Aniq Bukhary Channel: Dunia blog


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Dunia blog. Show all posts
Showing posts with label Dunia blog. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Bagaimana blog boleh menghasilkan wang?

Menghasilkan wang melalui blog

Beberapa hari lepas ketika saya naik bas pergi ke kampus, baru sahaja hendak duduk tiba-tiba ada seorang member tanya, "Eh! macam mana kau dapat duit dari blog hah?". Saya tersenyum mendengar soalan itu dan secara spontan hati berkata, "ini mesti terbaca artikel tulisan sebelum ini, cek Nuffnang sampai rumah.

Baiklah, untuk menjawab soalan itu dengan lebih detail lagi di lembaran ini saya kongsikan bagaimana sesebuah blog yang dibina itu menghasilkan wang dan memberikan pulangan kepada pemilik blog tersebut. Ada beberapa cara untuk menghasilkan wang melalui blog antaranya:

1) Menjual produk sendiri
Seorang yang mempunyai blog bebas untuk meletakkan apa jenis iklan dalam blog miliknya. Ini merupakan salah satu cara menghasilkan wang melalui medium blog. Tidak kira bagaimana cara anda mempromosikan produk tersebut tetapi apa yang pasti kaedah ini semakin mendapat tempat dalam kalangan blogger itu sendiri. Pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan produk mahu pun perkhidmatan yang ditawarkan. Seperti saya, saya menggunakan blog saya ini untuk memperkenalkan produk t-shirt printing saya selain perkhidmatan fotografi bagi mereka yang memerlukan.

2) Menjadi agen jualan mempromosikan produk orang lain (affiliate)
Melalui blog juga, seseorang itu boleh menjadi agen jualan dengan mempromosikan produk orang lain di blog mereka. Seperti yang diterangkan oleh blogger Syuhada Baharuddin dalam laman blognya, kerja agen jualan atau pun affiliate ini simple sahaja. Caranya anda pilih satu produk untuk dipasarkan dan anda promosikan produk tersebut. Pemilik blog blog tersebut akan menerima komisyen daripada promosi yang dilakukan. Kebiasaannya produk yang dipromosikan melalui kaedah affiliate ini ialah produk ebook.

3) Memasang ruang iklan di blog
Apabila sesuatu blog itu sudah semakin dikenali, kebiasaannya blogger akan mencuba nasib untuk memasang ruang iklan di dalam blog masing-masing. Saiz ruang iklan yang kebiasaannya ditawarkan ialah 125x125 dan 728x90. Harga setiap ruang iklan itu bergantung pada pemilik blog namun harus diingat, harga ruang iklan hendaklah seiring dengan tafik blog tersebut. Jika blog tersebut mampu mencecah 1000 view sehari, harga rm10 berpatutan untuk ruang iklan 728x90 dan rm5 untuk ruang iklan 125x125. Bagi yang mendapat view kurang daripada 1000 view pun boleh tetapi amat sukar untuk anda menerima penyewa melainkan blogger tersebut mempunyai teknik-teknik tertentu yang luar biasa untuk menarik penyewa.

4) Meletakkan syarikat pengiklanan
Cara ini merupakan cara yang paling mendapat tumpuan blogger untuk mendapatkan wang. Kaedah ini sangat mudah kerana blogger hanya pasang iklan dan tunggu sahaja komisyen daripada syarikat-syarikat terbabit. Antara syarikat pengiklanan yang memberikan perkhidmatan ini temasuklah Nuffnang, Komli, Adverlets, Innity, H12, Genee dan banyak lagi. Blogger hanya pilih sahaja syarikat-syarikat tersebut bersesuaian dengan status dan kelayakan blog mereka.

4) Review produk atau perkhidmatan
Kaedah ini kebiasaannya dilakukan oleh blogger-blogger yang sudah berpengalaman. Hal ini kerana untuk review sesuatu produk atau pun perkhidmatan itu bukanlah satu kerja mudah. Kena ada cara-cara tertentu. Melalui kaedah review ini, blogger akan mempromosikan sesuatu produk/perkhidmatan dengan satu review menarik melalui entri tulisan mereka. Kebiasaannya blogger akan dibayar mahal untuk promosi melalui kaedah ini.

*****

Rasanya cukup setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini untuk yang tertanya-tanya bagaimana menghasilkan wang melalui blog. Bagi otai-otai blogger pula, jika ada ebarang penambahan untuk artikel kali ini, amatlah dialu-alukan. Saya budak baru belajar. :)

Monday, April 14, 2014

Alhamdulillah! Cek dari nuffnang untuk tahun ini

Alhamdulillah! setelah beberapa lama menanti, akhirnya cek daripada Nuffnang sampai juga. Boleh tahan jauh jugalah aku ambil cek Nuffnang ini yang menggunakan alamat abang dekat Sepang. Tak pasal-pasal pinjam kereta member selepas akak ipar bagi tahu ada surat untuk aku. Punyalah excited sebab aku dapat mengagak surat yang sampai ini mesti cek daripada Nuffnang.

Aku jika dibandingkan dengan shakiddo.com pakar Nuffnang itu memang amat jauh sekali. Mungkin ada melihat nilai ini begitu kecil tetapi bagi aku nilai ini sangat-sangat besar kerana inilah hasil titik peluh memerah idea untuk dipersembahkan kepada pengguna alam maya. Sekali lagi ucapan syukur kepada Allah swt atas rezeki ini.

Jumlah wang terkumpul semenjak bergelar blogger. Alhamdulillah

Apa nak buat dengan cek ini?

