Aniq Bukhary Channel: Dunia artis


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Dunia artis. Show all posts
Showing posts with label Dunia artis. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


Berikut merupakan senarai calon seterusnya pemenang bagi anugerah bintang popular berita harian 2013. Tulisan yang bewarna merah merupakan pemenang bagi kategori yang disenaraikan.

Penyanyi Lelaki Popular
1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular
1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Artis Baru Lelaki Popular
1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

Finalis Kategori Online ABPBH 2013

Artis Lelaki Stailo
1. Adi Putra
2. Awal Ashaari
3. Karl Shafek
4. Nazim Othman
5. Shaheizy Sam

Artis Wanita Stailo
1. Fazura
2. Mizz Nina
3. Scha Alyahya
4. Yana Samsudin
5. Ziana Zain

Gandingan Serasi Di Layar
1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
2. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
3. Azlee Khairi & Zara Zya
4. Zizan Razak & Siti Saleha
5. Izzue Islam & Tiz Zaqyah

Watak Jahat Dalam Filem/Drama Popular
1. Datuk Rosyam Nor
2. Hanez Suraya
3. Izreen Azminda
4. Nabila Huda
5. Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Nora Danish
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Chef Selebriti Paling Popular
1. Chef Amran
2. Chef Anis Nabilah
3. Chef Nik Michael Imran
4. Chef Sherson Lian
5. Chef Wan

Aksi Di Youtube Paling Popular
1. Parodi Sayang (Bobo)
2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
3. Anak Tomok OIAM merajuk (Tomok)
4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
5. Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
- Dato’ Rahim Razali

Bintang paling popular ABPBH 2013
- Aaron Aziz

Sumber: abpbh.com.my / Facebook ABPBH

Monday, April 14, 2014

21 fakta mengenai filem titanic yang tak masuk akal

Tahukah anda apakah yang berlaku pada tarikh 14 april? Bagi sesiapa yang tidak tahu atau pun terlupa, hari ini merupakan hari ulang tahun tenggelamnya kapal titanic pada pagi ahad 14 april 1912 sebelum tenggelam sepenuhnya pada 2.20 pagi isnin 15 april 1912.

Peristiwa bersejarah ini berjaya menarik perhatian dunia sehinggakan tercetusnya idea untuk menerbitkan sebuah filem yang mengisahkan tentang tenggelamnya kapal titanic 1997 arahan James Cameron. Namun, hari ini saya bukan nak bercerita mengenai peristiwa 14 april itu, tetapi lebih daripada itu menyentuh kisah filem titanic yang pernah mencetuskan satu fenomena luar biasa kepada dunia perfileman.

Peminat filem Titanic mesti ingat babak ni kan?

Rasanya saya tak perlu mengulas panjang, tengok tajuk sahaja mesti ramai dah terbayang-bayang Jack dan Rose berpegangan tangan di atas kapal titanic bukan? Baiklah, kita terus kepada tajuk asal mengenai beberapa fakta yang begitu menarik mengenai pembikinan filem titanic yang memakan belanja sehingga AS$200 ini.
1. Pengarah "Titanic", James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.

2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.

3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.

4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.

5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.

6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.

7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.

8. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.

9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.

10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.

11. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.

12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.

13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.

14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.

15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.

16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.

17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.

18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.

19. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.

20. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.

21. Vcd filem titanic merupakan vcd pertama yang admin beli menggunakan duit poket sendiri dengan harga Rm17 (Mohon jangan gelak). Senyum je :)
Fakta ke-21 itu merupakan fakta benar walaupun menyimpang sedikit daripada tajuk (jangan marah). Ok, di bawah ini saya selitkan satu video animasi titanic yang mungkin dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan filem titanic ini (tontonan 18 tahun ke atas sahaja).

First time layan hari tu gelak guling-guling tengok video ni.

