Aniq Bukhary Channel


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, March 6, 2012

Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam

KL Gangster semakin menjadi-jadi..
 KL Gangster..
 
Hidup baru? hidup lama yang gemilang..

 
Sekarang gua kasi rehat lu cukup-cukup..

 Lu jangan cari pasal sama gua. nanti lu susah ma..

Ada orang kacau lu kat dalam? bagi tau gua biar gua belasah!

Lu panggil lu punya anjing-anjing pijak sama gua sekarang gua mau tengok!

Apa lu cerita. Lu cakap cantek sikit..

Kalau aku jadi taiko, kau apa hal!

Kalau gua tak kasi bapak lu muka, da lama gua sepak lu punya muka tau!

Aku pengembara; Hasil karya minggu ini mendedahkan karya yang dihasilkan dengan hanya menggunakan edit paint yang terdapat dalam komputer anda.. cara edit cukup mudah dan cepat bergantung pada komitmen dan minat anda. Minggu ini  Aku pengembara memilih tajuk dialog KL Gangster untuk tatapan anda.. sebelum itu, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menghasilkan karya ini.. Hope you enjoy! 


Thursday, March 1, 2012

Air yang paling sedap

Air yang biasa dihamburkan dikedinginan malam sunyi ketika ramai orang sedang dibuai mimpi. Siapa yang pernah buat dan selalu buat, dia akan tahu betapa nikmat dan sedapnya air ini. Air mata yang dititiskan dihadapan Allah tidak dapat menandingi mana-mana air yang terdapat di dunia ini. Bersesuaian dengan itu, Aku pengembara membawakan satu kisah yang boleh dijadikan renungan dan harap semua enjoy dan mengambil pengajaran daripada kisah yang menarik ini.

 

     Semenjak nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, baginda menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlalu malu kepada Allah SWT. Baginda sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi adam itu, Allah SWT tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih.
    Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda. Burung itu berkata, “sedap sungguh air ini.” Nabi adam terdengar kata-kata burung tersebut. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah SWT. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah SWT telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”

Aku pengembara: Air mata taubat.. menangis di malam hari merupakan antara petua untuk sentiasa cergas sepanjang hari. Nantikan artikel seterusnya..

Monday, February 27, 2012

Sebuah nostalgia


Potret itu ku tatap lagi, satu demi satu kenangan bersama kak Long berlegar di fikiran. Seboleh-bolehnya kenangan itu cuba aku hapuskan dari ingatan. Namun, semakin aku cuba melupakan, semakin kuat ingatan itu mencengkam naluri ku. Hati ini meratap tiap kali nostalgia itu menghantui. Piano kecil itu terus mengalunkan irama lembut sedang aku terus melayari jiwa ku. Potret itu ku tatap lagi.
Pagi itu, seperti hari2 sebelumnya Kak Long menghantarku ke sekolah. Namun kali ini berbeza sekali. Kak Long menghantarku terus ke dalam kelas ku lalu mengucup dan memeluk ku erat. Pelbagai persoalan hadir di benak ku. Mengapa tingkah Kak Long berbeza kali ini? Pagi itu juga, aku tidak turut serta bersama rakan2 ku yang lain berhimpun di tapak perhimpunan. Gelagat Kak Long benar2 menghairankan ku. Sesi pembelajaran bagi ku cukup membosankan hari itu. Ingin rasanya aku terus pulang. Hati ini memberontak ingin bertemu Kak Long.
Deringan lonceng penamat sesi pembelajaran hari itu benar2 menggembirakanku. Aku bergegas mengemas buku2 nota ku dan memasukkan ke dalam beg ku. Aku mengorak langkah pantas menuruni anak tangga dan terus keluar dari pintu pagar utama. Kehangatan mentari hari itu tidak ku rasakan. Perasaan ku yang bercampur baur dan membuak-buak ketika itu memaksa aku mengorak langkah lebih pantas.
Setibanya aku di perkarangan rumah, aku terpaku. Degup jantungku kian pantas. Ku lihat ayah sedang berbincang dengan imam Ghazali, imam masjid kampung Seroja ini. Pak Long pula bersama beberapa orang pemuda kampung sibuk mengurus sesuatu. Kak Long nak khawin? Aku maju setapak lagi. Namun, langkah ku terhenti lagi. Mak Ngah menangis. Mak Cu menepuk pundak Mak Ngah. Mata Mak Long bengkak, merah. Salina dan Rosidah, kawan baik Kak Long berpelukan sambil bahu mereka terhenjut-henjut. Sedih? Pilu? Kak Long? Aku meluru masuk.
Bacaan yassin memenuhi ruang rumah. Sekujur tubuh di ruang tamu kaku terbaring berlitup dari kepala ke hujung kaki. Aku lihat ibu di sisi tubuh itu. Wajahnya tenang tanpa setitis air mata. Merdu suara ibu membaca yassin diiringi sendu jiran2. Selimut putih itu ku buka. Ya Allah!, Kak Long! Pandangan ku gelap. Kini, barulah aku mengerti mengapa Kak Long beria-ia hendak pulang awal dari kampus. Aku, ibu dan ayah tidak pernah menduga tentang penyakit Kak Long.
UPSR tahun ini bagaikan tidak bererti bagi ku. Namun, mengenangkan wasiat Kak Long untuk mendapat keputusan cemerlang, membakar semangatku. Walaupun aku Cuma mendapat 4A dan 1B dalam UPSR, aku tabah, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Pesan Kak Long berlegar di ingatan.ibu memberikan aku sebuah kotak kecil. Sebuah kotak muzik berbentuk piano Kristal kecil, berada di dalamnya. “Kak Long pesan beri pada Lia kalau dapat keputusan cemerlang”, ayah bersuara. Air mata ku berlinang tanpa dapat ku bendung.
“Tahniah, Lia”, kucupan mesra hangat daripada ibu singgah di pipi kiri ku. Mematikan monolog ku yang panjang. Jari-jemari ibu menyeka air mata ku. Air mata berharga, sebuah kenangan empat tahun lalu. “ sudahlah… kemas beg tu. Ibu dan ayah tunggu Lia kat bawah”. Ibu mengusap rambut ku. Potret Kak Long dan piano kecil itu ku sumbatkan ke dalam beg galas ku. Boring tawaran ke sekolah berasrama penuh itu ku gulung. Kak Long, Lia dapat 8A dalam PMR.

