"Perjalanan hidup bergelar seorang blogger tidak semudah yang kita
fikirkan. Disebalik keseronokan dalam menulis dan berkongsi, ramai yang
tidak tahu betapa dalam blogging ini kita bersahabat baik dengan onak
dan duri". Begitulah pendahuluan yang saya tulis dalam entri yang telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 kontest ilmu blogspot blogger Malaysia anjuran Hasrul Hassan.
Alhamdulillah. Terpilih juga sebagai pemenang kontest ilmu blogspot walaupun terasa kecik apabila melihat peserta-peserta yang turut menyertai kontest tersebut. Semuanya hebat-hebat dan berpengalaman luas dalam dunia blog malah ada dalam kalangan mereka merupakan tempat rujukan saya apabila berhadapan dengan masalah blog.
Sebelum saya menulis entri ilmu blogspot tersebut bulan lepas, saya sempat meninjau hasil tulisan peserta-peserta lain. Seriously saya cukup kagum dan terkesima melihat olahan ayat serta idea yang mereka keluarkan. Begitu bernas sekali sehinggakan hati ini berkata, "memang tiada harapan laa nak menang".
Walaubagaimanapun saya sahut juga cabaran atas dasar berkongsi ilmu pengetahuan. Kalau tak menang pun at least, bermanfaat jugalah hasil penulisan saya itu dan tak sangka pula tuah menyebelahi aniqbukhary.blogspot.com. Alhamdulillah.
Sebenarnya dari petang tadi sampai sekarang saya tak habis fikir lagi pasal benda nie 'betulkah blog saya menang?'. Terkejut dengan mesej yang diterima daripada Hasrul Hassan petang tadi dekat IOI Puchong. "Serious macam mimpi dowh!". Mungkin juga sebab saya jarang menang kontest besar, jadi rasa gembira tu lain macam sikit.
Pemilihan saya sebagai pemenang ini akan saya jadikan pembakar semangat untuk terus menyumbangkan idea-idea dalam dunia blog. Apa yang pasti, penghargaan ini bakal saya ingat sampai bila-bila dan akan terpahat dalam lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang blogger.
Saya berkongsi dengan seikhlas hati menerusi pengalaman dan ilmu sekadar apa yang saya tahu. Banyak benda lagi sebenarnya yang patut saya belajar dalam dunia blog ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak penganjur, sponsor-sponsor, rakan-rakan blogger seterusnya mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kontest yang sangat bermanfaat ini. I LOVE U ALL. Assalamualaikum.
Tulisan yang membawa tuah ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA

![]() |
| Kemenangan merupakan satu penghargaan buat blog setahun jagung ini. Terima kasih :) |