Pautan 1, Pautan 2

Saturday, November 30, 2013

Kenapa JOZAN tidak sertai maharaja lawak mega 2013

 
JOZAN

Sedar tak sedar maharaja lawak mega 2013 telah pun tiga minggu menghiburkan kita semua. Rancangan Maharaja lawak mega 2013 merupakan antara rancangan yang mencatatkan jumlah penonton yang tertinggi di Malaysia. Nampak tak betapa hebatnya aura Maharaja lawak mega ini.

Namun tahun ini agak berbeza sedikit daripada tahun-tahun yang lepas, kerana dalam ramai-ramai peserta kelibat pasangan pelawak nombor satu Johan dan Zizan tidak tersenarai. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka tidak beraksi untuk edisi kali ini? Merajuk kah? Untuk menjawab persoalan ini, vedio di bawah ini ada jawapannya.
 
 Thankz to Amin Hamzah yang upload video nie..
Tak dapat video nie boleh tengok kat sini [Link]
 
Dapat tangkap apa yang Johan cakap dalam video di atas? Johan memberikan ruang untuk Zizan menumpukan perhatian kepada rancangan Akademi fantasia yang di acarakan oleh Zizan sebelum ini. Walaupun nampak seperti satu lawak namun pendapat saya, itu merupakan luahan serius dari Johan atau pun nama sebenarnya Yazid Lim ini. Apa-apa pun saya tetap doakan yang terbaik buat pasangan ini (pasangan yang pernah hampir-hampir mengeluarkan air mata saya) [RUJUK SINI]. Good luck JOZAN!

Tunggu kemunculan JOZAN di maharaja lawak mega edisi akan datang. Gua rindu lu bro!

Artikel berkaitan

Thursday, November 28, 2013

Empat pemain bola sepak Malaysia yang mirip selibriti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di bawah ini merupakan senarai pemain bola sepak yang mirip dengan selebriti. Tak percaya? Jom kita lihat:

Stephen Chow vs Apek

The Rock vs Mahalli

Azlan vs Alex

Rashidy Ishak vs Norfarhan

Amacam? sama tak? Hehe. Hilang tention tengok kembar-kembar siam nie. Untuk pengetahuan, minggu nie merupakan minggu yang paling stress bagi saya disebabkan dah pun masuk final projek. Serious buzy! So, bagi menghilangkan stress melayan kerja-kerja nie, saya kongsikan entry santai ini agar senyuman sentiasa terukir dibibir di kala assignment semakin menghambat. Peace yo! :)

Saturday, June 22, 2013

Peninggalan arwah Din Beramboi

Dalam kenangan
Hari ini saya ingin menulis mengenai seorang pelawak yang telah meninggalkan kita tiga tahun lepas iaitu arwah Mior Ahmad B. Badri ataupun Din Beramboi. Untuk pengetahuan hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah dan disebabkan itu jugalah hari ini saya menulis berkaitan pelawak yang serba boleh ini.

Tulisan ini sebenarnya lebih kepada memperingati dan rindu saya kepada arwah yang pernah menghiburkan saya ketika zaman SPM dulu. Kebiasaannya, sebaik sahaja selesai menjawab soalan latih tubi, saya dan rakan-rakan akan berhibur dengan mendengar dialog perbualan radio karya arwah Din di bawah ini. Layan video dibawah:



