Waktu Pejabat:
9.30am - 5.00pm

Friday, February 28, 2014

Contest kembara Kemboja


Jauh perjalanan luas permandangan. Begitulah pepatah orang tua-tua dulu yang kerap kali kita dengar apabila sahaja merujuk kepada pengembaraan. Setiap daripada kita mempunyai impian untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik di dunia bukan?. Setiap pengembaraan yang telah kita lalui memberi satu makna dan nilai tersendiri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bersesuaian dengan itu sebuah syarikat tempatan yang diberi nama Cambodia Muslim Holiday & Travel ada menawarkan perkhidmatan pelancongan sekaligus memenuhi impian anda untuk melancong ke tempat-tempat menarik di negara Kemboja.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Cambodia Muslim Holiday & Travel bukan calang-calang syarikat pelancongan di nusantara. Syarikat pelancongan ini merupakan salah satu operator pelancongan yang begitu dikenali terutamanya di Kemboja dan Vietnam. Seperti yang kita sedia maklum, bukan senang untuk membina nama di serata dunia tetapi Cambodia Muslim Holiday & Travel berjaya melakukannya. Satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Syarikat pelancongan yang dimiliki 100% oleh saudara islam kita di Kemboja, Ustaz Yahya Al-Hafiz ini menawarkan Perkhidmatan Pelancongan bagi mempermudahkan perjalanan anda dengan 100% jaminan keselamatan. Selain itu, ia sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dengan ciri-ciri islamik. Sesuatu yang tidak akan anda perolehi daripada syarikat-syarikat pelancongan yang lain di dunia.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Antara tempat menarik yang terdapat di Kemboja yang mungkin kita tak pernah tahu ialah Phnom Penh. Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikenali sebagai “Mutiara Asia”, ia telah dianggap sebagai salah satu bandar-bandar ayu Perancis dibina di Indocina dalam tahun 1920-an.

Phnom Penh bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja. Ditubuhkan pada 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina indah dan bersejarah dan tarikan. Terletak di tebing Tonle Sap, Mekong dan Bassacrivers, Phnom Penh kawasan metropolitan merupakan rumah kepada lebih daripada 2 juta penduduk Kemboja lebih 14 juta.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Itu baru satu tempat menarik di Kemboja yang saya ceritakan. Ada banyak lagi tempat menarik yang pastinya membuatkan anda rasa terpesona kerana anda tidak akan dapat merasainya melainkan anda sendiri melihatnya. Pastinya satu pengalaman yang tidak terbayar dengan wang ringgit.

Ramai yang telah menyertai kembara ke Kemboja ini dan ternyata mereka berpuas hati dengan perkhidman yang diberikan. Lihat sahaja luahan Esmaliza Wahab di bawah ini:


Anda lihat dan nilailah sendiri betapa seronoknya mereka yang melancong bersama Cambodia Muslim Holiday & Travel. Ini baru satu, sebenarnya ada banyak lagi luahan rasa gembira para peserta yang pernah menyertainya. Anda boleh rujuk link ini: APA KATA MEREKA

Apa tunggu lagi. Jika berminat untuk melancong dengan harga yang paling murah, anda boleh hubungi Cambodia Muslim Holiday & Travel melalui medium di bawah ini:


Call/Sms/WhatsApp/Wechat/Viber (Bahasa melayu)
+855 (0) 17 889 234
+855 (0) 78 50 50 48

E-mail
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com

Facebook
Ustaz Yahya Cambodia


Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

Friday, January 31, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Perjalanan hidup bergelar seorang blogger tidak semudah yang kita fikirkan. Disebalik keseronokan dalam menulis dan berkongsi, ramai yang tidak tahu betapa dalam blogging ini kita bersahabat baik dengan onak dan duri. Dengan lafaz bismillah hari ini saya berkongsi dengan anda tiga point penting untuk terus kekal dalam dunia blog (artikel ditulis mengikut pengalaman penulis).

http://aniqbukhary.blogspot.com/2014/01/ilmu-blogspot-blogger-malaysia.html
Ilmu blogspot blogger Malaysia
Percaya pada diri + Never give up

Menjadi seorang blogger, haruslah percaya pada diri sendiri. Yakinkan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh menjadi penyumbang ilmu melalui medium blog. Sebagai langkah awal, cuba cari dan tonjolkan kebolehan dan keistimewaan diri anda kerana setiap manusia di muka bumi ini Allah swt ciptakan ada keistimewaan masing-masing. Oleh itu, tonjolkan kebolehan anda.

