Aniq Bukhary Channel


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, November 11, 2012

Penyerahan durian runtuh untuk generasi muda Felda

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menyerahkan sejumlah RM563 juta durian runtuh kepada 112,635 isi rumah Felda di bawah fasa ketiga khusus untuk generasi muda peneroka.

Masing-masing akan menerima RM5,000.

Penyerahan itu dilakukan pada majlis Himpunan Generasi Baru Felda, yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini.

Agihan durian runtuh ini berdasarkan keuntungan selepas penyenaraian Felda Global Ventures di bursa saham.

Jumlah keseluruhan durian runtuh yang diberikan kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua adalah berjumlah RM1.689 bilion.


Thursday, November 8, 2012

Gempak! Kejadian pukul di Sepang (5 gambar)

Kejadian nie berlaku di salah sebuah bengkel kereta di tepi jalan sebelum menuju ke Bagan Lalang. Peristiwa nie secara kebetulan berlaku di hadapan mata Aku pengembara sendiri time tinted kereta hari tu.

Gambar hiasan..

Kereta yang baru di tinted. Tapi bukan kereta nie yang Aku pengembara tinted.. Gambar nie time shoot autoshow kat PJ hari tu. Kereta Aku pengembara (abang punya) gambar kat bawah tu..

Nie la kereta tu.. Tinted sebab panas kalau x tinted. Dah la kulit kita nie hitam, tambah hitam lagi kalau hari-hari kena panas.. ^_^

Ok, kita berbalik kepada topik asal. Nie gambar yang Aku pengembara 'snap' sebelum kejadian. sementara menunggu kereta siap di'tinted', lensa kamera tertarik pada seorang adik cute yang lalu depan bengkel tu.

Aku pengembara
cakap kat adik tu, adik boleh tolong? abang nak tangkap gambar adik, boleh tak? Tak sangka plak adik tu beri respon positif namun hajat tak kesampaian apabila dua budak lelaki menyibuk tetiba masuk nak tangkap gambar juga. Di situlah bermulanya kejadian pukul yang menggemparkan. Lihat gambar di bawah.

Woi pulang balek basikal aku!

Ni la padah kalau guna barang orang tanpa izin. Kan dah kena.. Nasib baik la abang kameraman nie tolong.. kalau x, teruk kena belasah.. hehe

Aku pengembara: Dialog diubah oleh saya sendiri mengikut cadangan dan idea gila rakan-rakan. Post kali ini hanya sekadar hiburan dikala otak semakin serabut nie.. Huh! Apa-apa pun, aku hanya buat yang terbaik untuk anda dan jangan segan tegur bila aku salah dan hulurkan tangan mu bila aku lemah.. Akhir kata, ASSALAMUALAIKUM W.T.B.

Wednesday, October 31, 2012

Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2013

JOHOR 
Aidil Zaquan (ATM)
Zaquan Adha (ATM)
Azmi Muslim (ATM)
Safiq Rahim (SEL)
Muslim Ahmad (TER)
Norshahrul Idlan Talaha (KEL)
Nurul Azwan Roya (KEL)
Safee Sali (Pelita Jaya)
Daniel Guiza (Bekas pemain antarabangsa Sepanyol)
Simone Del Nero (Bekas pemain Lazio)
 


KELANTAN    
Zairo Anuar (T.TEAM)
Faiz Subri (T.TEAM)
Haris safwan (JFC)
K.Nanthakumar (PRK) 

Fakri Sharani (FELDA)
Eduardo Alves Da Silva
Leck Kcira (Import croatia)
Dimitri Petratos (Pemain bawah 23 Australia)
Keita Mandjou (Import Guinea)
 


SELANGOR 
S.Kunalan (NS)
Mahali Jasuli (HMA)
Sharbinee Alawi (TER)
Afiq Azmi (KL)
Forkie Doe (Bekas import Terangganu)


PERAK 
Hadi Yahya (TER)
S. Chanturu (KEL)
Farizal Marlias (NS)
Yong Kong Yong (FELDA)
Alexander Geynrikh

TERANGGANU
 

Syed Adney (SBH)
Effa Owana (NS)

PAHANG
 

Azidan Sarudin (SEL)
Amirul Hadi Zainal (SEL)
Razman Roslan (SEL)
Juan Manuel Arotegui

ATM
 

Faderin Kadir (FELDA)
Shukor Adan (NS)

NEGERI SEMBILAN
 

Eddy Helmi (JFC)
Fauzi Nan (KED)