Pertama sekali, melalui cek ini aku akan membina satu website untuk production yang telah lama menjadi planning dengan member-member. Sebelum ini, hanya ada laman facebook, Antz Pictures Studioz untuk mempromosikan production dan itu masih belum mencukupi bagi aku. Orang cakap, kalau ada website, ia akan nampak lebih profesional selain menjadi rumah untuk mengumpulkan hasil-hasik karya production. Untuk mewujudkan website production ini, Rm30 akan dibelanjakan untuk satu domain baru.

Baki daripada bayar domain tu nak buat apa?

Ok, dalam perancangan sebelum ini melalui cek ini juga, kad bisnes yang baru akan dilancarkan. Menyedari betapa pentingnya kad bisnes ini jadi tindakan segera akan diambil (tak mahu tangguh-tangguh lagi). Pendek kata, cek daripada hasil Nuffnang ini semua dilaburkan untuk menjenamakan dan meng'upgrade'kan lagi bisnes yang sedia ada. Nampak gayanya memang tak dapatlah aku nak beli kasut futsal baru untuk bulan ini. Kesian.. kesian.. Bisnes diutamakan, kasut futsal diketepikan (slogan baru). Huhu  

Apa-apa pun, Semoga dengan kedatangan cek kali ini dapat membakar lagi semangat untuk terus menyumbangkan sesuatu kepada dunia blogging. Terima kasih atas support daripada pembaca-pembaca tidak kira pembaca setia mahu pun silent reader Teratak Aniq Bukhary ini. Tanpa pembaca, siapalah penulis.

Akhir kata daripada aku seperti biasa 'tegur bila aku salah, hulurkan tanganmu bila aku lemah'. Assalamualaikum sayang. :) 

Tuesday, April 8, 2014

Waktu yang paling sesuai ping blog

Waktu yang paling sesuai ping blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Teratak Aniq Bukhary yang dirindui dan disayangi. Pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu berkaitan waktu yang sesuai dan yang tak sesuai untuk ping entri blog. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat kita.

Sebelum itu diingatkan, perkongsian ini dibuat mengikut pandangan dan pengalaman peribadi. Pendapat blogger lain mungkin berbeza-beza namun saya tetap juga kongsikan kepada semua apa yang saya tahu dan faham mengenai ping blog.

Baiklah, di bawah ini gambaran statistik nuffnang blog ini yang saya ambil pada pukul 11.41 malam semalam mengikut jam:

Bahagian yang berada dalam kotak merah itu merupakan waktu kemuncak.

Apa yang anda faham melalui statistik di atas? Pengunjung mempunyai kecenderungan pada waktu-waktu tertentu. Membuat entri mungkin boleh pada bila-bila masa tetapi waktu yang sesuai untuk ping entri anda itu yang perlu diberi perhatian agar apa yang anda kongsikan itu dapat menarik seberapa banyak trafik masuk ke blog anda. Lihat waktu-wakti di bawah:

1.00am - 8.00am (sangat tak sesuai)
Waktu ini memang tak sesuai untuk post entri kerana traffik pada waktu ini bergerak sangat-sangat perlahan. kebanyakan pengguna alam maya pada waktu ini sedang lena dibuai mimpi indah di atas katil yang empuk. Apabila matahari menunjukkan sinar dalam pukul 7.00 mereka akan breakfast, hantar anak sekolah, pergi ke tempat-tempat kerja atau pun ke kuliah. So, cuba elakkan untuk update entri pada waktu ini.

10.00am-3.00pm (sangat sesuai)
Waktu yang saya istilahkan sebagai waktu emas. Waktu kemuncak dimana menerusi pengamatan saya, waktu ini memang ramai pengguna internet yang sedang online. Bagi yang dekat office, sambil-sambil buat kerja, sambil buka blog cari maklumat-maklumat berkaitan. Oleh itu, gunakan peluang pada waktu emas ini untuk melonjakkan jumlah traffik pada masa ini. Rajin-rajinkanlah diri untuk ping entry di laman sosial seperti facebook dan tempat-tempat ping yang lain.

4.00pm - 8.00pm (tak sesuai)
Waktu petang memasuki malam ini merupakan waktu yang sangat tak sesuai. Pada waktu inilah ramai yang pergi mandi, ada yang pergi surau dan waktu ini jugalah  ada yang keluar makan. So, elakkan update pada waktu ini bagi mengelakkan entri anda orang tak perasan.

9.00pm -12.00am (Sangat sesuai)
Waktu yang sesuai bagi pengguna laman sosial. Pada masa inilah pengguna-pengguna internet akan meluangkan masa dihadapan laptop masing-masing. Oleh itu, pilihlah waktu-waktu yang sesuai untuk mengetengahkan hasil tulisan-tulisan anda.

Sekian terima kasih dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..

Sunday, April 6, 2014

Entri yang mendapat sambutan di blog Denaihati (2012-2014)

Selepas membaca hasil tulisan pemilik blog Denaihati daripada tahun 2012 sehingga 2014, satu ayat yang boleh saya ungkapkan, "saya merupakan orang yang paling malang kerana baru mengenali blog beliau". Secara peribadi saya tidak begitu rapat dengan beliau, namun melalui tulisan-tulisan dalam blog beliau, saya mendapati beliau mempunyai satu keunikan yang tidak dimiliki mana-mana blogger lain. Blog yang lengkap mengisi pelbagai aspek merangkumi tips blogging, politik, agama, sukan dan isu semasa.

Saya pernah berjumpa dengan pemilik blog Denaihati ini semasa Perhimpunan blogrrr dekat The Mines hari tu. Itu pun tak sempat nak tegur. Time tu, beliau sedang rancak berbual projek juta-juta dengan Bro Framestone. Tak naklah kacau. Oppsss! Gurau. :)

Ok, cukup dengan intro yang panjang tu, sekarang jom kita lihat 5 entri Denaihati yang mendapat share terbanyak.