(Dialog di bawah start minit 2.00)
Hello!
Hello, siapa tu?
Nie saya Encik Khairul.
Dari mana Encik Khairul?
Saya dari Pandan Indah.
Oh, Pandan Indah. Jadi apa masalah Encik Khairul?
Begini, saya baru pindah rumah baru.. nie masalah dia,
depan rumah saya nie jalan dah berlubang..
Encik Khairul, nie jalan tar ke jalan kereta api nie?
Jalan tar. Masalah dia bila jalan dah berlubang,
bila hujan turun bertakung la air. Yang menjadi masalah,
jiran sebelah rumah saya dia dah ternak ikan dalam tu.
Oh, depan rumah Encik khairul ka nie?
Depan betul-betul saya nak keluar rumah..
kalau saya tak berhati-hati, saya akan masuk dalam lubang tu tadi.
Terpijak ikan la nie?
Ya! so, saya da warning kat dia, yang kolam tu saya punya..
tapi dia cakap dia punya sebab ikan tu dia yang bela dalam tu.
Jadi sekarang lubang nie Encik Khairul punya ke sapa punya nie?
Saya yang punya.. saya dah tiga kali bertumbuk dengan dia..
saya dengan dia sama-sama la masuk ICU.
Oh, sama cedera parah la nie?
Cedera parah teruk! tapi saya lagi teruk la kena.
Jadi Encik Khairul nak buat macam mana nie?
Pasal kalau saya gaduh dengan dia pun saya kalah..
jadi saya harap pihak bandaraya dapat la menyelesaikan masalah nie.
Saya tak boleh tahan lagi la nie.. sebab dia hari-hari jual ikan.
Nie Encik Khairul di mana alamat nie?
Di Pandan Indah tu dekat.. ada corner tu.. masuk dalam sikit..
Nie dekat tangki air ke?
Ahh.. belah belakang tu.. sebelah loji tu.. tahu ke?
Tahu. saya biasa pergi loji tu.. saya selalu mandi sana.
Ya. dekat situ la..
Encik Khairul, kita akan cuba dapatkan jawapan daripada pihak bandaraya..
jadi Encik Khairul jangan bersusah hati la.
Nie dekat depan rumah, jiran saya tengok ikan dia nie.
Ok. Encik Khairul perhatikan saja. jangan kacau dia.
Saya dah tak boleh tahan dah nie..
Jangan kacau nanti berlaku pertengkaran tak baik.. buruk akibatnya..

Ok. Terima kasih.

Walaupun gambar ini tiada kena mengena dengan arwah, namun gambar ini jugalah yang telah mengingatkan saya dengan satu babak ternak ikan yang terdapat dalam perbualan video di atas.

# Mior Ahmad B. Badri semoga roh mu tenang di sana. Al-fatihah! :(

Monday, March 18, 2013

Babak menyentuh hati Jozan disebalik lawak ke der 2

Pelakon-pelakon Lawak ke der 2

Bagi sesiapa yang telah menyaksikan Lawak ke der 2 di pawagam, pastinya tidak dapat melupakan detik-detik menyentuh perasaan di penghujung persembahan Johan dan Zizan. Sahabat selamanya seperti yang kita tahu dan Aku pengembara pernah menulis kisah mereka sebelum ini [Rujuk sini]. Dalam akhir babak tersebut pasangan yang terkenal dengan keakraban mereka itu sedikit sebanyak membuat dada ini sebak. Babak-babak sedih itu hampir membuatkan air mata ini mengalir tetapi sedaya upaya aku halang (cover dahh, member ada kat sebelah). Aku pengembara sendiri tak tahu kenapa hati ini boleh plak touching dan merasai kesedihan setelah lebih sejam dihiburkan dengan lawak-lawak mereka.

Dalam hidup ini, selain daripada mak, ayah, dan family, life ini diisi oleh kawan-kawan sahaja. 25 jam kehidupan bersama mereka.. Tengok wayang pun lebih selesa bersama rakan (not couple). Bukan menolak realiti remaja ingin disayangi dan menyayangi tetapi biarlah perempuan pertama yang Aku ajak tengok wayang adalah isteriku yang tersayang yang tidak diketahui siapakah gerangan. Hahaha (Statement berani mati nie..).. Oppsss.. Mohon abaikan^^

..........................................................................................................................