KEDAH
 

Akhmal Rizal Rakhli (PRK)
K. Soley (SEL)
Shahrul Ezrain Shamsuddin (T.TEAM)
Chayane Santos (BRAZIL)

SARAWAK
 

Joseph Kalang (TER)
Mafry Balang (SBH)

T. TEAM
 

Marzuki Yusof (TER)
Mazlizam Mohamad (TER)
George Boateng (Bekas pemain Aston Villa)
Celab Folan (Bekas pemain Birmingham City)


SABAH
 

Rhys Weston (Bekas pemain kebangsaan wales)

PERLIS
 

Razali Umar Kandasamy
Hardi Jaafar

FELDA UNITED
 

Amar Rohidan (KED)
Muhammed Ghaddar (Bekas import Kelantan)
 


Aku pengembara: Segala isi kandungan yang ada dalam post ini cumalah khabar angin dan cakap-cakap yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Anda mempunyai hak untuk mempercayai perpindahan ini atau tidak.. Apa-apa pun, saya tetap buat yang terbaik untuk anda..

Friday, October 5, 2012

Dua rama-rama pembawa cinta

Kisah si rama-rama..
Rama-rama nie terbang jauh untuk sampaikan pesan orang di sini rindukan orang di sana..
Miss you so much..


Aku pengembara: Antara dua rama-rama di atas, yang mana satu pilihan anda, mestilah rama-rama yang nombor dua tu kan?. Begitulah pendapat spontan kebanyakan rakan-rakan yang saya ajukan soalan ini. Tetapi bagi photographer seperti saya, saya lebih memilih gambar yang pertama sebagai rama-rama yang terbaik berbanding yang ke-dua.

          Saya mengimpikan untuk menghasilkan satu gambar menggunakan DSLR saya (shutter speed) yang lebih mengancam daripada gambar di atas. Semoga impian itu bukan sekadar impian dan angan-angan kosong tetapi sebuah realiti hidup yang harus ditempuhi dengan sabar dan penuh semangat.....

Tuesday, September 18, 2012

Senarai 100 blog paling berjaya sejak julai 2011

1. http://plez-stop.blogspot.com/
2. http://annamathur.blogspot.com/
3. http://ainsofikahhamid.blogspot.com/
4. http://faiezamaddaru.blogspot.com/
5. http://zulfattah.blogspot.com/
6. http://aunisyifaa.blogspot.com/
7. http://www.pakpis.com/
8. http://sesumpahmerah.blogspot.com/
9. http://czonez.blogspot.com/
10. http://livinginkoreanworld.blogspot.com/
11. http://cloudboy93.blogspot.com/
12. http://amandaaina.blogspot.com/
13. http://aniemshah.blogspot.com/
14. http://rashidyshidy.blogspot.com/
15. http://acuyuhan.blogspot.com/
16. http://islamitujiwasaya.blogspot.com/
17. http://nur-zaiya.blogspot.com/
18. http://huffazsolehah.blogspot.com/
19. http://najihayub.blogspot.com/
20. http://astralcoco.blogspot.com/
21. http://bielaisabella.blogspot.com/
22. http://betolkatacichaq.blogspot.com/
23. http://luptiducukicuki.blogspot.com/
24. http://wisnu-dewantoro.blogspot.com/
25. http://bumbl3b33.blogspot.com/
26. http://mysuarablog.blogspot.com/
27. http://kikirizqy.wordpress.com/
28. http://asdafperkim.blogspot.com/
29. http://iekalife1990.blogspot.com/
30. http://nadnodazizan.blogspot.com/
31. http://sayasayang-awaksorang.blogspot.com/
32. http://butterflygurlz91.blogspot.com/
33. http://berryviolet-miszaza.blogspot.com/
34. http://putryshafiq.blogspot.com/
35. http://fwtokoyskoysi.blogspot.com/
36. http://adeqmcjockin.blogspot.com/
37. http://alyff-aziz.blogspot.com/
38. http://keretapengantin.blogspot.com/
39. http://ayuiman88.blogspot.com/
40. http://ahmadfauzi-ahmadfauzi.blogspot.com/
41. http://simplelagistyle.blogspot.com/
42. http://www.bonikacak.com/
43. http://ceritasiaiyon.blogspot.com/
44. http://theazaris.blogspot.com/
45. http://www.shahazrin.com/
46. http://mastz04.blogspot.com/
47. http://nuyuijoinsanesini.blogspot.com/
48. http://rizwanewan.blogspot.com/
49. http://kauilhamku881204.blogspot.com/
50. http://gadismira.blogspot.com/
51. http://noorituaku.blogspot.com/
52. http://cahayaeyqin.blogspot.com/
53. http://korean-online-shoppe.blogspot.com/
54. http://kisahkitajer.blogspot.com/
55. http://www.alongusop.com/
56. http://cili-kering-workshop.blogspot.com/
57. http://joyfulroselle.blogspot.com/
58. http://secretofnoone.blogspot.com/
59. http://haffizmohdnoor.blogspot.com/
60. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
61. http://menggapainurkasihmu.blogspot.com/
62. http://www.sayeshukepink.com/
63. http://comey-comeyblog.blogspot.com/
64. http://www.formspring.me/iyou90
65. http://rhythmofheart92.blogspot.com/
66. http://inspirasiindah.blogspot.com/
67. http://mohdyunus89.blogspot.com/
68. http://empayarutama.blogspot.com/
69. http://fajar-juli.blogspot.com/
70. http://cintailmu89.blogspot.com/
71. http://nottygirlz.blogspot.com/
72. http://www.mohamadazhan.com/
73. http://humairahainina.blogspot.com/
74. http://atinbiah.blogspot.com/
75. http://www.kisahsigemok.com/
76. http://buasirotak.blogspot.com/