Hidupkan untuk memberi sebagai trade mark.. :)

1) Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia (9.4k Share)
Entri yang ditulis pada bulan puasa lepas ini telah mendapat tumpuan pembaca dengan lebih 9000 share dilaman sosial. Entri ini bukan sahaja memudahkan pembaca untuk mengetahui waktu imsak dan berbuka, malah ada juga diselitkan niat puasa dan berbuka yang sangat diperlukan ketika masuk sahaja bulan ramadhan. Cukup menarik.

2) Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia (4.8k share)
Ini lagi satu artikel di bulan ramadahan yang berjaya mendapat tumpuan pembaca. Dalam entri kali ini beliau menyenaraikan 45 buffet ramadhan hotel dan restoran di Malaysia lengkap dengan detail harga. Melalui entri ini saya mendapat satu inspirasi walau bulan ramadhan pun blog masih boleh mendapat trafik yang baik walaupun ada sesetengah yang menagatakan masuk sahaja bulan ramadhan pembaca akan berkurang. Ambil satu tajuk dan pelbagaikan entri dan sampaikan apa yang diperlukan pembaca pada bulan ramadhan.

3) Semak Saman AES Online (3.9k Share)
Entri ini pula entri yang memudahkan pengunjung menyemak surat cinta saman AES bak kata Denaihati dalam entri tersebut. Enti yang mendapat share 3.9k ini semenagnya entri yang menjadi carian kepada mereka yang mendapat surat saman AES. Kebanyakan entri-entri semakan sebegini memang menarik perhatian pembaca kerana sangat diperlukan.

4) Aqiqah Ramadan di Kemboja (3.0k Share)
Entri yang bertarikh 9 julai 2013 ini telah mendapat share sebanyak 3.0k share. Sesuatu yang cukup mengkagumkan. Entri ini menceritakan pakej Aqiqah Ramadan dengan harga yang murah dan sangat berpatutan. Selain itu ia dapat menyedarkan kita sebagai umat Islam betapa pentingnya ibadah akikah ini.

5) Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal (1.7k Share)
Entri ini pula merupakan entri serius yang disertakan dengan satu video yang cukup menyentuh dan patut diberi perhatian. Agak panas apabila kita membincangkan isu ini secara terbuka. Apa-apa pun, saya tak nak mengulas panjang mengenainya dan anda rujuklah sendiri video tersebut dan anda akan mendapat jawapan kenapa kita sering berdoa dan tidak diterima oleh yang Esa. Perhatikan apa yang diperkatakan ustaz Don dalam video tersebut pada minit 2.42.

***

Begitulah sedikit perkongsian 5 artikel dalam blog Denaihati yang mendapat sebaran terbanyak. Dalam banyak-banyak entri dalam blog tersebut, saya sebenarnya tertarik pada satu artikel yang tulis oleh beliau iaitu mengenai Orang tabligh. Entri yang menceritakan pandangan peribadi beliau mengenai pergerakan jemaah tabligh ini. Entri ini juga turut mendapat sebaran antara yang terbanyak dengan 1.6k. Syabas Denaihati!

Suka ulasan dalam entri ini.

Menerusi tulisan-tulisan beliau, banyak benda yang saya sependapat tetapi satu sahaja yang bercanggah. Beliau peminat tegar Arsenal dan saya peminat setia Manchester United yang semakin mantap tu. Huhu (pujuk hati).

Wednesday, March 19, 2014

Vokalis kumpulan Slam dibunuh?

Zamani Slam
Apabila bercerita mengenai vokalis kumpulan Slam, secara automatik mesti kita semua terbayangkan seorang penyanyi yang berambut panjang dan mempunyai suara lunak merdu Zamani Slam bukan. Siapa yang boleh lupa dengan lagu popular gerimis mengundang yang pernah menjadi siulan anak-anak muda satu ketika dulu. Abang Zamani inilah penyanyi lagu tersebut.

Persoalan sekarang, benarkah vokalis kumpulan Slam dibunuh? Baru-baru ini, blog saya ini dikejutkan dengan satu keyword 'cerita pembunuhn vokalis kumpulan Slaam'. Biar betul. Saya pun cepat-cepatlah google perkataan itu memandangkan saya merupakan antara peminat kumpulan Slam.

Selepas saya mencari keyword tersebut dekat google, entri ini yang saya temui. Rupa-rupanya kisah pembunuhan Arwah Along Spoon yang tiada kaitan langsung pun dengan Zamani. artikel tersebut merupakan artikel yang saya tulis tahun lepas tetapi memberi sedikit kesan pada keyword blog. Ish.. ish.. Pelik betul permainan SEO sekarang ini. Tak tercapai dek akal.

Siapalah punya kerja taip kat google vokalis Slam kena bunuh. Suspen admin!

Vokalis kumpulan Slam dibunuh? Hmm..

Apa-apa pun semoga terhibur hendaknya. Saya tinggalkan anda dengan sebuah lagu Zamani and the gang serta sedikit daripada lagu berhantu yang pernah menghiburkan kita satu ketika dulu. Serius, teringat kembali nostalgia lama mendengar lagu daripada Kumpulan Slam ini. Ingat! Zamani Slam sihat walafiat okay. Sebarang spekulasi mengenai beliau amatlah ditegah.

