Pemain T-Team bersumpah depan Al-Quran - Adakah dibenarkan dalam agama? | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, February 11, 2014

Pemain T-Team bersumpah depan Al-Quran - Adakah dibenarkan dalam agama?

Sejarah telah tercipta buat pertama kalinya sebuah pasukan bola sepak iaitu T-Team bersumpah di hadapan Al-Quran untuk membuktikan kebenaran. Saya cukup terkejut apabila mendengar berita tersebut. Kalau sudah sampai ke tahap angkat sumpah, ini bermakna perkara ini sudah mencapai tahap serius dan perlu diambil perhatian.

Pengakuan bersumpah Khairan Ezuan, pemain T-Team.
Hal ini rentetan daripada insiden kekecohan di terowong Larkin pada perlawanan JDT bertemu T-Team. Bagi yang belum mengetahui insiden tersebut, saya bawakan satu kronologi ringkas berkaitan isu ini sehinggalah majlis angkat sumpah semalam.

JDT mendahului 2-1 pada separuh masa pertama Perlawanan JDT menentang T-Team Piala FA 1 februari lepas.

Stefano Impaguazzo, Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim sebaik wisel separuh masa dibunyikan.

Pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues, meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Perlawanan Perlawanan JDT Vs T-Team terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan atas faktor keselamatan.

Bahagian pengurusan tertinggi T-Team mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian itu serta mengarahkan mangsa membuat pemeriksaan kesihatan.

Ketua jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah menggesa FAM supaya memindahkan Perlawanan JDT Vs T-Team ulangan itu ke gelanggang berkecuali bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

FAM membuat keputusan di luar jangkaan apabila memberikan kemenangan 3-0 kepada JDT.

Pengurusan T-Team kecewa dengan keputusan itu dan Presiden PBSNT meminta pemain-pemain T-Team bersumpah di hadapan Al-Quran untuk membuktikan kebenaran.


Video pengakuan bersumpah Azlan Johar dan Khairan Ezuan, pemain T-Team

Dapat gambaran mengenai kejadian tersebut? Saya agak takut sebenarnya untuk menulis entri ini kerana kes ini melibatkan pengurusan tertinggi dari kedua belah pihak. Atas sebab itu, mohon jangan ada provokasi mengenai penulisan ini. Entri ini hanya pendapat saya selaku peminat dan pencita bola sepak tanah air. Saya sayang bola sepak Malaysia.

Menyentuh isu di terowong pula, saya tidak berani mengulas panjang. Kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa kerana kita tidak berada ditempat kejadian. Apa yang lebih penting dari itu, saya ingin mengutarakan satu kemusykilan berkaitan dengan angkat sumpah.

- Bolehkah al Quran digunakan dalam isu ini kerana ada yang mengatakan sumpah yang sebenar dalam islam bukanlah untuk perkara remeh seperti menyelesaikan pergaduhan di terowong bola?

Saya benar-benar keliru dengan komen di laman-laman sosial yang ada mengatakan boleh dan ada juga yang mengatakan tidak wajar majlis angkat sumpah sebegini dilakukan. Mohon sedikit penjelasan buat insan cetek ilmu agama ini.. TQ

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

17 comments:

  1. hurm susah jugak nak komen entri ni.ehe tp rasanya dah ramai yang jangkakan kesudahan keputusan fam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cte pasal FAM.. Rasanya better buat rematch barulah kedua belah pihak puas hati..

      Delete
  2. Kalau dah buat sumpah Quran tu kompom lah betul kan Aniq.. takkan dorang mo main2...isk! moga dapat pembelaan yg sewajar nya...

    ReplyDelete
  3. X berapa pandai juga bab ni,sebab irfan (kalau x silap sayalah)pemain T team pun ikut angkat sumpah juga mengatakan tiada berlaku provokasi di terowong.pada saya mcm x wajar je nak bersumpah2 pasal bola ni.takde bukti tetap sama jer kan.

    ReplyDelete
  4. pada acik x perlu angkat sumpah rematch kembali...jangan main-main angkat sumpah depan al quran

    ReplyDelete
  5. xtau nak komen pasal isu angkat sumpah. cuma sedih dengan bla sepak kita, sampai bila nak maju kalau masih lagi ada isu sebegini berlaku. tak kira siapa pun, pemain, jurulatih, pengurusan mahupun FAM sepatutnya mengambil langkah professional dalam tindak tanduk mereka dan bukan buat keputusan secara melulu....

    ReplyDelete
  6. akak pun tak berani nak komen. moga allah permudahkan

    ReplyDelete
  7. al-quran fungsinya untuk dibaca, dihayati maksudnya, diamalkan perintahnya. Bukan digunakan bersumpah demi perkara yang kurang kepentingannya. Ustaz ada, ulama ada taknak dengar ..... main sedap ikut sendiri je nak bersumpah.Wallahualam

    ReplyDelete
  8. Sanggup bersumpah menunjukkan satu kebenaran... selebihnya biarlah Allah yang menilai.. apa kata lawan lagi skali ? hehehe

    ReplyDelete
  9. Takut betol tengok dalam berita semalam.
    Macam2 boleh berlaku kn .

    ReplyDelete
  10. Assalam.. saya tak berapa arif soal agama ni, tp pada pandangan peribadi, soal ni tak perlulah sampai guna Al Quran... kebanyakan kita pun main bola pakai seluar pendek & tak menutup aurat dgn betul.. ada baiknya digunakan akal yg ada secara bijaksana utk mencari punca & penyelesaian. Allah kurniakan akal & inilah antara masa utk digunakan betul2... wallahualam..

    ReplyDelete
  11. Emm sya tak tahu hujung pangkal menda ni..ni baru tahu..hahaha..maklum la dah lama menyepi..

    ReplyDelete
  12. Banyak betul isu pasal bola ni. Macamana nak maju kalau tak professional.

    ReplyDelete
  13. terima kasih bagi info

    Pelbagai Resepi Masakan yang menarik di sini :Resepi Istimewa

    http://ohresepi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Bersumpah itukan tidak boleh ya gan, hmm kalau saya gak deh sumpah-sumpah begitu... :)

    ReplyDelete