Aniq Bukhary Channel: Hiburan


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


Berikut merupakan senarai calon seterusnya pemenang bagi anugerah bintang popular berita harian 2013. Tulisan yang bewarna merah merupakan pemenang bagi kategori yang disenaraikan.

Penyanyi Lelaki Popular
1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular
1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Artis Baru Lelaki Popular
1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

Finalis Kategori Online ABPBH 2013

Artis Lelaki Stailo
1. Adi Putra
2. Awal Ashaari
3. Karl Shafek
4. Nazim Othman
5. Shaheizy Sam

Artis Wanita Stailo
1. Fazura
2. Mizz Nina
3. Scha Alyahya
4. Yana Samsudin
5. Ziana Zain

Gandingan Serasi Di Layar
1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
2. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
3. Azlee Khairi & Zara Zya
4. Zizan Razak & Siti Saleha
5. Izzue Islam & Tiz Zaqyah

Watak Jahat Dalam Filem/Drama Popular
1. Datuk Rosyam Nor
2. Hanez Suraya
3. Izreen Azminda
4. Nabila Huda
5. Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Nora Danish
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Chef Selebriti Paling Popular
1. Chef Amran
2. Chef Anis Nabilah
3. Chef Nik Michael Imran
4. Chef Sherson Lian
5. Chef Wan

Aksi Di Youtube Paling Popular
1. Parodi Sayang (Bobo)
2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
3. Anak Tomok OIAM merajuk (Tomok)
4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
5. Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
- Dato’ Rahim Razali

Bintang paling popular ABPBH 2013
- Aaron Aziz

Sumber: abpbh.com.my / Facebook ABPBH

Monday, April 14, 2014

21 fakta mengenai filem titanic yang tak masuk akal

Tahukah anda apakah yang berlaku pada tarikh 14 april? Bagi sesiapa yang tidak tahu atau pun terlupa, hari ini merupakan hari ulang tahun tenggelamnya kapal titanic pada pagi ahad 14 april 1912 sebelum tenggelam sepenuhnya pada 2.20 pagi isnin 15 april 1912.

Peristiwa bersejarah ini berjaya menarik perhatian dunia sehinggakan tercetusnya idea untuk menerbitkan sebuah filem yang mengisahkan tentang tenggelamnya kapal titanic 1997 arahan James Cameron. Namun, hari ini saya bukan nak bercerita mengenai peristiwa 14 april itu, tetapi lebih daripada itu menyentuh kisah filem titanic yang pernah mencetuskan satu fenomena luar biasa kepada dunia perfileman.

Peminat filem Titanic mesti ingat babak ni kan?

Rasanya saya tak perlu mengulas panjang, tengok tajuk sahaja mesti ramai dah terbayang-bayang Jack dan Rose berpegangan tangan di atas kapal titanic bukan? Baiklah, kita terus kepada tajuk asal mengenai beberapa fakta yang begitu menarik mengenai pembikinan filem titanic yang memakan belanja sehingga AS$200 ini.
1. Pengarah "Titanic", James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.

2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.

3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.

4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.

5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.

6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.

7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.

8. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.

9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.

10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.

11. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.

12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.

13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.

14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.

15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.

16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.

17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.

18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.

19. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.

20. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.

21. Vcd filem titanic merupakan vcd pertama yang admin beli menggunakan duit poket sendiri dengan harga Rm17 (Mohon jangan gelak). Senyum je :)
Fakta ke-21 itu merupakan fakta benar walaupun menyimpang sedikit daripada tajuk (jangan marah). Ok, di bawah ini saya selitkan satu video animasi titanic yang mungkin dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan filem titanic ini (tontonan 18 tahun ke atas sahaja).

First time layan hari tu gelak guling-guling tengok video ni.

Pautan 1, Pautan 2

Wednesday, March 19, 2014

Vokalis kumpulan Slam dibunuh?

Zamani Slam
Apabila bercerita mengenai vokalis kumpulan Slam, secara automatik mesti kita semua terbayangkan seorang penyanyi yang berambut panjang dan mempunyai suara lunak merdu Zamani Slam bukan. Siapa yang boleh lupa dengan lagu popular gerimis mengundang yang pernah menjadi siulan anak-anak muda satu ketika dulu. Abang Zamani inilah penyanyi lagu tersebut.