Aku pengembara: Yeah, saya telah mencapai 100 orang follower! Ok, Senarai di atas merupakan blog-blog yang saya istilahkan sebagai 'berjaya' di Malaysia. Kenapa??. Jawapannya simple, blog-blog tersebut merupakan blog-blog kreatif yang dengan rela hati menjadi follower saya dan sekaligus telah menyuntik semangat untuk saya menghasilkan karya-karya dalam penulisan blog sejak julai 2011.

Sokongan dan dorongan yang mereka berikan telah menjadi pendorong kepada saya untuk terus melibatkan diri dalam dunia blog sehingga mencapai tahap ini yang saya sendiri tidak jangkakan. Oleh yang demikian, Sebagai tanda penghargaan kepada jasa mereka, post kali ini diterbitkan khas untuk follower saya bagi memudahkan saya sendiri serta pembaca mengunjungi blog tersebut.

Sebelum itu, saya memohon maaf kepada beberapa follower yang link mereka tidak tersenarai dalam post kali ini. Saya telah menggunakan pelbagai cara untuk cuba mencari link blog anda termasuklah meminta follower-follower saya untuk meletakkan link blog dalam chatbox saya tapi akhirnya menemui jalan buntu. Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua atas kekurangan tersebut dan segala kelemahan amatlah dikesali..

Saturday, September 8, 2012

Kalau betul awak cintakan saya

Kenapa awak ikut saya?
Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak.
 
Location: Cyberjaya, Selangor
Camera maker: Canon EOS 550D
Aperture: f/9.5
Expeture time:1/60
ISO: 100

Wednesday, August 29, 2012

Maksud disebalik perkataan "Saya Sayang Awak".

Martabatmu MULIA wahai wanita, jangan diletakkan di tempat yang HINA..

Location: Cyberjaya, Selangor.
Camera maker: Canon EOS 550D
Aperture: f/5.6
Exposure time: 1/90 sec
ISO: 100

Wednesday, August 15, 2012

Sedih: Hadirmu dinanti pergimu ditangisi

Location: Nilai, Negeri Sembilan.
Camera maker: Canon EOS 550D
Exposure time: 1/60
Aperture: f/22
ISO: 100




Thursday, August 9, 2012

Benarkah cinta tak pernah hadir tanpa kasih & sayang?

Hasil kerja 10 minit semasa cuti semester yang lalu..
 

Location: S.M.K Kuhara Tawau.
Talent: Muhammad Supizi
Camera maker: Sony Ericksson W810i
Aperture: f/2.8
Exposure time: 1/250 sec
ISO: 80 

Wednesday, August 8, 2012

Soal jawab cinta bersama ustaz episod akhir (4 gambar)

Assalamualaikum semua.. Seperti yang dijanjikan di bulan ramadhan yang mulia ini, Aku pengembara ingin berkongsi sedikit mengenai hasil karya yang membawa sejuta makna bagi Aku pengembara sendiri. Karya ini merupakan hasil sambungan daripada Soal jawab cinta sebelum ini. Bagi yang terlepas episod sebelum ini boleh lihat di sini (Soal jawab cinta 1, soal jawab cinta 2). Episod kali ini merupakan episod yang terakhir dan tiada lagi sambungan daripada kisah ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Apa-apa pun, Jom layan..