Contoh mudah, anda tahu cara untuk memakai kain pelikat, kongsikan cara dan kaedah dalam blog anda, pasti mereka yang tidak tahu menggunakan kain pelikat akan berterima kasih pada anda. Kadangkala benda yang kecil pada diri anda adalah sesuatu yang besar pada orang lain.

Percaya pada diri itu pula hendaklah selari dengan semangat tidak pernah berputus asa agar terus bertahan dalam dunia blog. Berdasarkan pengalaman, ramai daripada rakan-rakan blogger saya telah give up dalam dunia blogging dan ada yang sampai tutup akaun blog. Apabila ditanya mengapa, antara alasan yang mereka diberikan ialah tidak ada yang membaca apatah lagi komen di blog mereka. Ini adalah antara kesan buruk apabila kita mudah give up.

Bagi saya itu adalah asam garam dalam dunia blog. Perkara biasa. Saya pun pernah mengalami situasi sedemikian. Saya publish entry, saya jugalah yang baca, kekadang saya jugalah yang komen. Nampak? Jangan sesekali berputus asa dan kecewa apabila entry yang anda terbitkan tidak mendapat sambutan. Apa yang lebih penting ialah kena kuat dan konsisten dalam blogging.

Kalau atas alasan tersebut anda meninggalkan dunia blogging itu merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Bak kata Hassrul Hassan, "Anda masuk kelas tadika, hari pertama, hari kedua, kawan sebelah pun tak kenal dan tak tahu nama lagi kan? Jadi apa ada hal. Tiada orang komen dalam blog bukan tanda blog anda tiada pembaca, tetapi menandakan anda sudah tulis sebuah entri yang buat orang kehilangan kata-kata". Never give up!

Belajar skill blogging + buang sifat malas
Sebagai seorang blogger, belajar kemahiran-kemahiran dalam blogging kerana ianya merupakan asas penting. Antara lain kemahiran blogging yang anda termasuk saya kena belajar ialah kemahiran SEO. Kenapa SEO penting?

Dalam dunia blog bukan kita sahaja yang berkongsi artikel, malah ada ramai lagi blogger yang mungkin berkongsi artikel yang sama dengan anda. Masing-masing ingin hasil perkongsian mereka itu dibaca oleh pengunjung. Melalui persaingan ini, di situlah fungsi kemahiran SEO dan mereka yang mempunyai ilmu mengenainya akan berkelebihan berada di halaman pertama carian google. Hah! nampak?

Sebagai tambahan kemahiran anda untuk melihat keyword yang menjadi trend turut memberi kesan kepada trafik anda. Ada banyak laman yang dapat membantu anda untuk mengesan keyword-keyword yang sedang hangat antaranya google trend. Dari laman tersebut, anda dapat mengenalpasti keyword yang sedang meletop seperti isu kangkung baru-baru ini. Harus diingat, jika anda terlambat sedikit, maka blogger lain akan mendahului anda.

Trending kangkung baru-baru ini yang mengalahkan Ronaldo
Selain itu, waktu yang tepat untuk publish entri pun harus diberi perhatian. Kita boleh tulis dan terbitkan banyak benda dalam blog tetapi tidak semuanya itu sesuai dengan masa dan keadaan. Ada kalanya entri simple tetapi disebabkan waktu yang tepat untuk publish, maka ia menjadi antara entri yang mendapat bilangan pembaca yang ramai.