Persoalan sekarang, benarkah vokalis kumpulan Slam dibunuh? Baru-baru ini, blog saya ini dikejutkan dengan satu keyword 'cerita pembunuhn vokalis kumpulan Slaam'. Biar betul. Saya pun cepat-cepatlah google perkataan itu memandangkan saya merupakan antara peminat kumpulan Slam.

Selepas saya mencari keyword tersebut dekat google, entri ini yang saya temui. Rupa-rupanya kisah pembunuhan Arwah Along Spoon yang tiada kaitan langsung pun dengan Zamani. artikel tersebut merupakan artikel yang saya tulis tahun lepas tetapi memberi sedikit kesan pada keyword blog. Ish.. ish.. Pelik betul permainan SEO sekarang ini. Tak tercapai dek akal.

Siapalah punya kerja taip kat google vokalis Slam kena bunuh. Suspen admin!

Vokalis kumpulan Slam dibunuh? Hmm..

Apa-apa pun semoga terhibur hendaknya. Saya tinggalkan anda dengan sebuah lagu Zamani and the gang serta sedikit daripada lagu berhantu yang pernah menghiburkan kita satu ketika dulu. Serius, teringat kembali nostalgia lama mendengar lagu daripada Kumpulan Slam ini. Ingat! Zamani Slam sihat walafiat okay. Sebarang spekulasi mengenai beliau amatlah ditegah.

Lagu berhantu kumpulan Slam

Thursday, February 27, 2014

Felixia Yeap menyelamatkan blog aku

Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga urusan pendaftaran untuk sesi pembelajaran kali ini. Minggu buzy akhirnya berjaya aku rentasi dan tempuhi dengan sempurna. Seriously buzy sangat time pendaftaran sebelum ini sehinggakan masa blogwalking pun sedikit terbantut.

Disebabkan kesibukan itulah jugalah masa untuk aku bermesra dan berkasih sayang dengan blog Aku Pengembara ini begitu terhad. Tetapi apa yang lebih merisaukan, bolehkah trafik aku maintain 500 uv setiap hari dikala kesibukan semakin mesra alam dengan aku ketika itu?

Felixia Yeap

Berbekalkan semangat yang bersisa, kerisauan itu akhirnya berjaya juga diatasi dengan wujudnya Felixia Yeap dalam blog ini. Bukan Felixia yang comel itu yang masuk, tetapi entri pasal beliau. Ada dua entri yang aku tulis mengenai Felixia sebelum ini dan kedua-dua artikel itu menjadi carian hangat pada minggu ini sekaligus dapat cover trafik dikala aku sedang sibuk. Alhamdulillah!

Atas dasar itulah yang menyebabkan aku menyifatkan Felixia merupakan penyelamat blog aku. Tak sangka ramai juga yang cari pasal budak Felixia ini mengatasi kisah sedih aku kembali ke kampus. Cis! Aku buat entri tu dengan penuh perasaan entri Felixia juga yang orang cari. Haha :D

Baiklah, di bawah ini aku selitkan dua hasil tulisan mengenai Felixia yang membantu menaikkan trafik blog ini:

→ Mengenali siapa pemilik nama Felixia Yeap
→ Telemovie lakonan Felixia Yeap nikah kita bercinta 27 februari

Felixia menjadi senarai teratas tumpuan pembaca minggu ini

Aku sebenarnya jarang menulis pasal entri keyword ini. Entri yang terbaru pasal analisis keyword meletop itu pun aku tulis pada mei 2013 yang sudah agak lama. Kali ini aku muncul lagi dengan entri keyword tanpa desakan sesiapa dan bukan juga disebabkan terpengaruh dengan keyword kalakar blog Pondok kecil itu. Ia lebih kepada menzahirkan rasa terima kasih kepada pemilik nama Felixia Yeap disebabkan entri mengenai beliau, page view blog ini meningkat tanpa diduga walaupun aku sedang buzy.

Keyword Felixia dalan blog Aniq Bukhary a.k.a Aku pengembara

Nampak tak aura Felixia di situ. Minggu ini keyword daripada Felixia mendominasi blog Aku pengembara. Hanya keyword Along Spoon, kata cinta untuk suami isteri dan dialog lawak yang berjaya membelah dominasi Felixia. Hebat kan..

