Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2015 | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, July 12, 2015

Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2015

Pantun khas hari raya Aidil fitri pilihan terbaik khas untuk anda semua. Selamat hari raya Aidil Fitri daripada penulis dan salam kosong, kosong, kosong bak kata Najwa Latif.


Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2015

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih

ANaK CiNa SungGuH LaWä
JäDì PelüKìS diBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä
JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,

Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!)

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

18 comments:

  1. banyak aih koleksi pantun :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidilfitri :)

    ReplyDelete
  3. Bila baca best tapi malangnya penat pula :::

    ReplyDelete
  4. opssss sy terlupa nak cakap Selamat Hari Raya Aidilfitri Aniq ehehe ;)

    ReplyDelete
  5. aaron ruslinie insyirah06 July, 2015

    Mantaplah ..

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri..saya share pantun ye! jemput ke blog saya :)

    ReplyDelete
  7. Anonymous18 July, 2015

    Minta izinn untuk copy :)
    Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous23 July, 2015

    PENJAWAT AWAM DI PAGI RAYA

    Bergema takbir di subuh pagi
    Tanda tibanya syawal mulia
    Tanpa tersedar basah di pipi
    Tidak tertahan air mata

    Walaupun bertugas sibuk sekali
    Sembahyang raya tidak dilupa
    Puji dan syukur kepada ilahi
    Taat dan setia kepada negara

    Sungguh meriah di hari ini
    Ramai berhias cantik bergaya
    Namun kami bersenang hati
    Walau hanya berpakaian biasa

    Lemang ketupat dan kuih raya
    Cukup sekadar mengubat rasa
    Berkumpul bersama rakan sekerja
    Raya disambut dengan seadanya

    Penjawat awam di seluruh negara
    Tak kira awam polis dan tentera
    Seri Paduka dicurahkan setia
    Kepada rakyat berkhidmat sentiasa

    Walaupun hiba sedih di hati
    Terkenang keluarga dan juga desa
    Usah bersedih tabahkan hati
    Teruskan khidmat di hari mulia

    Salam lebaran dan aidilfitri
    Kepada seluruh rakyat Malaysia
    Ingatlah kami sentiasa di hati
    Penjawat awam di hari raya

    M.Z.M.A, JULAI 2015

    Selamat hari raya kepada tuan rumah dan penjawat awam di seluruh Malaysia
    Segala jasa dan pengorbanan anda di hari raya amat dihargai oleh kami rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya! haha.. dah terlepas

    ReplyDelete
  10. Thank ...
    " Mohon Maaf Lahir dan Bathin "

    ReplyDelete
  11. Anonymous01 July, 2016

    saya mohon share pantun admin ya

    ReplyDelete
  12. Mohon share yer admin

    ReplyDelete
  13. saya nak pinjam buat isi dalam kad raya ya. terima kasih:)

    ReplyDelete