Sabtu lalu Aku pengembara berpeluang  melihat sendiri lawak ke der 2 di pawagam dengan seorang member di panggung wayang KLCC. Ternyata harga tiket RM14 ringgit yang dibelanjakan sangat berbaloi apabila penonton disajikan dengan lawak-lawak yang begitu segar yang jarang sekali ditonjolkan oleh barisan pelakon. Seperti biasa, Nabil yang ditugaskan sebagai pengacara tidak menghampakan dengan lawak terkini seperti gangnam style dan beberapa lagi lawak yang begitu kena dihati.

Selepas itu muncul pula pelawak otai tanah air, Adflin Shauki dan pasangannya Harun Salim Bachik yang lebih mesra dengan panggilan Boboy. Pasangan ini juga tidak menghampakan apabila sering sahaja mencuit hati dengan lawak yang begitu kena dengan masyarakat. Ternyata kehadiran mereka dalam lawak ke der berjaya membuat penonton kecut perut terutama lawak redho airlines yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini. Wajib tengok!^^

Tidak dilupakan juga kehadiran pelawak yang terkenal dengan stand up komedi, Harith Iskandar. Tidak banyak kejutan yang dilakukan oleh beliau namun apa yang menarik kali ini, beliau menonjolkan lawak terkini facebook dan lawak pasangan couple dan itulah yang membuatkan persembahan beliau lebih menarik. Bagi sesiapa yang telah melihat lawak ke der 2, pasti ingat dengan lawak berbezaan lelaki dengan perempuan yang beliau tonjolkan. Serius lawak.. Secara jujur Aku pengembara berpendapat bahawa Harith merupakan seorang pelawak yang kreatif dengan lawak beliau yang Aku pengembara katogerikan sebagai lawak 'intelligent'. Respect! 

Bahan bukti with Fazzmal Huzairie.. kenangan terindah 16 mac.. (jangan jelous) Hehe^^


Saturday, February 16, 2013

Pelakon Kuswadinata kembali kerahmatullah

Selepas menghabiskan masa bermain dengan anak buah tadi, Akupengembara sempat online jap (Hilangkan tention). Beberapa minit melayari internet, Akupengembara terkedu seketika dengan satu artikel yang mengatakan pelakon veteren Kuswadinata baru sahaja kembali kerahmatullah.

 
Gambar: Ehsan google

Apabila ada sahaja isu berkenaan artis, Akupengembara akan merujuk satu laman yang dikendalikan oleh senior dalam dunia blog iaitu Beautifulnara dan Akupengembara menemui jawapannya dibawah ini. Terbukti..

# Abang Kuswadinata baru sahaja kembali kerahmatullah :'(

# Penglibatan yaang cukup lama dalam dunia filem tanah air (jasamu tetap dikenang)

Takziah diucapkan. Hanya doa yang mampu kukirimkan.. Arwah telah menghiburkan kita sejak berapa lama sejak TV hitam putih lagi. Satu sumbangan yang begitu besar dalam dunia hiburan tanah air.

Al-fatihah, semoga diletakkan bersama orang-orang yang soleh. Amin..


Saturday, February 9, 2013

Senarai artis Malaysia yang sporting (10 gambar)

Sepanjang bersahabat baik dengan kamera DSLR nie, banyak benda yang Akupengembara telah 'snap'. Dari benda mati sehinggalah benda bernyawa semuanya dalam memori kamera termasuklah gambar-gambar artis. Di bawah ini Akupengembara senaraikan 10 orang artis yang begitu sporting yang pernah singgah depan lensa kamera ini. Rasanya memadailah dengan 10 gambar untuk kali ini k.

# YANA SAMSUDIN.
First kak Yana. Adegan spontan Yana nie sewaktu bercerita tentang filem Aku Ada, Kau Ada pada tahun lepas. Lama juga AkuPengembara luangkan  masa untuk mendengar celoteh Yana nie. Rupa-rupanya sebelum menjadi pelakon dulu, Yana nie pernah melibatkan diri dalam dunia nyanyian (baru tahu). Setelah melihat sendiri depan mata, Yana merupakan seorang yang sporting dan kelakar. Jika ada anugerah untuk pelakon komidi wanita, maka pilihan Akupengembara adalah Yana Samsudin. ^^

# CAT FARISH.
Time nie Cat dengan ahli kumpulannya sedang mempersembahkan lagu kerna kamu. Berdiri bulu roma time dengar The fabolous cat nie nyanyi lagu nie. Menyesal plak tak record. Siapa yang ada time nie dapat rasalah apa yang Akupengembara rasa time tu. Dengar live lagi best daripada lagu yang sebenar.