Sebagai contoh, anda mempunyai tips bercuti di Cameron Highland, maka anda buat satu entry dan publish entri tersebut juga ketika cuti sekolah. Ataupun lebih baik lagi publish lebih awal sebelum cuti sekolah dan pasti entry anda menjadi carian.

Contoh lain, anda suka update mengenai senarai perpindahan pemain bola sepak misalnya, maka sediakan rangka dan publish sebulan lebih awal dikala pembaca sedang mencari maklumat tersebut. Hal inilah yang pernah saya buat dan menjadi tumpuan pembaca diluar jangkaan saya.

119 000 view. Salah satu entry saya menggunakan teknik publish awal (Bukan menunjuk tetapi nak bagi semangat)

Saya sertakan bukti ini agar dapat memberi semangat kepada anda untuk mempelajari ilmu-ilmu blogging. Semua sudah ada di depan mata, cuma kita sahaja yang malas nak cari. Kesemua ini tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha dan susah payah belajar ilmu termasuk belajar dengan otai-otai bloger. Buang sifat malas untuk terus belajar blog, in shaa Allah kita akan berjaya (pesanan untuk diri penulis juga).

Jangan mudah melatah + positifkan diri

Resam dunia, setiap benda baik yang kita buat, ada yang sokong dan tak kurang juga yang mengkritik. Kita buat entri, lepas itu ada yang mengkritik itu adalah normal. Namun, sebagai manusia biasa adakalanya kritikan-kritikan itu membuatkan kita terguris hati dan marah. Apabila berlaku seperti ini kita akan terus melatah dan memarahi orang yang mengkritik kita. sayang seribu kali sayang.

Saya kongsikan pengalaman saya menulis kisah pembunuhan Along spoon setahun yang lalu. Ramai yang mengkritik saya yang mengatakan saya suka buka aib orang walaupun saya tidak terniat langsung. Artikel yang saya tulis secara kebetulan ketika saya balik dari Alamanda itu dikritik hebat membuatkan saya hampir angkat tangan dalam dunia blog. Tak tahan dengan kritikan.

Namun berkat sokongan dan nasihat daripada rakan blogger supaya membuatkan saya terus cekal. Pengalaman lalu mengajar saya supaya jangan mudah melatah dengan benda-benda sebegitu walaupun sakit terasa.

Dalam dunia blog orang boleh berkata apa sahaja mengenai anda dan blog anda, kerana mereka tak kenal siapa anda. Jadi, jangan mudah melatah dengan kritikan-kritikan tersebut. Anggaplah ia sebagai 'penambah perasa' dalam dunia blog. Bak kata blogger terkenal Nisa Kay ketika perhimpunan blogrrr tahun lepas, "jangan cepat melatah, kita kena bersyukur kalau orang kritik hasil tulisan kita, alhamdulillah ada juga orang yang tegur dan ingatkan kita". katanya.

Sekian terima kasih..

Banyak lagi sebenarnya perkongsian yang ingin saya sampaikan. Tetapi untuk kali ini, cukpuplah ini sahaja. Kalau nak senaraikan semua seriously memang tak cukuplah blog ini. Apa-apa pun semoga perkongsian daripada blogger baru seprti saya ini memberi manfaat buat kita semua. Saya menulis berdasarkan pengalaman, Sebarang kekurangan ataupun penambahan daripada otai-otai blogger amatlah dialu-alukan.. :)

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Thursday, January 23, 2014

Pesanan imam Syafie untuk kaum lelaki

Take note..

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.


Empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

Sedikit perkongsian atas dasar "Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat". Semoga memberi manfaat untuk semua. Wallahu 'alam..

Thursday, November 14, 2013

Macam cantik je, macam comel je dah keluar lagu versi islamik

Macam cantik jer.. macam comel jer..