Lagu berhantu kumpulan Slam

Thursday, March 6, 2014

Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang kontest ilmu blogspot

"Perjalanan hidup bergelar seorang blogger tidak semudah yang kita fikirkan. Disebalik keseronokan dalam menulis dan berkongsi, ramai yang tidak tahu betapa dalam blogging ini kita bersahabat baik dengan onak dan duri". Begitulah pendahuluan yang saya tulis dalam entri yang telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 kontest ilmu blogspot blogger Malaysia anjuran Hasrul Hassan.

Alhamdulillah. Terpilih juga sebagai pemenang kontest ilmu blogspot walaupun terasa kecik apabila melihat peserta-peserta yang turut menyertai kontest tersebut. Semuanya hebat-hebat dan berpengalaman luas dalam dunia blog malah ada dalam kalangan mereka merupakan tempat rujukan saya apabila berhadapan dengan masalah blog.


Sebelum saya menulis entri ilmu blogspot tersebut bulan lepas, saya sempat meninjau hasil tulisan peserta-peserta lain. Seriously saya cukup kagum dan terkesima melihat olahan ayat serta idea yang mereka keluarkan. Begitu bernas sekali sehinggakan hati ini berkata, "memang tiada harapan laa nak menang".

Walaubagaimanapun saya sahut juga cabaran atas dasar berkongsi ilmu pengetahuan. Kalau tak menang pun at least, bermanfaat jugalah hasil penulisan saya itu dan tak sangka pula tuah menyebelahi aniqbukhary.blogspot.com. Alhamdulillah.

Sebenarnya dari petang tadi sampai sekarang saya tak habis fikir lagi pasal benda nie 'betulkah blog saya menang?'. Terkejut dengan mesej yang diterima daripada Hasrul Hassan petang tadi dekat IOI Puchong. "Serious macam mimpi dowh!". Mungkin juga sebab saya jarang menang kontest besar, jadi rasa gembira tu lain macam sikit.

Kemenangan merupakan satu penghargaan buat blog setahun jagung ini. Terima kasih :)

Pemilihan saya sebagai pemenang ini akan saya jadikan pembakar semangat untuk terus menyumbangkan idea-idea dalam dunia blog. Apa yang pasti, penghargaan ini bakal saya ingat sampai bila-bila dan akan terpahat dalam lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang blogger.

Saya berkongsi dengan seikhlas hati menerusi pengalaman dan ilmu sekadar apa yang saya tahu. Banyak benda lagi sebenarnya yang patut saya belajar dalam dunia blog ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak penganjur, sponsor-sponsor, rakan-rakan blogger seterusnya mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kontest yang sangat bermanfaat ini. I LOVE U ALL. Assalamualaikum.

Tulisan yang membawa tuah ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA

Wednesday, March 5, 2014

Muslim Niaga "Platform Dropship Produk Islamik No. 1 Malaysia"

Apa itu muslim niaga

Muslim Niaga merupakan satu platform yang menyediakan perkhidmatan sistem kedai online yang berkonsepkan dropship. Apa yang menarik dan unik mengenai Muslim Niaga ini, ia hanya menawarkan produk-produk bercirikan 100% islamik dan tidak terdapat dalam mana-mana perkhidmatan dropship yang lain.

http://www.terbaek.net/2014/02/12/contest-seo-muslim-niaga/
Contest Muslim Niaga

Bermula dengan hanya produk Al-Quran digital pada awal kemunculannya, Muslim Niaga mengorak langkah demi langkah dan berkembang maju sehinggalah ke tahap sekarang ini dengan pelbagai jenis barangan islamik ditawarkan.

Untuk pengetahuan, sekarang ini Muslim Niaga telah pun mencapai angka hampir 500 ejen selepas penubuhannya. Ini merupakan satu pencapaian yang bolehlah dibanggakan kerana untuk mencapai angka tersebut memakan banyak masa tetapi Muslim Niaga hanya memerlukan beberapa tahun sahaja.

Angka 500 itu sudah cukup membuktikan betapa Muslim Niaga ini bukan calang-calang perkhidmatan. Bukan mudah sebenarnya untuk mencapai tahap ini dengan mendapat kepercayaan daripada pihak luar tetapi Muslim Niaga dapat melakukannya. Sesuatu yang menakjubkan.

Al-Quran digital produk pertama Muslim Niaga

Kelebihan utama perkhidmatan Muslim Niaga

Tak perlu fikir tentang stok
Anda tak perlu memikirkan tentang stok tak laku, tempat simpan stok, tidak perlu menguruskan pembungkusan dan penghantaran kerana semua pihak Muslim Niaga yang akan uruskan. Apa yang anda perlu buat hanya mempromosikan kedai online anda sahaja. 

Kaedah dropship membolehkan anda untuk tidak perlu menyimpan stok tetapi masih boleh beli pada harga borong. Di sinilah anda akan menjana keuntungan. Maklumat keuntungan setiap produk (Harga ajen & Harga jual) akan dipaparkan di dalam sistem kedai online anda.

Domain & Hosting
Anda tidak perlu fikir tentang keselamatan kedai online anda. Tidak perlu memeningkan kepala bagaimana nak 'maintain' server hosting dan domain kerana ianya semua dikendalikan oleh pakar-pakar di Muslim Niaga itu sendiri.

Bantuan & Sokongan
Menariknya mengenai perkhidmatan ini, anda tidak akan dibiarkan berseorangan kerana bantuan dan sokongan tetap diberikan. Muslim Niaga telah menyediakan group support di Facebook khas untuk anda berinteraksi dengan Muslim Niaga dan ajen-ajen yang sudah berjaya membuat jualan secara online dan offline melalui sistem kedai online yang diterapkan oleh Muslim Niaga.

