Aniq Bukhary Channel: Aku pengembara


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Aku pengembara. Show all posts
Showing posts with label Aku pengembara. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Aku, mak dan kek coklat

Kek? Apabila becakap pasal kek, aku memang tidak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang suka makan kek. "Banyak makan manis nanti buruk gigi", bak kata mak aku. Bercakap pula pasal mak, mak aku pun bukannya tergolong dalam golongan yang suka makan kek. Apabila selalu sangat makan kek, secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu rasa yang kurang enak di pandangan mata serta dinikmati oleh jutaan deria rasa (Fuh! ayat merapu aku)

Tapi itu tidak bermakna mak langsung tak boleh makan kek. Boleh makan tetapi tak boleh kerap samalah macam aku. Menjaga kesihatan gigi. Ok, cukup dengan celoteh panjang. Semakin panjang celoteh, semakin banyak pula aku merapuh.

Gambar hiasan

Street to the point, bulan lepas aku telefon mak bagi tahu aku nak bank in duit untuk mak. Alhamdulillah, ada rezeki sikit hasil daripada bisnes printing Teratak Aniq Bukhary bulan lepas.
"Mak bulan ni bank in Rm50 ya. Ada rezeki sikit". Aku cakap dalam telefon hari tu.

"Bagi duit ni sudah cukupkah kelengkapan kamera tu, lampu (speedlite), barang-barang kamera sudah ada?!" Soal mak.
Check mate! Aku faham maksud soalan itu. Mak tak mahu susahkan anak lelaki dia ini dan mak tahu anak dia ini seorang photographer dan perlu kepada equipment kamera yang mahal nak mampus tu. Aku asyik kalah kalau berdebat dengan mak pasal hal ini. Biasalah mak ada kuasa veto dan Sebarang keputusan yang dibuat mesti diterima tanpa sebarang bantahan. Ok fine! kali ini mak menang.

Baru-baru ini aku dapat idea. Tak mahu duit, aku hantar kek. Langkah awal aku tempah kek khas untuk mak dekat kampung. Orang yang buat kek itu pun dekat sahaja dan proses penghantaran dan pengambilan kek pun mudah. Aku just bayar melalui maybank2u sahaja.

Terima kasih mak, terima kasih akak pembuat kek :)

Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Akhirnya kek pun siap. Mak pun pelik dari mana datang kek yang tertulis ‘I love my mom’ ini. Lepas itu saya yang berada di Puchong ini pun call mak, "tu hadiah untuk mak.. Jangan risau sudah bayar just ambil kek tu". Kali ini mak pula check mate tak terkata apa-apa. Terharu.

Yes! aku menang. Lepas aku suprisedkan mak, seriously hati aku tenang. Berapa sangatlah nilai sebiji kek  jika di bandingkan dengan pengorbanan mak melahirkan dan membesarkan?

Tuesday, February 25, 2014

Antara study dan family?

Beberapa hari ini, aku begitu sibuk untuk semester baru ini. Minggu pendaftaranlah katakan. Macam-macam benda kena buat di samping bermacam-macam perasaan jugalah yang timbul. Gembira, semangat, sedih dan berat hati semua sekali masuk dalam satu pakej. :)

Gembira sebab dapat jumpa member selepas sekian lama tak jumpa. Sebulan lebih cuti mahu tak excited jumpa?

Semangat
sebab nak cipta satu kejutan untuk semester baru ini. Semester baru semangat baru. Semoga kali ini menjadilah semua perancangan.

Sedih sebab kediaman lama aku kat Desaria Villa tu tinggal aku dan beberapa orang saja yang tinggal. Pelajar lain dah tak stay situ. Serius sedih!

Berat hati
pula disebabkan terpaksa meninggalkan keluarga untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan ini.

Aku yang dulu bukan yang sekarang :)

Walaupun aku sudah biasa berjauhan dengan family sebelum ini tapi setiap kali sahaja masuk semester baru, mesti perasaan ini akan wujud. Namun dalam berat hati itu pun, langkah ini aku gagahi juga kerana perjuangan ini mesti diteruskan.

Salam sayang tak terhingga buat mak ayah di kampung. Family termasuk abang dan kakak yang turut banyak membantu, rakan-rakan seperjuangan, pembaca-pembaca setia yang tak jemu-jemu membaca, seterusnya para pembaca yang tak sengaja terbaca perkongsian dari blog AKU PENGEMBARA ini. ^_^

Rasanya cukup di sini sahaja dulu bebelan di petang hari ini. Aku tahu mesti anda yang menyampah mendengar ceritaku ini kan? :) Tapi apa boleh buat, aku terpaksa tulis juga mengenainya biar satu dunia tahu yang aku sedang bersedih.. Huhu :D

Akhir kata daripada insan kerdil ini, tell me if I am wrong, catch me when I am fall. Assalamualaikum

Tuesday, August 20, 2013

Hah!!! Jodohku dari kalangan keluarga terdekat?