Siapa yang belum melihat video "macam cantik jer.. macam comel jer.." daripada Syasya yang orang dok sebut awek Legoland tu? Rata-rata semua dah tengok kan? Video yang asalnya dikongsikan di laman keek miliknya tak disangka-sangka mendapat tumpuan dan telah menjadi tontonan seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini sebenarnya saya tak nak bercerita panjang pasal budak Syasya tu (Sebab semua dah tahu siapa Syasya). Tapi apa yang saya nak kongsikan pada anda semua ialah lagu "macam cantik je, macam comel je" yang dinyanyikan oleh Amar ataupun nama sebenarnya Arif Muazzim Abdul Rahman. Nak tahu lagu nie best ke tak, jom layan video di bawah:


Lagu islamik macam cantik jer.. macam comel jer dah keluar. :)
 
Amacam, best tak lagu nie? kalau tanya saya, saya akan kata lagu nie memang class dan terbaik dari ladang. Dalam berhibur pun masih ingat pada Allah. Amar sebenarnya bukannya asing dalam dunia nyanyian ini. sebelum ini pun beliau pernah menyanyikan sebuah lagu bertajuk 'Nurul Iman' yang pernah popular pada tahun 2004.

Apa-apa pun, semoga anda semua terhibur dengan perkongsian kali ini. Akhir kata daripada saya, "Macam cantik jer.. macam cantik jer semua ciptaan Allah". Assalamualaikum. :)

Saturday, June 15, 2013

Video: Serius terharu tengok pengorbanan cinta ini

Video cinta berdurasi 6.33 minit ini untuk tatapan anda semua. Sebelum tu, nak bagi tahu awal seperti biasa video ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang telah akil baligh sahaja. Bagi yang di bawah umur, anda diberi dua pilihan sama ada untuk mencari artikel-artikel lain dalam blog ini ataupun menekan button X untuk meninggalkan halaman ini ^^. Baiklah, tanpa berlengah lagi, terimalah video menarik yang berjaya menyentuh hati admin pada petang ini. Mempersembahkan :)


Apa pendapat anda mengenai video ringkas ini? Saya tak nak mengulas panjang, apa yang saya nak bagi tahu, sakit bersalin adalah sakit yang paling sakit di dunia. Secara puratanya manusia hanya boleh menahan sakit sehingga 45 (del) unit sahaja. Tetapi sakit bersalin, para ibu yang mulia ini terpaksa menahan kesakitan sehingga ke 57 (del) unit. Iaitu satu julat kesakitan yang teramat sangat sehingga dikatakan seperti 20 tulang yang dipatahkan serentak. Fuh, Sakit dowh!

Oleh itu, sayangilah ibu anda yang berkorban nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. Apa yang penting, ambil pengajaran daripada kisah sedih romantik ini. Wassalam..

Thankz mimihanizakua.blogspot.com

Thursday, June 6, 2013

Filem lakonan Khairy Jamaluddin sebelum bergelar menteri


Siapa tidak kenal dengan pemimpin bersuara lantang, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini. Pemimpin yang cukup tegas dalam menyuarakan pendapat-pendapat beliau jika dirasakan pendapat itu memberi kebaikan kepada negara. Namun ramai yang belum mengetahui, sebelum menjadi menteri YB Khairy Jamaluddin pernah melakonkan satu watak pemandu teksi dalam siri filem pendek yang bertajuk Meter pada tahun 2009.

Filem arahan Benji Lim dan Bahir Yeusuff disiarkan di laman web projek 15Malaysia yang memaparkan 15 filem pendek menyentuh pelbagai aspek kehidupan mengetengahkan pandangan mengenai isu-isu semasa dengan cara yang agak melucukan. Lihat video di bawah:

Enjoy this!

Apa yang menarik dalam filem pendek ini, setiap daripada babak yang ditonjolkan mempunyai mesej penting yang berguna untuk kita rakyat Malaysia. Apa-apa pun, Tahniah kepada YB Khairy kerana telah membawa watak dengan berkesan. Hehe. Semoga pemimpin sempoi ini akan terus maju dan dapat berbakti kepada rakyat terutamaya kementerian belia dan sukan yang dipegang beliau sekarang ini. Good luck!

