Awas!! Pengirim E-mail misteri. | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Monday, September 12, 2011

Awas!! Pengirim E-mail misteri.

Sebelum ini Aku pengembara berkongsi dengan anda kisah-kisah yg lebih cenderung kepada lawak sbg media untuk anda menghilangkan tention. Pelbagai maklum balas telah saya terima. Ada yg mengatakan post menghiburkan dan tidak kurang juga yg mengatakan lawak gilerrr sampai x tau nak kata apa. Apa-apa pun, terima kasih atas komen-komen anda. Saya Cuma memberikan yg terbaik untuk anda.


Post kali ini, saya mengajak para pembaca yg setia menyelami 1 lagi kisah cinta yg penuh dgn drama. Walaupun kisah ini bertemakan cinta, namun ianya berbeza dgn kisah-kisah cinta yg lain. Kisah ini hasil kiriman E-mail seseorang yg beriya-iya sangat kisah ini dikongsikan bersama. Saya sendiri x tau mengapa pengirim mendesak supaya kisah cintanya ini dikongsikan. Kisah ini telah diubah mengikut kreativiti Aku pengembara agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Apa-apa pun jom kita selami kisah PENGIRIM E-MAIL MISTERI…

Seperti yang korang tau nama aku Khamis bin Dawson Abdullah. Adapun aku dilahirkan pada hari sabtu tepat pukul 6.57 minit pagi, sampai ke hari nie aku pun tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue.. maybe hari khamis nie hari dier berkenalan dgn cinta hati dier kot.. mana lah aku tau kisah jiwang karat diorang nie.. takde kuasa aku nak ambek tau.. baik aku cerita pasal aku..

Dan untuk pengetahuan korang, aku nie jenis orang yg selekeh.. tapi aku tak tau apesal berjuta-juta awek merayu-rayu nak aku jadi pakwe diorang.. siap ada listing lagi.. maybe wajah aku kot yg buat ramai awek melutut.. biase la kacukan England Malaysia nie.. mak aku lahir sini bapak aku tue yg lahir kat England sana.. aku tetap syukur pada Illahi coz dapat parents yg baik mcm diorang.. kami cukup bahagia..  tapi ada satu bende sedih yg aku nak shere kat korang.. yg nie bukan pasal parents aku, tapi pasal awek-awek aku.. setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku.. itu yg aku bengang sekarang nie..

Yg terbaru Zizie, awek yang aku jumpe time aku beli burger kat pasar malam tempoh hari. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... kalau Zizie tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin.. dan tak akan khawin..

Pelbagai onak duri kami lalui bersama. Dier pun makin sayang kat aku. Makin manja plak tue. Satu hari tue, aku keluar dating la ngn dier kat tepi pantai.. nak bagi romantik siket. Zizie akan bersungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok..

Bukan x mau bawa, tapi aku tak sanggup coz aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah last aku akan jumpa Zizie... Zizie sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku dengar... aku cakap kat dier... .baiklah.. esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis..  . Zizie senyum manja dengar jawapan aku.. aku pun apa lagi, cair la tengok dia senyum macam tue.. cute gilerr budak nie..

Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku melihat senyuman Zizie...
Zizie terus menghaibkan diri tak tahu ke mana... puas aku cari dier tapi x jumpa.. aku try call pun dier x angkat.. aku mesej pun dier x balas.. aku datang rumah pun adek dier kata dier xde.. aku dah agak dah benda nie mesti terjadi punyer..  satu minggu aku tak keluar rumah.. sedih gilerrr.. makan pun aku tak lalu.. aku dah banyak korban untuk dier.. segala-galanya telah aku bg kat dier.. Aku pernah kata aku nak khawin ngn dier.. kali nie aku betul-betul serius nak kan dier.. aku ingat dier la cinta mati aku tapi aku silap… mungkin aku hanya seorang driver dan tak layak untuk dier… aku pasrah…………

satu je aku nak nasihat kat korang, Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti.. mahu tak mahu korang kena naik jugak kereta aku nie.. gerenti!!!


Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian
Kg. Indah Telur Masin Blok 32.



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

No comments:

Post a Comment