Apa yang best sangat dengan SBB2014 tu? | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, February 4, 2014

Apa yang best sangat dengan SBB2014 tu?

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tarikh dan tempat sepetang bersama blogger (SBB2014) telah pun diketahui. Seperti yang telah diputuskan, majlis akan berlangsung pada 8 mac bertempat di Saloma Bistro Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tempat ini sebenarnya tidaklah begitu asing memandangkan Bistro Saloma merupakan salah satu tempat yang kerap kali diadakan event-event besar. Malah crew kami Antz Pictures Studioz pun pernah shoot event miss borneo kebaya dekat situ.

Baiklah, mesti anda tertanya apa yang best sangat dengan SBB2014 sampai ramai blogger dok kecoh-kecoh tu? Ok, meh sini saya expalin sikit apa yang best dengan SBB2014 yang juga dikenali sebagai SBBYEOS2014 itu:

Antara top blogger yang turut memeriahkan lagi majlis

- Blogger yang datang akan dapat goody bag yang diisi t-shirt, buku dan barangan menarik yang lain.
    
- Majlis akan turut dimeriahkan dengan kehadiran Top Blogger Malaysia seperti Ben Ashaari, Red Mummy, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa orang lagi yang diundang atas permintaan ramai. Mereka akan bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu dalam bidang blogging serta bidang kepakaran masing-masing.

- Pelbagai hadiah menarik juga disediakan untuk blogger yang turut serta dalam majlis SBBYEOS2014 ni nanti. Antara hadiahnya ialah wang tunai dan gajet terkini seperti iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini, External Hard Drive, Garmin GPS, pakej percutian dan banyak lagi. Kesemua hadiah dianggarkan bernilai belasan ribu ringgit!

- Yuran penyertaan cuma RM20, tapi berpeluang untuk menang hadiah yang sangat lumayan. Siap dapat makan hidangan makanan yang sedap-sedap semuanya. Ada kambing golek, dan paling best ada CENDOL.
    
- Ada tapak jualan bagi mereka yang ingin promosikan produk masing-masing. Nak shopping kat situ pun boleh. Sediakan je duit banyak-banyak.
    
- Berpeluang untuk berjumpa rakan blogger yang belum pernah bersua muka sebelum ni. Di samping tu dapat mengembangkan lagi sayap network bila berjumpa ramai orang di SBBYEOS2014. Ada rezeki mungkin dapat buat bisnes dengan orang yang berminat bekerjasama dengan kita. Jangan lupa bawa bisnes kad ye.
    
- Bagi blogger yang masih bujang mungkin di majlis SBBYEOS2014 dapat bertemu jodoh. Mana la tahu kan.. Lelaki mesti suka sebab awek-awek memang ramai yang akan datang join.

Sekian.. :)

P/s: Hah! dah tahu apa yang best pasal SSB2014 nie kan? Apa lagi, jomlah join sama. Saya sebenarnya teruja disamping risau juga tak dapat join rakan-rakan blogger yang lain. Tahun lepas tak dapat datang tetapi untuk tahun ini perasaan membuak-buak nak join macam rakan-rakan lain. 8 hari bulan tu saya dah masuk kampus balik dan komitmen pun bertambah. Saya berharap sangat mudah-mudahan hari tersebut tiada aktiviti luar dekat kampus dan dapat pergi majlis tu nanti. Doakan saya k. :)

Dipetik daripada 9 sebab join sepetang bersama blogger yeo's 2014 Anarm Khairul dalam laman blognya.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

28 comments:

  1. kalau dekat nak juga cik akak mai...
    nie jauh..cik akak...tengok dalam blog je event..:)

    ReplyDelete
  2. antara top2 blogger tu..sy selalu dgr ben ashaari je..y lain xlagi..hehe..kena byk lagi berjln dlm dunia blogging ni kan..=)

    btw , ni mmg nice event ..merapatkan ukhwah antara blogger2..^_^

    ReplyDelete
  3. bestnya...rugi x dpt dtng

    ReplyDelete
  4. alll the best bro.. jumpa di sana nanti.. event gathering santai blogger... =)

    ReplyDelete
  5. in sya ALLAH acik pergi.. jumpa di sana ^_^

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat datang kan Aniq... Aniq wakil kan jak lah kami yg di Sabah ni..haha..hanya kenal Ben jak di atas tu...hehe

    ReplyDelete
  7. Waaaahhhh!!! bestnya.... xpasti lagi ni...hehe

    ReplyDelete
  8. mesti meriahkan majlis tue.

    ReplyDelete
  9. Hahaha..masih confisu lagi ni..nak pergi ke tak..adoiii

    ReplyDelete
  10. mesti meriah....dapat ilmu baru ..kawan baru

    ReplyDelete
  11. pasti meriah majlis tu... :)

    ReplyDelete
  12. kalau tak pergi rugi dapat kawan, dapat ilmu lagi hadiah lagi best

    ReplyDelete
  13. sempoi la bro... semoga dipermudahkan untuk datang event nie nanti

    ReplyDelete
  14. memang extra ni kalau bertemu jodoh, "kalau dah jodoh"..terima kasih entri ni.
    insyaAllah jumpa disana nanti.

    ReplyDelete
  15. wah macam best...tapi tak dan lah nak pegi..study..

    ReplyDelete
  16. Assalamuaalikum dan salam singgah sini...akak doakan adik...bestnya kan dapat pergi..

    ReplyDelete
  17. macam hebat je tuh :)

    ReplyDelete
  18. yes, saya dah daftar dah pun

    ReplyDelete
  19. aku rasa memang meriah majlis tu nanti,tapi sayang tak dapat nak join sebab ada kerja yang perlu diselesaikan..huhu

    ReplyDelete
  20. hee serba salah nk pergi ke tak. bila sebut ada CENDOL , makin membuak rasa nak gi. ahaks

    ReplyDelete
  21. info yang best,,tau dah pasal ni,,,tapi bler baca entry,,,lagi semangat nk join,,heheh

    ReplyDelete
  22. Insha Allah Zumal turut serta, harap dapat berkenalan dengan Aniq dan yang lain-lain ya ;)

    ReplyDelete
  23. sy nak joinnn tpi segan..bukan femes .bukan blogger retis..huu

    ReplyDelete