AKU PENGEMBARA: 08_14


Saturday, August 30, 2014

8 kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang usahawan

Antara lapan kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang usahawan:

1. Boleh menjual. Kita hanya boleh memberi apa yang kita miliki. Kita hanya boleh menjual apa yang kita percayai.

2. Sudahkan apa yang kita mulai. Mereka yang suka berhenti ditengah jalan, mereka yang makan tanpa menghabiskan, mereka yang kuat bersembang tanpa penyudahan usah masuk Planet Orang Bisnes.

3. Belajar buat keputusan. Buat keputusan. Buat keputusan. Manusia yang terumbang ambing di lautan tanpa tahu kearah mana bahtera mahu dilayarkan tidak layak jadi usahawan.

Golongan usahawan

4. Yakin Diri. Yakin untuk serlahkan keupayaan orang lain. Yakin pada idea. Yakin pada upaya. Yakin dapat bangkit semula tatkala terjatuh ke lubang bahaya. yakin ada Allah SWT yang akan bantu kita sebagai hamba.

5. Pengurusan Masa dan Kemahiran Merancang. Ia adalah adunan dua perkara yang perlu dipertajamkan. Dimanfaat secara hemat. Diatur dengan teliti.

6. Komunikasi. Persuasi. Butang mana yang mana mahu ditekan. Ucapan mana yang mahu dikeluarkan.

7. Sekali lagi Otot Tabah. Mereka yang cekal dan tabah akan dapat melepasi belantara berpuaka yang bakal ditempuh usahawan berjaya.

8. Sedia untuk belajar. Sedia untuk diajar. Sedia untuk mengajar.

Diadaptasi daripada laman www.syuhada1981.com dalam entrynya yang bertajuk 8 Kemahiran Yang wajib DiPelajari Oleh Usahawan.

Sunday, August 24, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

'Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba'. Begitulah antara petikan kata-kata semangat daripada penganjur contest Tuan Denaihati. Sebagai anak melayu yang pantang dengan cabaran, saya sahut cabaran itu selepas menatap gambar iphone 5s di bawah ini. Huhu

Dapat sebijik colour gold style gak nie.. :D

Aahhh! Berhenti berangan teruskan dengan ulasan. Berdasarkan kajian saya sebelum membuat entri ini, secara keseluruhannya iPhone 5S lebih kepada tiga perkara utama iaitu:

- Cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit
- Pengimbas cap jari (TouchID)
- Kualiti kamera jauh lebih baik berbanding yang lain.

Menyentuh mutu kamera, Cikgu Naman dalam ulasannya ada mengatakan iphone 5s mempunyai 8 megapixel dengan pixel lebih besar berukuran 1.5 microns. Aperture pula f/2.2 yang membolehkan lebih cahaya masuk sekaligus memastikan gambar yang diambil pada waktu malam berkualiti tinggi.

Jika dalam istilah DSLR fotografi aperture f/2.2 ini sudah cukup baik untuk menghasilkan satu teknik bokeh yang menarik dan luar biasa. Kelebihan bab-bab kamera inilah yang menguatkan lagi semangat untuk memiliki gajet canggih ini memandangkan minat yang mendalam dalkam bidang fotografi ini.

Satu contoh gambar bokeh bersubjekkan iphone apple 

Secara jujurnya saya tidak minat sebenarnya mengulas mengenai iphone 5s disebabkan kurang pengetahuan mengenai gajet canggih ini. Payah juga nak ulas mengenai benda yang kita sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Al-maklumlah, saya hanyalah pengguna smartphone murah jenama Celltech buatan Malaysia. Tak mampu lagi wei nak pakai benda-benda mahal macam iphone 5s ini. Sebab itulah menjoinkan diri untuk contest kali ini manalah tahu ada rezeki. Huhu

Contest ini menawarkan hadiah lumayan iphone 5s bukan satu tetapi tiga unit iphone 5s 16GB untuk tiga orang pemenang. Peluang yang seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja oleh blogger-blogger nusantara. Selain daripada iphone 5s, hadiah saguhati wang tunai juga turut diberikan kepada mereka yang layak. Nilai wang yang bakal diberikan belum dinyatakan lagi.

Siapakah yang bakal menjadi pemilik tiga iphone 5s ini?