# NING BAIZURA.
Gambar nie masa jemput kakak di LCCT hari tu. sementara menunggu akak sampai, Akupengembara pusing la satu terminal tu. Time jalan-jalan tu kebetulan ternampak di satu sudut terminal seperti ada pesta berlangsung. Rupa-rupanya ada promosi AirAsia dan Ning Baizura menjadi artis jemputan. Selepas sahaja menyanyikan lagu, Akupengembara pun luangkan sedikit masa untuk tangkap gambar Ning Baizura selepas mendapat green light daripada kak Ning sendiri. Ternyata Ning Baizura nie sangat mesra dengan semua peminat-peminatnya.

# FAREEZ UNDERTAKER.
Fareez merupakan gitaris kumpulan rock Mellisa suatu ketika dulu. Gambar nie diambil time menjadi sukarelawan hari belia yang lalu. Budak-budak yang bergambar dengan Fareez nie plak merupakan member-member seperjuangan. Sekali lagi dimaklumkan Akupengembara tiada dalam gambar di sebabkan jadi 'tukang gambar'. ^^ maklum la tugas photographer nie. Bak kata seorang member, malang jadi photographer nie sebab tangkap gambar orang, gambar sendiri plak tiada. Apa boleh buat dah nasib badan.. 

# KUMPULAN PESAWAT.
Nie plak kumpulan pesawat. siapa peminat indiband tu mesti kenal dengan diorang nie. Penampilan simple dan bersahaja dan yang paling penting mereka semua nie sporting-sporting belaka.

# MARIA TUNKU SABRI.
Ketika Akupengembara jalan-jalan cari makan, terjumpa plak kak Maria time jom heboh hari tu. Kak Maria nie pun memang sporting tahap dewa. hehe^^ buktinya bila Akupengembara minta tangkap gambar, tanpa banyak soalan satu senyuman ikhlas diberikan. Nice la kak Maria!

# ACOK KECIK.
Nie plak Acok rajalawak. Setelah bertemu dengan Acok, rupa-rupanya dalam dunia real Acok nie memang kelakar orangnya (sama dengan Acok yang Aku kenal dalam astro warna tu). hehe. Tengok la gaya artis kelahiran Sabah nie, bila Akupengembara bagitahu nak tangkap gambar, siap buat posing poyo lagi. Hehe.. (Acok jangan marah.. gurau)

# ALLAYARHAM OSMAN KERING.
Gambar nie merupakan gambar nostalgia bagi Akupengembara. Terasa sayu pula dihati tengok gambar nie. Untuk pengetahuan, gambar nie Akupengembara snap sebelum pelawak terkenal ini dimasukkan ke hospital akibat penyakit batuk kering yang dialami (Rujuk sini). Beliau merupakan antara artis yang Akupengembara respect. Hari tu time rancak berbual, arwah sempat minta izin apabila seorang rakan artis memanggilnya. Masih ingat lagi time tu, dengan nada bergurau arwah kata, "saya pegi sana jap ya, jangan marah plak". Walaupun dalam nada bergurau tetapi Akupengembara rasa tersentuh dengan sikap rendah diri artis ini. Itulah detik-detik terindah bersama arwah Osman kering yang tak dapat dilupakan sampai ke hari ini. Al-fatihah :'(

# FAZLI ZAINAL.
Nie plak gambar bersama Fazli Zainal semasa di Putrajaya. Akhirnya ada juga gambar Akupengembara. Hehe. Tak sangka dalam kesibukan buat persembahan sempat juga Fazli layan karenah Akupengembara nie. Walaupun tak sempat berbual panjang, Akupengembara tetap berpuas hati dengan adanya artis sporting yang menghargai peminat seperti abang Fazli kita nie. Respect Fazli Zainal. 