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk pertengahan bulan syawal. Ish.. ish.. cepatnya masa berlalu. Puasa enam satu pun belum terlaksana lagi. Huhu. Baiklah, mungkin ada di antara anda yang tertunggu-tunggu kemunculan admin blog kesayangan ramai ini kan? Ngaku je la yang anda-anda semua rindukan admin selepas dua minggu menyepi (perasan jap). Ok malas nak intro panjang-panjang, jom kita mulakan kisah di sebalik syawal ini.

Seperti tahun-tahun yang sudah, pengisian syawal di kampung tidak sempurna jika tidak berkunjung ke rumah sanak saudara dan keluarga terdekat. Al maklumlah, setahun sekali bak kata orang tu. Cerita pasal perasaan memang tak dapat digambarkan keseronokan menghabiskan cuti raya di kampung. Family semuanya ramah-ramah belaka dan memang seronok tak terkira bertemu selepas beberapa lama tak bersua muka.

Gambar hiasan
Disebalik keseronokan itu, ada benda serius yang membuatkan aku kekadang berfikir seketika walaupun ianya nampak seperti satu gurauan. Seperti diduga, family terutamanya abang besar (abang long) akan cuba pasang-pasangkan aku dengan gadis-gadis yang juga merupakan keluarga terdekat yang datang berkunjung ke rumah.

"Kau pilihlah yang mana satu kau mahu. Lepas kahwin, kau ambillah kereta avanza dekat bawah tu" Nada bergurau abang di sambut dengan gelak tawa kami semua yang berada diruang tamu. Hebat permainan abang besar nie, siap bagi offer kereta plak dengan aku. Mak yang ada di situ hanya tersenyum penuh makna melihat aku walaupun kami semua tahu abang selalu bergurau.

Merah padam aku tengok muka cousin aku mendengar gurauan abang. Malu letuw. Aku pun malu juga sebenarnya namun aku sembunyikan disebalik wajah machoku.. Keh3. (Cover dahhh..) :D

Siapakah gerangannya?
Untuk pengetahuan semua, kakak dan abang aku semua dah kahwin dan itulah sebabnya aku menjadi tumpuan untuk dicarikan calon isteri memandangkan aku adalah calon seterusnya mengikut urutan adik beradik.

Secara jujurnya aku sebenarnya tidak pernah menolak jika benar itulah yang dinamakan jodoh. Namun tak pernah terlintas pun di fikiran untuk mencari pasangan hidup daripada golongan keluarga terdekat. Aku belum terfikir lagi untuk menjadikan teman sepermainanku semasa kecik dulu sebagai pasangan hidup. Imposible.

Aahhh! lantaklah siapa dia. Apa yang pasti aku tetap berpegang dengan kata-kata yang aku pernah kongsikan dalam page Bloggermate satu ketika dulu, Sesuatu yang sudah ditakdirkan menjadi hak kita, tak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain. Aku percaya ini.

Jodoh itu rahsiah Allah
Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin juga ada diantara pembaca coretan kisah ini bakal menjadi jodohku? siapa tahu? Jodoh kan rahsia Allah. Tak kiralah family atau bukan, orang jauh atau orang dekat, Aku nak bagi tahu buat bakal insan istimewa yang tak tahu siapakah gerangan itu, Di mana dan siapa pun kamu, I LOVE U so much. jaga hatimu untukku dan aku akan jaga hatiku untukmu. :)

~SEKIAN~

Aku pengembara: Album raya, in shaa Allah akan diupload dalam masa terdekat.

Tuesday, April 9, 2013

Berharap dapat bertemu Cik Na tukang urut (3 gambar)

Seperti biasa, aku akan teruskan pengembaraan ini. Tetapi pengembaraan kali ini berbeza daripada pengembaraan yang sudah kerana aku tidak berseorangan. Aku ditemani oleh seorang rakan serta kertas assignment black and white photography yang perlu diselesaikan dengan segera. Kali ini Pantai Morib menjadi sasaran setelah Bukit Broga terpaksa cancel last-last minute disebabkan beberapa faktor.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Pantai Morib, hujan pula turun dengan lebatnya. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi ke Sepang (rumah abang) terlebih dahulu untuk mengambil peralatan printing t-shirt yang tertinggal di sana. Hujan seakan tidak memberi sedikit pun ruang untuk kami meneruskan perjalanan maklumlah aku hanya menunggang sebuah motor yang tak beratap.

Beg besar dah bawa, hujan plak.

