step 1: bersihkan tempat tidur anda terlebih dahulu menggunakan selimut anda ataupun benda yang sewaktu dengannya. (di khuatiri tempat tue da ada yang tempah awal.. yang nie hati-hati)
step 2: duduk di atas tempat tidur anda dan imbas kembali apa yang anda telah buat dalam sehari. berapa banyak kebaikan dan kejahatan yang telah anda lakukan.
step 3: kosongkan fikiran (ambek feel.. hehe) sambil menadah tangan baca surah al-fatihah, 3 Qul dan ayat kursi kemudian hembuskan ke seluruh badan. (YG NIE PALING PENTING).
step 4: baring mengikut keselesaan anda tetapi elakkan daripada tidur mengiring ke kiri kerana posisi sebegini jantung kita akan berada di bawah.. ini menyukarkan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. seelok-eloknya mengiring ke kanan.
step 5: maafkan semua orang yang pernah buat salah kepada anda kemudian set dalam kepala anda bilakah waktu untuk anda bangun.
*apabila anda melakukan kesemua di atas dengan betul, jangan khuatir kerana anda akan terjaga tepat pada waktu yang telah anda set dalam minda anda. tapi ingat, jika anda telah terjaga sebelum waktu yang ditetapkan, jangan tidur semula kerana ia akan menyebabkan tips ini tidak berhasil.. SELAMAT MENCUBA..
No comments:
Post a Comment