Menyediakan Website Kedai
Setiap RANIA (Rakan Niaga) kami dilengkapkan dengan satu website kedai online mereka sendiri. Ianya sudah dilengkapi dengan 300+ produk serta borang tempahan, sistem bayaran dan juga blog.

Sistem Invoice & Tempahan
Memudahkan pengedar dan pembekal menguruskan tempahan terkini. Email notifikasi dihantar kepada pembeli, pengedar dan pembekal untuk memberitahu status invoice. Pembekal juga dapat mengemaskini tracking no. dan maklumat ini akan dihantar terus ke e-mail pembeli dan pengedar.

Data Pengguna & Rekod Tempahan
Sebagai usahawan, data pelanggan sangat penting. Di sini kami benarkan anda akses ke maklumat pelanggan anda supaya anda dapat hubungi mereka. Mudah untuk anda buat 'follow-up' di masa hadapan.

Untuk mengetahui dengan lebaih lanjut lagi, ikuti temubual bersama founder Khairul Fadhli Abdul Rahim ini.


Temubual yang pernah disiarkan dalam rancangan bisnes alternatif astro Awani

Islam menggalakkan penganutnya untuk melakukan atau menceburkan diri di dalam dunia perniagaan kerana 90 peratus punca rezeki manusia adalah daripada hasil perniagaan. Kini dilihat ramai manusia mengecapi nikmat kekayaan dan kesenangan yang terhasil daripada perniagaan yang dijalankan.

Hal ini bersesuaian dengan matlamat Muslim Niaga untuk membantu usahawan dropship memiliki laman web kedai online sendiri. Inilah masanya untuk ekonomi muslim bangkit. Jadi apa tunggu lagi, jom berniaga bersama Muslim Niaga. Macam mana nak daftar?

Anda boleh klik melalui link ini --> Borang pendaftaran rakan niaga

Website Muslim Niaga
No.tel 011-14260161
Fanpage Muslim Niaga
Twitter :@mndropship
Service Muslim Niaga :
→ Kedai Online
→ Design
→ Pembekal
→ Training Online
→ Seminar Mentor Dropship
→ Train usahawan
→ Trading

Alamat Pejabat:
No.32-3B
Sunwaymas Commercial Center
Jln PJU 1/3B
47301, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

No.Pejabat:
011-14260161

Waktu Pejabat:
9.30am - 5.00pm

Friday, February 28, 2014

Contest kembara Kemboja


Jauh perjalanan luas permandangan. Begitulah pepatah orang tua-tua dulu yang kerap kali kita dengar apabila sahaja merujuk kepada pengembaraan. Setiap daripada kita mempunyai impian untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik di dunia bukan?. Setiap pengembaraan yang telah kita lalui memberi satu makna dan nilai tersendiri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bersesuaian dengan itu sebuah syarikat tempatan yang diberi nama Cambodia Muslim Holiday & Travel ada menawarkan perkhidmatan pelancongan sekaligus memenuhi impian anda untuk melancong ke tempat-tempat menarik di negara Kemboja.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Cambodia Muslim Holiday & Travel bukan calang-calang syarikat pelancongan di nusantara. Syarikat pelancongan ini merupakan salah satu operator pelancongan yang begitu dikenali terutamanya di Kemboja dan Vietnam. Seperti yang kita sedia maklum, bukan senang untuk membina nama di serata dunia tetapi Cambodia Muslim Holiday & Travel berjaya melakukannya. Satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Syarikat pelancongan yang dimiliki 100% oleh saudara islam kita di Kemboja, Ustaz Yahya Al-Hafiz ini menawarkan Perkhidmatan Pelancongan bagi mempermudahkan perjalanan anda dengan 100% jaminan keselamatan. Selain itu, ia sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dengan ciri-ciri islamik. Sesuatu yang tidak akan anda perolehi daripada syarikat-syarikat pelancongan yang lain di dunia.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Antara tempat menarik yang terdapat di Kemboja yang mungkin kita tak pernah tahu ialah Phnom Penh. Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikenali sebagai “Mutiara Asia”, ia telah dianggap sebagai salah satu bandar-bandar ayu Perancis dibina di Indocina dalam tahun 1920-an.

Phnom Penh bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja. Ditubuhkan pada 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina indah dan bersejarah dan tarikan. Terletak di tebing Tonle Sap, Mekong dan Bassacrivers, Phnom Penh kawasan metropolitan merupakan rumah kepada lebih daripada 2 juta penduduk Kemboja lebih 14 juta.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Itu baru satu tempat menarik di Kemboja yang saya ceritakan. Ada banyak lagi tempat menarik yang pastinya membuatkan anda rasa terpesona kerana anda tidak akan dapat merasainya melainkan anda sendiri melihatnya. Pastinya satu pengalaman yang tidak terbayar dengan wang ringgit.

Ramai yang telah menyertai kembara ke Kemboja ini dan ternyata mereka berpuas hati dengan perkhidman yang diberikan. Lihat sahaja luahan Esmaliza Wahab di bawah ini:


Anda lihat dan nilailah sendiri betapa seronoknya mereka yang melancong bersama Cambodia Muslim Holiday & Travel. Ini baru satu, sebenarnya ada banyak lagi luahan rasa gembira para peserta yang pernah menyertainya. Anda boleh rujuk link ini: APA KATA MEREKA

Apa tunggu lagi. Jika berminat untuk melancong dengan harga yang paling murah, anda boleh hubungi Cambodia Muslim Holiday & Travel melalui medium di bawah ini:


Call/Sms/WhatsApp/Wechat/Viber (Bahasa melayu)
+855 (0) 17 889 234
+855 (0) 78 50 50 48

E-mail
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com

Facebook
Ustaz Yahya Cambodia


Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

Thursday, February 27, 2014

Felixia Yeap menyelamatkan blog aku

Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga urusan pendaftaran untuk sesi pembelajaran kali ini. Minggu buzy akhirnya berjaya aku rentasi dan tempuhi dengan sempurna. Seriously buzy sangat time pendaftaran sebelum ini sehinggakan masa blogwalking pun sedikit terbantut.