Pautan

Tuesday, May 21, 2013

Kisah bekas nasi goreng Amira (menitis air mata baca)

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap…

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler…aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu…standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..


Aku pengembara: Kisah nie telah mengajar admin erti bersyukur. Dalam kesusahan dan kepritan hidup yang dialami, sebenarnya masih ada lagi insan yang lebih susah dari kita. Semoga kisah nie memberi sedikit pengajaran kepada kita semua. Wallahu 'alam..

Pautan : Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna


Wednesday, May 15, 2013

"Saya sedar saya masih cintakan dia" (mohon jangan nangis baca)

Kisah sedih nie sebenarnya sudah lama terperap dalam draf blog admin nie. So, hari ini admin publish kisah nie memandangkan di tempat admin cuaca hujan dan sangat sesuai untuk layan kisah nie. Huhu.. Harap terhibur dan ambil pengajaran.. :)

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Gambar hiasan

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Gambar hiasan

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina telah pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan kanser rahim tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.. :) 

~SEKIAN~

Moral of the story:

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil bagi mewujudkan keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Lagi kisah seumpanya di sini ---> Layan perasaan

Dipetik daripada page Rahsia perkhawinan
.

Sunday, April 28, 2013

Video: Tiga perkara membuatkan mata terbeliak

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika entry kali ini agak berlainan sedikit tidak seperti entry-entry yang sudah. Saya tidak kisah jika menerusi penulisan kali ini membuatkan sesetengah pembaca akan berpaling daripada blog saya. Tetapi apa yang lebih penting bagi saya, menerusi entry kali ini sekurang-kurangnya saya telah menunaikan tanggungjawab saya jika sebelum ini saya hanya menulis banyak artikel-artikel yang merapuh.

Ok, rasanya cukup dengan intro dan kita terus kepada point. Ada tiga perkara membuatkan mata kita terbeliak. Hayati video di bawah ini..

 

 
Perkara kedua yang membuat kita terbeliak menurut video (orang pakai seksi)

Aku pengembara: Semoga Allah memelihara kita daripada perkara-perkara yang merosakkan kerana dunia kini semakin ke penghujung!


Thursday, April 18, 2013

Apa yang anda tidak ketahui mengenai gwiyomi @ kiyomi


Semenjak dua menjak ini, laman sosial tidak henti-henti memaparkan berkenaan video tarian comel gwiyomi yang semakin popular sekarang ini. Melihat reaksi masyarakat di beberapa laman sosial mengenai fenomena ini, saya tidak menolak jika tarian gwiyomi ini akan terus menjadi satu fenomena baru selepas fenomena gangnam style.

Untuk pengetahuan, lagu gwiyomi atau kiyomi ini adalah lagu single k-pop seorang penyanyi indie Korea Selatan bernama Hari [Lihat sini]. Album gwiyomi song ini telah dikeluarkan pada 18 Februari 2013 yang lalu menurut kumpulan Gwiyomi Player yang ditubuhkan pada Oktober 2012. Tarian lagu ini telah diilhamkan oleh rapper k-pop terkenal Jung Il Hoon yang dipanggil gwiyomi player dalam rancangan  BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme internet popular pada oktober 2012. Maksud gwiyomi/kiyomi ini sebenarnya adalah ‘seorang yang comel’ atau ‘arnab yang comel’.

Tarian comel gwiyomi ini mempunyai gerak tarian yang tersendiri dan untuk pengetahuan, video parodi gwiyomi telah dimuat naik dilaman youtube lebih dari 10,000 video. Dasyat! Tarian gwiyomi ini telah menular dengan cepatnya di beberapa buah negara asia merangkumi Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan tidak ketinggalan juga negara kita Malaysia.

Baiklah, di bawah ini saya selitkan satu video parodi comel wanita bertudung yang dengar khabarnya ditujukan khas buat suaminya. Sejauh mana kebenaran cerita tersebut, belum dapat dipastikan lagi. Tetapi jika melihat kepada cincin dijari manisnya, kisah yang saya dengar itu, ada benarnya. Wallu'alam..

