Aniq Bukhary Channel: Koleksi kata-kata


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Koleksi kata-kata. Show all posts
Showing posts with label Koleksi kata-kata. Show all posts

Tuesday, March 15, 2016

10 ayat pickup line popular membuatkan hati wanita cair (part 1)

10 ayat pickup line popular membuatkan hati wanita cair. Nak tengok cair ataupun tidak? Tanpa berlengah kita layan 10 situasi pickup line di bawah ini.

Situasi 1
"Start daripada hari ini I nak jadi petani".
"Kenapa nak jadi petani?"
"Supaya setiap saat I boleh menanam cinta di hati U".
Chia chia chia!

Situasi 2
"Awak lebih suka milo atau kopi?
"Hmm.. saya pilih kopi".
"Kopi?"
"Ya kopi. Kopi nang (ku pinang) kau dengan Bismillah".
Chia chia chia!

Situasi 3
"Pilih kiri atau yang kanan?" (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)
"Hmm.. kanan".
"Kenapa tak pilih dua-duanya, sebab ini juga kan milik awak".
Chia chia chia!

Situasi 4
"Tahu tak, sampai sekarang I masih tak boleh membaca.
"Baca apa?"
"Baca isi hati U".
Chia chia chia!

Situasi 5
"Boleh tak saya nak ambik gambar awak?"
"Buat pe?"
"Nak tunjuk bukti kat kawan yang bidadari syurga sebenarnya memang wujud".
Chia chia chia!

10 ayat pickup line popular membuatkan hati wanita cair.

Situasi 6
"Awak tak penat ke?"
"Kenapa?"
"Sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dalam kepala saya".
Chia chia chia!

Situasi 7
"Merah ni air tembikai ke?"
"Ye. Merah ni tembikai, yang ni air tebu"
"Mcm tu, bagi saya air tebu satu. Ikat tepi ye"
"Kenapa nak ikat tepi kalau dah boleh ikatan yang sah?"
Chia chia chia!

Situasi 8
"Awak selalu pergi kedai mamak?"
"Tak juga. Kenape?"
"Sebab I dah teh tarik (tertarik) kat U".
Chia chia chia!

Situasi 9
"Awak Aidah kan?"
"Bukanlah. Saya Siti. Kenape?"
"Sebab Ai dah (I dah) lama minat kat you".
Chia chia chia!

Situasi 10
"Tumpang tanya,
I baru lagi kat sini.
Boleh tak bagi direction jalan nak pergi hati U?"
Chia chia chia!

Macam mana dengan ayat pickup line edisi pertama ini? Adik-adik dan akak-akak ada yang melting? Haha. Bagi abang-abang, adik-adik serta pakcik-pakcik yang tengah membaca tu, apa tunggu lagi? Nak cuba ayat pickup line untuk menambat hati wanita? Silakan. :D

Dapatkan lebih banyak lagi ayat pickup line dalam laman fanpage facebook: Himpunan pickup line Malaysia.

Wednesday, February 10, 2016

Koleksi dialog lawak mencuit hati terbaru (part 1)

Assalamualaikum dan apa khabar saudara, saudari, pak cik, mak cik, adik-adik comel, kakak-kakak cantik yang sedang membaca perkongsian kali ini. Tahniah saya ucapkan kerana sampai ke halaman ini dan saya yakin anda yang tengah membaca sedang mencari dialog lawak mencuit hati untuk dijadikan penghibur hati dikala lara. Cheeewaaaahhh!

Sebelum saya mencarut yang bukan-bukan, tanpa berlengah mari kita layan koleksi dialog lawak mencuit hati 2016 ini. Semoga urat-urat senyum anda kembali aktif seperti sediakala.

Lawak 1: Datang lambat.
Cikgu: Kenapa datang lambat?
Raman: Jalan jem cikgu.
Cikgu: Alasan sama je.
Raman: Dah tu cikgu asyik tanya soalan sama.
Cikgu: @#$%^&*()

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 2: Basuh pinggan.
Raman dan kawan-kawan membasuh pinggan mangkuk kenduri:

Makcik: Amboi! basuh pinggan macam puteri gunung ledang sopan sungguh.
Raman: Bila pula puteri gunung ledang basuh pinggan. dia kan puteri.
Makcik: Erk? Betul juga. Mesti ramai orang gaji. Hmm
Raman: Mak cik, mak cik.

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Gambar ehsan google

Lawak 3: Kopi pahit
Syasha: Kopi apa yang paling pahit?
Zack: Kopiko
Syasha: Salah
Zack: Kau pilih dia daripada aku.
Syasha: Pun salah.
Zack: Habis tu?
Syasha: Kopimampus. Wkakakaka!

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 4: Posmen hantar surat
Seorang posmen sedang menghantar surat:

Posmen: Assalamualaikum
Sameon: Walaikumsalam
Posmen: Ni rumah encik Sameon ye?
Sameon: Ya ini rumah saya.
Posmen: Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni.
Sameon: Buat susah je encik nie! Apasal tak pos je?

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 5: Sidai baju
Joyah: Syasha, tolong mak jap, boleh?
Syasha: Tolong apa, mak?
Joyah: Tolong sidai baju kejap
Syasha: Hujan lah, mak
Joyah: Lembab punya anak. Pakai lah payung.
Syasha: @%#!&

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

***

Tahun 2016 ini saya cuba mengemas kini dan mencari semula kata-kata yang tersimpan dalam draf blog. In shaa Allah saya akan publish kata-kata tersebut apabila semuanya sempurna. Ada masa kita berjumpa lagi dilembaran akan datang. Senyum selalu.