# AMY SEARCH.
Dah lama pasang impian nak jumpa Amy. Pernah terfikir nak pegi restoran Amy dekat Wangsa Maju mana la tau ada rezki dapat jumpa (tapi dengar cerita dah tutup). Pernah juga beberapa kali Amy buat konsert dekat tempat Akupengembara tetapi ada sahaja halangan. Akhirnya ketentuan Allah dapat juga berjumpa dengan Amy walaupun tak sempat bergambar bersama. hehe..

Aku pengembara : Seorang member pernah bertanya, "Kenapa kau punya blog nie tak banyak cerita pasal artis? Update la setiap apa aktiviti artis". Saya tersenyum dan cakap dengan kawan baik saya tu, "Aku sekadar blogger biasa dan menulis ikut gerak hati berdasarkan pengalaman yang dialami. Aku nie bukannya wartawan hiburan, update sikit dah la". Rakan baik saya itu gelak besar mendengar jawapan saya itu dan berkata, Kau nie sama macam dulu". hehe. Apa-apa pun, thankz kepada rakan saya yang sentiasa mengikuti perkembangan saya dan thankz kepada anda yang sudi layan tulisan kali ini. ^^


Tuesday, January 22, 2013

Komen Najib Ali kenapa Jozan juara Maharajalawak Mega

Semua sedia maklum hari jumaat yang lalu kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan telah pun dinobatkan sebagai juara Maharaja lawak mega 2012. Kemenangan tersebut nyata menggembirakan semua khususnya peminat setia mereka termasuklah Aku pengembara sendiri. Tak sia-sia pakai gambar profil facebook Zizan versi Ustaz Azhar hari tu. Hehe.. (Gambar yang dimaksudkan). Tahniah diucapkan buat Jozan!

Namun disebalik kejayaan itu, ada juga yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kemenangan tersebut. Mereka mengatakan Jambulah yang sepatutnya layak dinobatkan selaku juara seperti komen-komen yang Aku pengembara terbaca dalam beberapa laman sosial. Macam-macam komen.

Mengenai hal ini, Aku pengembara mempunyai pandangan tersendiri. Jika diambil kira persembahan dari minggu pertama, secara jujurnya Aku pengembara lebih memilih Jambu sebagai juara walaupun Aku pengembara peminat setia Jozan. Hal ini disebabkan minggu demi minggu, Jambu telah mempamerkan satu persembahan mantap dan konsisten sepanjang sepuluh minggu pertandingan. Ia tidak dapat disangkal.

Namun demikian, setelah diteliti dan dinilai dari pelbagai aspek, nyata pemilihan Jozan sebagai juara memang tidak boleh dipertikaikan. Pertama jika dilihat dari aspek undian penonton, mereka ternyata jauh meninggaalkan peserta-peserta lain dengan jumlah fans yang begitu ramai. Jadi persoalan yang timbul sekarang, apa sebenarnya yang ada pada Jozan sehinggakan mereka berjaya memikat hati pengundi?

Ok, sedarkah atau tidak sebelum kemunculan Jozan, industri lawak tanah air telah melalui zaman kejatuhan yang merisaukan peminat komedi Malaysia. Setelah penurunan secara perlahan-lahan kumpulan senario (pelawak terbaik Malaysia ketika itu), kita seakan-akan hilang bakat untuk menggantikan kumpulan pelawak tersebut.

Tidak lama selepas itu muncullah satu kumpulan lawak yang mengelarkan diri mereka sebagai Jozan. Kumpulan ini telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia lawak dengan idea-idea baru dan kreatif mereka ketengahkan. Malah, tidak keterlaluan rasanya jika Aku pengembara mengatakan Setelah kemunculan Jozan, industri lawak tanah air kembali bersinar.

