Senarai artis Malaysia yang sporting (10 gambar) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Saturday, February 9, 2013

Senarai artis Malaysia yang sporting (10 gambar)

Sepanjang bersahabat baik dengan kamera DSLR nie, banyak benda yang Akupengembara telah 'snap'. Dari benda mati sehinggalah benda bernyawa semuanya dalam memori kamera termasuklah gambar-gambar artis. Di bawah ini Akupengembara senaraikan 10 orang artis yang begitu sporting yang pernah singgah depan lensa kamera ini. Rasanya memadailah dengan 10 gambar untuk kali ini k.

# YANA SAMSUDIN.
First kak Yana. Adegan spontan Yana nie sewaktu bercerita tentang filem Aku Ada, Kau Ada pada tahun lepas. Lama juga AkuPengembara luangkan  masa untuk mendengar celoteh Yana nie. Rupa-rupanya sebelum menjadi pelakon dulu, Yana nie pernah melibatkan diri dalam dunia nyanyian (baru tahu). Setelah melihat sendiri depan mata, Yana merupakan seorang yang sporting dan kelakar. Jika ada anugerah untuk pelakon komidi wanita, maka pilihan Akupengembara adalah Yana Samsudin. ^^

# CAT FARISH.
Time nie Cat dengan ahli kumpulannya sedang mempersembahkan lagu kerna kamu. Berdiri bulu roma time dengar The fabolous cat nie nyanyi lagu nie. Menyesal plak tak record. Siapa yang ada time nie dapat rasalah apa yang Akupengembara rasa time tu. Dengar live lagi best daripada lagu yang sebenar.

# NING BAIZURA.
Gambar nie masa jemput kakak di LCCT hari tu. sementara menunggu akak sampai, Akupengembara pusing la satu terminal tu. Time jalan-jalan tu kebetulan ternampak di satu sudut terminal seperti ada pesta berlangsung. Rupa-rupanya ada promosi AirAsia dan Ning Baizura menjadi artis jemputan. Selepas sahaja menyanyikan lagu, Akupengembara pun luangkan sedikit masa untuk tangkap gambar Ning Baizura selepas mendapat green light daripada kak Ning sendiri. Ternyata Ning Baizura nie sangat mesra dengan semua peminat-peminatnya.

# FAREEZ UNDERTAKER.
Fareez merupakan gitaris kumpulan rock Mellisa suatu ketika dulu. Gambar nie diambil time menjadi sukarelawan hari belia yang lalu. Budak-budak yang bergambar dengan Fareez nie plak merupakan member-member seperjuangan. Sekali lagi dimaklumkan Akupengembara tiada dalam gambar di sebabkan jadi 'tukang gambar'. ^^ maklum la tugas photographer nie. Bak kata seorang member, malang jadi photographer nie sebab tangkap gambar orang, gambar sendiri plak tiada. Apa boleh buat dah nasib badan.. 

# KUMPULAN PESAWAT.
Nie plak kumpulan pesawat. siapa peminat indiband tu mesti kenal dengan diorang nie. Penampilan simple dan bersahaja dan yang paling penting mereka semua nie sporting-sporting belaka.

# MARIA TUNKU SABRI.
Ketika Akupengembara jalan-jalan cari makan, terjumpa plak kak Maria time jom heboh hari tu. Kak Maria nie pun memang sporting tahap dewa. hehe^^ buktinya bila Akupengembara minta tangkap gambar, tanpa banyak soalan satu senyuman ikhlas diberikan. Nice la kak Maria!

# ACOK KECIK.
Nie plak Acok rajalawak. Setelah bertemu dengan Acok, rupa-rupanya dalam dunia real Acok nie memang kelakar orangnya (sama dengan Acok yang Aku kenal dalam astro warna tu). hehe. Tengok la gaya artis kelahiran Sabah nie, bila Akupengembara bagitahu nak tangkap gambar, siap buat posing poyo lagi. Hehe.. (Acok jangan marah.. gurau)

# ALLAYARHAM OSMAN KERING.
Gambar nie merupakan gambar nostalgia bagi Akupengembara. Terasa sayu pula dihati tengok gambar nie. Untuk pengetahuan, gambar nie Akupengembara snap sebelum pelawak terkenal ini dimasukkan ke hospital akibat penyakit batuk kering yang dialami (Rujuk sini). Beliau merupakan antara artis yang Akupengembara respect. Hari tu time rancak berbual, arwah sempat minta izin apabila seorang rakan artis memanggilnya. Masih ingat lagi time tu, dengan nada bergurau arwah kata, "saya pegi sana jap ya, jangan marah plak". Walaupun dalam nada bergurau tetapi Akupengembara rasa tersentuh dengan sikap rendah diri artis ini. Itulah detik-detik terindah bersama arwah Osman kering yang tak dapat dilupakan sampai ke hari ini. Al-fatihah :'(

# FAZLI ZAINAL.
Nie plak gambar bersama Fazli Zainal semasa di Putrajaya. Akhirnya ada juga gambar Akupengembara. Hehe. Tak sangka dalam kesibukan buat persembahan sempat juga Fazli layan karenah Akupengembara nie. Walaupun tak sempat berbual panjang, Akupengembara tetap berpuas hati dengan adanya artis sporting yang menghargai peminat seperti abang Fazli kita nie. Respect Fazli Zainal. 

# AMY SEARCH.
Dah lama pasang impian nak jumpa Amy. Pernah terfikir nak pegi restoran Amy dekat Wangsa Maju mana la tau ada rezki dapat jumpa (tapi dengar cerita dah tutup). Pernah juga beberapa kali Amy buat konsert dekat tempat Akupengembara tetapi ada sahaja halangan. Akhirnya ketentuan Allah dapat juga berjumpa dengan Amy walaupun tak sempat bergambar bersama. hehe..

Aku pengembara : Seorang member pernah bertanya, "Kenapa kau punya blog nie tak banyak cerita pasal artis? Update la setiap apa aktiviti artis". Saya tersenyum dan cakap dengan kawan baik saya tu, "Aku sekadar blogger biasa dan menulis ikut gerak hati berdasarkan pengalaman yang dialami. Aku nie bukannya wartawan hiburan, update sikit dah la". Rakan baik saya itu gelak besar mendengar jawapan saya itu dan berkata, Kau nie sama macam dulu". hehe. Apa-apa pun, thankz kepada rakan saya yang sentiasa mengikuti perkembangan saya dan thankz kepada anda yang sudi layan tulisan kali ini. ^^



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

13 comments:

  1. Pernah terserempak dgn sorang artis..at shah alam..tapi tak tahu nama..tp muka mcm penah jmpa dlm tv...tak popular kot.. layak ke digelar artis..? ahahha..

    ReplyDelete
  2. kenapa di blur mukanya.. yana mmg best la.

    ReplyDelete
  3. lisa lebih suka yana , heheh

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat ambil gambar, bergambar dan beramah mesra dengan artis ^_^

    ReplyDelete
  5. bestnya..sy dulu pn ada jg angan2 nak jd fotographr tp pendam je la.. huhu

    ReplyDelete
  6. Seronok bekerjasama dgn org yg sporting....

    ReplyDelete
  7. Yana Comell..

    P/s : Eh awak, blog sy dah boleh komen mcm biasa dahhh ! Yay, awak ingat tak dulu sy ada mintak tlg awak? :) hihi. Semua dah bereh

    ReplyDelete
  8. Ramainya jumpa artis.. :)

    Tumpang lalu ye tuan tanah..
    Saya ada menjual set menyusu, bersalin & hamil :)
    http://thevitamomshop.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom

    ReplyDelete