Melihat keadaan itu, aku, abang dan seorang rakan itu pun membuat sedikit meeting berkenaan perjalanan kami dan keputusan pun dibuat. Abang memutuskan supaya kami bermalam di Sepang dan meneruskan perjalanan pada hari esok. Aku akur. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Hari yang dinanti pun telah tiba dan pagi ahad pun muncul jua. Selepas solat subuh, kami pun memulakan perjalanan dan pada saat itu jugalah aku mendapat idea untuk singgah sekejap di Gold Coast Pantai Bagan Lalang yang pernah saya tulis sebelum ini [KLIK SINI]. Di situlah aku cuba untuk settlekan semua assignment takut kalau-kalau tak sempat pergi ke Pantai Morib.

Antara gambar yang sempat shoot.

Akhirnya sampai di Gold Coast. Selepas melihat jam ditangan telah menunjukkan pukul sembilan pagi, kami pun bersiap untuk meneruskan pengembaraan. Kali ini sesuatu yang buruk telah berlaku, motor wave kesayaangan pula mengalami masalah tayar bocor. Fuh! aku menggaru kepala yang tak gatal. Pegawai keselamatan yang berada di situ menjadi sasaran pertanyaan bengkel berdekatan dan jawapan terbaik dari ladang aku terima. "Kat sini tiada bengkel, korang kena pegi pekan lebih kurang sepuluh kilometer". Dengan senyuman aku menjawab "Thanks uncle" dan berlalu dengan motor pancit itu.

Setelah beberapa minit perjalanan, aku mengambil keputusan untuk singgah bertanyakan kepada seorang penjual kuih yang berada di tepi jalan itu. Belum sempat aku berkata apa-apa, wanita cute itu pun berkata,

"Motor pancit ke?"
"Hehe.. ye la.. bengkel motor jauh lagi ke?"
"dekat simpang depan tu ada..." Jawanya.
"Jalan kaki agak-agak berapa lama?"
"Hehe.. kalau jalan kaki, berpeluh juga la.." jawabnya sambil tertawa kecil mungkin geli hati mendengar soalan bodohku.

Aku dan seorang member itu tiada pilihan. Apa yang ada dalam kepala time tu, bawa motor sampai terjumpa bengkel walaupun tak tahu selok belok jalan dekat situ. Beberapa ketika selepas itu, tanpa diduga datang seorang mak cik yang berpewatakan ganas menawarkan diri untuk menunjukkan tempat untuk betulkan tayar. "Aik! biar betul mak cik ni.." Risau pula aku tiba-tiba pula mak cik tu offer.

"Seorang ikut mak cik dan seorang lagi bawa motor yang pancit tu". katanya.
 
Member aku pun tanpa berfikir panjang menunjukkan isyarat supaya aku yang ikut dengan mak cik yang tidak dikenali sementara dia membawa motor yang pancit bagi mengurangkan bebanan berat. Kami tiada pilihan.

"Tak menyusahkankah?" Tanya ku.
"Takde la, cepat naik". Arah mak cik itu sementara diekori rakan dibelakang yang menunggang motor pancit.

Pada awalnya aku beranggapan mak cik tu ganas orangnya dan ternyata anggapanku silap. Dalam perjalanan aku sempat bertanyakan tempat tinggal mak cik tu dan jawapan panjang diberikan. Mak cik tu bagitahu dia bekerja di airport, ada lima orang anak, tiga orang dah bekeja, dua orang masih belajar dan banyak lagi maklumat yang diberikan sehinggakan tiada ruang untuk aku bercakap. Selepas beberapa ketika itu, kami pun sampai di bengkel motor yang dimaksudkan namun sekali lagi malang menimpa apabila kedai tersebut pula tutup. Terlupa pula aku rupanya hari tersebut merupakan hari ahad.

Melihat keadaan itu, tiba-tiba mak cik itu pun berkata,
"Anak ni asal mana?"
"Saya asal Sabah, study dekat Cyberjaya, duduk dekat Puchong". Jawabku detail.
"Oh Puchong.. jauh tu nak..." takkan nak balik dengan tayar pancit?"
"Tak pe la mak cik.. nanti saya ikhtihar.." Jawabku yang tidak mahu menyusahkan mak cik itu lagi.

Mak cik itu merenung aku dalam-dalam lantas berkata, "Jom kita pergi kedai sebelah masjid sana. Kat sana ada bengkel motor.. Mudah-mudahan lah buka nak.. mak cik kesian tengok kau dengan kawan kau tu.. Puchong bukannya dekat". Melihat kesungguhan mak cik tu membantu, perasaanku menjadi bercampur baur. Serba salah, terharu dan malu pun ada dengan wanita yang umur dalam lingkungan 40-an itu. Aku sendiri tidak menyangka keprihatinan mak cik itu sampai ke tahap ini.