Sunday, July 12, 2015

Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2015

Pantun khas hari raya Aidil fitri pilihan terbaik khas untuk anda semua. Selamat hari raya Aidil Fitri daripada penulis dan salam kosong, kosong, kosong bak kata Najwa Latif.


Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2015

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih

ANaK CiNa SungGuH LaWä
JäDì PelüKìS diBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä
JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,

Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!)

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Monday, August 11, 2014

Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 3)

Assalamualaikum dan salam 'monday blues' semua. Lama tak buat enti santai kan? Asyik entri serius je kebelakangan ini. Baiklah hari ini bersempena hari isnin, hari kesukaan ramai saya kongsikan entri penghilang stress untuk sarapan anda semua. Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar terimahlah:

Situasi 1 (Kentut oh kentut)
SUAMI: Sayang, you kentut erk?
ISTERI: Ha'ah I kentut, sorry ye..
SUAMI: Bau dia macam perfume Paris lah!
ISTERI: Kenapa bang, wangi ke?
SUAMI: Tak lah.. Tahan lama!
ISTERI: ???


Situasi 2 (Ikut abang)
SUAMI: Nak makan mane sayang?
ISTERI: Ikut abang lah..
SUAMI: MCD?
ISTERI: Tak best..
SUAMI: Pizza?
ISTERI: Tak suke..
SUAMI: KFC?
ISTERI: Takde selera..
SUAMI: Habis tu nak makan mane?
ISTERI: Ikot abang la..
SUAMI: (Dalam hati) Emm, pompuan nie nak makan kaki agaknyanya.

Situasi 3 (Suami cerai isteri)
Suami isteri sedang bergaduh, si suami melafazkan cerai

SUAMI : Mastura binti Abdul, aku ceraikan kau dengan talak 1!
ISTERI : Abang! dengar dulu.

SUAMI : Maaf, kita dah berpisah!
ISTERI : Abang.. dengar dulu apa yang saya nak cakap ni.
SUAMI : Apa lagi?
ISTERI : Nama saya bukan mastura! Siapa Mastura?
SUAMI : Erkkkk???

Situasi 4 (Mak minta cerai)
ANAK : Ayah, mak nak minta cerai.
AYAH : Apa?! (terus pegi dapur) Sayang kenapa u sanggup buat macam ni. Dah la suruh anak kasi tau plak tu.
EMAK : Mende gok abang ni?
AYAH : Apa mende-mende! yang sayang minta cerai tu apahal?!
EMAK : Abang ni emo tak tentu pasal. Saya minta serai bukan Cerai. Dah pegi ambik serai saya nak masak ni.
AYAH : Oh ye ker? !@#$%^&*()
SEMOGA TERHIBUR

Lagi koleksi perbualan kelakar
Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar
Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 2)

Saturday, July 26, 2014

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014

Berikut adalah Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Yang Terbaik Tahun 2014 untuk dikongsikan bersama. Hantarlah ucapan ini kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda semoga hubungan yang dibina itu berkekalan dan bertambah utuh.


yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN
"Salam aidilfitri maaf zahir dan batin".

This SoUL FeeL so Peace..
before the coming Of HoLy Day..
AfteR sTruggLing In the RamadhAn Month..
Now, I get My Victory..
At tHis TIme I waNna Say..
ForGive My Sin And All Of My Mistakes..
Hopefully in the days of Eid Here
we all are given Forgiveness ..
happY IedUL Fitri..

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut raya,
jika ada kata membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

B4 lebaran tiba,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator buzy,
B4 mesej asyik pending,
B4 kreadit abes,
Nak wish awal,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
MäÅf zäHir & BÄtin..

Jika jiwa sebening air, jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan, jangan mendungkan.
Raihkan kemenangan ini dengan
saling bermaafan sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMe SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYa,
MaAF ZaHiR DaN BaTiN.

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya
TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yang tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
dan macam-macam lagi
yang TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Lapar Puasa Terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye!
Selamat hari raya Aidil Fitri.
Maaf zahir dan batin..

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan ini kaku
MOHON Maaf atas segala silap dan salah
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin..

Kalau dilipek sebosar kuku.
Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi.
Kok hanyut dipinteh.
Kok tonggolam disolam.
Datang biarla nampak muko.
Kok poei biarla nampak belakang.
Jauh diimbau, dokek digamit.
Seuntai salam, sojambak kato.
Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah
ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda
tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SABTU cari AHAD,
Nak tanya nampak tak ISNIN,
Agar ingatkan SELASA, bagitau
RABU, supaya tak lupa
Mesej kat KHAMIS, yang JUMAAT dah raye!!
Selamat Menyambut hari raya aidil fitri
maaf zahir dan batin..

Ada ketikanya..
MATA silap memandang,
TELINGA salah mndengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf mentafsir,
Dan..
HATI tersilap menduga.
Mohon maaf atas segalanya,
Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

When syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih makan,
if silap seloroh,
plez forgivekan,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

*****

Saya Aniq Bukhary a.k.a pemilik blog Aku pengembara turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua saudara mara, sahabat handai, sahabat sekampus, sahabat photographer, sahabat blogger serta semua yang mengenali diri ini. Kosong, kosong, kosong bak kata Najwa Latif. :D

Pautan

Tuesday, June 24, 2014

Koleksi ucapan bulan ramadhan Al-mubarak


Semoga 1 bulan mendatang penuh rahmat,
4 minggu dengan keimanan,
30 hari mendapat keberkatan,
720 kasih dan sayang,
dan 43200 saat kesabaran..
SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL-MUBARAK :)

Selamat menaiki penerbangan
RAMADHAN AIR, bernombor 1435H..
Kita akan terbang dengan ketinggian
30/30 atas permukaan haus dan lapar..
Para penumpang diwajibkan untuk memasang
niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT..
Penerbangan ini bebas daripada asap PERSELISIHAN..
Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan
SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIAH RAMADHAN.

