Aniq Bukhary Channel: 02_13


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, February 28, 2013

Minggu pertama untuk semester baru (6 gambar)

Buku baru semester baru.. urusan pendaftaran dah selesai dan apa yang penting doakan yang terbaik untuk Aku pengembara ok.. Di sini, diselitkan sedikit suasana kampus dan member-member yang bermacam ragam dan telatah.. Mesti buzy lepas nie.. Aahhhh..!! lupakan semua tu, apa-apa pun jom layan pic nie ^^..

 
# Jumpa lagi member-member setelah 2 bulan semester break
(Seperti biasa Aku pengembara tiada dalam gambar ^^..)

# member-member seperjuangan yang sering bertukar-tukar pendapat. Kalau korang perasan, member sebelah kiri tu rakan blogger juga (Senior blogger) ^^..

 # Rakan foreigner yang sama-sama menuntut ilmu. mengikut perkiraan kasar, International student dalam 60% menuntut dekat University Limkokwing nie.. Macam-macam warna kulit.

# Bincang pasal apa tu? ^^

Kenal lagi tak orang dalam gambar nie? ^^..

# Subjek untuk semester nie. Semakin naik semester semakin advance plak. Semoga semester nie tiada lagi krisis dengan lecturer. Tak mau dah gaduh-gaduh.

Lain-lain tulisan berkaitan Limkokwing (Just klik tulisan di bawah)


Friday, February 22, 2013

Oh! Aku ingin tahu (mungkin ini yang terakhir)

Di usia muda itu banyak mengajar aku tentang alam remaja..

alam ingin tahu..
Aku ingin tahu apa rasanya bawak motor laju?
Aku ingin tahu apa nikmatnya merokok?
Aku ingin tahu apa itu rasanya arak?
Aku ingin tahu apa itu dadah?
Aku ingin tahu apa itu ganja?
Aku ingin tahu apa ada dalam disko?
Aku ingin tahu apa ada dalam video lucah?
Aku ingin tahu apa itu bersetubuh? 
Aku ingin tahu apa itu seks?
Aku ingin tahu itu dan aku ingin tahu ini..

Wahai remaja ingat pesan ini..

*Seks sebelum nikah akan membawa kepada hubungan seks yang tawar selepas kahwin kelak..
 

*Minum arak sebelum masuk syurga akan menyebabkan terpasa minum air timah mendidih di akhirat kelak..
 

*Solat yang di kerjakan bukan pada waktunya yang betul akan membuatkan seseorang itu bersolat dengan malas dan kurang ajar. (selamatkan kami ya Allah)

Renung-renungkan.. 

Pautan: Abang keretamayat.

Tuesday, February 19, 2013

Nampak sama tapi bukan dia (18sx)

Nampak sama tapi bukan dia itulah topic menarik untuk perkongsian kali ini. Baiklah, sebelum kita mengembara lebih jauh lagi, diingatkan sekali lagi artikel kali ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Bagi mereka yang belum mencapai tahap umur yang dinyatakan anda dinasihatkan agar meninggalkan halaman ini dengan segera (^_^). 

Nak dijadikan cerita, peristiwa ini sebenarnya berlaku pada tahun lepas ketika Akupengembara baru balik daripada kelas. Wajah yang dipenuhi keresahan seorang member meminta Akupengembara tunjukkan jalan menuju ke IPD sepang. Ada urusan katanya. Sudah menjadi kebiasaan, Akupengembara jarang sekali menolak apabila member minta pertolongan daripada Akupengembara. Hari nie dia susah, esok lusa giliran kita pula kan?. Itulah prinsip yang menjadi pegangan.

  
# Baru balik kelas terus pegi Sepang walaupun belum mandi lagi time tu. Member punya pasal. Hahakzzz! ^^

Setelah semua urusan selesai, Akupengembara pun ajaklah singgah Gold Coast kejap menikmati keindahan pantai ciptaan Allah. Alang-alang dah sampai Sepang. Ketika seronok bermain dengan air laut seperti kanak-kanak riang (^_^) Akupengembara terjumpa pula dengan binatang pelik nie. Sepanjang 20 tahun hidup, inilah kali pertama Akupengembara terjumpa dengan binatang seperti ini. Ingatkan benda mati, rupa-rupanya boleh bergerak (kejap kembang, kejap kecut plak tu). Pelik.. pelik..

# Kalau tengok lama-lama, nampak sama tapi sebenarnya bukan dia (^_^)

P/s: Siapa yang tak faham entry kali ini, bolehlah merujuk pada yang pakar ok. Ada sesiapa tak yang tahu apa sebenarnya nama binatang nie? mohon penjelasan sikit??