Apa-apa pun, syukur pada Allah dan terima kasih kepada Felixia Yeap kerana menjadi penyelamat menerusi keyword-keyword meletop. Jutaan terima kasih tak terhingga juga aku tujukan khas kepada pembaca setia yang tak jemu-jemu membaca blog AKU PENGEMBARA ini. Tidak ketinggalan juga kepada silent reader yang sedang khusyuk membaca depan lap top tu. Kunjungan anda amatlah dihargai. :)

Akhir kata daripada penulis, tell me if I am wrong, catch me when I am fall dan jumpa lagi dilembaran yang akan datang. Wassalam.

Thursday, February 13, 2014

Telemovie lakonan Felixia Yeap 'nikah kita bercinta' di tayangkan 27 februari ini

Setelah sekian lama peminat tertunggu-tunggu, akhirnya gadis comel Felixia Yeap pun mengumumkan tarikh tayangan telemovie pertamanya. Pengumuman ini dimaklumkan sendiri oleh Felixia Yeap menerusi fan page facebook mliknya semalam.

Telemovie lakonannya yang bertajuk 'nikah kita bercinta' akan menemui anda pada 27 februari ini di astro ria pada pukul 10 malam. Turut membintangi telemovie arahan Azmir Affandi ini termasuklah Azlee Khairi, Indah AF2013, Taiyuddin Bakar dan beberapa lagi artis berbakat lain.

Felixia Yeap watak utama telemovie 'nikah kita bercinta'.

"Telemovie pertama dalam hidup saya...

Terima kasih kak Roy yang banyak bersabar dan membantu saya mendalami watak saya sebagai Nur Sherina, terumatamanya babak menangis saya.

Terima kasih Kertas Ungu Production Sdn Bhd dan Encik Azmir yang menyempurnakan telemovie ini dengan begitu baik dan penuh dedikasi sekali.

Terima kasih Azlee Khairi yang seringkali membantu menghafal skrip bersama saya dan sentiasa sabar bila saya terlupa skrip atau tergagap.

Terima kasih kepada semua kru yang membantu menjayakan telemovie ini. Terima kasih Neng Geulis Hijab untuk semua hijab cantik yang ditaja.

Nantikan telemovie ini di Astro Ria, 27hb Februari pada 10pm. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya di sini saya bersyukur teramat sangat dengan semua ini.

Banyak lagi yang saya perlu belajar dalam bidang lakonan dan semoga ada lagi peluang untuk saya mengasah bakat lakonan saya di telemovie atau drama yang seterusnya.."

Antara petikan daripada kenyataan Felixia Yeap dalam facebooknya. Bagi peminat setia Felixia, sila take note ini dan jangan terlepas pula untuk menyaksikan lakonan pertama bekas model terkenal ini.

Felixia Yeap yang pernah saya tulis sebelum ini..

Apa-apa pun, semoga Felixia Yeap terus sukses dalam karier beliau. Lepas ni mohon Pierre Andre pula ambil Felixia berlakon dan saya harap Pierre Andre baca tulisan saya ini. Huhu :D

Video promo Nikah kita bercinta

Bagi yang mungkin tidak mengenali siapa gadis cantik Felixia Yeap ini, bolehlah rujuk lembaran lepas yang saya pernah tulis sebelum ini. [SINI]

Monday, August 15, 2011

Wajah baru artis Malaysia


Berikut saya kumpulkan setakat yang saya dapat artis-artis yang berkenaan. Semoga akan ramai lagi artis yang akan menurut jejak langkah mereka nanti, agar kita semua mendapat kebaikan dan manfaat darinya. Lagi pun artis sangat berpengaruh kepada masyarakat. Jika artis tidak mengambil peluang untuk berdakwah ke jalan yang benar, maka sayang seribu kali sayang lah kerana peluangnya amat terbuka luas.

1 - Ustaz Akhil Hayy

Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia iaitu D'Riyadh.

Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran 'Ustaz Rock' kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.
2 - Azmil Mustafa

Azmil Mustafa adalah seorang pelakon Melayu lelaki yang menjadi fenomena pada lewat tahun 80-an. Antara filem-filem yang yang melonjakkan nama beliau seperti Ali Setan (1985) dan Ali Setan 2. Filem-filem lain beliau seperti Mekanik (1983), Iman Alone (1998), Fifty/Fifty (1991).