Tidak lama selepas itu, kami pun sampai di tempat yang dimaksudkan. Alhamdulillah, ada juga kedai cina yang buka hari ahad nie. Hatiku lega. Beberapa ketika lepas itu pula muncul kelibat rakan aku yang dari tadi mengekori dari belakang. Kami pun mengucapkan terima kasih yang tak berbelah bagi kepada mak cik tersebut. Tak sangka pula ada lagi manusia yang berhati mulia seperti mak cik itu.

Alhamdulillah jumpa juga bengkel nie.

"Terima kasih mak cik, tak tahu lagi nak kata apa.." kawanku bersuara.
"Tak apa.. Berapa harga tukar tayar tu?" Tanya mak cik tu.
"Maybe dalam sepuluh ringgit je mak cik.. " Jawab ku ringkas.
"Oh, ada duit tak nie?" Soal mak cik tu on the sport.
"Ada mak cik.." Jawab ku dengan penuh yakin disebabkan malu yang tak terkata dengan mak cik tu. Dalam hati takkanlah yang nie pun mak cik nak bayar. Malu tahap dewa dowh!
"Oklah. Apa-apa hal, nanti contact mak cik ataupun kalau nak kerja dekat airport. Kat dalam tu banyak kerja. Nie ambil nombor mak cik. Cik Na Urut.. selain kerja kat airport, mak cik juga tukang urut.
"terima kasih banyak tau mak cik," Sekali lagi rakan baik ku mengucapkan terima kasih atas budi baik Cik Na Urut itu..
"Ok, hati-hati dalam perjalanan". Sambil berlalu pergi dengan motor maroonnya....

Mulianya hati Cik Na ini.. Aku berharap, satu hari nanti aku akan dapat bertemu dengannya lagi. Jasamu tetap ku kenang..

~SEKIAN~


Tuesday, February 19, 2013

Nampak sama tapi bukan dia (18sx)

Nampak sama tapi bukan dia itulah topic menarik untuk perkongsian kali ini. Baiklah, sebelum kita mengembara lebih jauh lagi, diingatkan sekali lagi artikel kali ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Bagi mereka yang belum mencapai tahap umur yang dinyatakan anda dinasihatkan agar meninggalkan halaman ini dengan segera (^_^). 

Nak dijadikan cerita, peristiwa ini sebenarnya berlaku pada tahun lepas ketika Akupengembara baru balik daripada kelas. Wajah yang dipenuhi keresahan seorang member meminta Akupengembara tunjukkan jalan menuju ke IPD sepang. Ada urusan katanya. Sudah menjadi kebiasaan, Akupengembara jarang sekali menolak apabila member minta pertolongan daripada Akupengembara. Hari nie dia susah, esok lusa giliran kita pula kan?. Itulah prinsip yang menjadi pegangan.

  
# Baru balik kelas terus pegi Sepang walaupun belum mandi lagi time tu. Member punya pasal. Hahakzzz! ^^

Setelah semua urusan selesai, Akupengembara pun ajaklah singgah Gold Coast kejap menikmati keindahan pantai ciptaan Allah. Alang-alang dah sampai Sepang. Ketika seronok bermain dengan air laut seperti kanak-kanak riang (^_^) Akupengembara terjumpa pula dengan binatang pelik nie. Sepanjang 20 tahun hidup, inilah kali pertama Akupengembara terjumpa dengan binatang seperti ini. Ingatkan benda mati, rupa-rupanya boleh bergerak (kejap kembang, kejap kecut plak tu). Pelik.. pelik..

# Kalau tengok lama-lama, nampak sama tapi sebenarnya bukan dia (^_^)

P/s: Siapa yang tak faham entry kali ini, bolehlah merujuk pada yang pakar ok. Ada sesiapa tak yang tahu apa sebenarnya nama binatang nie? mohon penjelasan sikit??



Sunday, February 3, 2013

Senyumanmu mengingatkan aku pada kisah lalu

Tok! tok! tok! Awal-awal pagi lagi abang dah ketuk pintu. Aku pun buka pintu bilik. "Siap-siap, kita sarapan kat luar". kata abang. Aik! hari jadi aku lambat lagi. Nak celebrate apa plak nie makan kat luar. Bisik hatiku. Tanpa sebarang bantahan aku pun menuju ke bilik air dengan masih berkain sarung lepas solat subuh tadi. Fuh! sepuluh minit siap. Tanpa berlengah aku pun turun meninggalkan rumah dan menuju ke kereta yang telah pun di isi oleh Abang, kak ipar dan dua orang anak mereka.