Saturday, February 16, 2013

Pelakon Kuswadinata kembali kerahmatullah

Selepas menghabiskan masa bermain dengan anak buah tadi, Akupengembara sempat online jap (Hilangkan tention). Beberapa minit melayari internet, Akupengembara terkedu seketika dengan satu artikel yang mengatakan pelakon veteren Kuswadinata baru sahaja kembali kerahmatullah.

 
Gambar: Ehsan google

Apabila ada sahaja isu berkenaan artis, Akupengembara akan merujuk satu laman yang dikendalikan oleh senior dalam dunia blog iaitu Beautifulnara dan Akupengembara menemui jawapannya dibawah ini. Terbukti..

# Abang Kuswadinata baru sahaja kembali kerahmatullah :'(

# Penglibatan yaang cukup lama dalam dunia filem tanah air (jasamu tetap dikenang)

Takziah diucapkan. Hanya doa yang mampu kukirimkan.. Arwah telah menghiburkan kita sejak berapa lama sejak TV hitam putih lagi. Satu sumbangan yang begitu besar dalam dunia hiburan tanah air.

Al-fatihah, semoga diletakkan bersama orang-orang yang soleh. Amin..


Saturday, February 9, 2013

Senarai artis Malaysia yang sporting (10 gambar)

Sepanjang bersahabat baik dengan kamera DSLR nie, banyak benda yang Akupengembara telah 'snap'. Dari benda mati sehinggalah benda bernyawa semuanya dalam memori kamera termasuklah gambar-gambar artis. Di bawah ini Akupengembara senaraikan 10 orang artis yang begitu sporting yang pernah singgah depan lensa kamera ini. Rasanya memadailah dengan 10 gambar untuk kali ini k.

# YANA SAMSUDIN.
First kak Yana. Adegan spontan Yana nie sewaktu bercerita tentang filem Aku Ada, Kau Ada pada tahun lepas. Lama juga AkuPengembara luangkan  masa untuk mendengar celoteh Yana nie. Rupa-rupanya sebelum menjadi pelakon dulu, Yana nie pernah melibatkan diri dalam dunia nyanyian (baru tahu). Setelah melihat sendiri depan mata, Yana merupakan seorang yang sporting dan kelakar. Jika ada anugerah untuk pelakon komidi wanita, maka pilihan Akupengembara adalah Yana Samsudin. ^^

# CAT FARISH.
Time nie Cat dengan ahli kumpulannya sedang mempersembahkan lagu kerna kamu. Berdiri bulu roma time dengar The fabolous cat nie nyanyi lagu nie. Menyesal plak tak record. Siapa yang ada time nie dapat rasalah apa yang Akupengembara rasa time tu. Dengar live lagi best daripada lagu yang sebenar.

# NING BAIZURA.
Gambar nie masa jemput kakak di LCCT hari tu. sementara menunggu akak sampai, Akupengembara pusing la satu terminal tu. Time jalan-jalan tu kebetulan ternampak di satu sudut terminal seperti ada pesta berlangsung. Rupa-rupanya ada promosi AirAsia dan Ning Baizura menjadi artis jemputan. Selepas sahaja menyanyikan lagu, Akupengembara pun luangkan sedikit masa untuk tangkap gambar Ning Baizura selepas mendapat green light daripada kak Ning sendiri. Ternyata Ning Baizura nie sangat mesra dengan semua peminat-peminatnya.

# FAREEZ UNDERTAKER.
Fareez merupakan gitaris kumpulan rock Mellisa suatu ketika dulu. Gambar nie diambil time menjadi sukarelawan hari belia yang lalu. Budak-budak yang bergambar dengan Fareez nie plak merupakan member-member seperjuangan. Sekali lagi dimaklumkan Akupengembara tiada dalam gambar di sebabkan jadi 'tukang gambar'. ^^ maklum la tugas photographer nie. Bak kata seorang member, malang jadi photographer nie sebab tangkap gambar orang, gambar sendiri plak tiada. Apa boleh buat dah nasib badan.. 

# KUMPULAN PESAWAT.
Nie plak kumpulan pesawat. siapa peminat indiband tu mesti kenal dengan diorang nie. Penampilan simple dan bersahaja dan yang paling penting mereka semua nie sporting-sporting belaka.

# MARIA TUNKU SABRI.
Ketika Akupengembara jalan-jalan cari makan, terjumpa plak kak Maria time jom heboh hari tu. Kak Maria nie pun memang sporting tahap dewa. hehe^^ buktinya bila Akupengembara minta tangkap gambar, tanpa banyak soalan satu senyuman ikhlas diberikan. Nice la kak Maria!

