Aniq Bukhary |
Bismillah alhamdulillah terlebih dahulu saya ucapkan rjutaan terima kasih kepada fans dan silent reader blog Aku pengembara kerana andalah yang menaikkan blog ini sehingga telah mencecah sejuta pengunjung beberapa minggu lepas. Alhamdulillah. Tepukan untuk diri masing-masing.
Terima kasih semua |
Untuk pengetahuan aku merupakan seorang Jurufoto part time, pengusaha t-shirt printing dan seorang blogger yang mungkin siapa pun tidak kenal. Aku suka menulis, aku suka tangkap gambar dan aku mempunyai impian untuk memiliki perniagaan sendiri sejak dulu sehinggalah tertubuhnya kedai print t-shirt Teratak Aniq Bukhary pada hari ini.
Bermula dari zero |
Namun berbekalkan minat serta keazaman tanpa kenal erti putus asa, perjalanan aku teruskan jua walaupun time tu first time aku jejakkan kaki di bumi Wangsa Maju. Dari situ aku sudah nampak gambaran jelas suatu hari nanti aku akan buka satu syarikat printing kepunyaan aku sendiri dan ia terbukti pada hari ini. Alhamdulillah.
Hasil daripada kepayahan itu apabila mendapat tempahan t-shirt beratus helai dengan harga cecah ribuan ringgit aku termenung depan meja printing, "Ya Allah inikah rezki yang engkau berikan buat insan yang bodoh macam aku ni".
Suka duka di bengkel printing |
"Jangan panggil aku bos sebab apabila anda panggil dengan panggilan itu maka anda telah membuatkan aku menahan air mata mengingatkan kepayahan lalu. Kerja sendiri dan bangun sehingga Teratak yang aku bina sampai ke tahap ini".
Terima kasih ayah kerana darah bisnes mengalir kuat dalam diri ini, terima kasih mak kerana mak lah orang pertama yang tahu apabila aku berdepan masalah dan terima kasih semua kerana andalah semangat untuk aku terus berjuang dalam dunia bisnes ini...