Ok, persoalan kedua. Apa sebenarnya yang ada pada mereka ini sehinggakan mereka berjaya menghidupkan kembali dunia komedi tanah air?. Untuk menjawab persoalan ini, komen daripada Najib Ali di bawah ini mungkin dapat menjelaskan siapa Jozan dan mengapa mereka layak diberi gelaran pelawak nombor satu Malaysia ketika ini..

 

Setelah melihat video yang Aku pengembara sediakan, Apa pendapat anda? Komen bernas dari Najib Ali itu sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam sekaligus menyatakan di mana sebenarnya label Jozan dalam industri komedi Malaysia. Mereka berada dikelas yang tersendiri sehinggakan beliau mengeluarkan statement sebegitu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika pasangan Johan dan Zizan dinobatkan sebagai juara Maharaja lawak mega 2012. Identiti pelawak yang mereka miliki membuatkan sesiapa sahaja yang melihat mereka pasti terhibur dan secara automatik segala masalah terus hilang dan itulah fungsi pelawak sebenarnya..

Aku pengembara : Ini hanya sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada juga ada yang kurang bersetuju dengannya. Terpulanglah pada penilaian anda kerana setiap orang ada pendapat masing-masing. Apa yang penting seperti biasa jangan segan "TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGAN BILA AKU LEMAH". Akhir kata Assalamualaikum..

# Off topic: Support this blog ---> Layan video


Monday, January 14, 2013

Pembunuhan Along Spoon akhirnya terjawab semalam

Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi'ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.

Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara "Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?". Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku. Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.

Sebelum pemergian arwah, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon - Spoon (1998), Spoon - Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter'best' dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Namun pada 25 Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..


Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya'cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Untuk lebih jelas lagi lihat pada link yang telah saya berikan. Ada beberapa komen yang begitu menyentuh yang sempat saya baca mengenai pemergian arwah Along. (SINI)

Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.

Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri. Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!

Saya tinggaalkan anda dengan kenangan arwah Along Spoon

# Off topic. Support blog All about video ini ---> http://taganggak.blogspot.com/

Saturday, January 5, 2013

Zizan sedih tanpa Johan di Maharaja Lawak Mega 2012


           Tahukah anda disebalik persembahan Zizan yang mendapat pujian ramai semalam, sebenarnya terselit kesedihan dan air mata ketiadaan Johan. Semua sedia maklum bahawa Zizan terpaksa membuat persembahan pada minggu ini berseorangan setelah Johan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ligamen (SINI). Memang di akui Zizan agak kekok tanpa Johan seperti yang diakui oleh Zizan sendiri. “Buat masa ini.. saya tak terfikir untuk mencari pengganti Johan.. kerana bagi saya Jozan wujud kerana ‘kami’ (Johan dan Zizan).. sebenarnya kalau Johan tak ada saya boleh mati kutu,” kata Zizan yang dipetik dari Murai.com.

Menurut sumber selepas sahaja Zizan membuat persembahan pertama, Johan yang berada di hospital menelefon dan memberikan kata-kata semangat kepada Zizan sekaligus membuatkan artis kelahiran Terangganu itu menangis. 

# Lepas show yang dimaksudkan ialah selepas show pertama ketika persembahan Zizan meniru gaya Ustaz Azhar Idrus.

# Nie salah satu komen youtube yang Aku pengembara cedok daripada wwwguatvdotcom2012.

           Menarik bukan? Persahabatan yang telah mereka tonjolkan membuatkan Aku pengembara sendiri berasa terharu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Jozan, keakraban hubungan mereka ini memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak moment yang menunjukkan keakraban mereka dan yang paling menyentuh bagi Aku pengembara ketika final super spontan yang lalu. Serius terharu.. Bagi mereka yang belum menyaksikan dan ingin merasai keakraban pasangan ini bolehlah klik sini ---> Tiada siapa yang dapat pisahkan Jozan. Sedih plak tengok Zizan keseorangan.