# ACOK KECIK.
Nie plak Acok rajalawak. Setelah bertemu dengan Acok, rupa-rupanya dalam dunia real Acok nie memang kelakar orangnya (sama dengan Acok yang Aku kenal dalam astro warna tu). hehe. Tengok la gaya artis kelahiran Sabah nie, bila Akupengembara bagitahu nak tangkap gambar, siap buat posing poyo lagi. Hehe.. (Acok jangan marah.. gurau)

# ALLAYARHAM OSMAN KERING.
Gambar nie merupakan gambar nostalgia bagi Akupengembara. Terasa sayu pula dihati tengok gambar nie. Untuk pengetahuan, gambar nie Akupengembara snap sebelum pelawak terkenal ini dimasukkan ke hospital akibat penyakit batuk kering yang dialami (Rujuk sini). Beliau merupakan antara artis yang Akupengembara respect. Hari tu time rancak berbual, arwah sempat minta izin apabila seorang rakan artis memanggilnya. Masih ingat lagi time tu, dengan nada bergurau arwah kata, "saya pegi sana jap ya, jangan marah plak". Walaupun dalam nada bergurau tetapi Akupengembara rasa tersentuh dengan sikap rendah diri artis ini. Itulah detik-detik terindah bersama arwah Osman kering yang tak dapat dilupakan sampai ke hari ini. Al-fatihah :'(

# FAZLI ZAINAL.
Nie plak gambar bersama Fazli Zainal semasa di Putrajaya. Akhirnya ada juga gambar Akupengembara. Hehe. Tak sangka dalam kesibukan buat persembahan sempat juga Fazli layan karenah Akupengembara nie. Walaupun tak sempat berbual panjang, Akupengembara tetap berpuas hati dengan adanya artis sporting yang menghargai peminat seperti abang Fazli kita nie. Respect Fazli Zainal. 

# AMY SEARCH.
Dah lama pasang impian nak jumpa Amy. Pernah terfikir nak pegi restoran Amy dekat Wangsa Maju mana la tau ada rezki dapat jumpa (tapi dengar cerita dah tutup). Pernah juga beberapa kali Amy buat konsert dekat tempat Akupengembara tetapi ada sahaja halangan. Akhirnya ketentuan Allah dapat juga berjumpa dengan Amy walaupun tak sempat bergambar bersama. hehe..

Aku pengembara : Seorang member pernah bertanya, "Kenapa kau punya blog nie tak banyak cerita pasal artis? Update la setiap apa aktiviti artis". Saya tersenyum dan cakap dengan kawan baik saya tu, "Aku sekadar blogger biasa dan menulis ikut gerak hati berdasarkan pengalaman yang dialami. Aku nie bukannya wartawan hiburan, update sikit dah la". Rakan baik saya itu gelak besar mendengar jawapan saya itu dan berkata, Kau nie sama macam dulu". hehe. Apa-apa pun, thankz kepada rakan saya yang sentiasa mengikuti perkembangan saya dan thankz kepada anda yang sudi layan tulisan kali ini. ^^


Thursday, February 7, 2013

Dalam bas pun sempat buat?

Gambar-gambar ini disiapkan sepenuhnya di dalam bas dalam perjalanan menuju ke kampus. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang lima belas minit itu dimanfaatkan dengan 'edit something' agar masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja. Editing lima belas minit yang simple dan ringkas ini harap semua berpuas hati. ^^
Gambar 1
 
# Andai esok nafasku terhenti..

Gambar 2
# Andai esok nafasku terhenti..

Gambar 3
# Never say forever..

Gambar 4
# Jika diberi pilihan..

Gambar-gambar ini sebenarnya hadiah untuk member-member yang beriya-iya sangat supaya Akupengembara menghasilkan gambar yang diselitkan kata-kata (Kata-kata nie pun hasil cadangan member-member). So, untuk tidak menghampakan entry kali nie khas untuk anda semua. Kali nie editing yang ringan-ringan sahaja, In shaa Allah jika ada masa nanti Akupengembara akan berikan gambar photoshop yang Akupengembara edit sendiri sekali dengan tutorial jika banyak permintaan.

Tuesday, February 5, 2013

Tutorial blog cepat dan mudah difahami

Senarai di bawah merupakan blog tempat Aku pengembara lepak dan belajar tutorial blog. Ringkas dan mudah difahami. So, apa tunggu lagi? jom! ^^


# Tutorial nie Aku pengembara letakkan bagi memudahkan member-member yang sering bertanya kepada Aku pengembara bagaimana letak nie n nak letak tu dalam blog?. So, bagi member-member Aku pengembara, inilah hadiah untuk anda. Aku pengembara rasa bertanggungjawab untuk memberikan link tutorial ini kerana disebabkan Aku pengembara la anda semua terlibat secara langsung dalam dunia blog nie. ^^ Lepas nie rujuk la tutorial nie. Rakan-rakan blogger yang lain pun bolehlah rujuk sini juga sebab ianya ringkas dan mudah difahami. SELAMAT MENCUBA!