Namun kini beliau telah bersara dari dunia lakonan dan lebih menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah-ceramah agama.

"Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah.

Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya.

Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu."

3 - Noorkumalasari
Noor Kumalasari lahir pada tahun 1956 di Singapura. Beliau merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang terkenal pada 1970-an dan 1980-an.

Noorkumalasari merupakan anak kepada S. Roomai Noor dan Datin Hajjah Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.

Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut mengacara, antaranya Anugerah Juara Lagu 1987.

"Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang target untuk berubah. Bila saya bercerai dan tiga tahun menjanda, sembahyang pun bukan semua waktu... Noor berdoa, kalau ada jodoh lagi Noor nak seorang suami yang dapat membantu Noor dekatkan diri dengan Allah.

"Alhamdulillah lepas 3 tahun jumpa suami sekarang... dia dulu moden juga... apa yang (saya) minta Allah makbul..." cerita NoorKumalasari kepada Damaitv.

4 - Aishah
Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand.

Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Kumpulan itu popular dengan lagu-lagu seperti 'Call me' , 'Sensation' , 'Paradise' dan beberapa lagi.

Aishah telah berpecah dengan kumpulan Fan Club pada tahun 1992 dan seterusnya menjadi penyanyi solo.

Aishah telah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 30hb April 2010. Pasangan ini telah bernikah di Narathiwat, Thailand.

5 - Mel (Wings)
Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu.

Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial.

Baru-baru ini Mel muncul dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya. Kata Mel, dia menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana dia pernah bersama Wings satu waktu dulu. Namun kata Mel ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Dia selesa dengan kehidupan sekarang.

Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan. [mStar - 7 Mei 2011]

6 - Wardina
Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot lahir 5 Jun 1979 di Kuala Lumpur, ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja.

Wardina mempunyai darah campuran Australia oleh bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya. Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

7 - Ashraf Muslim
Ashraf Muslim lahir pada 19 September 1981, di Teluk Emas, Melaka. Beliau merupakan anak pertama dari 7 orang adik beradik.

Ashraf merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi filem 'Aku Masih Dara', dan drama-drama tempatan seperti Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Puaka Niang Rapik, Ustaz Amirul dan beberapa lagi.

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional bersama Ustaz Lokman Abdul Hamid, iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak , Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.

8 - Bob Lokman
Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman berasal dari Kubang Krian, Kelantan. Lahir pada tahun 1964 dan kemudian bersekolah dan menetap di Selangor.

Beliau merupakan seorang penulis lirik, pencipta lagu, pengurus artis dan kumpulan muzik, pelawak dan juga pelakon. Pernah menjadi Penulis Lirik Terbaik di Anugerah Juara Lagu TV3 tahun 1989 bagi lagu Isabella yang dinyanyikan oleh kumpulan Search.

Beliau kini telah menyertai parti PAS dan bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah dan juga politik. Beliau juga masih tidak menolak jika ada tawaran berlakon, tetapi akan memilih watak yang sesuai dengan dirinya sekarang.

Bob merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali (1870 - 1933). Menurut beliau, kematian rakan seni secara mengejut membuatkan dirinya semakin mahu mendekati dan mentaati Allah.

“Sebelum ini saya kaya, pendapatan 30 ribu hingga 50 ribu sebulan hasil perniagaan tetapi kekayaan itu tidak memberi ketenangan dan ketenteraman kepada saya. Kemudian saya jatuh, kejatuhan pertama menjadikan saya lupa dunia,” akuinya jujur.

Kemudian beliau kembali dilimpahi kekayaan yang berganda namun kekayaan itu membuatkan isterinya lari dan dirinya mengalami masalah tulang belakang hingga lumpuh selama lapan bulan.

“Kekayaan waktu itu tidak menjamin kebahagiaan kepada saya hingga isteri lari dan saya mengalami lumpuh. Kejatuhan kali kedua ini membuatkan semangat saya bertambah kuat dan saya lebih mendekati Allah walaupun ketika itu pendapatan saya tidak ada langsung.