Anak ketam belajar berjalan,
matanya tanggal digigit lipan,
selamat datang BULAN RAMADHAN,
moga kita bersama dapat keberkatan.

Bermula dengan sunatnya tarawih,
berazam untuk perbaiki diri,
rahsianya besar nikmatnya jernih,
hati yang keruh kan menjadi bersih,
iman dirangkul islam diraih.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Hati ibarat pokok yang kekeringan..
suburkanlah ia dengan zikrullah..
pastinya ia mekar membuahkan
amal seranum halawatul iman..
usah biarkan ia layu dengan racun dunia..
pagarilah ia dengan tembok puasa kerana
puasa menundukkan nafsu serta mendidik jiwa.
SELAMAT BERPUASA

4 racun hati yang biasa dilakukan
dan mempunyai kesan besar kepada hati iaitu
Banyak berbicara, Pandangan yang tidak dijaga,
Banyak bergaul dengan sembarangan orang
dan Terlalu banyak makan..
So, ingat-ingatlah makan tu..
Selamat menyambut bulan Ramadhan..


~SEKIAN~

Dikesempatan ini, saya Aniq Bukhary a.k.a Aku pengembara mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan Al-mubarak buat pembaca-pembaca blog Aku pengembara dan seterusnya seluruh umat islam di seluruh dunia. Semoga ramadhan yang tempuhi kali ini, lebih baik daripada ramadhan sebelumnya. Amin!

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam.."

Wednesday, January 22, 2014

Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 3)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menerbitkan entri pada hari ini. Kali ini saya nak berkongsi sedikit mengenai dialog suami isteri yang romantik yang dah lama kita tak buat kan.. Kali terakhir pun pada bulan puasa lepas menerusi entry Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 2).

Ok, tak nak cakap banyak, jom kita terjah perbualan romantik kali ini. Seperti biasa, halaman ini untuk mereka yang telah berumah tangga sahaja.. Huhu :D


Situasi 1 (Suami, isteri & ayah)
ISTERI: Abang.. Saya takut, hari ni saya akan jalani pembedahan jantung .
SUAMI: Sayang jangan takut.. Abang ada ni.. I love you sayang.
ISTERI: I love you too.

(Bila sedar dari pembedahan, si isteri tengok ayah dia je yang ada)

ISTERI: Mane suami saya ayah?
AYAH: Siti tahu tak siapa dermakan jantung untuk siti?
ISTERI: Siapa ayah? (Air mata mula berlinang)
AYAH: (Tertunduk)
ISTERI: Apaaaaa? abangg!
AYAH: Hehe tak ada la. Ayah melawak je. Die pergi tandas. :D

Situasi 2 (Suami isteri salah faham)
SUAMI: Sayang, abang mintak maaf ye.
ISTERI: ok
SUAMI: Maafkan abang ye..
ISERI: ok
SUAMI: sayang
ISTERI: ok
SUAMI: Sayang gemuk..
ISTERI: Abang!
SUAMI: Alolo manja nye. Hahaha, mehh sayang sikit.

P/s: Bila pompuan kata "ok" itu maksudnya "MASIH MERAJUK" tapi nak bermanja.. :)

Situasi 3 (Apa beza KLCC?)
SUAMI: Sayang, sayang.. cuba sayang teka.. kalau betul abang bagi gula-gula.
ISTERI: Teka apa bang?
SUAMI: Ok, apa beza KLCC dengan sayang?
ISTERI: KLCC tinggi lah, sayang pendek..
SUAMI: Bukan la.. salah..
ISTERI: Habis tu apa bang?
SUAMI: KLCC terletak di Kuala Kumpur tapi sayang terletak di hati abang untuk selamanya.. :)
ISTERI: Waahhhh.. :)

Situasi 4 (Saya tak layak untuk awak?)
ISTERI: Saya tak layak untuk awak.
SUAMI: Kenapa awak cakap macam tu?
ISTERI: Awak umpama bintang di langit.. saya hanya rumput di bumi.
SUAMI: Taklah. awak umpama tanah. saya umpama rumput.
ISTERI: Maksud awak?
SUAMI: Kalau tiada tanah rumput takkan tumbuh. macam awak pada saya.
ISTERI: Hee (^_^)

Sekian..