Oh, rupa-rupanya sekali nak beli beras. Beras dah habis, patutlah nak gerak awal pagi. Kami pun meredah 10 minit perjalanan sebelum sampai ke kedai Kak Ros yang terletak di kampung Labu Johnson. Aku pun terus order nasi goreng dan teh tarik. Alhamdulillah, settle masalah perut. Selepas semuanya selesai, kami pun segera meninggalkan kak Ros dan menuju ke pasaraya Zemart sebelum pulang ke rumah.

Ketika dalam perjalanan pulang, satu kejadian pelik telah berlaku. Di bahu jalan terdapat seorang awek berbaju purple dengan penampilan yang sangat unik. Dia memandang aku beberapa lama sambil tersenyum manis. Aish, awek nie jangan la tengok lama-lama. Dahlah iman aku nie tak sepower mana, dia boleh pandang aku macam tu plak. Huh! Semangat.. semangat.. Aku pun dengan rambut tak terurus (belum mandi ^^), time tu membalas senyuman itu dengan satu senyuman spontan. Bingung. Rupa-rupanya, akak ipar aku yang duduk seat belakang perasan situasi itu dan berkata, "Lama budak perempuan tu tengok kau ya". Sambil teretawa. Aku pun apa lagi, merah padamlah muka. Tak perasan plak reaksiku diperhatikan. Malu dowh!

Dalam perjalanan pulang aku berfikir, siapa budak perempuan tu dan kenapa dia senyum dengan aku? Otak aku pun mulalah refresh balik semua peristiwa-peristiwa yang pernah aku lalui sebelum ini. Haaa! ingat pun, kalau aku tak salah aku pernah shoot gambar budak perempuan nie dekat Putrajaya hari tu dalam satu pertandingan cheerleading (pertandingan budak-budak sekolah rendah). Yeah! akhirnya terjawab juga.
Laa.. dah besar budak nie. Not bad juga. Oopppsss! ^^ Astaghfirullah al adzhim. Aniq Bukhary, apa yang kau cakapkan ini. Awek nie usha gua Ya Allah. Maksiat tu maksiat. haha.

# Senyuman tadi sama dengan senyumannya sewaktu di Putrajaya dulu.

# Gambar budak perempuan tu dengan pasukannya dulu sewaktu di Putrajaya. Sorry gambar nie terpaksa diblurkan kerana tidak sesuai untuk tontonan umum. ^^

Beginilah graf kehidupanku. Melihat gambar di atas inilah sebenarnya ujian besar bagiku semenjak melibatkan diri dalam dunia fotografi. Snap bermacam-macam jenis gambar dan pelbagai jenis event. Aku pernah menyuarakan hasrat kepada seorang rakan mengenai cita-citaku ingin menjadi photographer profesional sebelum menjejakkan kaki di Universiti dulu. Member aku pun bagi tahu, "Kalau kau serius, teruskanlah.. tapi kau kena ingat, iman kena kuat dan mata pun kena kuat. Time tu aku tak faham apa sebenarnya yang ingin disampaikan dan sekarang ini barulah aku tahu apa sebenarnya maksud disebalik pesanan itu.

kepada member-member semua terima kasih atas nasihat dan pesanan (Wa tak pernah lupa). Apa yang penting jangan lupa doakan semoga ditetapkan iman dan terpelihara daripada benda-benda yang merosakkan.. Dunia semakin ke penghujung, semakin kuat plak ujian yang Allah berikan kepadaku.

Pesanan buat adik tu plak janganlah senyum lama-lama, senyum sikit boleh la.. ^^ Senyumanmu membuatkan aku teringat kembali kenangan di Putrajaya bersama member-member. Sesuatu yang manis yang untuk dikenang dan begitu perit untuk dilupakan.

Apa-apa pun terima kasih kepada and yang sudi layan coretan pengalamanku hari nie.. Kalau ada salah dan silap, seperti biasa jangan takut, jangan segan, TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGAN BILA AKU LEMAH..

~Assalamualaikum w.t.b~


Sunday, December 23, 2012

Cameron Highland Aku datang (15 gambar)

Cameron Highland merupakan salah satu tempat pelancongan yang begitu terkenal di Malaysia. Pusat peranginan tanah tinggi yang sejuk dan mendamaikan membuatkan siapa sahaja yang berkunjung pasti terpukau dan terpesona. Keunikan itulah yang membuatkan Aku pengembara rasa terpanggil untuk mengembara dan merasai sendiri keindahah Cameron Highland seperti yang diperkatakan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. So, untuk mencintainya Aku harus mengenalinya. Hahaha.. Sebelum Aku mencarut yang bukan-bukan lagi, jom layan pengembaraan dua hari yang menggamit memori ini. Cameron Highland aku datang!