 


Aku pengembara:  Karya penuh pengajaran ini sekadar renungan buat semua terutamanya remaja seperti saya. Saya sendiri akui bukan mudah untuk mengelak daripada dunia percintaan di zaman yang semakin mencabar ini. Apa-apa pun, semoga episod akhir ini memberi manfaat dunia dan akhirat kepada kita semua. Seperti biasa, 1 perkataan ikhlas dari hati 'PLEASE TEGUR AKU' kerna saya cuma insan biasa yang tidak lepas dari salah dan silap..

Share jika anda rasakan ianya bermanfaat untuk semua..


Tuesday, August 7, 2012

Perlukah wanita berpenampilan seksi?

Saat seorang wanita cantik dan seksi muncul dalam satu majlis, biasanya sang lelaki akan terus bereaksi.  confirm mesti punya la. Ada yang just tengok tanpa komen ape-ape, ada yang bersiul nakal, ada juga yang bernyanyi dan yang lebih berani ada yang mendekati dan mintak nombor fon. manelah tau nasib pompuan seksi tu gi layan kan?
kalau dah macam tu.. perlukah seorang perempuan berpenampilan SEKSI?

Untuk merungkai persoalan ini, Aku pengembara tertarik dengan satu kajian yang dilakukan oleh seorang rakan blogger yang turut mengambil berat hal ini. Blogger wanita tersebut membuat kajian dengan bertanyakan soalan-soalan berkaitan pandangan lelaki tentang perempuan cantik serta seksi dan ternyata respon yang diberikan agak mengejutkan. Lihat jawapan di bawah:


JAWAPAN 1:
"Lelaki mana wey yang tak suka tengok pompuan cantik dan seksi? cuba ko bagitau aku??. But, aku suka tengok cam tu je. kalau nak ajak kawen? upsss. Nanti dulu. kena pilih-pilih gak. nak kena tengok agama, keturunan, kekayaan..bla..bla.."


JAWAPAN 2
"Aku suka tengok pompuan yang pakai mini skirt. paha putih gebu. Perghhh! tapi kalau nak dijadikan isteri. tak mungkin. aku tak nak isteri aku pegi tayang kat khalayak ramai kecantikan dan keseksian dia tu. itu semua hanya untuk aku sorang je"


JAWAPAN 3
"Pompuan seksi memang mengujakan mata lelaki. tetapi kalau nak pilih calon isteri, aku lebih suka pompuan yang memiliki peribadi seorang muslimah sejati. " (Sini)

Amacam.. menarik tak hasil kajian tersebut?


Soalnya sekarang, lelaki nak pompuan yang cam mana untuk  dijadikan isteri?

Persoalan ini mengingatkan Aku pengembara dengan kata-kata seorang rakan semasa kemasukan pelajar baru yang lalu. Time tu Aku pengembara diberi tugas untuk membacakan doa dalam majlis tersebut sekaligus Aku pengembara la antara orang yang terawal dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar baru. Selepas sahaja majlis itu, seorang rakan bertanya kepada Aku pengembara, "Amacam tadi, ramai student pompuan tak?." Dengan nada bergurau Aku pengembara cakap, "Opkoz la ramaiii..  Ada yang cute, ada juga yang seksi. Terpulang la nak pilih mana." jawapan Aku pengembara itu disambut dengan gelak tawa kami berdua. Kemudian dia cakap, Wei! Walaupun aku macam nie, tapi kalau nak cari isteri pun, biar yang bertudung. Sejuk sikit mata nie memandang. Yang tu kalau nak jadikan spear part boleh la. Hahaha.. "

Ada betulnya juga apa yang member Aku pengembara tu cakap. Itulah naluri seorang lelaki, walau macam mana pun jahatnya lelaki itu, apabila mencari isteri seterusnya menjadi pasangan hidup, mereka akan memilih pompuan yang sopan santun dan beragama. At least pakai tudung la. Sebagai seorang lelaki, Aku pengembara sendiri akui hakikat itu. Aku pengembara pun kalau nak cari pasangan hidup, first sekali biar yang beragama. Tak cantik pun tak apa, boleh tutup lampu. Hahaha (macam kenal je ayat nie). Tak champion masak pun tak apa, at least pandai masak nasi n goreng-goreng sikit dah la (yang lain boleh belajar together-gether lepas kawin^^). Apa yang penting, bagi aku cukup la jika dia sanggup berubah bersama-sama aku ke arah yang lebih baik serta sanggup menegurku bila aku lalai daripada tanggungjawab. OPPSSS, TERLEBIH SUDAH! ^_^ (mata comel)


