Lawatan rasmi hari ke-2 Presiden Tajikistan H.E. Emomali Rahmon ke Malaysia | AKU PENGEMBARA

Tuesday, June 24, 2014

Lawatan rasmi hari ke-2 Presiden Tajikistan H.E. Emomali Rahmon ke Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari Ke-2 presiden Tajikistan H.E. Emomali Rahmon berada di Malaysia. Lawatan hari ke-2 ini diisi dengan lawatan ke salah sebuah universiti yang menempatkan ramai pelajar Tajikistan iaitu Universiti Limkokwing. Di bawah ini saya sertakan sedikit gambar lawatan sekitar hari ke-2 untuk tatapan anda. Saksikanlah.

Ketibaan H.E. Emomali Rahmon Ke perkarangan kampus Limkokwing
Kedatangan yang disambut dengan pakaian tradisi masyarakat Malaysia
Emomali Rahmon melihat tarian Melayu yang dipersembahkan di laluan masuk
Penerangan mengenai Universiti Limkokwing daripada wakil Limkokwing
Wajah pemimpin Tajikistan yang cukup disegani
Meeting selama hampir sejam dengan pihak pentadbiran Universiti
Ucapan daripada Tan Sri Limkokwing di Hall of Fame
selepas majlis bersambung sebelah petang
Persembahan koir oleh kelab koir Limkokwing yang turut dianggotai
Shaari AF (bekas student Limkokwing)
Ucapan President Tajikistan
Antara student yang hadir dalam majlis tersebut.
Hero of Tajikistan
Rombongan presiden berangkat pulang sambil diiringai Tan Sri Limkokwing

Ini sahaja yang dapat saya sajikan kepada anda hasil daripada lensa kamera saya. Mana-mana agensi ataupun orang perseorangan yang inginkan gambar ini diminta maklumkan kepada saya (maklumkan saja, tak marah pun). Ia Sebagai tanda hormat anda dengan hasil kerja tangan photographer muda macam saya ini. Kesian dekat saya berebut-rebut dengan wartawan daripada Tajikistan untuk mendapatkan setiap shoot yang menarik.

Sebelum saya mengakhiri tulisan kali ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Firdavsi Kholiqov kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi photographer sepanjang event berlangsung (macam tau-tau je saya ni photojournalist..) :D

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

6 comments:

  1. Semoga lawatan ini membawa kebaikan kepada kedua2 negara... Tahniah juga kpd Aniq atas photo2 yg menarik.. :)

    ReplyDelete
  2. woww..ramai VVIP mai noo kompom persiapan sebulan awai paa nooo..gambaq2 pun sempoi

    ReplyDelete
  3. Cantik gambarnya, untunglah jadi official photographer cam ni. Tak hantar kat newspaper Tajikistan ke?

    ReplyDelete
  4. come again to visit celebrating Ramadan while carrying a funny game

    ReplyDelete
  5. Tanniah diberi kepercayaan untuk mengambil gambar. :-)

    ReplyDelete