Sebelum memulakan pengembaraan, macam biasa la check and setting kamera dulu (^_^)

Yang nie bukan Cameron Highland, tapi sebuah perkampungan orang asli yang di beri nama Lata Kinjang. Sebelum pergi Cameron hari tu sempat juga singgah snap beberapa gambar slow shutter sini.

Nie dia ujian sebelum sampai ke destinasi. Pening!

Semangat Cameron Highland. Naik kenderaan nie pun ada? Hehe..

Cactus point. Bagi penggemar-penggemar cactus.

Gambaran suasana di atas gunung yang sejuk dan dipenuhi kabus. Kalau kat Cameron nie aircond macam tiada function. Kereta pun x payah pakai aircond. Jimat.

Nak tahu tahap kesejukan Cameron nie. Tengok lantai tu terpaksa beralas selimut, kalau tak boleh beku kaki sampai ke tulang rusuk. Hehe. Kalau nak buang air terpaksa fikir dua tiga kali, sejuk woo..

Permandangan tesergam indah di hadapan hotel tempat Aku pengembara menginap. tenang dari kesibukan kota.

Semua ada di sini. Tea house, Strawbery point dan mushroom farm. Singgah la kalau berani. Hehe.

'Cameron dan strawbery' tidak dapat dipisahkan seperti juga 'strawbery dan wanita'. Memang tak dapat dipisahkan. Aku pengembara pun musykil kenapa perempuan nie suka strawbery, bukannya sedap pun. Hehe. Mohon penjelasan sikit?

Pengalaman first time masuk tempat strawbery ditanam. Begini la keadaan strawbery yang tak masak lagi.

Sayur oh sayur! Suasana di tanah tinggi Cameron nie macam suasana Kundasang di Sabah plak yang Aku pengembara pernah jejak dalam pengembaraan sebelum ini. Teringat kenangan di Kundasang. 

Singgah sekejap di ladang teh. Orang cakap pergi Cameron Highland nie kalau tak singgah ladang teh tak sempurna la percutian.

Tengok tu, bukan main lagi diaorang tu. Yang tua pun kalau dah sampai sini macam budak-budak.. Hehe. Tapi serius, memang seronok dan tenang bila sampai tempat nie.

Dalam keseronokan di ladang teh, lensa kamera tertarik plak dengan adik comel main dengan binatang nie. Comel kan?


Aku pengembara: Ada banyak lagi gambar tak sempat upload dalam blog nie. Makin banyak gambar, nanti pembaca pun menyampah tengok bukan? Tapi kalau terlintas hati nak tengok terutamanya member-member Aku pengembara, bolehlah melepaskan kerinduan anda dengan klik di sini ---> Cameron Highland aku datang!. Dalam seronok bercuti tu, ada pesanan dan persediaan penting yang harus kita buat sebelum sampai ke Cameron Highland nie. Bukan apa, menurut pengalaman, kita takut akan berlaku sesuatu yang tidak diingini sepanjang percutian.

Pertama sediakan wang yang mencukupi sebab banyak benda yang menarik dekat Cameron nie. Selain daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, dekat Cameron nie juga terdapat cenderamata yang menarik termasuklah kain dan T-shirt muslimah dengan design yang unik. Tertarik juga tengok semua tu walaupun Aku pengembara nie lelaki sampai terfikir juga nak beli, tapi tak tahu T-shirt tu nak bagi siapa..

Selain itu, saya nasihatkan kalau nak bercuti ke Cameron nie, carilah waktu yang sesuai. Jangan pergi time sabtu ahad sebab jalan menuju ke puncak sesak time nie. Menurut penduduk yang tinggal di situ, jalan menuju destinasi-destinasi menarik sebelum menuju puncak hanya satu jalan sahaja. So, semua orang melalui jalan yang sama lebih-lebih lagi time cuti sekolah. Bukan tak boleh, tapi pendapat peribadi saya, orang cakap kalau enjoy, biar enjoy yang betul-betul enjoy. Kalau pergi time sesak, sudah tentu la penat dan tention. Tak percaya? lihat nie ---> Memang sesak. apa-apa pun thanks kepada yang sudi mengikuti pengembaraan Aku pengembara kali ini.. Sekian untuk kali ini akhir kata, seperti biasa 'TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH' Assalamualaikum.....