Tarikh tutup menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014. Peluang masih terbuka untuk mendapatkan gajet impian ramai ini. Bak kata Tuan Denaihati sebelum ini, jangan sesekali berputus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir. Rugilah mereka yang apabila diberikan peluang mereka melepaskan peluang itu berlalu begitu sahaja. Cuba dahulu sebelum mengatakan 'aku tak setanding mereka'.

*****

Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ini di anjurkan oleh Tuan Denaihati dan ditaja oleh ejamothman.com, www.eridy.com, www.hilalazmi.com, eizil.com, asamboi.my, www.diarymama.com, pendekarberkuda.org, www.saji.my, abangensem.com, www.enveeus.com, www.pakarniaga.com, anarm.net, www.daddydee.net, www.sunshinekelly.com, sweetkurma.com, awn.my, mawarmerah2008.com, www.blogieta.com, www.broframestone.com, www.akmaomar.com, khairilmazri.com serta pembakar semangat bisnes saya arwah Kak Syuhada Baharudin (Al-fatihah buat allayarhamah).


Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menganjurkan contest hebat ini. Tidak ketinggalan juga semua penaja contest semoga kalian sentiasa dilimpahkan dengan rezeki begitu juga buat arwah kak Syuhada semoga tajaan ini menjadi sedekah amal jariah yang diterima Allah.

Wednesday, August 20, 2014

Burung gembala kerbau

Santai Rabu.. :)





Monday, August 11, 2014

Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 3)

Assalamualaikum dan salam 'monday blues' semua. Lama tak buat enti santai kan? Asyik entri serius je kebelakangan ini. Baiklah hari ini bersempena hari isnin, hari kesukaan ramai saya kongsikan entri penghilang stress untuk sarapan anda semua. Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar terimahlah:

Situasi 1 (Kentut oh kentut)
SUAMI: Sayang, you kentut erk?
ISTERI: Ha'ah I kentut, sorry ye..
SUAMI: Bau dia macam perfume Paris lah!
ISTERI: Kenapa bang, wangi ke?
SUAMI: Tak lah.. Tahan lama!
ISTERI: ???


Situasi 2 (Ikut abang)
SUAMI: Nak makan mane sayang?
ISTERI: Ikut abang lah..
SUAMI: MCD?
ISTERI: Tak best..
SUAMI: Pizza?
ISTERI: Tak suke..
SUAMI: KFC?
ISTERI: Takde selera..
SUAMI: Habis tu nak makan mane?
ISTERI: Ikot abang la..
SUAMI: (Dalam hati) Emm, pompuan nie nak makan kaki agaknyanya.

Situasi 3 (Suami cerai isteri)
Suami isteri sedang bergaduh, si suami melafazkan cerai

SUAMI : Mastura binti Abdul, aku ceraikan kau dengan talak 1!
ISTERI : Abang! dengar dulu.

SUAMI : Maaf, kita dah berpisah!
ISTERI : Abang.. dengar dulu apa yang saya nak cakap ni.
SUAMI : Apa lagi?
ISTERI : Nama saya bukan mastura! Siapa Mastura?
SUAMI : Erkkkk???

Situasi 4 (Mak minta cerai)
ANAK : Ayah, mak nak minta cerai.
AYAH : Apa?! (terus pegi dapur) Sayang kenapa u sanggup buat macam ni. Dah la suruh anak kasi tau plak tu.
EMAK : Mende gok abang ni?
AYAH : Apa mende-mende! yang sayang minta cerai tu apahal?!
EMAK : Abang ni emo tak tentu pasal. Saya minta serai bukan Cerai. Dah pegi ambik serai saya nak masak ni.
AYAH : Oh ye ker? !@#$%^&*()
SEMOGA TERHIBUR

Lagi koleksi perbualan kelakar
Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar
Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 2)

Thursday, August 7, 2014

Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?

Sejak akhir-akhir ini, t-shirt I am semakin mendapat tempat di hati masyarakat tak kira peringkat umur. Apabila sahaja kita ke super market atau mana-mana tempat ada sahaja yang kita lihat memakai t-shirt design I am Nikon (Nikon tukar nama sendiri). Satu fenomena baru.

T-shirt yang menjadi fenomena sekarang ini

Sebagai usahawan t-shirt printing, kami Teratak Aniq Bukhary juga tidak terlepas daripada terkena tempias design I am yang sedang hot di pasaran ini. Syukur alhamdulillah kepada sang pemberi rezeki atas rezeki yang diberikan sehinggakan kami, digelar pengeluar t-shirt I am sedangkan banyak lagi design lain kami buat. Mungkin disebabkan terlalu kerap costumer meminta kami mencetak t-shirt ini sehinggakan gelaran itu wujud. Tak kisahlah.