 
Dah tengok? Sekali tengok nampak macam kelakar, tetapi dua kali tengok, boleh plak
 buat admin blog nie hilang stress kejap. Hoho.. Gwiyomi.. gwiyomi.. :)

 
Di atas tadi merupakan gwiyomi versi comel dan yang nie plak merupakan gwiyomi versi terlebih comel. Video yang macam ini la yang menambahkan lagi stress admin malam-malam ni.. Hahaha 

AMARAN: Tarian ini hanya boleh dibuat dihadapan adik-adik anda dan dihadapan suami (bagi mereka yang sudah berkahwin). Aksi ini jangan sesekali dibuat dihadapan pakwe atau dihadapan orang yang bukan muhrim seperti yang pernah Shah Rukh Khan pesan kepada kita sebelum ini [KLIK SINI]. Hehe :)



Wednesday, April 17, 2013

Renungan: Kisah benar dalam sebuah bas

Harap dapat luangkan masa membaca...

Alkisah dalam sebuah bas…setelah berhempas-pulas aku berjuang untuk masuk ke perut bas akhirnya aku berjaya.. walau hanya dapat berdiri asalkan sampai ke tempat ku tuju.. Kat depan aku ni ada beberapa hamba Allah jugak yang berjaya dalam perjuangan untuk menaiki bas..tapi yang tak syioknya hamba muslimin dan muslimat yang bukan mahram.. berdiri terlalu rapat hingga boleh mencetuskan bunga-bunga maksiat tanpa disedari.. Yala..bukan mahu salahkan si kaum Adam..tapi lau rezeki depan mata..depan muka..emm..tolak pun payah..

Gambar hiasan
Nak dijadikan cerita..bukan mahu berlagak baik ya..Cuma melakukan apa yang terdaya….Aku pun mencuit bahu si adik tadi meminta nya untuk berpindah dan berdiri di sebelah ku.. Tapi mungkin syaitan dah welding kaki nya kat situ sampai tak boleh dia beranjak..pastu tgk muka aku pun endah tak endah.. Maaf la dik, aku Cuma mau selamatkan kau..bukan cemburu ko dpt berdiri depan lelaki tu.. pas tu dalam posisi yang tak sedap mata memandang.. Ikutkan rasa memang binasa..tapi aku ikut situasi..sebab ramai orang..

Bas pun bergerak membawa puluhan hamba Allah.. yang buat aku tak selesa menengoknya..Boleh-boleh dia ketawa bersama…(mood Black plak,,hehe)..ok..maaf2..kita teruskan..emm..rupa2nya..Diorang ni “loving Couple”..sbb mau bilang adik-beradik sorang Sabahan..sorang lagi Semenanjungan..Kalau pun sepupu..ehhh..ada batas jugak..ingat boleh buat mcm tu..oooo..yala..zaman da moden..kalau keadaan terpaksa boleh la..Weii..terpaksa la sangat..aku da suruh ko anjak..ko belagak..sekali aku hentak..nanti ko cakap aku muslimat ciplak.. (maaf bahasa penulisan agak kasar..Sebab nak tunjuk kita Tegas..)….

ok cerita dalam bas habis dah.. Kira2 2 minggu selepas kejadian.. Aku nampak lagi diorang kat bus stop yang sama.. dengan si wanita berdiri terlalu rapat dengan si lelaki.. (manja nya..sweet betul..mau2 cemburu sudah)..walhal pada masa tu..tempat tu xramai orang pun.tempat xsesak..so????(sendiri fikirlah..tapi bukan ikut suka hati..tapi ikut suka akal ya)….aku xberani kata yang sangkaan ku dalam bas tu tepat..sebab berburuk sngka tu boleh menyebabkan hati menjadi busuk..

Kesimpulannya..wahai mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Islam..yang tampan gaya nya ketika menjadi imam..yang indah imejnya bertudung dan berbaju kurung..jangan tunjuk kebodohan kalian dengan mengikut telunjuk Syaitan..Godaan Syaitan tidak mudah untuk kau tolak..maka berlindunglah kepada Allah..