“Saya tahu semua itu adalah atas kehendak Allah, ada masanya dia beri dan ada masanya dia tarik, saya redha atas apa yang berlaku. Bagaimana pun saya tetap akan berusaha mencari rezeki yang bersesuaian dengan diri saya,” katanya.

“Saya tidak tahu bila akan mati tetapi dapat rasai umur tidak panjang kerana sudah dua kali sepatutnya mati akibat serangan jantung tetapi Allah masih memberi peluang, panjangkan umurkan saya.

“Saya mahu mati dalam Islam, tidak mahu mati dalam keadaan leka mencari wang”, ujarnya yang banyak membaca buku agama, mendengar ceramah dan mendekati golongan agama dan seterusnya menyertai jemaah kerana melalui cara itu beliau akan memperolehi apa yang dikehendaki selama ini.

9 - Iwan
Bagi peminat irama dangdut sekitar 90-an, nama Wan Syahman Wan Yunus, 50, atau lebih dikenali dengan panggilan Iwan Dangdut pastinya menjadi sebutan.

Ingat dangdut, ingat Iwan kerana anak seni kelahiran Aceh, Indonesia ini dikatakan pencetus kebangkitan irama dangdut di Malaysia.

Kejayaannya bersama Amalina membuka laluan kepada irama berkenaan seterusnya kepada kemunculan beberapa penyanyi dangdut seperti Sheeda, Mas Idayu dan Haiza.

Lagu-lagu yang dinyanyikan Iwan seperti Memori Daun Pisang dan Wulan masih diminati sehingga kini.

Namun, semua itu sudah lama ditinggalkan apabila Iwan sudah berhijrah dengan melakukan perubahan dari segi penampilan dan mendalami ilmu agama sejak dua tahun lalu.

Dia mula dengan menyertai tabligh sekitar 2009 diikuti mendalami ilmu agama bersama beberapa ustaz, tetapi cintanya kepada dunia nyanyian tidak pernah padam. [Harian Metro]

10 - Erma Fatima
Fatimah bt Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia.

Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987.

Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau. Filem pertama yang beliau arahkan ialah 'Perempuan Melayu Terakhir' lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan.

Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Arahan terakhir beliau setakat ini adalah filem 'Diva Popular' yang menggandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn.
11 - Sham Kamikaze
Shamril Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze adalah bekas pemain gitar utama kumpulan rock Kamikaze.

“Hati saya mula terbuka apabila Allah menemukan saya dengan Imam Satu Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais ketika saya merayau-rayau di utara.

“Orang kata, memang susah untuk orang biasa berjumpa imam besar itu. Sejak itulah, saya percaya ada hikmah tersembunyi yang ingin Allah berikan.

“Syukur saya akhirnya mendapat petunjuk daripada Allah. Sekurang-kurangnya, saya tidak lagi hanyut dengan pelbagai perkara yang melalaikan,” katanya.

“Saya akui, dulu saya jahil. Dengan penampilan memakai subang dan pakaian tidak sopan serta melakukan pelbagai perkara yang menyalahi agama.

12 - Catriona Ross
Catriona Noorhayati Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross @ Cat, adalah seorang pelakon yang berkacukan Melayu dan Scottish.

Tentang pemakaian tudung, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai 2010.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

“Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. [Harian Metro]
13 - Sheila Rusly
Sheila Rusly merupakan pelakon komedi Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Sheila dilahirkan di Selayang pada 1970, memiliki darah campuran Melayu dan Cina. Dia mula bergiat aktif di persada seni sejak tahun 1986 ketika berusia 16 tahun.

Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.


14 - Seniwati Datuk Sarimah
Datuk Sarimah Ahmad lahir pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang, lebih dikenali sebagai Sarimah dan merupakan artis Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya oleh Allahyarham P. Ramlee.

Beliau diberi pengenalan umum melalui filem Ali Baba Bujang Lapok. Seorang yang cepat bersinar bintangnya. Diantara filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.

Filem-filem lain lakonannya ialah Si Tanggang, Indera Bangsawan, Lubalang Daik, Neracha, Raja Bersiong, Ranjau Sepanjang Jalan, Warna-warna hati, Sepi itu indah, Momok the movie dan sebagainya lagi.

Merupakan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Dia Ibuku pada Festival Filem Malaysia ke-2, 1981.

SUMBER