Aniq Bukhary Channel: Renungan


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Pengikut Ustaz Azhar Idrus bodoh?

Terlebih dahulu saya memohon maaf jika tajuk perkongsian ini agak keterlaluan. Saya tidak berniat untuk menyinggung hati mana-mana pihak namun saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya menerbitkan artikel ini buat renungan kita bersama. Saya tak tahu macam mana nak memulakan bicara dan saya cuba untuk bercakap mengenai isu ini dengan cara lembut dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Maafkan saya.

Ustaz Azhar Idrus (icon remaja masa kini)

Saya mulakan dengan satu petikan akhbar berbahasa melayu di bawah ini. 
HULU TERENGGANU: Buat pertama kali di negeri sendiri, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di gelanggang futsal setelah tidak dibenarkan berbuat demikian di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, malam tadi.

Difahamkan, beliau telah menyampaikan kuliah dua bulan sekali di masjid itu sejak dua tahun lalu tidak pernah dihalang sebelum ini.

Walaupun diadakan dalam gelanggang futsal, namun tidak menjejaskan kehadiran muslimin dan muslimat termasuk anak-anak muda untuk mendengar kuliah daripada ustaz idola mereka.

Menurut sumber, jumlah para hadirin untuk mendengar kuliah semakin bertambah sehingga pihak masjid menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selesa.

Pertama kali saya membaca berita ini saya cukup tersentuh. Timbul persoalan dalam benak saya, mengapa perlu larangan dibuat untuk sesuatu perkara yang baik? Saya tertanya-tanya berikutan larangan tersebut. ya, mungkin saya tidak mengetahui hal sebenar tetapi tindakan menghalang beliau merupakan sesuatu yang tak masuk akal bagi saya.

Pengumuman larangan ceramah yang 6 mei lepas.

Berikutan isu ini saya berfikir apa fungsi masjid sebenarnya? Dalam buku 'The Role of the Mosque' tulisan Sheikh Omar Bakri Muhammad pun ada menyatakan masjid perlu memainkan banyak peranan penting dalam masyarakat muslim apatah lagi hal-hal berkaitan agama. Betulkan saya kalau saya tersilap.

Mungkin disebabkan sedikit percanggahan kita terhadap beliau membuatkan kita bertindak sedemikian. Apa salah Ustaz Azhar Idrus? Sekali lagi saya mengatakan saya bukanlah orang yang tinggi ilmu agama tetapi sedarkah kita siapa kita dibandingkan beliau? Ilmu kita sampai tahap mana jika dibandingkan dengan ilmu mereka? Layakkah kita? Kalau pun kita tak suka, kita kena sedar mereka ini merupakan golongan ulama dan golongan ulama ini adalah pewaris para nabi.

Rasanya cukuplah dulu luahan ikhlas saya berkaitan isu ini. Kalau saya ulas panjang lagi mungkin inilah kali terakhir anda membaca blog saya. Malas nak ulas panjang, video sayu di bawah ini saya kirimkan sebagai penutup artikel kali ini.. Assalamualaikum.

Sayu tengok video ini

Pautan I, Pautan II

Friday, April 25, 2014

Kata-kata dan pesanan tentang solat oleh 11 tokoh agama

Di bawah ini disenaraikan kata-kata atau pun pesanan tentang solat oleh 11 orang tokoh-tokoh agama. Sama-sama kita ambil pengajaran dan amalkan dalam kehidupan kita. Semoga bermanfaat..

Ustaz Azhar Idrus

1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekali pun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikan. - USTAZ KAZIM ELIAS

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga. "Jaga solat... In shaa Allah bahagia..." - USTAZ DON DANIYAL

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - DATUK ISMAIL KAMUS

5. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”. - AL-HABIB ALI ZAINAL

Ustaz Haslin Baharin

6. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat. - USTAZ HASLIN BAHARIN

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. - TG SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya". - SHEIKH ABDULLAH JAHAF

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - USTAZ DASUKI RANI

10. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - USTAZ PAHROL

11. Jangan cakap, "pergi solat kalau tak masuk api neraka!" Tapi cakap, "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama. In shaa Allah. - TG HARUN DIN

*****

Muhasabah diri kita. Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka-mereka yang menjaga solat. Amin Ya rabb..

Thursday, April 17, 2014

10 amalan yang boleh mengubah kehidupan anda

1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya). Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:
“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci.


2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin). Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)
3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh). Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya.

Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)

4) Jaga solat dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha). Rasulullah SAW bersabda:
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter'miss' atau tertinggal walaupun sehari.

5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang). Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)
6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’). Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA:
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

7) Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda). Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT. Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.

Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.


9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati). Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya:
“Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata:
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT). Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:
“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
 *****

Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin

Sunday, February 23, 2014

10 peringatan penting buat Me-layu

1. Kita mungkin berbangga dengan kedudukan ekonomi kita yang boleh dikatakan nombor 17 terbaik di dunia. Namun adakah kita penyumbang kepada kemantapan ekonomi kita?