Berikanlah kasih sayangmu untuk mereka yang berhak memilikinya (gambar hiasan)...

#cerita ni aku kongsi bukan untuk membuka Aib saudara seislam..Cuma aku kongsi untuk buka minda kita sebagai belia harapan negara.. ingat tujuan kita merantau menimba ilmu..menggalas tanggungjawab dari Allah sebagai Mujahid dan Mujahidah yang berjihad menimba ilmu..

# Ingat orang tua hanya berharap kita menjadi anak yang terbaik..mereka hantar kita menuntut ilmu..supaya kita menjadi lebih baik dari mereka..Orang yang ada pendidikan..ada pengetahuan berperanan sebagai..pendorong dan kemudian pemimpin bagi orang yang belum ada pengetahuan..apapun Hidayah Milik Alla…Dia maha mengetahui..

# Maaf kiranya..penulisan saya menyinggung hati saudara dan saudari..jangan anggap perkara yang sudah sebati dalam masyarat itu adalah betul 100%..tugas kita untuk mengkaji..berfikir dan menjalankan apa yang direhai Allah.. -Salam-

Artikel nie hasil luahan hati yang ditulis oleh Siti Rahayu Abdurahman pada hari jumaat yang lepas 11:27 am. Semoga kita semua ambil pengajaran termasuklah admin blog nie. Ya Allah, dunia semakin ke penghujung, semakin berat ujian mu.. Selamatkanlah kami daripada perkara-perkara yang merosakkan. Amin!


Monday, April 15, 2013

Video: Serius keluar air mata tengok video ni :'(

Video youtube yang bertarikh 28 januari ini telah menarik perhatian saya. Video sedih ini merupakan hasil perkongsian seorang rakan facebook Erni Amanina Amin dengan descraption seriess keluar airmata tengok video ni. Saya pun apa lagi, melihat tajuk sahaja saya pun try la juga layan video ni manalah tau keluar air mata layan video ni. Dah lama tak nangis. Haha. Apa-apa pun, jom layan video di bawah nangis ke tak?

 
Amacam? dah layan video ni keluar tak air mata? taklah sedih sangat kan? Tapi kalau ada yang nangis pun, confirm kaum-kaum pompuan je. Sebagai seorang yang sering terlibat dalam pembikinan short filem, saya akui kreatif juga orang yang buat video sedih ni. Jalan penceritaan yang baik yang membuatkan siapa yang layan video ni enjoy tetapi agak malang, ianya belum cukup power untuk membuatkan air mata ini jatuh berguguran. Chewah! :D

Apa yang saya dapat daripada video sedih ini, Hargailah mereka yang kita sayang selagi mereka hidup di dunia ini. Jangan sampai suatu hari nanti mereka pergi meninggalkan kita barulah kita sedar betapa kita amat memerlukan mereka (Aplikasikan kisah dalam video ini untuk mak dan ayah kita). 

HARGAILAH DAN INGATLAH JASA MEREKA. LOVE MY PARENTS :(

#Terdapat satu lagi video sedih yang pernah saya publish beberapa bulan lalu dan anda boleh lihat di sini ---> YA ALLAH SINGKATNYA HIDUP INI


Wednesday, April 10, 2013

Malam hariku kini diisi oleh gadis bernama Keesamus

Sudah menjadi kebiasaan Aku pengembara, apabila duduk sahaja depan laptop, tak miss mesti telinga nie nak dengar lagu... Aku pengembara pun tak tahu sejak bila perangai pelik nie wujud. Seingat Aku pengembara dari zaman sekolah menengah lagi telinga ini sudah terbiasa dengar lagu tak kira apa jenis lagu pun. Tak sah kalau sehari tu tak dengar walaupun satu buah lagu. Ingatkan dah masuk U nie akan ada perubahan, tetapi tetap sama seperti dulu.