Nukilan,
nurul faezah
3 amanah

*Dipetik daripada majalah SEMESTA SMK Umas-umas edisi ke-3 2004.




Wednesday, February 15, 2012

Edit mudah dan cantik

Cari pic yang ingin di edit

Rotate and flip pic tersebut supaya image yang dikehendaki berada dalam keadaan tegak (menggunakan microsoft office).


Crop image seperti dalam pic di atas.

Hasil yang diperoleh.

Putihkan bahagian tepi image menggunakan brush tool yang terdapat dalam perisian adobe photoshop.

sesudah itu, ambil 1 pic sebagai latar dan gabungkan pic yang telah anda crop tadi sehingga anda berpuas hati.

Anda akan dapat hasil seperti ini.

Untuk lebih menarik lagi, gunakan retouch yang terdapat dalam edit picasa.

Anda boleh meletakkan teks yang bersesuaian seperti dalam gambar di atas dan inilah hasilnya...

Contoh gambar yang terhasil melalui kaedah yang sama. SELAMAT MENCUBA!!

*Now everyone can edit. Aku pengembara akan mendedahkan kaedah seterusnya pada minggu hadapan....


Wednesday, February 1, 2012

Love: Lembaran terakhir untukmu sayang


kepangkuan Faiz yg dirindui, semoga dalam rahmat Allah swt. Maafkan Shasa jika warkah ini mengundang 1001 persoalan dalam diri Faiz. Mungkin ini yg terbaik yg pernah Shasa lakukan untuk Faiz.

Di sini, Shasa ingin meluahkan apa yg terbuku di hati Shasa selama ini. Shasa akui, sejak kita bertemu dulu, hidup Shasa tak pernah sepi. Boleh dikatakan hari-hari yg Shasa lalui tak sempurna tanpa celoteh dan lawak-lawak bodoh dari Faiz. Kekadang meluat juga Shasa tengok perangai Faiz tu..

Ingat lagi tak first day Shasa masuk kelas Faiz hari tu, Faiz dengan kawan-kawan Faiz yg lebih-lebih. Rasa macam nak baling je dengan kasut Jazz Star Shasa yg saiz 2 tu. Nasib baik la Shasa student baru lagi masa tu. Tapi, kalaulah diberi peluang, ingin pula rasanya Shasa kembali ke masa itu. Memanglah Shasa akui waktu tu memang Shasa sakit hati. Siapa pun sakit hati kalau asyik kena kacau je. Macam la takde orang lain lagi nak kacau. Lepas tu, waktu rehat dengan muka tak malu depan semua orang, Faiz jerit ‘I love Nursyafiqahhhhhh!!’. Masa tu Shasa buat selamba je walaupun dalam hati malu bagai nak gila.

Faiz, sebenarnya bukan Shasa tak mahu meluahkan kata-kata itu dari bibir Shasa sendiri, tapi Faiz pun tahu jurang antara kita begitu luas. Faiz masih belajar, Shasa pun masih belajar. Perjalanan kita masih panjang Iz. Walaupun begitu, di sini Shasa berani mengatakan yg Shasa pun ada perasaan dengan Faiz. Itu Shasa tak boleh tipu. Mesti Faiz terkejut, tapi itulah realitinya.

Faiz, Sasha tahu saat Faiz baca surat nie, Sasha sudah berada jauh dari Faiz. Faiz jangan nangis ya. Faiz mesti kuat macam Faiz yang Sasha kenal dulu. Sasha terpaksa buat keputusan ini walaupun Sasha tahu malam-malam yg bakal Sasha tempuhi selepas ini penuh dengan air mata. 7 bulan Faiz. 7 bulan yg kita lalui bersama bukan satu tempoh singkat. Banyak memori indah telah kita lakar bersama dan bumi Kulai inilah menjadi saksi.

Sebelum air mata ini mengalir lebih deras lagi, rasanya cukup setakat ini yg dapat Sasha coretkan. Sebelum itu, ada sesuatu yg Sasha nak ungkapkan yg tak termampu lidah ini ungkapkan depan Faiz. Satu perkataan ikhlas dari hati..

I love U so much..
                                       
                                                                                                                           Terlanjur mencintaimu,
                                                                                                                                        Sasha.
                                                                                                                         (Nursyafiqah Kamarudin)

*kisah benar luahan ikhlas seorang kekasih. ikuti luahan seterusnya minggu hadapan :-)

Monday, November 14, 2011

Kesalahan dalam filem KL Gangster

*Kajian yg dilakukan seorang rakan Blogger menarik perhatian Aku pengembara untuk berkongsi dengan anda mengenai filem yg telah mencetuskan fenomena baru dalam industri filem tanah air. Aku pengembara sendiri mengakui filem ini merupakan filem Malaysia ke-2 yg berjaya memikat hati Aku pengembara. Adengan dan kata bual yg terdapat dalam filem ini menjadi ikutan remaja masa kini (termasuk Aku pengembara) sendiri. Namun demikian, terdapat beberapa kecacatan kecil yg berjaya dikesan yg terdapat dalam filem berhantu ini. Jom kita lihat...
1. Kolar Ajib yang pada awalnya menegak tiba tiba menjadi berlipat sewaktu Ajib datang kepada Malek. Kolar baju Ajib kembali menegak secara tiba tiba semula sewaktu Fadil bergerak pergi selepas ambil Malek. 


2. Sewaktu Jai tendang, beg berada di sebelah kanan dan tidak kelihatan. Namun, syot seterusnya menunjukkan beg tersebut berada di atas paha kiri secara tiba tiba. Sewaktu penjahat tu bangun dan lari, beg tadi berada di sebelah kanan dan tidak kelihatan semula. 

3. Sewaktu adegan gaduh di lorong, kelihatan 3 tin (dua dalam keadaan menegak, satu mengiring) berada di atas meja. Sebelum Jai sepak meja dan botol putih berterabur, tin yang mengiring kelihatan berada di bawah secara tiba tiba selepas bertukar syot. 4. Kedudukan bakul yang satu bahagiannya berada di atas botol putih tiba tiba berubah selepas Jai menendang lelaki tersebut ke dinding. Malah, kedudukan meja merah yang pecah yang berada jauh di satu sudut, tetiba kelihatan dalam adegan last babak ini (sebelum polis datang) padahal aksi lawan berlaku jauh dari kawasan meja. 5. Tuala biru di belakang Dragon berubah bentuk secara tiba tiba. 6. Sewaktu Jai datang ke meja, seorang daripada lelaki yang duduk di meja (berada di sebelah kiri skrin) minum air dan letak cawan di atas meja. Namun, bila Jai lempar duit atas meja, cawan tidak kelihatan lagi. 7. Awal babak, dapat dilihat ada riben merah dekat tangan seorang lelaki yang tengah tidur. Namun, semasa Zeti bangun, riben tadi sudah tidak kelihatan. 8. Malah, kedudukan belon biru yang berada berdekatan dengan majalah tiba tiba menjadi jauh semasa rakan Zeti datang kejutkannya. Belon tersebut dilihat berada dekat dengan majalah semula semasa Zeti bangun dari sofa. 9. Tatu Shark di kiri dan kanan leher Shark berbeza jarak dalam beberapa syot dalam filem ini. Perhatikan jarak tatu Shark semasa awal filem dan babak Shark datang ke rumah Malek. Jarak tatu di leher Shark lebih dekat daripada babak sebelum ini sehinggakan hampir bertemu dalam adegan Shark di rumah Malek. 10. Malek tendang bonzer sehingga jatuh atas meja. Meja pecah dan gelas jatuh dan keluar dari ‘frame’. Dari syot atas, tiada gelas kelihatan di tepi bonzer, namun close up syot menunjukkan ada gelas yang tiba tiba muncul. 11. Beberapa helai rambut menutupi mata lelaki ini yang mana kelihatan dalam close-up. Syot seterusnya sewaktu lelaki ini tunjuk tangan untuk halau Malek keluar, helaian rambut kemas disikat di tepi secara tiba tiba. Close-up syot selepas itu kembali menujukkan rambut menutupi mata lelaki itu kembali. 12. Lelaki yang tengah memilih sayur hilang dalam syot seterusnya secara tiba tiba. 13. Sewaktu dua kuncu gangster India serang Malek di pasar, Malek berlawan sambil mengundur dan melepasi kawasan yang ada raga rotan besar. Syot seterusnya menunjukkan Malek sedang berlawan sebelum kawasan rotan besar itu sekali lagi, sebelum melepasi kawasan raga rotan besar itu buat kali kedua. 14. Sewaktu Ajib pegang tangan kuncunya yang sedang main dengan pisau lipat, bahagian atas pisau terjuntai ke bawah. Namun, syot seterusnya menunjukkan bahagian atas pisau menegak sebelum terjuntai semula dalam syot seterusnya secara tiba tiba. 15. Next, semasa Jai lari nak serang Ajib dia lompat atas motor. Ada dua biji motor kelihatan dalam syot awal. Namun, syot seterusnya menunjukkan satu biji motor sudah hilang secara tiba tiba. Tinggal satu saja yang kelihatan sehingga habis babak. 16. Malah, perhatikan semasa adegan fight between Ajib dan Jai. Dalam satu syot jarak jauh, kuncu kuncu kat blakang (extra) lawan pakai tangan dan palang besi. Namun, bila ada close-up, tiba tiba saja mereka sedang bergasak pakai kerusi/meja putih. Syot biasa jarak jauh, pakai tangan dan palang besi balik. 17. Lagi, geng yang tengah bergaduh kat belakang (pelakon extra yang main main... lawak siot diorang fight) dilihat sedang memijak mijak seseorang. Namun, tukar syot, mereka sedang main laga laga kerusi secara tiba tiba. Tak bley blah! 18. Kereta kuncu Shark langgar bahagian belakang kereta Fadil. Bahagian belakang kereta Fadil tak rosak teruk. Namun next syot menunjukkan bahagian depan kereta Fadil tiba tiba remuk/rosak di bahagian depan sebelum kuncu Shark sempat hentak apa apa kat kereta tu. 19. TRIVIA - Dalam satu adegan memecahkan cermin kereta Fadil, kaca yang dipecahkan sebenarnya adalah cermin kaca tambahan yang diletakkan atas cermin sebenar (anak panah). Perhatikan apabila kaca yang dipecahkan luruh, akan nampak satu lagi cermin tingkap yang masih rata pada bahagian bawah. Padahal, bahagian atas, yang mengandungi cermin tambahan sudah retak dan hampir pecah. 20. Shark naik atas kereta Fadil dan pecahkan cermin depan kereta. Semasa Shark hentak di bahagian kanan cermin, cermin sebelah kanan sudah retak. Namun, syot seterusnya tunjukkan menunjukkan cermin sebelah kanan kembali elok dan Shark hanya dilihat menghentak bahagian kiri cermin hadapan saja. 21. Cermin hadapan tiba tiba saja berlubang semasa Fadil dan Malek keluar dari kereta. 22. Semasa Shark tarik mak Malek, anak tudung mak Malek menutupi telinga, Tetapi, semasa rebah, telinga mak Malek kelihatan secara tiba tiba. Malah, selepas Shark tikam Fadil, anak tudung mak Malek makin terbuka, menampakkan rambutnya secara tiba tiba. 23. Darah yang meleleh di dagu Fadil hilang / tidak kelihatan dalam syot close-up. 24. Sewaktu Shark lari kejar King, kuncu King yang dah mati (pakai baju kuning) tidak ada pistol di tangannya. Namun, close-up syot menunjukkan ada sepucuk pistol tiba tiba ada di atas jalan secara tiba tiba. 25. Shark tembak King menyebabkan belakang King terkena dua tembakan dan berdarah. Kedudukan tompok darah adalah berdekatan dan mengenai jantung. Namun, semasa King rebah, satu tembakan berada di dada kanan, dan satu lagi di bahu. 26. Semasa Malek masuk dengan Ajib ke dalam kelab untuk adegan fighting last, Malek tendang kerusi dan kerusi tersebut rebah. Namun, semasa pergaduhan berlaku dapat dilihat kerusi tersebut ada di tempat sebelum Malek tendang dan sebuah kerusi misteri juga terbaring di atas karpet. 27. Meja yang berada di tepi sekali tiba tiba hilang semasa Jai buat tendang pusing kat kepala Ajib. 28. TRIVIA – almari ini dipatahkan dahulu supaya Jai senang jatuh dan beri impak sakit. Jelas kelihatan lapisan atas papan yang dipatahkan (anak panah) di tengah papan untuk memudahkan papan itu patah semasa Jai dilempar Malek.

*Aku pengembara sendiri kagum dengan kemampuan sahabat blogger yg membuat kajian sehingga ke tahap itu. memang terbaek!! tahniah diucapkan. Dengan kajian sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu penggiat filem Tanah air untuk memperbaiki mutu filem yg dihasilkan. Namun demikian apabila kita kecilkan skop menyentuh aspek hubungan sesama manusia, pendapat Aku pengembara lebih baik kita mengelakkan dari mencari kesalahan orang lain kerana dikhuatiri akan menjerat diri.. wassalam..

Tuesday, November 8, 2011

Senarai perpindahan pemain liga Malaysia 2012



 

Selangor
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) ---> Selangor
Badri Radzi (Kelantan) ---> Selangor
S Chanturu (Kelantan) ---> Selangor

Negeri Sembilan
Farisham Ismail (Kelantan) ---> Negeri Sembilan
Baddrol Bakhtiar (Kedah) ---> Negeri Sembilan

Perak
Abdul Hadi Yahya (Terengganu) ---> Perak
Hardi Jaafar (Selangor) ---> Perak


Kelantan
Jocip Bonacin (Croatia) ---> Kelantan
Azmi Muslim (Kedah) ---> Kelantan
Safiq Rahim (Selangor) ---> Kelantan
Amirul Hadi Zainal (Selangor) ---> Kelantan
Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur) ---> Kelantan
Fakri Saarani (Negeri Sembilan) ---> Kelantan
Azlan Ismail (Kedah) ---> Kelantan
Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda A) ---> Kelantan
Nizarudin Yusof (Felda United) ---> Kelantan
Azizi Mat Rose (T-Team) ---> Kelantan
Norfarhan Mohammad (T-Team) ---> kelantan
Butller (Ex coach Yangoon Fc) ----> Kelantan

ATM
Hairuddin Omar (Negeri Sembilan ) ---> ATM
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan) ---> ATM
Zaquan Adha (Negeri Sembilan) ---> ATM
Nizad Ayub (Kelantan) ---> ATM
Ramzul Zahini Adenan (Kelantan) ---> ATM
K Soley (Kelantan) ---> ATM
Danail Fadzli (Kelantan) ---> ATM
Santhiananthan (Ex CEO ARMY) ---> ATM

Kedah
Marlon Alex James (Vancouver Whitecaps FC) ---> Kedah
Nelson Sam Martin ---> Kedah
Akmal Rizal Rakhli (Perak) ---> Kedah
Razali Umar Kandasamy (Perak) ---> Kedah
Rizal Fahmi (Kelantan) ---> Kedah
Indra Putra (T-Team) ---> Kedah

Johor FC
Fitri Omar (MP Muar) ---> Johor FC
Nurul Azwan Roya (Kelantan) ---> Johor FC
K.devan (Ex coach selangor) ---> Johor FC

Sarawak Alexis Ngambi (Cameroon) ---> Sarawak
Kalle Sone (Cameroon) ---> Sarawak
Joseph Kalang Tie (Terengganu) ---> Sarawak ....

*Perpindahan ini hanya khabar angin sahaja...
 kita tunggu dan lihat tahun hadapan....
Apa2 pun jangan lupa saksikan kehangatan liga malaysia..!!