Disebabkan kesibukan itulah jugalah masa untuk aku bermesra dan berkasih sayang dengan blog Aku Pengembara ini begitu terhad. Tetapi apa yang lebih merisaukan, bolehkah trafik aku maintain 500 uv setiap hari dikala kesibukan semakin mesra alam dengan aku ketika itu?

Felixia Yeap

Berbekalkan semangat yang bersisa, kerisauan itu akhirnya berjaya juga diatasi dengan wujudnya Felixia Yeap dalam blog ini. Bukan Felixia yang comel itu yang masuk, tetapi entri pasal beliau. Ada dua entri yang aku tulis mengenai Felixia sebelum ini dan kedua-dua artikel itu menjadi carian hangat pada minggu ini sekaligus dapat cover trafik dikala aku sedang sibuk. Alhamdulillah!

Atas dasar itulah yang menyebabkan aku menyifatkan Felixia merupakan penyelamat blog aku. Tak sangka ramai juga yang cari pasal budak Felixia ini mengatasi kisah sedih aku kembali ke kampus. Cis! Aku buat entri tu dengan penuh perasaan entri Felixia juga yang orang cari. Haha :D

Baiklah, di bawah ini aku selitkan dua hasil tulisan mengenai Felixia yang membantu menaikkan trafik blog ini:

→ Mengenali siapa pemilik nama Felixia Yeap
→ Telemovie lakonan Felixia Yeap nikah kita bercinta 27 februari

Felixia menjadi senarai teratas tumpuan pembaca minggu ini

Aku sebenarnya jarang menulis pasal entri keyword ini. Entri yang terbaru pasal analisis keyword meletop itu pun aku tulis pada mei 2013 yang sudah agak lama. Kali ini aku muncul lagi dengan entri keyword tanpa desakan sesiapa dan bukan juga disebabkan terpengaruh dengan keyword kalakar blog Pondok kecil itu. Ia lebih kepada menzahirkan rasa terima kasih kepada pemilik nama Felixia Yeap disebabkan entri mengenai beliau, page view blog ini meningkat tanpa diduga walaupun aku sedang buzy.

Keyword Felixia dalan blog Aniq Bukhary a.k.a Aku pengembara

Nampak tak aura Felixia di situ. Minggu ini keyword daripada Felixia mendominasi blog Aku pengembara. Hanya keyword Along Spoon, kata cinta untuk suami isteri dan dialog lawak yang berjaya membelah dominasi Felixia. Hebat kan..

Apa-apa pun, syukur pada Allah dan terima kasih kepada Felixia Yeap kerana menjadi penyelamat menerusi keyword-keyword meletop. Jutaan terima kasih tak terhingga juga aku tujukan khas kepada pembaca setia yang tak jemu-jemu membaca blog AKU PENGEMBARA ini. Tidak ketinggalan juga kepada silent reader yang sedang khusyuk membaca depan lap top tu. Kunjungan anda amatlah dihargai. :)

Akhir kata daripada penulis, tell me if I am wrong, catch me when I am fall dan jumpa lagi dilembaran yang akan datang. Wassalam.

Wednesday, January 1, 2014

Alhamdulillah! Blog peribadi telah mencecah angka setengah juta

Syukur alhamdulillah dengan izinNya sehingga detik dan saat ini blog peribadi ini telah pun mencapai setengah juta pengunjung sejak diperkenalkan pada julai 2011. Alhamdulillah! Mungkin inilah hadiah tahun baru dari anda kepada pemilik blog Aku Pengembara ini.


Nak print screen angka 500, 000 tapi tak sempat. Buka blog je petang tadi dah 500, 516.
(
Menyesal tak buka blog awal pagi tadi)

Bermula dengan artikel copy paste Tanda-tanda kematian awal dahulu, saya mengorak langkah demi langkah dan cuba lari daripada kepompong copy paste. Saya menggunakan otak kurniaan Allah ini untuk menulis sesuatu isu yang saya ulas menggunakan idea dan pendapat saya sendiri. Alhamdulillah! pembaharuan yang saya buat itu ternyata membuahkan hasil apabila cetusan-cetusan idea saya itu diterima umum.

Banyak suka dan duka yang saya lalui sepanjang bergelar blogger ini. Antara peristiwa yang bakal saya kenang sampai bila-bila iaitu peristiwa 14 januari. Pada tarikh tersebutlah saya telah mendapat idea menerbitkan satu entry yang mana telah dire-post oleh lebih 20 blog-blog besar lain. Artikel dimaksudkan ialah kisah pembunuhan Arwah Along Spoon [SINI]. Melalui artikel inilah buat pertama kalinya saya merasakan diri ini begitu dihargai sebagai seorang blogger. Blogger mana yang tak gembira kalau satu Malaysia baca hasil tulisannya?


Terkejut saya tengok benda nie dalam satu laman ping.

kepada semua yang selama ini sentiasa membaca hasil tulisan saya, di lembaran ini juga saya ingin  merakamkan jutaan terima kasih kepada anda. Saya tidak tahu dari celah-celah mana anda menjumpai blog saya. Sampai ada seorang yang saya tak kenal yang saya di kedai makan dan cakap "Wei, kau nie blogger kan?".  "Hah!". Aku tergamam.