Cuma bezanya kali ini setiap kali edit something (tak kiralah assignment ataupun permintaan customer)^^ lagu dari youtube menjadi peneman setia sehinggalah beberapa bulan lepas Aku pengembara terjumpa dengan seorang gadis youtube. Bagi Aku pengembara, gadis ini cukup unik kerana dia boleh menyanyikan lagu-lagu melayu dan Indonesia dan dialah yang mengisi malam-malam ku kini. Dia yang dimaksudkan ialah gadis Thailand, Keesamus. So, lagu-lagu Keesamus la menjadi peneman di dalam bilik yang sunyi sepi ini..

Secara jujurnya Aku pengembara cakap suara Keesamus taklah sehebat mana (biasa-biasa saja) namun ianya sudah cukup untuk membuatkanku jatuh cinta mendengar suara sengaunya.. Hahahaha.

Apa-apa pun jom layan lagu bersama Keesamus disamping kerja editing yang berlambak nie..^^

Antara lagu terbaik bagi nyanyian semula gadis Thailand ini (pendapat Aku Pengembara)

Tahukah anda fakta ini:
Keesamus secara tidak langsung telah berjaya menyatukan rakyat Indonesia, Malaysia dan Thailand menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan menerusi Youtube. walaupun pelat, tapi Aku Pengembara tetap respect dengan kesungguhan anak muda ini menyanyikan lagu yang bukan dari bahasanya sendiri. Itu takpe lagi, ada satu statement yang menarik perhatian dan mungkin membuatkan anda semakin sayang dengan wanita bernama Keesamus ini.. Rujuk dibawah..

I'm thai . actually I don't really understand the conflict between Malaysia and Indonesia, sometimes when I see some comments that people may say that I'm malay but I support Indonesia band. It seems that we are having a conflict between each other, which I feel like we are not co-operate. But please remember, we are neighbor right? ^__^ I don't care If someone will hate me haha

P/s: Walau siapa pun kita dan di mana kita berada, kita tetap hamba Allah.. Tak baik gaduh-gaduh. Respect Keesamus.


Thursday, March 14, 2013

Video: Pesanan Shah Rukh Khan disebalik filem mohabbatein

Disebalik lakonan mantap Shah Rukh Khan menerusi filem mohabbatein malam nie (sampai ada yang nangis), terdapat satu mesej penting yang disampaikan menerusi satu lagu dalam filem tersebut. Pesanan ini ditujukan khas buat yang beragama islam semoga mendapat pengajaran yang berguna.. Malas nak ulas panjang (Nak tidur, esok ada kelas pagi plak)^^ Apa-apa pun, jom tengok apa kata Shah Rukh Khan..

 
Dapat tak mesej yang ingin disampaikan? Dalam seronok layan jiwang malam nie, ingat pesan Shah Rukh Khan.. esok pagi jangan lupa solat subuh berjemaah (termasuk Aku pengembara) Hehe.. Assalamualaikum. Tidur dulu^^

Kredit video: Sifu Abang keretamayat


Thursday, February 7, 2013

Dalam bas pun sempat buat?

Gambar-gambar ini disiapkan sepenuhnya di dalam bas dalam perjalanan menuju ke kampus. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang lima belas minit itu dimanfaatkan dengan 'edit something' agar masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja. Editing lima belas minit yang simple dan ringkas ini harap semua berpuas hati. ^^
Gambar 1
 
# Andai esok nafasku terhenti..

Gambar 2
# Andai esok nafasku terhenti..

Gambar 3
# Never say forever..

Gambar 4
# Jika diberi pilihan..

Gambar-gambar ini sebenarnya hadiah untuk member-member yang beriya-iya sangat supaya Akupengembara menghasilkan gambar yang diselitkan kata-kata (Kata-kata nie pun hasil cadangan member-member). So, untuk tidak menghampakan entry kali nie khas untuk anda semua. Kali nie editing yang ringan-ringan sahaja, In shaa Allah jika ada masa nanti Akupengembara akan berikan gambar photoshop yang Akupengembara edit sendiri sekali dengan tutorial jika banyak permintaan.