Thursday, August 2, 2012

Hubungan kita sehangat api

Minggu nie kelas foto Aku pengembara agak santai. My lecturer just bagi briefing subjek dan sedikit gambaran tentang perjalanan untuk semester kali ini. Semester nie begitu menguji fizikal dan mental disebabkan lecturer mencabar Aku pengembara dan rakan-rakan untuk mencari foreigner sebagai model untuk shoot fashion nanti. Dengan itu bermula la pencarian bakat-bakat baru Aku pengembara untuk dijadikan model nanti (^_^). Ok, di bawah ini merupakan satu contoh model yang pernah Aku pengembara Shoot beberapa tahun yang lepas dan telah diberikan nafas baru mengikut kehendak rakan-rakan yang inginkan sesuatu karya yang kreatif dan mantap. Kalau rasa best dan kena di hati, bolehlah tekan butang share di bawah post ini dan kalau x best plak, apa boleh buat laa.. Banyak benda lagi yang Aku pengembara belum belajar tentang editing nie.. So, apa tunggu lagi, jom layan karya gila Aku pengembara.


Aku pengembara: Karya seterusnya akan saya publish minggu hadapan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Thankz coz sudi jenguk karya gila ini dan sebarang cadangan bolehlah emailkan kepada saya di alamat yang tertera di atas. Akhir kata daripada saya, sebaris ayat ikhlas dari hati "PLEASE TEGUR AKU". Assalamualaikum...


Wednesday, August 1, 2012

Jiwa ku jiwa bisnes (11 gambar)

Selain daripada menjadi seorang jurufoto part time, Aku pengembara juga turut menjalankan bisnes printing tshirt. Pada awalnya bisnes ini hanya sekadar hobi bagi Aku pengembara coz dari dulu lagi Aku pengembara mempunyai impian untuk memakai baju hasil design sendiri. Entry kali ini sebenarnya menjawab persoalan mengenai gambar kontroversi Aku pengembara yang menjadi bualan hangat rakan-rakan Aku pengembara sendiri. Untuk melihat gambar kontroversi itu, bolehlah klik Sini ---> Aku anak melayu tak kan menyerah kalah.


 Contoh baju yang telah siap dicetak.

Sifu, Abang Azmi menerangkan serba sedikit tentang dunia pencetakan baju.

Rakan seperjuangan dari pelbagai negeri yang turut berkongsi minat yang sama. Hidup melayu!

T-shirt simple. Dalam proses untuk disiapkan.

 Jentera yang digunakan untuk mencetak T-shirt.

Kenangan bersama Abang Azmi ketika di Wangsa maju.

Contoh T-shirt yang telah siap.

Satu lagi contoh T-shirt.

Yang nie menggunakan teknik heatpress.

T-shirt pertama yang saya hasilkan sewaktu awal penglibatan dahulu. (^_^)

Give smile to everyone daripada Aku pengembara. Haha!

*Aku pengembara turut menawarkan khidmat mencetak nombor jersey. Siapa yang berminat, inform je kat sini ---> FB atau pun kalau susah sangat contact nombor nie (0102710167).. InsyaAllah akan dilayan. Mesej 24 jam, calling di luar waktu kelas.. (^_^)


Monday, July 23, 2012

Surat penting dari Desariavilla

Surat penting ini ditemui beberapa bulan yang lalu dan baru didedahkan kepada umum pada hari ini. Pemilik surat ini masih lagi menjadi misteri kerana surat yang ditemui di block B ini tiada sesiapa mengakuinya. Aku pengembara sendiri tertarik dengan surat ini dan merasakan ia sesuai untuk diletakkan dalam blog gila Aku pengembara nie.. Haha.. Apa-apa pun, jom layan surat nie dan mungkin anda adalah pemilik surat misteri ini..


*Inilah surat misteri tu. Hehe

*Kalau tak clear, boleh baca sini..

Aku pengembara: Thankz kerana sudi baca surat nie (^_^).