2. Dikala orang lain sudah matang soal berniaga, kita masih bertatih untuk mengenalinya.

3. Orang lain bersatu walau pada zahirnya nampak berpecah, tetapi kita berpecah walau zahirnya nampak bersatu.

4. Orang lain saling sokong menyokong perniagaan satu sama lain, kita duduk berusaha mematikan perniagaan sesama sendiri.

5. Dalam masa kita tidur nyenyak dibuai mimpi (malas), orang lain sedang bertungkus lumus untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

Sedikit sangat Melayu yang berfikiran seperti Tun Mahathir.

6. Disaat orang lain bertindak untuk menjana pendapatan yang banyak, kita duduk mengutuk, mengumpat dan mencaci rakan kita yang sedang kuat berusaha.

7. Pada masa orang lain sudah pandai memiliki hartanah, kita lebih selesa menyewa dibumi sendiri.

8. Orang lain tidak lagi bergantung kepada kerajaan untuk maju, tapi kita duduk asyik mengharapkan sumbangan, dana dan sokongan untuk berjaya.

9. Kita masih duduk bertelagah soal politik, orang lain sedang fokus kepada kemajuan diri, keluarga, perniagaan dan negara. Sepatutnya itu menjadi agenda utama kita.

10. Kita senang lupa objektif kita tetapi orang lain tidak lupa objektif mereka. Mereka terus berusaha untuk maju, tapi kita terus dibuai mimpi indah.

Diadaptasi daripada tulisan Syuhada Baharudin, jutawan muda dalam laman blognya bertajuk BANGKITLAH. Semoga dengan entri kali ini membuatkan kita terinspirasi dan bersemangat untuk menjadi seoranag melayu yang berjaya. Ingat! Melayu bukan Me-layu. :)

Lagi pesanan buat Melayu [SINI]

Saturday, February 15, 2014

Sebuah coretan ringkas

Sebuah coretan ringkas dariku buat tatapan kalian..

Aniq Bukhary, 27 disember 2010

Telunjuk kita tak habis-habis menunding ke arah orang lain. Tapi kita terlupa bahawa, dalam masa yang sama sebenarnya jari-jari yang lain menunding tepat ke arah kita. Renung-renungkan!

Nyerogen, nyerongen juga, moh kita beghamei.. :)

[Antz Pictures Studioz]

Saturday, February 8, 2014

Dengan hanya enam puluh saat

Bacalah tulisan ini 60 Saat sahaja mungkin boleh mengubah hidup anda 10 tahun akan datang.

Abaikan gambar..

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku.

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku menyedari bahawa kalau saja aku mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini.

Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya..

Sekian..

Aku pengembara: Artikel ini dah banyak yang tulis sampai saya sendiri tak tahu siapa penulis asal. So, jika artikel nie merupakan hasil tulisan anda, bagi tahu saya dan saya akan kreditkan sumber. TQ

Saturday, December 22, 2012

Sedih: Ya Allah singkatnya hidup ini (Video)

 

Aku pengembara: Hidup ini umpama sesaat. First time tengok video nie tersentuh juga la. Tipu la kalau Aku cakap video nie langsung tak sedih. Touching juga sikit. Babak paling sedih time yang lelaki tua tahan pendulum tu, memang touching time tu ditambah lagi dengan elemen cinta membuatkan video ini begitu menyentuh jiwa.

Teringat plak zaman sekolah menengah dulu main baling-baling kertas dengan budak perempuan. Lepas baling buat tak tahu then gelak dengan member-member. Seronok sampai tak ingat dunia. Peristiwa itu Aku rasakan seperti baru sahaja semalam berlalu. Betul la orang cakap, masa yang berlalu akan terus berlalu dengan pantas tanpa sedikit pun simpati kepada manusia.

Ya Allah! Begitu cepatnya masa berlalu.
Aku tidak dapat manahannya dari terus pergi.. 
Oleh itu aku mohon semoga hari-hari yang mendatang engkau berilah Aku kekuatan untuk terus mengharungi kehidupan ini dan peliharalah Aku agar terus berada dalam kalangan orang-orang yang engkau beri petunjuk. 

'AMIN'kan untuk AKU PENGEMBARA..

Thursday, August 11, 2011

Khubah terakhir Rasulullah s.a.w

Sblm aku smbung stdy kat LimKokWing nie, ada la sekali 2 aku kemas2 bilik.. packing barang la katakan.. kan jalan jauh.. semua buku2 yg x guna time skolah aku buang, yg slebihnya aku simpan dalam bilik.. siapa nak, datang la ambil.. haha.. pening juga mguruskan bilik nie.. 

Tapi aku tertarik dgn satu diari lama.. tengok dari luar, korang pun hilang selera nak baca diari buruk 2.. tapi sda menjadi kebiasaan, kalau nak buang something, aku baca dulu content dalam 2.. aku tertarik pada satu artikel dalam diari 2.. menarik.. di lembaran ini, aku kongsikanlah apa yg aku baca 2.. semoga artikel ini memberi manfaat kpd diri penulis khasnya seterusnya kepada pembaca umumnya..

