Fakri Sharani dan Shila Hamzah ada chemistry | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Friday, November 30, 2012

Fakri Sharani dan Shila Hamzah ada chemistry

Kedua-dua individu ini walaupun berbeza kerjaya tetapi mereka mempunyai satu persamaan ataupun chemistry (istilah bagi Aku pengembara) di mata rakyat Malaysia. Kedua-dua mereka dikritik hebat di bumi sendiri sedangkan negara luar sibuk mengiktiraf dan menyanjung bakat luar biasa yang mereka miliki. Apa agaknya kesalahan yang mereka lakukan sehingga mendapat cemuhan sedemikian rupa?

Fakri Sharani, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena bolasepak tanah air. Satu Malaysia tahu yang pemain muda ini mis pinalti ketika final sukan SEA yang lalu. Hehehe (jangan marah Fakri). Berikutan detik-detik indah itu (^_^), beliau dilemparkan dengan pelbagai cemuhan yang menjadi halwa telinga sehinggakan terwujudnya satu page dalam laman sosial facebook yang berbunyi 'Saya benci Fakri Sharani' (kejam.. kejam...). Menarik bukan? Rata-rata peminat ketika itu berpendapat sepatutnya tiada tempat untuknya dalam pasukan kebangsaan. Tetapi kalau kita fikir-fikir balik, itu merupakan satu kesilapan biasa yang dilakukan oleh mana-mana pemain bola sepak sekalipun (pendapat Aku pengembara). Nama-nama besar dunia seperti Messi pun pernah melakukan kesilapan sama. Kenapa kita cepat sangat menghukum? Aku pengembara teringat akan satu ayat yang pernah keluar dari mulut anak muda ini dalam rancangan majalah 3 yang lalu. Dia cakap, 'Tak kisah la apa orang nak kata. Kalau bola tu tak nak masuk tak masuk juga, buat la macam mana pun (lebih kurang macam tu la..) Bagi aku pengembara, daripada ayat yang diungkapkan itu terselit di dalamnya satu semangat dan kesungguhan striker muda pasukan kebangsaan ini untuk membuktikan sesuatu. Setelah lulus mengharungi ujian mental setelah sekian lama, akhirnya anak muda ini dikatakan akan membawa harapan negara untuk beraksi di Portugal nanti mengikut jejak langkah Nazmi Faiz sebelum ini (Alhamdulillah, berkat kesabaran).

Shila Hamzah, anak kepada Nd Lala, pemilik wajah cantik berlesung pipit, tetapi beperwatakan gedik (orang cakap). Penyayi bersuara lantang bak kata orang tua menyanyi didepan cermin boleh pecah. Beliau tidak penah mendapat apa-apa pengiktirafan dalam negara malah sering dicop gedik oleh media tempatan. Namun sejak kebelakangan ini nama beliau melonjak naik selepas berjaya merangkul anugerah berprestij di China. Fuh!
 
Aku pengembara: Kesimpulannya Fakri dan Shila adalah pasangan yang chemistry dan secocok. Kedua-dua mereka disisihkan oleh peminat tempatan tetapi diangkat dan dijulang oleh peminat negara luar. Uniknya Malaysia (^_^)

# Go Fakri!
# Go Shila! 



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

4 comments:

  1. hurmmm..biasa la tu..artis femes2 ni memang orang jeles..kn2

    ReplyDelete
  2. sekarang dua2 nya tgh berada di puncak...

    biasa laa klu bermula dari bawah...kebanyakkan org terkenal mcm tu.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. ish ish ish.. malaysia nie memang sangat unik laaaaa. ohsemm gtuu.

    ReplyDelete