Wednesday, July 4, 2012

Reaksi kecewa Zizan selepas kekalahan Itali

Euro 2012 telah pun meninggalkan kita beberapa hari yang lalu. Semua sedia maklum, pasukan Spain telah mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi empat tahun lalu selepas menumpaskan pasukan Itali dengan jaringan besar 4-0. Peminat bola sepak dunia sama sekali tidak menjangkakan pasukan Itali akan tewas mudah ditangan Spain dalam perlawanan tersebut termasuklah artis popular tanah air. Pelakon KL Gangster, Zizan tidak dapat menyembunyikan kekecewanya selepas mengetahui keputusan perlawanan antara Spain dan Itali yang dikatakan cukup memalukan itu. Apa-apa pun, Jom kita lihat apa reaksi Zizan..


Zizan raja lawak

 King memaklumkan kekalahan pasukan Itali.

Zizan tidak dapat menerima hakikat kekalahan pasukan Itali

Aku pengembara: Hanya sekadar hiburan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. hehe. ^_^


Friday, June 1, 2012

Soal jawab cinta bersama ustaz part 2 (4 gambar)

Assalamualaikum semua.. Seperti yang dijanjikan di pagi jumaat yang mulia ini, Aku pengembara berkongsi dengan anda hasil karya yang membawa seribu makna bagi Aku pengembara sendiri. Karya ini merupakan sambungan daripada soal jawab cinta yang Aku pengembara kongsikan minggu lepas. Anda boleh klik sini untuk melihat episod soal jawab cinta 1 dan entry kali ini merupakan sambungan daripada soal jawab cinta tersebut. 




  
Bersambung...

Aku pengembara: Entry nie sekadar renungan dan perkongsian untuk semua terutamanya remaja seperti saya. Saya sendiri akui dalam zaman yang semakin mencabar ini, bukan mudah untuk mengelak daripada terjerumus ke lembah percintaan yang penuh dengan drama ini. Apa-apa pun semoga entry kali ini memberi manfaat untuk semua dan sebaris ayat ikhlas dari hati "PLEASE TEGUR AKU". Wassalam..


Thursday, May 31, 2012

Sedih: Kenanganku tertinggal di Putrajaya (15 gambar)

Perhimpunan jutaan belia 2012 telah pun berlalu dan meninggalkan kesan yang mendalam bagi diri Aku pengembara secara peribadi. Lima hari menghabiskan masa melihat pelbagai karenah manusia dengan menggunakan lensa kamera merupakan satu kepuasan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Tiada apa yang dapat mengembirakan Aku pengembara selain daripada dapat menghasilkan satu gambar yang berkualiti dan memuaskan hati ini. Bagi Aku pengembara inilah masa yang terbaik untuk meningkatkan lagi kemahiran yang ada dalam menggunakan fungsi kamera. 


Entry kali ini Aku pengembara letakkan beberapa gambar untuk tatapan semua terutama rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada hari karnival berlangsung. So, hope enjoy this dan kepada otai-otai photographer jangan lupa komen tentang gambar (bukan blog) supaya Aku pengembara dapat mempertingkatkan lagi kemahiran yang sedia ada. ^_^


Adik comel Putri Adriana menyanyikan lagu cinta untuk nabila yang pernah
dipopularkan oleh kumpulan Melissa satu ketika dulu.

100% tanpa edit.

Seni bina yang terdapat di pusat pentadbiran Putrajaya.

Suasana petang sabtu berdekatan dengan bangunan KBS tempat saya dan rakan-rakan bertugas.

Kupon yang diberikan kepada sukarelawan hari belia termasuklah saya. Banyak juga kan?

Gambar yang dihasilkan ketika sedang duduk menunggu rakan-rakan. 

Photographer by photographer ^_^

Antara gambar panning yang terhasil pada hari kedua.

Air mata kucing pun ada jual. Kesian dengan kucing tu. ^_^

Sasuke. Siapa berani cubalah! Aku pengembara dah try. bukan senang woo..

Peace.. adik nie cuba menyembunyikan gemuruh dijiwa ketika menunggang motor pelik nie. First time la tu ^_^

Tugas getir seorang photographer. Tengok tu.. bukan senang untuk menjadi seorang photographer professional nie.

Suasana santai di hadapan Istana kehakiman Putrajaya.. macam berkelah pun ada..

Tram yang digunakan pengunjung sepanjang 6km tapak karnival.

karya seni menarik yang dapat dihasilkan. Terbaik la! 

Selamat tinggal Putrajaya.. :'(