Thursday, December 20, 2012

Misteri makhluk berkaki satu di blog B Desariavilla


Gambar misteri ini merupakan antara ribuan gambar yang masih lagi tersimpan rapi dalam memori DSLR Aku pengembara. Gambar yang bertarikh 3 april 2012 ini pada awalnya Aku pengembara istilahkan sebagai gambar 'sampah' dengan composition serta angle yang langsung tidak menarik. Namun gambar sampah itulah yang telah menggemparkan student Limkokwing dengan kehadiran makhluk berkaki satu. Gambar ini di'snap' secara kebetulan oleh Aku pengembara sendiri yang pada awalnya sekadar untuk menunjukkan kepada seorang member contoh element framming dalam fotografi. Secara spontan Aku pengembara pun menghalakan lensa kamera ke arah seorang wanita cantik yang sedang berjalan lenggang-lenggok menaiki tangga. Apa yang mengejutkan apabila sahaja gambar terpapar pada skrin kamera, kelihatan seorang wanita berkaki satu sedang mengekori seorang lelaki yang sedang membawa beg plastik (gambar di atas). Seram. Untuk megetahui kisah ini dengan lebih detail, bolehlah bertanya terus kepada rakan Aku pengembara, ABDUL HAFIZ yang kebetulan bersama saya melihat secara live kejadian yang penuh mendebarkan itu. I have no answer for this question..

Hal-hal demikian sememangnya biasa berlaku di mana-mana tempat termasuklah Desaria Villa, tempat kediaman student Limkokwing ini. Sebelum ini pun pernah berlaku satu kejadian bunuh diri terjun bangunan di bangunan blok B. Cukup tragis. Time tu Aku pengembara belum lagi tinggal di Desaria Villa nie. Nak bukti kisah tu boleh la klik sini ---> SINI.

Tak cukup dengan itu ada satu lagi kisah yang Aku alami sendiri sepanjang menetap di Desaria Villa tercinta ini. Kejadian nie berlaku pada tahun lepas time subuh, seperti biasa rutin harian apabila sahaja jam menunjukkan pukul 6 pagi, Aku dengan mood baru bangun tidur melangkah malas turun menuju ke surau. Rumahku tingkat 10, surau plak bawah sekali dekat dengan swimming pool. Fuh! menguji tahap kemalasan..hehe. Pagi tu beza dengan pagi-pagi yang lain. Suasana di luar koridor gelap. Tidak tahu siapa yang tutup lampu time-time begini. Dalam kesamaran cahaya bulan, Aku kuatkan langkah menuju ke arah lif yang berada di hujung bangunan dekat dengan bilik tempat sampah. Apabila sahaja pintu lif terbuka, Aku pun masuk namun yang menghairankan lampu dalam lif pun buat hal. berkelip-kelip lambat plak hidup. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Aku pun mula syak sesuatu. Jantungku mula berdebar-debar. Mata yang tadinya stim automatik segar. bulu roma plak meremang tak tentu pasal. Perjalanan lif dari tingkat sepuluh ke bawah begitu lama ku rasakan. Apabila sahaja pintu lif terbuka, Aku pun cepat-cepat keluar dengan harapan semua perasaan itu akan hilang.

Ingatkan ia sudah berakhir, namun ketika melalui lorong sunyi menuju ke surau, dalam suasana samar-samar Aku terlihat satu lembaga dengan rakus menggigit tengkuk seseorang. Aku tercengang. Jantungku berdegup kencang bagaikan sebuah gelanggang kuda. "Salamun ala sulaiman fil alamin" itu sahaja yang mampu Aku ucapkan seperti yang pernah diajar oleh seorang ustaz kepada ku apabila berhadapan situasi seperti itu. Aku tiada pilihan. Aku tarik nafas panjang-panjang dan kuatkan semangat meluru ke hadapan. Dalam jarak lebih kurang lima meter bentuk lembaga itu jelas kelihatan. Shit! rupa-rupanya sepasang kekasih sedang berasmara. Tak guna punya foriegner. Suspen Aku. Setelah menyedari kehadiran ku, adegan gigit-menggigit itu terhenti di situ. Aku yang lengkap berkain sarung itu pun berlalu sambil diperhatikan oleh mereka. Lemahnya iman. Hanya mampu melihat situasi itu di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.

Selain itu, ada satu lg kisah yang Aku pernah dengar dari senior-senior time baru masuk semester satu dulu. Tak tahu la kisah nie betul ke tak tapi yang pasti kisah nie heboh diperkatakan time tu. (kalau senior nie tipu, maknanya Aku pun tipu la). Senior tu cakap, ada seorang wanita penjual minyak wangi yang kerap kali berlegar-legar disekitar Desaria Villa condominium tersebut. Tiap hari tanpa rasa jemu dia menyapa student untuk menjual minyak wangi tersebut tapi yang anehnya tiada siapa pun yang mengenali wanita itu. Dikatakan wanita itu akan datang apabila menjelang malam dan menghilang apabila sahaja azan subuh berkumandang.. Wallahu alam...