Nak lagi kata-kata menarik? Lihat di sini --> Koleksi kata-kata

Aku pengembara: Hope enjoy dengan perkongsian kali ini.. dan jangan lupa untuk doakan admin semoga bertemu jodoh yang baik dan comel-comel k. Peace yo! :D

Wednesday, November 13, 2013

Koleksi dialog lawak yang mencuit hati (Part 2)

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berkongsi senyuman dengan anda semua menerusi dialog-dialog lawak di bawah. Sekarang saya sedang menghadapi final projek untuk semester kali ini. Memang menekan dan menguji tahap kewibawaan. Huhu. So, untuk mengurangkan tahap tekanan ini, saya kongsikan dialog-dialog lawak di bawah. Pembaca gelak + Admin senyum = Hilang stress. :)

Gambar hiasan

Situasi 1 (Ayat Bapak terbaek)
Ayah : Kau ke mana lewat? malam baru kau balik?
Anak : ....
Ayah : Jawap aku tanye nie?
Anak : ...
Ayah : kurang ajar aku tanya, tak jawab! panggg (penampor sampai di pipi)
Anak : hurmmm..
Ayah : Kau pergi mane??
Anak : Saya pergi rumah kawan baiki basikal..
Ayah : Menjawab ko yeww!! dapat lagi penampor free!!!
Anak : !@#$%^&*

P/s: Ayah kau memang nak pukul kau, terima je la... Hahahaha :D

Situasi 2 (Murid cemerlang)
Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.
Murid² : Baik cikgu.
Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula²,
di tambah lagi dengan 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??

Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK".
Guru : = , ="

P/s: Ragam budak sekolah rendah.. Sabar ye cikgu2 :)

Situasi 3 (Student pakar math)
Abu : pakcik,berapa harga sebiji pisang ni?
Penjual : seringgit je
Abu : boleh tak jual kt saya 60 sen je?
Penjual : kalau 60 sen tu boleh beli kulit je dik oii
Abu : kalau kulitnya 60 sen saya beli isinya la 40 sen kn?
pakcik boleh simpan kulitnya.


P/s: Itulah pentingnya ilmu matematik :)

Situasi 4 (Siapa yang pakai telefon)
Bil telefon melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

Suami : Ini dah melampau! Siapa yang gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Saya plak gunakan SMS je. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Orang Gaji : Jadi apa masalah? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Begitu juga dengan saya.
Suami: Oh no! (Tepuk dahi)

HOPE ENJOY

Bagi yang terlepas dialog lawak sebelum nie, klik sini ---> Dialog lawak (Part 1)
 

Saturday, October 19, 2013

Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 2)

Assalamualaikum para pembaca yang saya rindui. Rasanya dah lama saya tak update pasal dialog suami isteri nie kan?. Ok baikla, malam ini saya akan tamatkan penantian anda. Tapi sebelum tu, seperti biasa perkongsian ini untuk bacaan mereka yang sudah berumahtangga sahaja. Bagi yang belum cukup kreteria, anda dinasihatkan untuk meninggalkan halaman ini dengan segera.. Huhuhu. Kejamnya :)

Gambar hiasan

Situasi 1 (Suami khawin lagi)
SUAMI: Sayang.. Kalo abang nak kawin lagi boleh ?
ISTERI: Boleh. Asalkan abang belajar grammar bahasa inggris yang baik dan betul dulu..
SUAMI: Okey.. Caranya?
ISTERI: Kalo 1 kereta (singular) bahasa Inggerisnya One Car, and 2 kereta (plural) two carS..
SUAMI: Oh itu kacang jer. Tinggal tambah S dihujungnya kan?
ISTERI: Betul! Itu sama seperti abang..
SUAMI: Maksudnya?
ISTERI: Kalo satu istri abang MAMPU.. Kalau dua istri abang MAMPUS (ngasah parang)

Situasi 2 (Bukan nak cakap besar)
ISTERI : Abang tau tak..
SUAMI : Tak tau.. apa dia?
ISTERI : Saya bukan nak cakap besar..dulu sebelum saya kawin ngan abang..
banyak lelaki yg datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang
SUAMI : Abang pun bukan nak cakap besar.. dulu sebelum abang kawin ngan awak banyak awek yang abang pinang tapi semua menolak kecuali awak.
ISTERI : ???

Situasi 3 (Suami tertekan)

ISTERI : Kenapa abang call?
SUAMI : Abang tertekan.
ISTERI : Abang ok? Abang ada masalah apa? Citer la kat saya...
SUAMI : Abang tertekan je... mana ada masalah apa apa...
ISTERI: Kalau abang ada masalah cerita la....
SUAMI: Masalah apa nye.. abang ok je... abang cuma tertekan je...
ISTERI: Ye la... kalau abang tertekan.. abang kena cerita kat saya...
SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke ???

(Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handphone lalu ter'call' isterinya) ^^

Bersambung di lembaran yang akan datang...

Lagi dialog-dialog menarik di sini --> Koleksi kata-kata terbaik

Thursday, August 1, 2013

Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 2)

Situasi 1 (Pegi jalan-jalan ngn isteri)
Tiba-tiba kawan tegur..

Kawan : Assalamualaikum bro ..
Suami : Waalaikumussalam ..
Kawan : Nak pegi mana tu?
Suami : Jalan-jalan..
Kawan : Adik ke tu bro?
Suami : Ha'a adik (sambil gosok-gosok kepala isteri)
Isteri : (Cubit perut suami) Nakal la awak ni !
Suami : Hehehe ..

Sitiasi 2 (Saya sayang awak)
Isteri : Saya sayangkan awak .
Suami: Saya pun sayangkan awak .
Isteri: Kalau Berani, Jeritlah Satu Dunia!
Suami: (Bisik di telinga isteri) Saya Sayang Awak.
Isteri : Kenapa awak bisik kat saya ?
Suami: Sebab Awaklah DUNIA saya !
Isteri: Waahhh...

Situasi 3 (Isteri jelous)
Isteri: Abang, cantik tak perempuan tu?