Semua itu saya hargai dan tak tahu nak cakap apa lagi untuk menzahirkan penghargaan ini. Saya tidak kenal anda, saya tak tahu dari mana asal anda, tapi anda tetap menyokong blog ini. Syukur alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga walaupun blog saya ini tidaklah sehebat blog-blog besar lain.

Satu harapan saya, saya mengharapkan doa daripada anda semua agar saya tidak terkeluar daripada landasan. Semoga hasil tulisan-tulisan saya tidak melanggar hukum syarak dan menyakiti mana-mana pihak.

Aku menulis hanya dari sebuah kampung kecil.
Tell me if I am wrong, catch me when I am fall..


Satu lagi blog kendalian saya --> http://gurauankasar.blogspot.com/

Friday, April 12, 2013

Penyelesaian kenapa tak boleh ping dalam busuk.org

 
Sebelum kita bercerita panjang, ada baiknya kita mengenali terlebih dahulu apakah itu busuk.org (bagi yang tidak tahu). Busuk.org merupakan laman ping aggregator dimana blogger boleh berkongsi entri-entri di blog dengan menghantar artikel secara percuma. Menerusi antara ping anggregator inilah anda akan mendapat traffik blog serta pembaca untuk melawat blog anda.

Namun demikian, Pernahkah anda mengalami masalah apabila anda ingin ping sesuatu artikel dalam busuk.org, komen daripada pengomen blog anda menjadi tajuk dan description artikel seperti di bawah:

"last tu cuba buat bnw. macam smart je. heeee" merupakan antara komen yang terdapat dalam blog saya. Apabila saya ping entry, benda inilah yang akan keluar apabila submit artikel serta gambar tidak keluar seperti di atas. Ok, bagi mereka yang mengalami masalah yang sama jangan berasa bimbang, cuba cara dibawah ini:
  Langkah 1: Pergi ke dashboard kemudian klik setting seperti gambar di atas.

Langkah 2: Selepas anda klik setting, pastikan terpapar seperti gambar ini. Kemudian klik other di bahagian kiri paling bawah sekali seperti dalam gambar di atas.

Langkah 3: Klik remove pada Post Feed Redirect URL seperti dalam gambar kemudian save.

Langkah 4: selepas itu, try submit entry terbaru anda dan lihat perubahan berlaku seperti di atas (gambar di atas ini sekadar contoh artikel yang pernah saya ping). Semoga berjaya :)

Tinggalkan komen anda di ruangan komen di bawah jika tutorial ringkas ini dapat membantu anda (bagi anda yang mengalami masalah yang sama). Kaedah ini saya perolehi daripada seorang roommate yang juga merupakan pelajar jurusan software. Idea ini timbul setelah saya fed up dengan masalah apabila submit entry je, masalah ini yang timbul. Beberapa kali juga try cari solution dekat google pun tak jumpa jalan penyelesaian. So akhir sekali, saya mengambil keputusan untuk merujuk kepada member rapat iaitu ABDUL HAFIZ yang juga study jurusan software engeneering. Alhamdulillah akhirnya settle juga masalah nie dengan bantuan beliau. So, sekarang nie, saya dah boleh ping entry dalam keadaan aman dan damai. Hehe

Aku pengembara: Kalau tak silap saya, ping agreegator kartikel pun selalu mengalami masalah sebegini dan cara ini jugalah jalan penyelesaiannya. Mereka yang belum daftar kartikel boleh daftar dekat sini ---> KARTIKEL

SELAMAT MENCUBA! ^^


Tuesday, February 5, 2013

Tutorial blog cepat dan mudah difahami

Senarai di bawah merupakan blog tempat Aku pengembara lepak dan belajar tutorial blog. Ringkas dan mudah difahami. So, apa tunggu lagi? jom! ^^


# Tutorial nie Aku pengembara letakkan bagi memudahkan member-member yang sering bertanya kepada Aku pengembara bagaimana letak nie n nak letak tu dalam blog?. So, bagi member-member Aku pengembara, inilah hadiah untuk anda. Aku pengembara rasa bertanggungjawab untuk memberikan link tutorial ini kerana disebabkan Aku pengembara la anda semua terlibat secara langsung dalam dunia blog nie. ^^ Lepas nie rujuk la tutorial nie. Rakan-rakan blogger yang lain pun bolehlah rujuk sini juga sebab ianya ringkas dan mudah difahami. SELAMAT MENCUBA!


Thursday, January 3, 2013

Senarai blog terbaik tahun 2012

Sedar atau tidak, hari ini merupakan hari ke-3 kita menjalani hidup di tahun baru 2013. Cepatnya masa berlalu. Begitu juga dengan Aku pengembara, tahun nie masuk tahun ke-3 Aku pengembara bergelar Blogger yang tak bertauliah (^_^) dan dalam tempoh itulah banyak benda yang Aku pengembara pelajari.

Di sini Aku pengembara sertakan senarai blog yang bagi Aku pengembara harus dicontohi kerana dengan komen-komen dan dorongan merekalah membuatkan Aku pengembara masih berada di sini. Bloggers sporting inilah yang selalu memberi semangat kepada Aku pengembara dengan komen-komen membina. Untuk pengetahuan, senarai dibawah merupakan senarai blog pilihan terbaik 2012 dalam blog Aku pengembara mengikut jumlah komen yang ditinggalkan dalam blog ini.. Thankz pada semua..