Thursday, November 8, 2012

Gempak! Kejadian pukul di Sepang (5 gambar)

Kejadian nie berlaku di salah sebuah bengkel kereta di tepi jalan sebelum menuju ke Bagan Lalang. Peristiwa nie secara kebetulan berlaku di hadapan mata Aku pengembara sendiri time tinted kereta hari tu.

Gambar hiasan..

Kereta yang baru di tinted. Tapi bukan kereta nie yang Aku pengembara tinted.. Gambar nie time shoot autoshow kat PJ hari tu. Kereta Aku pengembara (abang punya) gambar kat bawah tu..

Nie la kereta tu.. Tinted sebab panas kalau x tinted. Dah la kulit kita nie hitam, tambah hitam lagi kalau hari-hari kena panas.. ^_^

Ok, kita berbalik kepada topik asal. Nie gambar yang Aku pengembara 'snap' sebelum kejadian. sementara menunggu kereta siap di'tinted', lensa kamera tertarik pada seorang adik cute yang lalu depan bengkel tu.

Aku pengembara
cakap kat adik tu, adik boleh tolong? abang nak tangkap gambar adik, boleh tak? Tak sangka plak adik tu beri respon positif namun hajat tak kesampaian apabila dua budak lelaki menyibuk tetiba masuk nak tangkap gambar juga. Di situlah bermulanya kejadian pukul yang menggemparkan. Lihat gambar di bawah.

Woi pulang balek basikal aku!

Ni la padah kalau guna barang orang tanpa izin. Kan dah kena.. Nasib baik la abang kameraman nie tolong.. kalau x, teruk kena belasah.. hehe

Aku pengembara: Dialog diubah oleh saya sendiri mengikut cadangan dan idea gila rakan-rakan. Post kali ini hanya sekadar hiburan dikala otak semakin serabut nie.. Huh! Apa-apa pun, aku hanya buat yang terbaik untuk anda dan jangan segan tegur bila aku salah dan hulurkan tangan mu bila aku lemah.. Akhir kata, ASSALAMUALAIKUM W.T.B.

Thursday, August 9, 2012

Benarkah cinta tak pernah hadir tanpa kasih & sayang?

Hasil kerja 10 minit semasa cuti semester yang lalu..
 

Location: S.M.K Kuhara Tawau.
Talent: Muhammad Supizi
Camera maker: Sony Ericksson W810i
Aperture: f/2.8
Exposure time: 1/250 sec
ISO: 80 

Thursday, May 31, 2012

Sedih: Kenanganku tertinggal di Putrajaya (15 gambar)

Perhimpunan jutaan belia 2012 telah pun berlalu dan meninggalkan kesan yang mendalam bagi diri Aku pengembara secara peribadi. Lima hari menghabiskan masa melihat pelbagai karenah manusia dengan menggunakan lensa kamera merupakan satu kepuasan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Tiada apa yang dapat mengembirakan Aku pengembara selain daripada dapat menghasilkan satu gambar yang berkualiti dan memuaskan hati ini. Bagi Aku pengembara inilah masa yang terbaik untuk meningkatkan lagi kemahiran yang ada dalam menggunakan fungsi kamera. 


Entry kali ini Aku pengembara letakkan beberapa gambar untuk tatapan semua terutama rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada hari karnival berlangsung. So, hope enjoy this dan kepada otai-otai photographer jangan lupa komen tentang gambar (bukan blog) supaya Aku pengembara dapat mempertingkatkan lagi kemahiran yang sedia ada. ^_^


Adik comel Putri Adriana menyanyikan lagu cinta untuk nabila yang pernah
dipopularkan oleh kumpulan Melissa satu ketika dulu.

100% tanpa edit.

Seni bina yang terdapat di pusat pentadbiran Putrajaya.

Suasana petang sabtu berdekatan dengan bangunan KBS tempat saya dan rakan-rakan bertugas.

Kupon yang diberikan kepada sukarelawan hari belia termasuklah saya. Banyak juga kan?

Gambar yang dihasilkan ketika sedang duduk menunggu rakan-rakan. 

Photographer by photographer ^_^

Antara gambar panning yang terhasil pada hari kedua.

Air mata kucing pun ada jual. Kesian dengan kucing tu. ^_^

Sasuke. Siapa berani cubalah! Aku pengembara dah try. bukan senang woo..

Peace.. adik nie cuba menyembunyikan gemuruh dijiwa ketika menunggang motor pelik nie. First time la tu ^_^

Tugas getir seorang photographer. Tengok tu.. bukan senang untuk menjadi seorang photographer professional nie.

Suasana santai di hadapan Istana kehakiman Putrajaya.. macam berkelah pun ada..

Tram yang digunakan pengunjung sepanjang 6km tapak karnival.

karya seni menarik yang dapat dihasilkan. Terbaik la! 

Selamat tinggal Putrajaya.. :'(