Aku pengembara: Walaupun tidak mengenali Zizan secara dekat, hanya sekadar melihat Zizan mengacarakan rancangan Melodi di lokasi-lokasi jom heboh sebelum ini, namun dari perilaku anak muda ini Aku pengembara dapat merasakan Zizan sebenarnya merupakan seorang yang rendah diri. Satu lagi yang membuatkan Aku pengembara respect pada anak muda ini menerusi satu soalan yang diajukannya kepada Ustaz Azhar Idrus yang begitu mengharukan ---> Ustaz Azhar bercerita pasal Zizan. Ada banyak kisah lagi mengenai siapa Zizan sebenarnya namun memadailah satu video ini dahulu agar kita tahu betapa kita ini sebenarnya tidak layak untuk menghukum.

"Jangan segan tegur bila aku salah dan hulurkan tanganmu bila aku lemah"

Wassalam...


Friday, December 28, 2012

Perkhawinan Khairul Fahmi menjadi penutup tirai

Tahun 2012 disifatkan sebagai tahun perkhawinan buat selebriti tanah air. Antara selebriti terkenal yang memilih tahun 2012 ini sebagai tahun perkhawinan mereka antaranya pasangan Yusri dan Lisa, Awal dan Scha, Farid Kamil dan Diana Danielle setra tidak ketinggalan penjaga gawang Harimau Malaya Apek dan Launiey yang melangsungkan pernikahan hari ini yang merupakan penutup tirai 2012.

 #Tahniah Apek, semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Selain Apek dan pasangannya Launiey, ada lebih kurang dua puluh lagi pasangan selebriti yang melangsungkan perkhawinan pada tahun ini. Berikut adalah senarai pasangan selebriti yang Aku pengembara listkan hasil permintaan pembaca yang minta saya senaraikan pasangan-pasangan tersebut.. Emm, pandai plak diaorang nie bagi Aku pengembara job. Hehe. Apa-apa pun, Aku pengembara tetap buat yang terbaik untuk fans Aku pengembara.. Jom layan..

1 Januari
Ash & Sherry Merlis

20 Januari
 
Ally Iskandar & Farah Lee

23 Februari
 
Yusri & Lisa Surihani

25 Februari
Anna Rafali & Naim

1 April
 
Azza & Azlan Zulaily

12 April
Natasha Hudson & Carleed Khaza

27 April
 
Fasha Sandha & Rizal Ashram

4 Mei
Awal Ashaari & Scha Al Yahya

6 Jun
Nurul & Eric Depp

29 Jun
 
Irma Hasmie & Redza Syah

7 Julai
Ella & Azhar

30 Ogos
Izreen Azminda & Riza Baharuddin

3 November
 
Farid Kamil & Diana Danielle

9 November
Dato' Lee Chong Wei & Wong Mei Choo

16 November
 
Hairie Othman & Dalia Diana

10 Disember
Betty Benafe & Bruce Darghous

12 Disember
 
Suki Low & Jeremy Chong

15 Disember
Acong Sweetchild & Marya Zuraida

20 Disember
 
Fazurina & Haikal

20 Disember
 
Dj Cza & Aimi Nadhirah

22 Disember
Anne Ngasri & Sumali

28 Disember
 
Khairul Fahmi & Launiey Natasha

#Tahniah diucapkan kepada pasangan-pasangan romantik tersebut. In Shaa Allah lepas nie giliran Aku pengembara plak. Hahakkzzz.. Apa-apa pun thankz kepada yang sudi baca post kali ini.. Seperti biasa pesanan Aku pengembara, Tegur bila aku salah, hulurkan tanganmu bila aku lemah.. Assalamualaikum..

Sumber gambar dari google image