Semoga bermanfaat

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriyah di lembah uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yg hendak aku perkatakan. Aku x tahu apakah aku dapat bertemu lagi dgn kamu selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada org-org yg tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sbg suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap org muslim sbg amanah suci. Kembalikanlah harta yg diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yg berhak. Jgnlah kamu sakiti sesiapa pun agar org lain tidak menyakiti kamu lg. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitrungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yg melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara benar, maka jaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka jg mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka jg berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamudengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantumu yg setia. Dan hak kamu  atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yg kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang 5 kali sehari, berpuasa di bulan ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kpd muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yg lebih mulia dari yg lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah kamu akan menghadap Allah pada suatu hari utk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yg telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jgn sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusi tiada lagi nabi atau rasul yg akan datang selepasku dan tidak akan lahir agam baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yg telah aku sampaikan kpd kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah al-quran dan sunnahku.

Hendaklah org-org yg mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada yg lain. Semoga yg terakhir lebih memahami kata-kata ku daripada mereka yg terus mendengar dariku saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu..

Sekian... :(

Wednesday, August 10, 2011

Benarkah Niel Amstrong sampai ke bulan?

"Setapak buat saya, satu loncatan buat umat manusia", - Neil Armstrong


Itu adalah kata yang diabadikan oleh Neil Armstrong bila dia menjejakkan kakinya buat kali pertama di Bulan pada 20 Julai 1969. Tetapi persoalan yang timbul kenapa gambar-gambar yang diambil dan disiarkan oleh NASA terdapat banyak ralat dan "kesilapan teknik" hinggakan orang mula mempersoalkan..

Pernahkah Neil Armstrong jejakkan kaki di Bulan?

Persoalan 1 : Ada angin ke di bulan?
Bulan tidak mempunyai lapisan atmosfera seperti di Bumi. Ini bermakna tiada udara atau angin di situ. Jadi kenapa bendera yang dicacak di permukaan bulan boleh berkibar-kibar?

Persoalan 2 : Tapak kaki gergasi?
Kuasa tarikan graviti di Bulan hanya 1/6 daripada yang ada di Bumi. Namun begitu, seorang lelaki dengan berat 250kg sekali pun tidak akan dapat membuat kesan tapak kaki yang sebegini jelas dan dalam pada permukaan Bulan seperti yang telah dibuat oleh Neil Armstrong. Mungkin sut dia dibuat dari konkrit kot...

Persoalan  3 : Kapal kapas?
Kapal "Lunar Lander" yang dibawa oleh Armstrong dan Aldrin ini menggunakan kuasa sebesar 55 000kg untuk mendarat atau melancarkan dirinya balik ke angkasa. Jadi kalau Neil Armstrong seorang boleh meninggalkan kesan tapak kaki yang begitu jelas, kenapa kapal ini yang jauh lebih berat dan berkuasa tidak meninggalkan sebarang kesan di permukaan Bulan?

Persoalan 4 : Gambar studio ke?
Gambar Neil Armstrong sedang mengumpul sampel tanah yang diambil oleh Buzz Aldrin. Daripada refleksi imej Aldrin pada visor (penutup muka) Armstrong, ia menunjukkan seluruh badan Aldrin disinari matahari. Ini bermakna matahari berada betul-betul di hadapan Aldrin iaitu di belakang Armstrong. Habis kenapa gambar Armstrong tidak menunjukkan matahari?

Persoalan 5 : Mana bintang?
Perasan atau tidak, tiada sebiji bintang pun kelihatan dalam gambar yang diambil. Sepatutnya semua gambar yang diambil di Bulan lebih terang dan jelas berbanding yang diambil dari Bumi kerana ketiadaan lapisan atmosfera di Bulan. Lagi satu ialah keadaan angkasa yang vakum, tiada molekul udara atau bendasing terapung yang boleh memesongkan sebarang pancaran cahaya yang mungkin menjejaskan kualiti gambar. Pendedahan ini ada benarnya. tapi kita lihat pula pendedahan seterusnya..

Benarkah Neil Amstrong pertama kali ke bulan?

Benarkah Neil Amstrong merupakan manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan? Baru-baru ini telah terbongkar fakta yang mengejutkan mengenai keaslian foto yang dikeluarkan NASA..


Inilah yang dunia lihat tentang foto tersebut. Tetapi sadarkah kita ada bayangan yang tertutup dalam gambar tersebut? Sekarang mari kita lihat teliti gambar sebenarnya..




Oooh.. Sekarang terbukti, rupa-rupanya Pak Selamet merupakan orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan.Duluan Yang Sampai Di Bulan bukan Neil Amstrongg.. Hehe^^ jangan marah.

Saturday, July 30, 2011

Tanda-tanda sebelum kematian

 

100 hari sebelum kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah