Pesanan penting Johan Raja lawak | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, September 20, 2011

Pesanan penting Johan Raja lawak

Assalamualaikum..

Pada hari  ini saya akan bercerita pasal BATU.. saya nak  berkongsilah  sikit dengan anda semua.  kalau kita tengok dalam Negara kita, kita ada nama-nama tempat yang berkait dengan batu. Contohnya, Batu Gajah di Perak, Batu Berendam di Melaka, dan Batu Buruk di Terangganu.
Tapi bukan batu itu yang saya nak cerita.. ada org mengatakan tentang batu juga, ulat dalam batu pun boleh hidup. mula-mula saya tak percaya adakah ulat dalam batu boleh hidup? Tetapi selepas saya mengkaji, membaca dan melihat sendiri, saya dapati bukan ulat dalam batu sahaja boleh hidup malahan ramai orang lagi yang tinggal dalam batu.. contohnya batu caves.. haha.. masih ramai lagi yang hidup dalam batu.
Batu juga boleh kita kaitkan dengan posmen. Posmen sekarang kalau diorang hantar surat, berbatu-batu jauhnya.. masuk pula dalam batu. Maksud saya masuk dalam letter box la.. rumah orang kayakan semuanya batu.. tapi berbeza  dengan orang-orang dahulu. Dorang x hantar surat tapi dorang hantar batu.  Pasal apa dulu xda kertas,dorang tulis semua atas batu. Itu xpa lg, macam mana pula posmen tukang angkatnya. Dah angkat berat satu hal, dari Melaka sampai Kelantan.. x sampai Kelantan, sampai Terangganu batu turun.. x larat da nak angkat.. lantak lah.. tapi kalau nak tengok batu tu ada kat Tertangganu ya, iaitu batu bersurat. Haha


Sebenarnya bukan batu bersurat yg saya nak cerita..saya nak bercerita tentang batu api. Batu api nie lebih kepada sifat melaga-lagakan org atau meracun-racun org x kira la kita punya masyarakat, negara atau adik-beradik. Masalah batu nie bukan ada zaman sekarang je.. masalah batu nie dari dulu lagi sejak pertama zaman kejadian manusia lg.. bagaimana syaitan menggoda nabi Adam dan Hawa supaya makan buah khuldi maka mereka pun jatuh la ke bumi..
Cerita batu api nie lebih kurang macam cerita saya la. Pendekkan cerita, masa permulaan dulu saya nie jual kereta. Jadi saya masok meminangsampailah minggu depan saya tukar saya punya profesion jadi ahli muzik. Jadi bila masok meminang nie, bakal mak mertua saya reject. Saya Tanya bakal mak mertua saya  “mak napa mak tolak pinangan saya”. Mak dia da la garang dengan sirih dia “ apa ahli music, pantang nenek moyang aku khawin dengan ahli musik engkau tau.. buat apa kau menangis di sini, pergi kau menangis di sana bersihkan kubur.. memeng tempat kau di sana!!”. Saya hampa. Jadi saya fikir apasal la bakal mak mertua saya reject saya punya pinangan. Rupanya pasal batu api nie lah. Rupanya bakal bapak mertua saya batu api.. itu yg x puas hati tu.. padahal main golf sekali tu. Dah la dia x reti main.. susah benar nak masukkan bola dalam lubang. Sampai saya yg bawa bola masok dalam lubang. Ambek hati punya pasal..
Apa bakal bapak mertua saya cakap, saya nie raja judi katanya. Astaghfirullah al adzim.. satu hari tu saya selaklah kamus cari bab 18, itu pun dia kata berjudi.. saya nak tikam nombor katanya.. sedihlah dia tuduh saya bukan-bukan.. jadi saya nak pesan pada anda semua.. permulaan kisah manusia daripada batu dan diakhiri dengan batu nisan. Sekian…

*****
Dipetik dan diubahsuai daripada persembahan Johan ketika awal kemunculannya dalam persembahan Raja lawak.. Aku pengembara pun x ingat minggu ke berapa Johan membuat persembahan ini.. apa pun itu semua x penting, yg menjadi persoalannya sekarang adakah kita batu api yg dimaksudkan oleh Johan itu… renung-renungkanlah..

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

2 comments: