Datuk Harun Taib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat meninggal dunia | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Saturday, January 25, 2014

Datuk Harun Taib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dilaporkan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kelmarin, telah kembali ke rahmatullah pada lewat malam Jumaat.


Perkhabaran sedih tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi muat naik status di laman Facebook miliknya.

Allahyarham Harun Taib dilaporkan masih tidak sedarkan diri pada petang semalam ketika diziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya.

Allahyarham merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu dan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan lima anak.[SUMBER]

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

5 comments:

  1. Al-Fatihah... Allahu Akbar...

    ReplyDelete
  2. Takziah kepada keluarga.
    Cukuplah kematian sebagai peringatan.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..sedih mendengar perkhabaran ini...hilang lagi seorng ulama yg di segani....:(

    ReplyDelete
  4. Takziah, saya ucapkan.

    ReplyDelete