Suami: Nak abang cakap betol-betol ke main-main?
Isteri: Emmm, betol-betol la. Ayang nak tau..
Suami: Boleh tahan lah body dear. suka lah tengok ..
Isteri: Abang!! GATAL ea! tak nak kawan ..
Suami: Jelly lettuw...
Isteri: (>.<)


P/s: Perempuan ni kalau dia tanye macm tu .Sebenar nyer dia nk tau siapa yang lagi cantik . Jangan buat dia terasa. Buat nyer merajuk sebulan... ♥ . hehe

Hope enjoy!

Aku pengembara: Jiwang, jiwang juga, 10 akhir ramadhan nie, tambahkanlah amal ibadat sebab kita sendiri pun tak pasti, sampaikah lagi kita ramadhan yang akan datang... Salam sayang daripada saya and smile always. :)

Tuesday, July 2, 2013

Koleksi dialog lawak yang mencuit hati



Pagi ini saya kongsikan dialog-dialog mencuit hati ini sementara menunggu flight terbang ke Sabah sekejap sahaja lagi. Nie pun update dalam balai pelepasan yang bila-bila masa sahaja akan berlepas ^^. Mesti fans blog Aku pengembara tu menangis sambil hentak-hentak kaki di atas pemergian admin blog nie kan? Huhu (Bajet hot jap). Ok lupakan kejap pasal balik Sabah, jom kita layan dialog mencuit hati di bawah ini.. Keep smile :)


Situasi 1 (Cinta ke tak?)
Makwe : Awak sayang saya ?
Pakwe : Tak.
Makwe : Ok fine ! kita break !
Pakwe : Awak tanya sayang ke tak, tapi tak tanya cinta ke tak.
Makwe : Jadi awak cinta saya ?
Pakwe : Tak.
Makwe : ???


Situasi 2 (Neraka di bawah telapak kaki ayah)
Seorang anak melihat dan memeriksa tapak kaki ayahnya.

Ayah : Eh apa kamu buat ni?
Anak : Cikgu cakap, syurga di bawah telapak kaki ibu.
Ayah : Habis tu?
Anak : Neraka mesti di bawah telapak kaki ayah kan?
Ayah : Sebelum kaki neraka ni hinggap kat muka kau, baik kau blah!


Situasi 3 (Ustazah hebat)
Ustazah : Saya tidak pernah menolak hukum poligami.
Jamaah : Wah, hebat ustazah!
Ustazah : Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi.
Jamaah : Wah, benar-benar kelas ustazah.
Ustazah : Yang penting.....
Jamaah : Yang penting... adil ye ustazah?
Ustazah : Bukan... yang penting, bukan suami saya..
Jamaah : =.=


HOPE ENJOY!



Nak lagi kata-kata? terjah sini ---> Koleksi kata-kata

Wednesday, June 26, 2013

Koleksi perbualan suami isteri yang romantik

Situasi 1 (Bila awak sampai)
ISTERI: Bila awak sampai?
SUAMI: ya. masanya da sampai.
ISTERI: Maksud saya bila awak sampai sini?
SUAMI: Bila saya sampai itu tak penting yang penting inilah masanya.
ISTERI: Masa untuk apa?
SUAMI: Masa untuk saya luahkan apa yang awak nak dengar.
ISTERI: Erm, Apa yang awak nak cakap?
SUAMI: Sebenarnya Saya nak cakap yang saya sayang awak. sumpah tak nak cari yang lain..
ISTERI: *hug* (terharu ..)

Situasi 2 (pasangan khawin muda)
SUAMI : Esok sayang ada paper kan.. pukul berapa sayang?
ISTERI : Kenapa bang? Abang dari sebelum kita nikah selalu tanya pukul berapa saya mula exam.
SUAMI : (senyum) Sebenarnya dari kita kenal dulu, setiap kali sayang exam je abang bacakan yasin dalam waktu sayang mula exam tu. Mudah-mudahan dapat bantu jiwa  dan dipermudahkan jawab dengan baik.
ISTERI : Abanggggg (menangis terharu)

Situasi 3 (Cinta abadi)

SUAMI: Kalau diberi pilihan untuk siapa mati dulu, awak rasa siapa yg patut mati dulu?
ISTERI: Saya harap abang mati dulu .
SUAMI: Sampai hati awak kan, saya saja nak uji awak sama ada awak betul-betul sayangkan saya . :’(
ISTERI: Abang tak nak tahu kenapa saya harap abang mati dulu ?
SUAMI: Tak perlu nak jelaskan. Dah terbukti awak tak sayangkan saya lagi dah, bila saya mati awak akan cepat-cepat cari yang lain!
ISTERI: Hmm, cara abang fikir tu salah sayang ..
SUAMI: Apa yang salah pulak ???
ISTERI: Saya harap abang pergi dulu sebab saya tak sanggup nak tengok abang sedih bila saya takde nanti. Kalau abang yang pergi dulu, saya nak sedekahkan al-fatihah kat abang tiap-tiap hari supaya abang tenang kat sana. Dan saya nak doa hari-hari supaya dapat bertemu dengan abang semula kat ‘sana’ . :’)
SUAMI: (terdiam ) ♥♥ ♥♥ ♥♥

Situasi 4 (Suami mengada)

SUAMI: (sambil belai rambut isterinya) awak cantik malam ni..
ISTERI: Malam ni je, semalam ??
SUAMI : Malam semalam comel, mlm ni cantik, mlm esok cute dan seterusnya yg sama waktu dengannya! (sambil cubit hidung isterinya).
ISTERI: Hehehe.. (>.<)"

-SEKIAN-

Aku pengembara: Indahnya cinta itu jika disalurkan pada tempat yang betul. Seperti biasa jangan lupa doakan untuk admin blog semoga bertemu jodoh yang baik dan mendengar kata ok ^^.