1) boni kacak
2) anamizu kaito
3) fierul
4) Hans
5) amyra
6) ZWAN SABRI
7) ~AmyLiana86~
8) Fendy
9) Ku Azhar
10) Zul Fattah
11) nurul syuhada
12) NadNod
13) wawawawa
14) msredcheesecake
15) nuyui a.k.a miss YUI
16) Aditia Novit
17) nik ros
18) Atiqah Wadiah
19) hazirah kasimon
20) nabila biela
21) Muhammad Saiazuan Norhalik
22) EmpayarUtama
23) Mohamadazhan.com
24) muhammad asyraf
25) yuyu
26) KY
27) faiq
28) Suara Hati
29) sitifarhana
30) cweet pinky
31) Poi Blogger 

# Aku pengembara amat menghargai anda semua.. :)

Tuesday, September 18, 2012

Senarai 100 blog paling berjaya sejak julai 2011

1. http://plez-stop.blogspot.com/
2. http://annamathur.blogspot.com/
3. http://ainsofikahhamid.blogspot.com/
4. http://faiezamaddaru.blogspot.com/
5. http://zulfattah.blogspot.com/
6. http://aunisyifaa.blogspot.com/
7. http://www.pakpis.com/
8. http://sesumpahmerah.blogspot.com/
9. http://czonez.blogspot.com/
10. http://livinginkoreanworld.blogspot.com/
11. http://cloudboy93.blogspot.com/
12. http://amandaaina.blogspot.com/
13. http://aniemshah.blogspot.com/
14. http://rashidyshidy.blogspot.com/
15. http://acuyuhan.blogspot.com/
16. http://islamitujiwasaya.blogspot.com/
17. http://nur-zaiya.blogspot.com/
18. http://huffazsolehah.blogspot.com/
19. http://najihayub.blogspot.com/
20. http://astralcoco.blogspot.com/
21. http://bielaisabella.blogspot.com/
22. http://betolkatacichaq.blogspot.com/
23. http://luptiducukicuki.blogspot.com/
24. http://wisnu-dewantoro.blogspot.com/
25. http://bumbl3b33.blogspot.com/
26. http://mysuarablog.blogspot.com/
27. http://kikirizqy.wordpress.com/
28. http://asdafperkim.blogspot.com/
29. http://iekalife1990.blogspot.com/
30. http://nadnodazizan.blogspot.com/
31. http://sayasayang-awaksorang.blogspot.com/
32. http://butterflygurlz91.blogspot.com/
33. http://berryviolet-miszaza.blogspot.com/
34. http://putryshafiq.blogspot.com/
35. http://fwtokoyskoysi.blogspot.com/
36. http://adeqmcjockin.blogspot.com/
37. http://alyff-aziz.blogspot.com/
38. http://keretapengantin.blogspot.com/
39. http://ayuiman88.blogspot.com/
40. http://ahmadfauzi-ahmadfauzi.blogspot.com/
41. http://simplelagistyle.blogspot.com/
42. http://www.bonikacak.com/
43. http://ceritasiaiyon.blogspot.com/
44. http://theazaris.blogspot.com/
45. http://www.shahazrin.com/
46. http://mastz04.blogspot.com/
47. http://nuyuijoinsanesini.blogspot.com/
48. http://rizwanewan.blogspot.com/
49. http://kauilhamku881204.blogspot.com/
50. http://gadismira.blogspot.com/
51. http://noorituaku.blogspot.com/
52. http://cahayaeyqin.blogspot.com/
53. http://korean-online-shoppe.blogspot.com/
54. http://kisahkitajer.blogspot.com/
55. http://www.alongusop.com/
56. http://cili-kering-workshop.blogspot.com/
57. http://joyfulroselle.blogspot.com/
58. http://secretofnoone.blogspot.com/
59. http://haffizmohdnoor.blogspot.com/
60. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
61. http://menggapainurkasihmu.blogspot.com/
62. http://www.sayeshukepink.com/
63. http://comey-comeyblog.blogspot.com/
64. http://www.formspring.me/iyou90
65. http://rhythmofheart92.blogspot.com/
66. http://inspirasiindah.blogspot.com/
67. http://mohdyunus89.blogspot.com/
68. http://empayarutama.blogspot.com/
69. http://fajar-juli.blogspot.com/
70. http://cintailmu89.blogspot.com/
71. http://nottygirlz.blogspot.com/
72. http://www.mohamadazhan.com/
73. http://humairahainina.blogspot.com/
74. http://atinbiah.blogspot.com/
75. http://www.kisahsigemok.com/
76. http://buasirotak.blogspot.com/

Aku pengembara: Yeah, saya telah mencapai 100 orang follower! Ok, Senarai di atas merupakan blog-blog yang saya istilahkan sebagai 'berjaya' di Malaysia. Kenapa??. Jawapannya simple, blog-blog tersebut merupakan blog-blog kreatif yang dengan rela hati menjadi follower saya dan sekaligus telah menyuntik semangat untuk saya menghasilkan karya-karya dalam penulisan blog sejak julai 2011.

Sokongan dan dorongan yang mereka berikan telah menjadi pendorong kepada saya untuk terus melibatkan diri dalam dunia blog sehingga mencapai tahap ini yang saya sendiri tidak jangkakan. Oleh yang demikian, Sebagai tanda penghargaan kepada jasa mereka, post kali ini diterbitkan khas untuk follower saya bagi memudahkan saya sendiri serta pembaca mengunjungi blog tersebut.

Sebelum itu, saya memohon maaf kepada beberapa follower yang link mereka tidak tersenarai dalam post kali ini. Saya telah menggunakan pelbagai cara untuk cuba mencari link blog anda termasuklah meminta follower-follower saya untuk meletakkan link blog dalam chatbox saya tapi akhirnya menemui jalan buntu. Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua atas kekurangan tersebut dan segala kelemahan amatlah dikesali..