Sebuah nostalgia | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Monday, February 27, 2012

Sebuah nostalgia


Potret itu ku tatap lagi, satu demi satu kenangan bersama kak Long berlegar di fikiran. Seboleh-bolehnya kenangan itu cuba aku hapuskan dari ingatan. Namun, semakin aku cuba melupakan, semakin kuat ingatan itu mencengkam naluri ku. Hati ini meratap tiap kali nostalgia itu menghantui. Piano kecil itu terus mengalunkan irama lembut sedang aku terus melayari jiwa ku. Potret itu ku tatap lagi.
Pagi itu, seperti hari2 sebelumnya Kak Long menghantarku ke sekolah. Namun kali ini berbeza sekali. Kak Long menghantarku terus ke dalam kelas ku lalu mengucup dan memeluk ku erat. Pelbagai persoalan hadir di benak ku. Mengapa tingkah Kak Long berbeza kali ini? Pagi itu juga, aku tidak turut serta bersama rakan2 ku yang lain berhimpun di tapak perhimpunan. Gelagat Kak Long benar2 menghairankan ku. Sesi pembelajaran bagi ku cukup membosankan hari itu. Ingin rasanya aku terus pulang. Hati ini memberontak ingin bertemu Kak Long.
Deringan lonceng penamat sesi pembelajaran hari itu benar2 menggembirakanku. Aku bergegas mengemas buku2 nota ku dan memasukkan ke dalam beg ku. Aku mengorak langkah pantas menuruni anak tangga dan terus keluar dari pintu pagar utama. Kehangatan mentari hari itu tidak ku rasakan. Perasaan ku yang bercampur baur dan membuak-buak ketika itu memaksa aku mengorak langkah lebih pantas.
Setibanya aku di perkarangan rumah, aku terpaku. Degup jantungku kian pantas. Ku lihat ayah sedang berbincang dengan imam Ghazali, imam masjid kampung Seroja ini. Pak Long pula bersama beberapa orang pemuda kampung sibuk mengurus sesuatu. Kak Long nak khawin? Aku maju setapak lagi. Namun, langkah ku terhenti lagi. Mak Ngah menangis. Mak Cu menepuk pundak Mak Ngah. Mata Mak Long bengkak, merah. Salina dan Rosidah, kawan baik Kak Long berpelukan sambil bahu mereka terhenjut-henjut. Sedih? Pilu? Kak Long? Aku meluru masuk.
Bacaan yassin memenuhi ruang rumah. Sekujur tubuh di ruang tamu kaku terbaring berlitup dari kepala ke hujung kaki. Aku lihat ibu di sisi tubuh itu. Wajahnya tenang tanpa setitis air mata. Merdu suara ibu membaca yassin diiringi sendu jiran2. Selimut putih itu ku buka. Ya Allah!, Kak Long! Pandangan ku gelap. Kini, barulah aku mengerti mengapa Kak Long beria-ia hendak pulang awal dari kampus. Aku, ibu dan ayah tidak pernah menduga tentang penyakit Kak Long.
UPSR tahun ini bagaikan tidak bererti bagi ku. Namun, mengenangkan wasiat Kak Long untuk mendapat keputusan cemerlang, membakar semangatku. Walaupun aku Cuma mendapat 4A dan 1B dalam UPSR, aku tabah, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Pesan Kak Long berlegar di ingatan.ibu memberikan aku sebuah kotak kecil. Sebuah kotak muzik berbentuk piano Kristal kecil, berada di dalamnya. “Kak Long pesan beri pada Lia kalau dapat keputusan cemerlang”, ayah bersuara. Air mata ku berlinang tanpa dapat ku bendung.
“Tahniah, Lia”, kucupan mesra hangat daripada ibu singgah di pipi kiri ku. Mematikan monolog ku yang panjang. Jari-jemari ibu menyeka air mata ku. Air mata berharga, sebuah kenangan empat tahun lalu. “ sudahlah… kemas beg tu. Ibu dan ayah tunggu Lia kat bawah”. Ibu mengusap rambut ku. Potret Kak Long dan piano kecil itu ku sumbatkan ke dalam beg galas ku. Boring tawaran ke sekolah berasrama penuh itu ku gulung. Kak Long, Lia dapat 8A dalam PMR.

Nukilan,
nurul faezah
3 amanah

*Dipetik daripada majalah SEMESTA SMK Umas-umas edisi ke-3 2004.





TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

2 comments:

  1. knpe bukan spm die target? huhu

    apepon nice story ;)

    ReplyDelete
  2. yang 2 kita kena tanya ngn penulis asal kisah nie laa.. hehe.. apepon thankz 4 ur comment :)

    ReplyDelete