Pautan

Thursday, June 20, 2013

Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar

Santai. Seperti biasa untuk bacaan mereka yang sudah berumahtangga sahaja. Bagi yang belum cukup kreteria, anda dinasihatkan untuk meninggalkan halaman ini dengan segera.. Huhu. Kejamnya :)

Situasi 1 (main sembunyi-sembunyi)

ISTERI : Abang jom main sembunyi2 nak tak?
SUAMI : Tak nak lah sayang.
ISTERI : Alaa , kenape ?
SUAMI : Sebab wanita macam sayang sukar ditemui .
ISTERI : Terharu *hug*.. tapi kenapa?
SUAMI : Sebab, kulit awakkan gelap.
ISTERI : Jantan tak gunaaaa!!!!!! -.-


Situasi 2 (tekad kurus)

ISTERI: Abang, saya rasa nak diet la. puasa dua minggu boleh tak?
SUAMI: Boleh sayang. Tapi jaga kesihatan. Abang tak kisah pun sayang berisi.

selepas 2 hari..
ISTERI: Abang, hari ni tak nak puasa la.
SUAMI: nape pulak?
ISTERI: Sebab tak tahan tengok kawan ofis makan.
SUAMI: Ok. Ikut sayang lah..

selepas 4 hari:
ISTERI: Abang start esok saya tak nak makan nasi la. kali ini saya tekad!! hmm. (dgn muka bersungguh2)
SUAMI: Abang pon nak tekad jugak lah...
ISTERI: tekad ape? abang kan dah kurus?
SUAMI: tekad takmo beli beras. biar tetap skit pendirian bini abang yang nak kurus nie..

Situasi 3 (Nama anak)
Suatu Malam suami isteri sedang duduk sambil menonton tv:
ISTERI: Nie semua salah abang la!!
SUAMI: Laa apasal plak nie?
ISTERI: Kan saya dah cakap dulu, jangan kasi nama LiA kat anak kita, abang degil!
SUAMI: Ok laa tu apa la awak nie. Saya suka nama LIA.
ISTERI: Ok apanya!! Sampai semua jiran-jiran kita panggil saya Mama LIA. Mamalia.. mamalia.. mamalia.. tensen tau tak??
SUAMI: hehe..

-SEKIAN-

Aku pengembara: Indahnya cinta itu jika disalurkan pada tempat yang betul. Jangan lupa doakan sekali untuk admin semoga mendapat jodoh yang baik dan mendengar kata. Huhu ^^. Assalamualaikum.

Pautan

Tuesday, May 21, 2013

Pantun cinta yang sweet (untuk yang dah khawin)

Assalamualaikum semua. Memandangkan malam ini Aniq Bukhary terpaksa menyelesaikan assignment English, jadi Aniq Bukhary post la something berbahasa inggeris. Huhu. Ikut tema daa.. Ok lah, malas nak cakap banyak, jom layan pantun cinta yang sweet ini. Tapi sekali diingatkan, kata-kata ini untuk mereka yang sudah berkhawin sahaja. Mereka yang belum memenuhi syarat tersebut, dilarang keras menggunakan pantun-pantun ini.. hehe.. Jom layansss.......


One is satu,
Dead is mati,
Aku nak cakap sesuatu,
Hanya kau di hati.

Attack is serang,
Wood is kayu,
Aku cakap terus terang,
I LOVE U.

Factory is kilang,
Garden is taman,
Siapa kata aku tak sayang,
Hitam manis jadi idaman.

School is sekolah,
Still is masih,
hati ini tak pernah salah,
memilih engkau sebagai kekasih.

Fish is ikan,
Bread is roti,
Tak perlu lagi aku jelaskan,
Ciuman di pipi sebagai bukti.

eat is makan,
Shell is kerang,
Berjuta kali aku katakan,
Tiada lain hanya kau seorang.

Swiming is berenang,
Chair is kerusi,
Hati ini begitu senang,
Melihat kau berada di sisi.


Saturday, May 11, 2013

Koleksi kata-kata cinta untuk suami isteri (Part 2)


Mengenalimu satu kebahagiaan, 
Bergurau denganmu satu keriangan, 
berjauhan denganmu satu kerinduan, 
menyakiti hatimu satu kesilapan, 
berpisah denganmu satu kepiluan, 
kerana tanpamu di sisi aku 
KESUNYIAN...

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan 
apabila kamu teramat rindukan seseorang 
sehingga kamu ingin menggapainya dalam mimpi 
dan memeluknya setulus hati.

Andai kau sayang pada ku kerna tutur bicara ku, 
ketahuilah aku mungkin menyakitimu dgnnya.. 
Andai kau sayang pada ku kerna peribadiku, 
ketahuilan bahawa aku tak sempurna.. 
Andai kau sayang pada ku kerna kita sering bersama, 
ketahuilah yg aku akan meninggalkan mu jua.. 
maka sayangilah dan terimalah diriku ini seadanya … 
 
MENCINTAI SESEORANG TIDAK semestinya MEMILIKI, 
NAMUN MEMILIKI SESEORANG MAKA 
HARUS BAIK-BAIK MENCINTAINYA. 

ada KaLa kiTa x Taw bEtapa DaLam ciNta kiTa.... 
mEnCinTai, Menyayangi, dAN MeRinDui Nya 
meMbuaT kiTa sEntiasA ingIN bEraDa dSisi nYa... 
meNdENgar TaWa nYa , MeLihaT sEnyuM nya 
itu SudA CUkuP BerHarga uNtuk KitA....

