Koleksi dialog lawak mencuit hati terbaru (part 1) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Wednesday, February 10, 2016

Koleksi dialog lawak mencuit hati terbaru (part 1)

Assalamualaikum dan apa khabar saudara, saudari, pak cik, mak cik, adik-adik comel, kakak-kakak cantik yang sedang membaca perkongsian kali ini. Tahniah saya ucapkan kerana sampai ke halaman ini dan saya yakin anda yang tengah membaca sedang mencari dialog lawak mencuit hati untuk dijadikan penghibur hati dikala lara. Cheeewaaaahhh!

Sebelum saya mencarut yang bukan-bukan, tanpa berlengah mari kita layan koleksi dialog lawak mencuit hati 2016 ini. Semoga urat-urat senyum anda kembali aktif seperti sediakala.

Lawak 1: Datang lambat.
Cikgu: Kenapa datang lambat?
Raman: Jalan jem cikgu.
Cikgu: Alasan sama je.
Raman: Dah tu cikgu asyik tanya soalan sama.
Cikgu: @#$%^&*()

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 2: Basuh pinggan.
Raman dan kawan-kawan membasuh pinggan mangkuk kenduri:

Makcik: Amboi! basuh pinggan macam puteri gunung ledang sopan sungguh.
Raman: Bila pula puteri gunung ledang basuh pinggan. dia kan puteri.
Makcik: Erk? Betul juga. Mesti ramai orang gaji. Hmm
Raman: Mak cik, mak cik.

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Gambar ehsan google

Lawak 3: Kopi pahit
Syasha: Kopi apa yang paling pahit?
Zack: Kopiko
Syasha: Salah
Zack: Kau pilih dia daripada aku.
Syasha: Pun salah.
Zack: Habis tu?
Syasha: Kopimampus. Wkakakaka!

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 4: Posmen hantar surat
Seorang posmen sedang menghantar surat:

Posmen: Assalamualaikum
Sameon: Walaikumsalam
Posmen: Ni rumah encik Sameon ye?
Sameon: Ya ini rumah saya.
Posmen: Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni.
Sameon: Buat susah je encik nie! Apasal tak pos je?

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 5: Sidai baju
Joyah: Syasha, tolong mak jap, boleh?
Syasha: Tolong apa, mak?
Joyah: Tolong sidai baju kejap
Syasha: Hujan lah, mak
Joyah: Lembab punya anak. Pakai lah payung.
Syasha: @%#!&

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

***

Tahun 2016 ini saya cuba mengemas kini dan mencari semula kata-kata yang tersimpan dalam draf blog. In shaa Allah saya akan publish kata-kata tersebut apabila semuanya sempurna. Ada masa kita berjumpa lagi dilembaran akan datang. Senyum selalu.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

4 comments:

  1. Ok, kelakar. Gelak akak baca. Teruskan menaip tau ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata2 semangat ke tu kak supaya terus blogging.. Hehe :D

      Delete
  2. paling suka yang lawak 1.... murid cerdik namanya hihi

    ReplyDelete
  3. ha ha ha, lawakannya cukup menggelikan..

    ReplyDelete