Sunday, February 3, 2013

Senyumanmu mengingatkan aku pada kisah lalu

Tok! tok! tok! Awal-awal pagi lagi abang dah ketuk pintu. Aku pun buka pintu bilik. "Siap-siap, kita sarapan kat luar". kata abang. Aik! hari jadi aku lambat lagi. Nak celebrate apa plak nie makan kat luar. Bisik hatiku. Tanpa sebarang bantahan aku pun menuju ke bilik air dengan masih berkain sarung lepas solat subuh tadi. Fuh! sepuluh minit siap. Tanpa berlengah aku pun turun meninggalkan rumah dan menuju ke kereta yang telah pun di isi oleh Abang, kak ipar dan dua orang anak mereka.

Oh, rupa-rupanya sekali nak beli beras. Beras dah habis, patutlah nak gerak awal pagi. Kami pun meredah 10 minit perjalanan sebelum sampai ke kedai Kak Ros yang terletak di kampung Labu Johnson. Aku pun terus order nasi goreng dan teh tarik. Alhamdulillah, settle masalah perut. Selepas semuanya selesai, kami pun segera meninggalkan kak Ros dan menuju ke pasaraya Zemart sebelum pulang ke rumah.

Ketika dalam perjalanan pulang, satu kejadian pelik telah berlaku. Di bahu jalan terdapat seorang awek berbaju purple dengan penampilan yang sangat unik. Dia memandang aku beberapa lama sambil tersenyum manis. Aish, awek nie jangan la tengok lama-lama. Dahlah iman aku nie tak sepower mana, dia boleh pandang aku macam tu plak. Huh! Semangat.. semangat.. Aku pun dengan rambut tak terurus (belum mandi ^^), time tu membalas senyuman itu dengan satu senyuman spontan. Bingung. Rupa-rupanya, akak ipar aku yang duduk seat belakang perasan situasi itu dan berkata, "Lama budak perempuan tu tengok kau ya". Sambil teretawa. Aku pun apa lagi, merah padamlah muka. Tak perasan plak reaksiku diperhatikan. Malu dowh!

Dalam perjalanan pulang aku berfikir, siapa budak perempuan tu dan kenapa dia senyum dengan aku? Otak aku pun mulalah refresh balik semua peristiwa-peristiwa yang pernah aku lalui sebelum ini. Haaa! ingat pun, kalau aku tak salah aku pernah shoot gambar budak perempuan nie dekat Putrajaya hari tu dalam satu pertandingan cheerleading (pertandingan budak-budak sekolah rendah). Yeah! akhirnya terjawab juga.
Laa.. dah besar budak nie. Not bad juga. Oopppsss! ^^ Astaghfirullah al adzhim. Aniq Bukhary, apa yang kau cakapkan ini. Awek nie usha gua Ya Allah. Maksiat tu maksiat. haha.

# Senyuman tadi sama dengan senyumannya sewaktu di Putrajaya dulu.

# Gambar budak perempuan tu dengan pasukannya dulu sewaktu di Putrajaya. Sorry gambar nie terpaksa diblurkan kerana tidak sesuai untuk tontonan umum. ^^

Beginilah graf kehidupanku. Melihat gambar di atas inilah sebenarnya ujian besar bagiku semenjak melibatkan diri dalam dunia fotografi. Snap bermacam-macam jenis gambar dan pelbagai jenis event. Aku pernah menyuarakan hasrat kepada seorang rakan mengenai cita-citaku ingin menjadi photographer profesional sebelum menjejakkan kaki di Universiti dulu. Member aku pun bagi tahu, "Kalau kau serius, teruskanlah.. tapi kau kena ingat, iman kena kuat dan mata pun kena kuat. Time tu aku tak faham apa sebenarnya yang ingin disampaikan dan sekarang ini barulah aku tahu apa sebenarnya maksud disebalik pesanan itu.

kepada member-member semua terima kasih atas nasihat dan pesanan (Wa tak pernah lupa). Apa yang penting jangan lupa doakan semoga ditetapkan iman dan terpelihara daripada benda-benda yang merosakkan.. Dunia semakin ke penghujung, semakin kuat plak ujian yang Allah berikan kepadaku.

Pesanan buat adik tu plak janganlah senyum lama-lama, senyum sikit boleh la.. ^^ Senyumanmu membuatkan aku teringat kembali kenangan di Putrajaya bersama member-member. Sesuatu yang manis yang untuk dikenang dan begitu perit untuk dilupakan.

Apa-apa pun terima kasih kepada and yang sudi layan coretan pengalamanku hari nie.. Kalau ada salah dan silap, seperti biasa jangan takut, jangan segan, TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGAN BILA AKU LEMAH..

~Assalamualaikum w.t.b~