Tiada kebahagiaan yang paling hebat
Melainkan ketika sedang dilamun cinta
Kerna cinta adalah nikmat daripada Allah..
Jadikanlah cinta sesuatu yang agung dan suci
Jangan sesekali ditolak dan dikuburkan dalam jiwa..
Nikmatilah cinta dengan aturan yang betul
Kerna cinta itu adalah milik kita bersama..

Tak salah hati ini memilihmu sebagai hati
yang pantas untuk memiliki cinta ini,
kerana hanya dirimulah yang mampu
memberikan bahagia yang ku cari

 

Wednesday, April 24, 2013

Koleksi kata-kata untuk sahabat (Part 1)

Jika satu hari aku pergi
tanpa ucap SELAMAT TINGGAL
Jangan sesekali bersedih..
Pegang dan ingat sampai mati
Bahawa aku tak pernah menyesal
mempunyai sahabat baik sepertimu..

Persahabatan adalah ANUGERAH..
Membuat kita TERTAWA, MENANGIS,
MENERIMA, MEMBERI,
Dan yang paling penting
Membuat kita MENGHARGAI HIDUP INI..

Bila sahabat kata SUKA, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab anda TEMAN yang layak diCINTAi, 
bila sahabat CEMBURU, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab anda teman yang BAIK bila jalinkan perSAHABATan, 
bila sahabat kata RINDU, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab dia RINDU teman sebaik anda.. 
ini bermakna saya berhak kata saya SUKA pada awak, 
CEMBURU bila awak ketepikan saya, 
RINDU bila awak lupakan saya.. 
inilah hebatnya jalinan PERSAHABATAN..

Mengenali seseorang itu mampu memberi sejuta  rasa 
gembira, sedih, rindu, benci dan sayang, 
tapi sedarkah kita, mengenali seseorang itu 
sebenarnya satu ANUGERAH.. 
biarpun hadirnya Cuma seketika dan sekadar teman sementara.. 
bersyukurlah dengan kehadirannya kerana 
melaluinya kita dapat mengenal erti PERSAHABATAN..

Teman sejati seperti bintang2
Yang tak selalu kelihatan
Tetapi selalu di ingatan..

Aku memiliki sepasang mata, 
tp tdk dapat selalu melihatmu..
Aku memiliki sepasang tangan, 
tp tdk dapat selalu melindungimu..
Tapi aku memiliki sebuah hati, 
yang selalu berdoa untukmu..

~SAHABAT SELAMANYA~ 

Aku pengembara: Dipetik daripada mesej-mesej yang pernah member-member saya sent kepada saya. Mesej-mesej ini kemudian saya ubah sedikit mengikut kemahiran sastera kurniaan Allah ini agar sampai kepada pembaca (itu pun kalau sampai la^^). Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua dan pesanan saya, sayangilah sahabat anda kerana sahabat yang baik akan berkekalan selamanya. Nantikan kata-kata seterusnya. :)


Tuesday, April 23, 2013

Koleksi kata-kata cinta untuk suami isteri (Part 1)

Assalamualaikum semua. Apa khabar saudara, saudari, pak cik, mak cik, dan adik-adik yang sedang membaca entry ini. Tahniah saya ucapkan kerana sampai ke halaman ini dan saya yakin anda yang sedang membaca sebenarnya nak jadi suami dan isteri yang baik dan romantik bukan? Hoho (Pelik je intro nie) ^^ Apa-apa pun, sebelum saya mencarut yang bukan-bukan lagi, jom layan kata-kata di bawah ini (Pegang dan simpan untuk bakal suami/isteri anda yang tercinta ok..) Hope enjoy! :)

 
Berkawanlah selagi ada hati, 
Bercintalah selagi dia sudi, 
Bergembiralah selagi ada teman di sisi, 
Dan ingatlah aku selagi terasa ia bererti.

Gugur bunga kerana layu
Gugur cinta kerana cemburu
Kabut jalan kerana debu
Fikiran melayang kerana
Rindu ku pada mu..

Setitis air mata kekadang lebih
Istimewa daripada senyuman
Kerna sekuntum senyuman boleh
Diberikan kepada sesiapa sahaja
Tetapi ketahuilah setitik airmata
yang menitis dialirkan hanya untuk
mereka yang tersayang..

Bila saya KACAU awak
Saya takut nak KENAL awak..
Bila saya kenal awak
Saya takut nak SAYANG awak..
Dan bila saya sayang awak
Saya takut KEHILANGAN awak..

Air mata tak kan menitis
Jika hati tak terluka..
Ketawa tak kan wujud
Jika hati tak terhibur..
Rindu tak kan hadir
Jika hati tak menyayangi..
Dan sayang tak kan berputik
Jika hati tak mencintai..

Apabila aku kesepian
Hiburkan aku dengan suaramu
Apabila aku sakit
Ubati aku dengan kasih sayangmu
Dan apabila aku pergi
Kuburkan aku dalam hati mu..

Camne I nak eja “C_TE”
Kalau xde U?
Camne I nak “CI_M & PEL_K”
Kalau xde U?
Camne I nak kata “I LOVE _”
Kalau xde U?
Sebab itulah saya perlukan
sangat2 U dalam hidup I..

Tiada cinta tanpa air mata
Tiada rindu tanpa kasih sayang
Tiada kejujuran tanpa keikhlasan
Dan tiada yang berkekalan tanpa KESETIAAN..

Seseorang yang mencintai kamu,
Begitu jarang memujimu.
Tetapi di dalam hatinya
Kamu adalah yang terbaik.

Sesungguhnya SAYANG itu wujud dari
Satu pertemuan
Dengan sepuluh pertanyaan
Dan seratus keyakinan
Mewujudkan seribu pengorbanan
Serta berjuta kali perjuangan
Dengan hanya satu KEIKHLASAN hati..

Biarpun ayat-ayat cinta ini
Sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh
Yang pasti CINTA ku tetap segar,
Mekar dan semakin dalam…

Aku pengembara: Nantikan kata-kata seterusnya dan jangan lupa doakan untuk penulis blog ini ya.. Dunia semakin ke penghujung, semakin kuat pula ujian Allah.. Doakan terbaik untuk saya...

Tuesday, September 27, 2011

Kata-kata cinta & semangat untuk mu

Mengenali seseorang itu mampu memberi sejuta  rasa pada kita, gembira.. sedih.. rindu.. benci.. dan sayang.. tapi sedarkah kita, mengenali seseorang itu sebenarnya satu ANUGERAH.. biarpun hadirnya Cuma seketika dan sekadar teman sementara.. bersyukurlah dengan kehadirannya kerana melaluinya
kita dapat mengenal erti PERSAHABATAN..

Berkawanlah selagi ada hati, Bercintalah selagi dia sudi, Bergembiralah selagi ada teman di sisi, Dan.. Ingatlah aku selagi terasa ia bererti.


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati untuk kita mencarinya.. itulah cinta.....


ada KaLa kiTa x Taw bEtapa DaLam ciNta kiTa.... mEnCinTai, Menyayangi, dAN MeRinDui Nya meMbuaT kiTa sEntiasA ingIN bEraDa dSisi nYa... meNdENgar TaWa nYa , MeLihaT sEnyuM nya i2 SudA CUkuP BerHarga uNtuk KitA.... LoVe 4 mE anD Love 4 u.... :)


Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.


Andai kau sayang pada ku kerna tutur bicara ku, ketahuilah aku mungkin menyakitimu dgnnya.. Andai kau sayang pada ku kerna peribadiku, ketahuilan bahawa aku tak sempurna.. Andai kau sayang pada ku kerna kita sering bersama, ketahuilah yg aku akan meninggalkan mu jua.. maka sayangilah dan terimalah diri ini seadanya …

Ku punyai sepasang mata, tapi tak dapat melihat mu setiap masa.. ku punyai sepasang telinga, tapi tak dapat mendengar suara mu setiap ketika.. tapi ku punyai satu hati yg menyayangi mu sampai bila-bila…
Bahagia rasanya bisa menikmati hidup ini bersamamu sayang. Pilihanku tak pernah salah..


Tuhan menjadikan wanita cantik dan bodoh; cantik, sehingga lelaki mencintainya; dan bodoh, sehingga wanita itu mencintai lelaki itu.


Aku memiliki sepasang mata, tp tdk dapat selalu melihatmu.
Aku memiliki sepasang tangan, tp tdk dapat selalu melindungimu.
Tapi aku memiliki sebuah hati, yang selalu berdoa untukmu.

Kamu tidak mencintai istrimu karena dia cantik,
namun dia cantik karena kamu mencintainya dengan sepenuh hatimu.

Secercah kasih membuat kita sayang, seucap janji membuat kita percaya, sekecil rindu membuat kita kangen, tapi sebuah cinta selamanya bermakna...keindahan cinta akan terlihat jika kita bisa menerima cinta itu apa adanya..


Seseorang yang mencintai kamu,
jarang memujimu.
Tetapi di dalam hatinya
kamu adalah yang terbaik.


MENCINTAI SESEORANG TIDAK MESTI HARUS .MEMILIKI, NAMUN MEMILIKI SESEORANG MAKA HARUS BAIK-BAIK MENCINTAINYA.


✿Lelaki yang BAIK ► lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya
✿Lelaki yang COMEL ► lelaki yang berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
✿Lelaki yang SWEET ► lelaki yang selalu bercakap dengan nada yg rendah
✿Lelaki yang ROMANTIK ► lelaki yang menhadiahkan sebuah doa setiap hari
✿Lelaki yang CHARMING ► lelaki yang mengingatkan si dia tentang ibadat
◕Itu lah LELAKI yang menjadi igauan wanita.. InsyaAllah ♥•♥•♥•♥•


Bila sahabat kata SUKA, tidak semestinya dia CINTA, ini sebab anda TEMAN yang layak diCINTAi, bila sahabat CEMBURU, tidak semestinya dia CINTA, ini sebab anda teman yang BAIK bila jalinkan perSAHABATan, bila sahabat kata RINDU, tidak semestinya dia CINTA, ini sebab dia RINDU teman sebaik anda.. ini bermakna saya berhak kata saya SUKA pada awak, CEMBURU bila awak ketepikan saya, RINDU bila awak lupakan saya.. inilah hebatnya jalinan PERSAHABATAN..


Mengenalimu satu kebahagiaan, Bergurau denganmu satu keriangan, berjauhan denganmu satu kerinduan, menyakiti hatimu satu kesilapan, berpisah denganmu satu kepiluan, kerana tanpamu di sisi aku KESUNYIAN...

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita...

 *kata-kata nie aku cut and paste dari inbox fon aku.. sayang pulak nak buang.. so, aku letak la kat blog aku.. at least bermanfaat la jg.. khas untuk anda..:)