Contest kembara Kemboja | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Friday, February 28, 2014

Contest kembara Kemboja


Jauh perjalanan luas permandangan. Begitulah pepatah orang tua-tua dulu yang kerap kali kita dengar apabila sahaja merujuk kepada pengembaraan. Setiap daripada kita mempunyai impian untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik di dunia bukan?. Setiap pengembaraan yang telah kita lalui memberi satu makna dan nilai tersendiri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bersesuaian dengan itu sebuah syarikat tempatan yang diberi nama Cambodia Muslim Holiday & Travel ada menawarkan perkhidmatan pelancongan sekaligus memenuhi impian anda untuk melancong ke tempat-tempat menarik di negara Kemboja.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Cambodia Muslim Holiday & Travel bukan calang-calang syarikat pelancongan di nusantara. Syarikat pelancongan ini merupakan salah satu operator pelancongan yang begitu dikenali terutamanya di Kemboja dan Vietnam. Seperti yang kita sedia maklum, bukan senang untuk membina nama di serata dunia tetapi Cambodia Muslim Holiday & Travel berjaya melakukannya. Satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Syarikat pelancongan yang dimiliki 100% oleh saudara islam kita di Kemboja, Ustaz Yahya Al-Hafiz ini menawarkan Perkhidmatan Pelancongan bagi mempermudahkan perjalanan anda dengan 100% jaminan keselamatan. Selain itu, ia sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dengan ciri-ciri islamik. Sesuatu yang tidak akan anda perolehi daripada syarikat-syarikat pelancongan yang lain di dunia.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Antara tempat menarik yang terdapat di Kemboja yang mungkin kita tak pernah tahu ialah Phnom Penh. Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikenali sebagai “Mutiara Asia”, ia telah dianggap sebagai salah satu bandar-bandar ayu Perancis dibina di Indocina dalam tahun 1920-an.

Phnom Penh bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja. Ditubuhkan pada 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina indah dan bersejarah dan tarikan. Terletak di tebing Tonle Sap, Mekong dan Bassacrivers, Phnom Penh kawasan metropolitan merupakan rumah kepada lebih daripada 2 juta penduduk Kemboja lebih 14 juta.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Itu baru satu tempat menarik di Kemboja yang saya ceritakan. Ada banyak lagi tempat menarik yang pastinya membuatkan anda rasa terpesona kerana anda tidak akan dapat merasainya melainkan anda sendiri melihatnya. Pastinya satu pengalaman yang tidak terbayar dengan wang ringgit.

Ramai yang telah menyertai kembara ke Kemboja ini dan ternyata mereka berpuas hati dengan perkhidman yang diberikan. Lihat sahaja luahan Esmaliza Wahab di bawah ini:


Anda lihat dan nilailah sendiri betapa seronoknya mereka yang melancong bersama Cambodia Muslim Holiday & Travel. Ini baru satu, sebenarnya ada banyak lagi luahan rasa gembira para peserta yang pernah menyertainya. Anda boleh rujuk link ini: APA KATA MEREKA

Apa tunggu lagi. Jika berminat untuk melancong dengan harga yang paling murah, anda boleh hubungi Cambodia Muslim Holiday & Travel melalui medium di bawah ini:


Call/Sms/WhatsApp/Wechat/Viber (Bahasa melayu)
+855 (0) 17 889 234
+855 (0) 78 50 50 48

E-mail
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com

Facebook
Ustaz Yahya Cambodia


Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

10 comments:

  1. Menarik.. teringin juga nak melancong ke sana jika diizinkan nanti.. in shaa Allah.. semoga berjaya Aniq.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dik Aniq...semoga berjaya dalam contest Kembara Kemboja ni yer..

    ReplyDelete
  3. yes, this year harap2 dapatlah melancong ke sana. apepun semoga berjaya ye Aniq.

    ReplyDelete
  4. wahhh... Good Luck Aniq... klu berjaya alangkah bestnya dapat pigi Kemboja & Vietnam...:)

    ReplyDelete
  5. good luck aniq... kalau menang nanti leh la gi mengembara ke kemboja :)

    ReplyDelete
  6. Moga berjaya ya Aniq.

    ReplyDelete
  7. Moga berjaya buat rakanku Aniq Bukhary. Artikel yg menarik.

    ReplyDelete
  8. Emm gud luck bro..saya blur nak tulis apa pasal contest ni..tak ada pengalaman..hehe

    ReplyDelete