Macam-macam revolusi t-shirt I am ini sehingga tulisan jawi pun ada

Bersesuaian dengan itu, sementara design I am ini masih menjadi permintaan ramai, kami mengajak anda untuk bersama-sama kami berkongsi rezeki yang Allah s.w.t berikan ini. Kami memberi ruang dan peluang kepada anda untuk menjadi agen-agen kami.

Berminat nak cari duit poket lebih? Tiada masalah dengan kami. Tidak kira apa status anda, dah berkahwin, single, duda, pelajar semua pun boleh menjadi agen kami. Apa yang penting ada kesungguhan dan niat di hati untuk mencari rezeki yang halal dan senang bawa berbincang. Itu sahaja.

Nak menjadi agen t-shirt I am yang sedang menggila ini?

Apa kerja anda? Anda hanya perlu ambil dan kumpul tempahan sahaja. Bab-bab printing termasuk penghantaran biar kami yang uruskan. Santai bekerja dengan kami tak perlu pening-pening kepala.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi:
☎ 014-5504453 (Office hour)
✉ 014-5504453 (Mesej 24 jam)
✉ aniqbukhary@gmail.com
Whatsapp 011 2541 8014
FB Teratak Aniq Bukhary

Tuesday, August 5, 2014

Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Denaihati ataupun nama sebenarnya Tuan Hj Amir Hassan. Satu nama yang cukup gah dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang blogger berpengalaman yang telah memenangi banyak anugerah termasuklah anugerah Malaysia Social Media Week (MSMW).


Kali ini Denaihati muncul lagi dengan satu contest "Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014" yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Kali ini Denaihati tidak bersendirian mengadakan Contest ini kerana turut ditaja dan ditemani oleh portal berita masam lagi mengancam iaitu asamboi.my. Bagi yang ingin menyertai contest yang berbaki beberapa hari lagi ini bolehlah klik banner dibawah.

Cabaran Duit Raya 2014

Baiklah di sini saya akan review tiga entri Denaihati yang terbaik mengikut pandangan peribadi saya. Kalau diikutkan memang banyak entry terbaik daripada Denaihati ini tetapi memadai tiga sahaja untuk kali ini takut-takut tak cukup pula blog ini nak tulis nanti.

3. Rania nama Islam Felixia Yeap.
Saya mempunyai satu tabiat pelik apabila ada blog yang menulis berkaitan Felixia Yeap cepat sahaja tangan ini nak klik. Semenjak mendapat tahu Felixia mengenakan pakaian berhijab dulu saya sudah mula mengikuti perkembangannya.

Pada tarikh 2 julai lepas saya sempat singgah melihat artikel yang ditulis oleh Denaihati dengan tajuk 'Rania nama Islam Felixia Yeap' dan saya berpuas hati denga artikel tersebut. Kenapa? Sebab dalam artikel tersebut bukan sahaja menulis pasal Felixia Yeap malah bercerita lebih dalam daripada itu menyentuh sedikit aspek hidayah.

Artikel tersebut cukup lengkap daripada tajuk asal nama islam Felixia masuk ke dalam sikit membawa pembaca menyelami erti hidayah. Cukup kreatif bagi saya dan sebab itulah saya meletakkan entri ini dalam senarai favourite saya dalam blog tersebut.


2. Sebab doa tidak diterima dan zuriat nakal
"Mungkinkah ini sebabnya doa kita tidak diterima, mungkinkah ini sebabnya zuriat kita nakal, mungkinkah ini sebabnya kita tidak akan dapat syafaat Rasulullah … Mungkinkah?". Inilah antara ayat yang terkandung dalam artikel ini.

Entri ini pula merupakan entri serius yang disertakan dengan satu video yang cukup menyentuh yang patut diberi perhatian. Mengapa doa kita tidak diterima, mengapa zuriat kita nakal? jawapannya ada dalam entri tersebut. Saya tak nak mengulas panjang mengenainya dan anda rujuklah sendiri video tersebut dan anda akan mendapat jawapan kenapa kita sering berdoa dan tidak diterima. Perhatikan apa yang diperkatakan ustaz Don dalam video tersebut pada minit 2.42.

Satu perkongsian yang padat buat renungan kita dan jangan tak tahu artikel ini merupakan antara artikel yang paling banyak dikongsikan dengan dua ribu lebih share. Satu entri menarik dan terbaik kalau tidak takkan sampai mencecah share daripada pembaca sebanyak itu.


