Aniq Bukhary Channel: 09_13


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, September 26, 2013

Kalaulah haiwan pun ada Facebook dan twitter

Pernah tak terfikir apa agaknya status haiwan dalam dunia nie jika mereka mempunyai akaun facebook atau twitter? Dengar khabarnya melalui kepesatan teknologi kini, haiwan-haiwan juga tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan laman sosial. Di bawah ini merupakan antara status mereka yang berjaya dikesan oleh admin. (^_^)


NYAMUK: Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb.. Murah rezeki malam ni.

CICAK: isteriku tersepit pintu.. Menduda lagi kali ke 24..

AYAM: Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh..

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN: Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

KUCING BETINA: Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.

KHINZIR: Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye... wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw... agak-agak laa wey!

~SEKIAN~

Aku pengembara
: Kesian dengan khinzir tu kan?? Hehe. Harap semua enjoy dengan perkongsian kali ini (Tak mau tention-tension). Ok la, nak sambung balik kerja editing. Jangan marah (^_^). Assalamualaikum..

Saturday, September 21, 2013

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY


Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Saturday, September 14, 2013

Kisah photographer part time dan aiskrim drumstick

Hari ini aku nak bercerita mengenai hitam putih kehidupanku sebagai student juga merangkap jurufoto part time. Bagi mereka yang dah friend dengan aku dalam laman muka buku tu maybe dah tahu la kisah nie. Tapi aku nak kongsikan juga kisah nie dalam blog sebab inilah event terakhirku di bumi Sabah pada tahun 2013 (Mood sedih). :(

Baiklah, malas nak celoteh panjang, tanpa berlengah lagi aku persembahkan kepada anda kisah Event terakhirku di bumi Sabah. Mohon jangan gelak :)

Abaikan gambar :)

Dipendekkan cerita..

Sebaik sahaja event rumah terbuka seluruh Felda bahagian Tawau berakhir, aku pun mencari lokasi strategik untuk berehat mengesat peluh.

Ketika sedang berehat, tiba-tiba seorang budak lelaki yang lengkap berbaju melayu ungu berlari-lari menghampiri aku,

"Bang, nie aiskrim" Sambil menghulurkan aiskrim drumstick berwarna coklat.

"aiskrim? Untuk apa nie dek?" Soalku kebingungan melihat telatah budak lelaki umur dalam lingkungan 5 tahun itu.

"kakak tu bagi". Sambil menunjuk kearah sekumpulan gadis-gadis comel.

"Tak payah la dek, bagi tahu dengan kakak tu saya tak makan aiskrim". (Tak nak buruk gigi)

"Ambillah bang. Kakak tu cakap terima kasih sebab ambil gambar tadi".

Aku tergelak kecil mendengar jawapan adik kecil itu. Melihat wajahnya yang datang dengan penuh pengharapan, aku pun ambil aiskrim tu meskipun aku tak pasti awek mana yang bagi.

Dah memang tugas aku seperti di mana-mana evant rasmi sebelum nie, aku akan snap seberapa banyak gambar menarik dan terbaik. Tak sangka plak gelagatku ku mengundang drumstick coklat yang manis. :D

--------------End of the story------------

Moral of the story: Kalau nak dapat aiskrim free, tangkaplah gambar banyak-banyak.. Hehehe :D

Tuesday, September 10, 2013

Benda kecik inilah yang kita selalu terlepas pandang

Benda kecik inilah yang kita selalu terlepas pandang terutamanya bagi student lelaki. Apa benda yang kecik tu? Ok, di sini biar saya berterus terang (Cheewah^^). Benda kecik yang dimaksudkan di sini ialah jadual waktu belajar. Kita sering menganggap membuat jadual waktu itu sesuatu yang kecik dan remeh. Namun sedarkah kita melalui jadual belajar inilah kita akan menjadi seorang yang cemerlang dan berdisiplin.

Sebenarnya buat jadual nie tak susah mana pun. Menurut Dato' Fadzilah Kamsah, untuk menjadi pelajar cemerlang buat jadual yang mudah diikuti serta patuh kepada jadual. itu sahaja. Siapa cakap nak buat jadual nie payah? Lihat sahaja jadual johnsons baby di bawah ini, Sempoi :)

Jadual sorang budak design Universiti Limkokwing tempat Aniq Bukhary belajar. Simple kan?

Ek'elleh tak la susah mana pun. Kalau dia boleh, kita pun boleh! Renung-renungkan dan selamat beramal. Nak pegi shoot jap. Huhu.. Assalamualaikum..