1. Orang tabligh.
Antara artikel yang paling saya suka ialah pendapat ikhlas beliau mengenai orang tabligh. Entri yang menceritakan pandangan peribadi beliau mengenai pergerakan jemaah tabligh. Dalam entri tersebut ada berkongsi mengenai perasaan orang tabligh yang mungkin selama ini kita tak pernah tahu.

Untuk pengetahuan, lebih daripada sekali saya membaca artikel tersebut disebabkan tersentuh dengan cara penulisan beliau dalam menerangkan tentang jemaah tabligh. Satu penulisan ikhlas bagi saya kerana berjaya menyentuh dan saya letakkan entri ini di ranking yang pertama entri terbaik Denaihati.


Di Malaysia ini selain daripada Hasrul Hassan, blog Denaihati juga merupakan blog yang paling saya jelous. Saya cuba untuk menulis artikel seperti beliau yang dilengkapi dengan info yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan dirangkumkaan dalam satu entri dengan satu ulasan yang mantap. Memang sangat-sangat jelous. Bila agaknya dapat buat entri seperti mereka.

Seperti yang saya pernah sebut dalam entri sebelum ini, satu ayat yang boleh saya ungkapkan, "saya merupakan orang yang paling malang kerana baru mengenali blog beliau". Syabas Tuan Denaihati.

Monday, August 4, 2014

Jawapan kenapa saya selfie?

Sudah menjadi menjadi trend sekarang ini di mana-mana tempat sahaja tidak kira di pasar raya, stesen-stesen bas, bilik tidur mahu pun di bilik air semua nak di'selfiekan'. Selfie terbaru pula dan yang paling hot sekarang ini, selfie dekat kubur. Hah! yang ini saya tak nak komen panjang sebab saya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakanny.

Gambar selfie yang sedang hangat diperkatakan
Selfie sebenarnya bukanlah satu fenomena baru malah ia telah wujud pada tahun 1909 dipercayai dilakukan oleh pemilik syarikat Byron, Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York. Namun terdapat juga sumber yang mengatakan gambar selfie pertama di dunia ini ialah pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius. Perbuatan yang telah wujud beratus tahun dulu dan kini menjadi kegilaan pemilik akaun laman-laman sosial.

Berbalik kepada tajuk asal kenapa saya selfie? Jawapannya mudah, apabila saya memberikan kamera untuk meminta orang lain tangkap gambar saya, lapan puluh peratus hasil daripada gambar yang diambil amat-amat menyedihkan. Tak percaya? tengok gambar macho saya kat bawah ini:

Nampak perbezaan dua gambar ini?

Gambar sebelah kiri itu saya yang 'snap' gambar sahabat baik saya dari Tajikistan manakala sebelah kanan itu gambar saya yang member saya pula yang ambil. Comel kan? Gambar yang berlatarkan bendera Malaysia ala-ala Perdana Menteri nak bagi ucapan akhirnya gambar blur juga yang terhasil. Sebenarnya sudah banyak kali situasi sebegini terjadi pada saya dan jalan terakhir supaya gambar saya nampak clear dan ke'macho'an adalah dengan tangkap gambar sendiri (selfie).

Pada sesetengah orang, selfie dianggap satu tabiat yang menjengkelkan kerana anggapan mereka orang yang suka selfie lebih kepada orang yang perasan cantik atau pun perasan macho macam penulis? Betul ker?

Memetik kepada tulisan sahabat saya dalam blognya yang bertajuk 'Ekspresi diri dengan selfie', sebenarnya perbuatan ini tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi yang menjadi masalah dan membuatkan selfie itu 'annoying' apabila selfie buat perkara-perkara berikut:
1. Terlalu kerap muat naik gambar selfie.
2. Buat muka mintak 'flying kick' seperti duckface.
3. Selfie dekat tengah jalan di pasar malam yang penuh sesak.
4. Selfie dengan caption 'ittew borim' atau 'muke titew tawk chanteq'.
Serius annoying wei kalau ada orang buat selfie semacam itu. Sangat-sangat annoying. Apa-apa pun itu pendapat saya sahaja dan mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza. Baiklah, setakat ini dahulu coretan untuk kali ini, nak pergi pos tempahan t-shirt costemer kejap takut tak sempat. Ada masa kita cerita lagi. Ok bye.. Assalamualaikum.

Pautan